Saturday, November 27, 2010


Salam hormat saudara Azrone: saya rasa saudara agak emosi jika masalah yang dekat dihati saudara tidak dapat diselesaikan. Dan terus membuat kesimpulan yamg agak keras. Bagaimana pula masalah yang dapat diselesaikan oleh YB YB "bersembunyi" ini yang tidak dilapurkan?




Tapi saya agak itu bukan salah saudara juga kerana mana mungkin saudara tahu. Lagipun masalah orang lain yang diselesaikan oleh kami mungkin bukan isu yang dekat dengan hati saudara.



Sebagai wartawan saudara tentu arif tentang lapuran yang seimbang? Jika jalan atau rumah yang saudara tunjukkan didalam surat khabar itu bermasalah dan merasakan isu itu tidak dipedulikan oleh YB YB, saya rasa perlu untuk saudara mengimbangi lapuran saudara dengan memasukkan komen atau respon dari pejabat daerah atau YB YB. Itu baru seimbang. Bayangkan kalau respond dari kami tidak dimasukkan. Orang awam mungkin ingat kami tidak perihatin langsung.




Malah bagi setiap rumah yang saudara kata tidak dipedulikan oleh YB YB, saya boleh tunjukkan beratus rumah yang telah dibantu. Bagi setiap jalan yang dikatakan rosak dan diabaikan oleh kami, kami boleh tunjukkan berpuluh puluh kilometer jalan di Kota belud yang dibaiki dibina dan dipedulikan.




Saya minta maaf isu berbuka puasa di kampung wakaf itu tetapi bagi satu kampung yang tidak dapat dilawat semasa berbuka puasa, saya boleh tunjukkan senarai berpuluh puluh kampung yang kami lawati semasa berbuka puasa.



Dan akhirnya bagi setiap kes tiada pampasan, saya boleh senaraikan beratus ratus orang yang mendapat pampasan dari kerajaan dalam isu isu yang lain. Tapi ini tidak bermakna isu rumah atau jalan atau pampasan yang saudara bawa itu tidak penting. Semuanya penting. Cuma untuk makluman saudara, menyelesaikan masalah rakyat tidak akan pernah berhentii. Ianya akan terus ada kerana kita masih lagi dalam serba kekurangan.





Seperkara lagi, banyak sebab kenapa masalah rakyat terutamanya infrastruktur tidak dapat diselesaikan sekelip mata. Masalah yang terbesar ialah peruntukan. Percayalah tidak ada seorang wakil rakyat yang mahu kawasannya mundur. Dan saya percaya begitu juga setiap wartawan. Mereka juga mahukan daerah mereka mendapat pembangunan.




Saya menghargai pendedahan saudra didalam akhbar tentang masalah rakyat. Itu adalah tanggungjawab murni saudara sebagai wartawan. Saya sendiri sering mengikuti lapuran lapuran saudara dengan teliti dan melihat kolum saudara sebagai salah satu cara mendengar rintihan rakyat. Bagus dan saya harap saudara teruskan usaha baik saudara itu. Cuma saya harap saudara mempertahankan etika kerjaya kewartawanan dengan baik dan jangan membuat kesimpulan begitu sahaja. Dan sesekali lapurkan juga pembangunan yang ujud didaerah kita ini. Banyak perkara yang dibuat oleh kerajaan di Kota Belud.




Saya boleh ditegur malah boleh dipantau. Cuma biarlah teguran yang membina agar kita dapat bersama sama menyumbang kepada masyarakat Kota Belud. Saya sentiasa terbuka untuk perbincangan. Terima kasih.



Response DARD ini dipetik dari FCB sdr Azrone Sarabatin.

28 ulasan :

BELUM PENDEKAR said...

Salam,

1. Saya membaca respon DARD terhadap laporan dibuat oleh seorang wartawan mengenai Kota belud dengan teliti.. Dan, pada saya, apa yang diperkatakan oleh DARD itu amat benar Dan tepat sekali. Inilah sebenarnya yang 'gagal' dilihat oleh golongan tertentu yang hanya tahu menghentam kerana kononnya wakil rakyat mereka tidak buat kerja.

2. Apa yang lebih menghairankan ialah, walaupun berbagai penjelasan diberikan kepada mereka ini, mereka tetap dengan pendirian mereka tanpa cuba mahu memahami atau menerima Akan kebenaran penjelasan yang diberikan kepada mereka. Inilah yang selalu saya kata sebagai "mereka ini hanya mahu melihat apa yang ingin mereka lihat". Dan, oleh kerana mereka ingin melihat akan kelemahan sahaja, maka timbullah tohmahan bahawa wakil rakyat tidak buat kerja tersebut. Kerana mereka terlalu angkuh untuk menerima hakikat bahawa ada pembangunan yang dilaksanakan, maka sesiapa jua yang mempertahankan wakil rakyat dengan memberi penjelasan tertentu, Akan menerima serangan Dan kecaman. Lihat saja apa yang terjadi kepada sdra Solymone, Sniper, Observer, Pendekarwati Dan ramai lagi.. Setiap kale mereka memberi penjelasan, mereka diserang oleh puak-puak ini yang kononnya mempertahankan kepentingan masyarakat KB.

3. Saya selalu mengatakan bahawa tiad a wakil rakyat yang mahu melihat kawasan yang diwakilinya mundur atau tidak maju. Saya menyebutkan bahawa, jangankan wakil rakyat atau pemimpin kita yang terpelajar tsbt, hata kalau pakcik Kordi sekalipun yang menjadi wakil rakyat, dia juga mahu kawasan yang diwakilinya maju. Atas sebab itu, tiada rasionalnya tohmahan sedemikian.

4. Mengenai penulisan yang adil, saya fikir, ia hanya Akan lahir sekiranya orang yang menulis itu benar-benar meletakkan dirinya ditengah-tengah yakni sebelah kakinya sebagai rakyat Dan sebelah lagi sebagai wakil rakyat. Dengan yang demikian maka barulah pandangan dare sudut yang lebih luas Akan dapat diketengahkan. Bak kata pepatah, " kita tidak Akan dapat melihat dunia yang sebenar kalau kita hanya memandangnya dari jendela rumah kita sehaja".

Salam
BELUM PENDEKAR.

zam said...

penjelasan yang diberikan dalam artikel ini sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan yang timbul mengenai apa yang berlaku di KB. usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat sentiasa dilakukan namun ianya tidak dapat dilakukan dalam sekelip mata.

zam said...

harap usaha untuk memajukan masyarakat dan menyelesaikan masalah rakyat akan dilakukan berterusan. semoga setiap usaha yang dilakukan akan memberikan hasil yang positif.

Unknown said...

Harap kepada para wartawan jangan memberikan sesuatu maklumat jika itu tidak pasti apa yang berlaku. Jangan pandang satu arah saja, lihat disemua sudut.

Anonymous said...

melalui penjelasan dalam artikel ini, kita dpt lihat bahawa wakil rkyat KB sebenarnya prihatin terhadap penduduk, namun pembangunan tidak dpt dijalankan serentak ke Semua kawasan disebabkan masalah peruntukan yang terhad. apapun, usaha pembangunan kena diteruskan bagi kepentingan penduduk.

Hosie Masie said...

Mungkin semua masalah itu telah terjawab. leh itu wartawan seharusnya faham dengan semua ini, penyampaian haruslah seimbang.
Contoh cerita puasa:
Wartawan mengatakan YB-YB tidak ada keluar melawat kemana-mana kampung, tapi sebaliknya YB pergi melawat tapi dikawasan lain. Ini memang salah wartawan yang hanya memandang disatu tempat sahaja.

Unknown said...

Penjelasan Datuk Rahman ini menunjukkan beliau sebenar prihatin tentang masalah KB tetapi ramai yang salah anggap beliu tidak melaksanakan tanggungjawab.

Unknown said...

Diharapkan semua wakil rakyat untuk berusaha menyelesaikan masalah rakyat. Jangan kecewakan rakyat.

Anak Sabah said...

Ya, setuju dengan laporan yang seimbang dengan kebaikan dan keburukan ataupun mengambil komen daripada kedua-dua pihak yang terlibat supaya adil. Biar rakyat saja yang menilai setelah membaca maklumat yang dipaparkan.

Anak Sabah said...

Daripada hanya menghentam kerajaan ataupun wakil rakyat. Media seharusnya melaporkan apa yang mereka pernah melakukan untuk rakyat. Adalah tidak adil untuk mencari keburukan mereka dan tidak memasuki kebaikan.

pendekarwati said...

Salam kekanda ku BP,

Saya setuju tidak ada Wakil Rakyat yang inginkan kawasan mereke mundur atau tidak dimajukan.

Apa kata jika kita tidak hanya menunggu untuk Wakil Rakyat sahaja yang bertindak, pihak persenderian, NGOs juga boleh turut menyumbang untuk pembangunan.

DONT ASK WHAT THE COUNTRY DID FOR YOU; ASK WHAT DID YOU DO FOR YOUR COUNTRY...

salam hormat

Anonymous said...

dpt dilihat bahawa sebenarnya wakil rakyat KB prihatin terhdap rakyat, pihak wartawan seharusnya lebih telus dalam menyiarkan maklumat.

BELUM PENDEKAR said...

Salam adinda Pendekarwati,

Amat benar saranan adinda, sebenarnya walaupun tidak menjadi wakil rakyat, kita masih boleh menyumbang kepada kemahuan masyarakat andai kita mahu. Masalah sesetengah daripada kita ialah, kita terikat dengan pemikiran bahawa kita hanya
Boleh menyumbang jika kita sudah jadi wakil rakyat. Inilah persepsi salah yang kita hadapi.

Salam hormat
BELlUM PENDEKAR

Sniper said...

Salam,

Saya amat bersetuju dengan pandangan KM dalam isu ini...dan juga amat kagum dengan BP kerana pandangan beliau yang bernas setiap kali berhujah,.suka saya meminjam kata rakan2 yang lain...isu yang diagendakan...sebagai wartawan satu platform yang baik untuk mengutarakan isu2 semasa namun pun begitu seperti yang KM gambarkan ianya perlulah seimbang...namun apa yang nyata dalam isu ini..wartawan mempunyai kelebihan sedikit dalam mempengaruhi fikiran masyarakat.

Penting bagi saya disini menyatakan bahawa tugas dan integriti seorang wartawan itu janganlah diselubungi oleh emosi yang tidak terkawal dan isu yang berbau prvokasi, ianya seperti dendam yang sedang membara...seperti saudara KM, BP dan lain2 mempunyai kebijaksanaan mengimbangi pro dan kontra...senang cerita, mengawal propaganda...saya rasa editor2 akhbar kena sedar akan kewibawaan wartawan2 di bawah jagaan mereka dalam mengutarakan isu2 yang sebegini.

memanipulasikan minda masyarakat dengan licik sebenarnya sangat merbahaya terutama bagi yang memiliki kelebihan yang sedikit ini yakni wartawan..

Dan rakyat harus sedar bagaimana untuk menjana fikiran mereka agar tidak dibelenggu oleh pemikiran orang2 mereka rasa boleh dipercayai namun bak kata orang "apabila kita percaya kepada orang tinggalkan sedikit rasa curiga namun apabila kita rasa curiga tinggalkan sedikit rasa percaya" kerana sedikit itu tadi kita akan guna apabila masa mengkehendakkannya...

Datu Kabogatan said...

Salam KM dan Rakan yg budiman..

Seperti yg saya selalu sebut,saya hanya akan mencoretkan tinta di blog KM ini andai isu yg diketengahkan menarik..selebihnya saya hanya tersenyum dan biarkan ia berlalu begitu saja..

Saya membaca komen DARD dlm FCB itu..saya terperanjat kerana mungkin ada sudah 'rasa tidak puas hati' antara DARD dan Sdr Azron sebelum ini sampai seolah-olah isu yg dibangkitkan itu tdk penting dan tdk patut dipaparkan dlm BH..

Saya menjadi pasif dlm hal ini kerana bagaimana seorag pemimpin politik yg melabelkan dirinya sbgi moderte Umno boleh mberikan hujah yg cukup longgar dlm alam maya yg dihadiri oleh jutaan mata yg membaca dan memandang..

Bagi saya DARD tdk harus membandingkan puluhan projek pembangunan ataupun jutaan masalah rakyat yg dpt diselesaikannya dengan isu yg dipaparkan oleh Azrone ini...Memang semua akui bahawa tugas2 YB YB ini sibuk dan memerlukan bantuan..tetapi bagi yg kontra dgn apa yg dibangunkan ole YB YB ini..maka apakah hujah DARD ini boleh diterima oleh mrk yg serperti itu..?

Saya rasa tdk!!!!! lihat komen sdr Zandri Madridlm FCB KM seorag muda yg bpendidikan di KB..mrk tetap kontra..jadi apakah perlu bagi YB bsikap sprti DARD ini?

Saya menyanjungi komen sdr BP ini tetapi saya juga keliru kerana sblm ini dlm banyak artikel KM yg bsanguktan dgn DARD sdr BP menunjukkan sikap kontra..aik ! dah terbalik rupanya..skrg dah mula menyokong..

salam hormat
Datu Kabugatan

Datu Kabogatan said...

sdri pendekarwati..

slogan itu dah lapuk sdri..itu zaman dulu punya cerita..org skrg cerita apa sumbangan YB kp rakyat...

Kau bayangkan kalau sdr Azron paparkan puluhan masalah yg dihadapi oleh rakyat KB..apakah pula jawapan YB YB kita?

barangkali macam jawapan DARD...puluhan projek pembangunan yg sdh dilaksanakan....

Cukuplah DARD..berikan pelung kp org KB utk mentadbir Kb sendiri...,mungkin mrk lebih memahami masalah mrk sdiri drp org luar sprti DARD ini...

Datu Kabogatan said...

lihat komen Sdr Mohd Zandri Madri..dlm fcb ini..

...Kelapa Mawar masaalah yang dikemukaan oleh sdr Azrone adalah fakta dan kesimpulan yang dibuat adalah realiti dan memang pun kerap berlaku.. jadi tidak paya lagi mengelak dengan memutar belitkan fakta..

apakah gambaran yg bole kita berikan..adalah jwpn DARD itu meyakinkan gol muda sprti sdr anak Madri ini?

PAK CIK KORDI said...

Bila saja BP sebut pakcik Kordi..terus muncul bagi idea..mcm na BP bolehkah?

Pakcik Kordi juga mau tengok kwsn kg pakcik kordi maju macam kampung Nanamun, kg Kaguraan dan Kg Kulambai..tapi macam mana nak buat BP ketua kampung jenis tdk mahu di tegur..dia dah lama jadi Ketua Kampung..hampir2 30 tahun..dulu naik sedikit jadi Pemaju mUkim..begitu juga kg saya..masih lagi tdk berlampu wlupun di Kg lain sdh ada elektrik..

sekejap hari tu dia jadi Pemimpin Kemajuan Rakyat tapi begitu begitu juga kg saya... dia ckp tdk ada peruntukan ..sbb YB agih tempat lain...YB MP ini banyak kasih projek kws Kadamaian...

Saya cakap kalau tdk dpt peruntukan kenapa tunggu di situ lagi..bagus pakat2 minta derma utk bangunkan kg kita..kalau tdk nanti org lain bising kata Ketua Kg tak buat kerja..

last2 pakcik Kordi juga yg kena...dah nasib badan..

watasikadi said...

salam KM,
apa yang dijelaskan oleh DARD amat bertepatan sekali dengan status ahli parlimen disandangnya. jawapannya sungguh professional. apa lagi saya sendiri walaupun penyokong tegar pembangkang turut bersetuju dengan jawapan beliau dan teguran beliau supaya petugas media memberi keseimbangan dalam laporan mereka turut harus diambil berat oleh kita rakyat jelata apa lagi kita bukanlah rakyat yang bodoh dan DARD turut boleh mewakili kita untuk menegur TV3,RTM kerana laporannya biasanya hanya menunjukkan bakti kerajaan BN dan keburukan kerajaan PR di negeri2 PR. buletin utama dalam hampir 10minit sudah jadi buletin keburukan kerajaan negeri pulau pinang,selangor,kedah dan kelantan.itu semua orang tahu dan tidak harus dinafikan. harap DARD dapat mewakili kita dalam hal keseimbangan laporan ini. macam juga kita tunjuk 1 jari dan tanpa disedari kita tunjuk 4 lagi jari kepada kita sendirilah dalam kes ini..hahahaha..begitulah rasanya bila media tidak seimbang, belum lagi rasa media rasmi parti diharamkan dan dihadkan pengeluarankan? PR sudah rasa..baru satu laporan tidak seimbang sudah mau nangis kan? apa lagi yang PR yang sudah bertahun2 merasainya...TAKBIR!

BELUM PENDEKAR said...

Salam sdra Kabogatan,

1. Sedikit respond saya kepada isu kononnya saya sudah berubah kerana dulunya contra tetapi kini menyokong... Seingat saya, pendirian saya tidak pernah berubah dalam Hal seumpama ini. Saya jelas dengan pendirian saya dan saya memperjuangkannya tanpa apa-apa matlamat tertentu yang bersifat kepentingan. Saya tidak faham mcmmana sdra mengatakan bahawa saya sudah berubah. Untuk makluman sdra, tulisan yang KM paparkan tsbt ialah ulasan DARD Dan itulah yang saya sokongan.

2. Selain itu, saya fikir agar keterlaluan untuk sdra membangkitkan soal asal-usul DARD. Saya tidak fikir isu ini relaven. Sebaliknya, ia lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Maka, is tidak perlu disuarakan dar awal sebenarnya.

3. PCK, saya terbuka dalam menerima pandangan sdra. Memang patutpun untuk PCK memperjuangkan nasib kawasan kita. Pun demikian, mengambilkira kekangan yang dihadapi oleh kerajaan, terutamanya dari segi kwgn, mungkin perlu juga untuk kita bersikap tidak terlalu mendesak. Insyaallah, Akan ada lah kemudahan tsbt kelak.. Saya percaya pemimpin-pemimpin kita tidak Akan berdiam diri dalam Hal ini.

Salam Hormat,
BP

Observer said...

SALAM KM,

1.SAYA TERPANGGIL UNTUK MEMBERI KOMEN TENTANG ULASAN YB.DARD BERHUBUNG DENGAN PENULISAN OLEH SEORANG WARTAWAN.

2. BAGI SAYA ADALAH TIDAK ADIL MENUNDINGKAN JARI KEPADA DARD TETANG ISU ITU.SAYA AMAT BERSETUJU DAN PERNAH SAYA TEKAN DALAM KOMEN SAYA DI BLOG INI APA BILA KITA MENULIS ATAU MEMBUAT KOMEN JAN GAN SEKALI KITA DIBUAI ATAU DIKUASAI OLEH PERASAAN MARAH DAN KEKKECEWAAN KITA.APA YANG PENTING NIAT KITA IKHLAS BILA MELONTARKAN KOMEN ATAU JUGA BENTUK PENULISAN.SEBENARNYA PARA PEMBACA RAMAI YANG AMAT TELITI DAN BIJKASANA MENILAI SETIAP KATA YANG KITA LUAHKAN DI SINI.SEBAGAI SEORANG YANG PROFESIONAL KITA MESTI REALISTIK.

3.SETIAP WARGA MANA2 NEGERI,DAERAH DAN KAMPUNG BANGGA DENGAN PEMBANGUNAN DI TEMPATNYA DAN JIKA BOLEH APA YANG ADA DI TEMPAT LAIN CONTOHNYA DI BANDAR2 BESAR ADA TERDAPAT DI TEMPATNYA.BAGAIMANA PUN ATAS SEBAB2 TERTENTU BEBERAPA HALANGAN TIDAK DAPAT DIELAKAN.BILA INI BERLAKU KITA TIDAK BOLEH MENYALAHKAN SEPENUHNYA KEPADA WAKIL RAKYAT SEPERTI DARD.SEPANJANG PEMERHATIAN SAYA DARD SUDAH MELAKSANAKAN TUGAS DANB TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI WAKIL RAKYAT PARLIMEN DENGAN BAIK MEWSKIPUN ADA TERDAP[AT KELEMAHANAN DI SANA SINI.TAPI INI BUKLAN BERERTI DARD TELAH GAGAL SEPENUHNYA SEBAGAI WAKIL RAKYAT.

4.ISU PEMPASAN TANAH KEPADA PETANI DISEBABKAN PEMBINAAN JALANRAYA MELIBATKAN KAMPUNG PENULIS SEMEMANGNYA BELIAU LAYAK MEMBELA PERKARA INI,BAGAIMANA PUN,SEBAIKNYA BUATLAH KOMUNIKASI SECARA DUA HALA ATAU BERTEMU SECARA TERBUKA DAN BINCANG SEBAIKNYA SECARA KEKELUARGAAN.SAYA YAKIN APA JUGA PERMASALAHAN DAPAT DI ATASI TAPI BUKANLAH SECARA MELUAHKAN PERASAAN DI TEMPAT YANG BOLEH MENCETUSKAN PERSEPSI NEGATIF KEPADA MANA2 PIHAK KHUSUSNYA WAKIL2 RAKYAT SEOLAH-OLAH DI MATA ORANG LAIN MEREKA TIDAK CUBA MENGATASI BERSUSAHA MASALAH ITU.ISU YANG REMEH TIDAKM PERLU DI BESAR2KAN DAN JIKA JUGA BERLAKU MELAMBANGKAN PEMIKIRAN KITA YANG TIDAK MATANG DAN KE ANAK-ANAKKAN.

5.SESUNGGUHNYA APA JUGA PERANCANBGAN PEMBANGUANAN DIBUAT MEMERLUKAN PERSAHAFAMAN DAN PERMUAFAKATAN DARI SELURUH RAKYAT DAN WAKIL RAKYAT.JIKA INI TIDAK WUJUD MAKA PASTI AKAN MENIMBUKLKAN KONFLIK DAN SUDAH TENTU SEMUANYA AKAN RUGI.INGAT PEJUANG UNTUK MEMBELA RAKYAT BUKAN TUGAS WAKIL RAKYAT SEORANG SAHAJA.KITA JUGA MEMPUNYAI PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB.JIKA WAKIL RAKYAT GAGAL PASTI AKAN DI ADILI DALAM PILIHARAYA NANTI.BAGI KITA KITA RENUNG-RENUNGKAN PERANAN KITA DALAM SAMA2 WAKIL RAKYAT KITA MEMBINA MASA DEPAN GENERASI KITA MASA-[MASA MENDATANG.

SALAM HORMAT DAN PERPADUAN.

Anonymous said...

sudah tentu rakyat mahukan kesempurnaan dan sudah tentu timbul rasa tidak puas hati dikalangan rakyat jika ada tuntutan mereka gagal dipenuhi. pemimpin yang dipilih oleh rakyat sepatutnya menerima apa jua bentuk teguran atau kritikan memandangkan mereka telah ditugaskan berkhidmat untuk rakyat dikawasan masing2.

pendekarwati said...

Terima kasih kekandda BP..

Dato Kabogatan,

Saranan saya bukannya lapuk. Cuma org - org mcm anda tidak boleh berfikir out of the Box!!... Hanya memerlukan seorang untuk menunding jari jikalau ada masalah... tetapi tidak mahu mengambil affirmative action.

Apakah klu KB ditadbir atau diwakili oleh org KB, maka akan ada kemajuan sebagaimana yang saudara mahu??

Masih ada banyak kekangan... Saudara hanya akan tahu klu berada ditempat seorang wakil rakyat..

Cubalah jgn beremosi semasa memberi komen...

Bungabakawali said...

DARD vs Mohd Azrone? Isu nya "Minggo Kam YB" dan cerita gambar simpang ke Kg Labuan. Inilah cerita yang telah menjadi punca. Pendapat saya pendek saja!!! Saudara Mohd Azrone menyimpan dendam yang telah lama ditanggungnya. Kalau semua simpang di sepanjamg jalan di buatkan bulatan pusingan,,,oi na geng! kalau kita pergi kudat banyak bulatan pusingan kita lalu sebab banyak simpang2 ke kampung2 tepi jalan. Belum sampai ke Kudat kita pening & mabuk sudah geng. Ertinya; Saudara Mohd Azrone hanya memperlihatkan bahawa beliau sebenarnya "memia santukan" dalam bahasa bajau.

Sniper said...

Azrone hanya pentingkan diri sendiri...percaya atau tidak...suka atau tidak itulah hakikatnya...sbb itu jalan masuk ke kg dia...macam orang lain tiada kg. dia saja ada kg..

BELUM PENDEKAR said...

Sdra bakawali, sniper Dan adinda Pendekarwati,

1. Setuju sangat dengan pandangan adinda semua. Tapi, apa maknanya "memia sentukan" itu adinda Bungabakawali?.. Mcm dalam je maknanya tu... Peribahasa bajau ke tu?

2. Semoga adinda semua sukses Dan sihat selalu termasuklah sdra ku PCK (pak cik kordi).

Salam.
BELUM PENDEKAR.

ROJOKOBOG said...

Salam Semua,
Selama beberapa penggal P.169 diwakili oleh UMNO BN iaitu orang Kota Belud sendiri, tidak ada bezanya siapa saja wakil rakyat P.169,apa yang paling mustahak adalah kesan dan sumbangan pemimpin tersebut terhadap keperluan asas penduduk Kota Belud keseluruhannya.

Kita jangan hanya melihat sebelah mata apakah sumbangan YB-YB yang mewakili setiap kawasan masing-masing, setiap projek yang akan dilaksanakan semuanya mengikut prosidur dan dasar yang digariskan oleh kerajaan, bukannya seperti kita minum di kedai kopi, semua pesanan datang sekelip mata.

Akhirnya, kenapa semua keburukan ditujukan kepada YB-YB, segala kebaikan di sembunyikan didalam gelap.

Mohd Ishak said...

Rakyat dan pemimpin perlu berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat.