KENDATIPUN orang Bajau merupakan penduduk dan pengundi majoriti di negeri Sabah, namun etnik terbesar ini tidak mempunyai karisma dan kuasa mutlak menentukan halatuju dan halacara politik Sabah.
Ketokohan mereka sebagai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua negeri Sabah, Ketua Menteri dan Pemimpin Politik gagal menjenamakan Bajau sebagai satu pakej lengkap yang mendasari perjuangan nasionalisme dan lebih menjurus kepada parokial yang sempit (kedaerahan).
Welstenchauung pengundi Bajau sebagai akibatnya menjadi ‘Pengungsi’ (penumpang) dan ‘Khadam Politik’ dipergunakan oleh pemimpin tertentu untuk menjayakan agenda politik; melakukan rencaman pengaruh bagi mengekang kumpulan tersebut agar boleh dikendali secara mutlak dan tanpa prejudis.
Ketaksuban kepada pemimpin dan ketaatan kepada parti menyebabkan Bajau pantang menderhaka sehingga mereka mudah dijerat dengan pengaruh wang dan anugerah pangkat; sehingga mereka terpesong daripada agenda nasionalisme.
Sehubungan itu, dalam bidang Sosiologi, amalan ini dikenali sebagai ‘Pensuasanaan’ yang ditemui oleh Ivan Pavlov pada 1902. Dalam hasil kajiannya mendapati bahawa jika dia membunyikan loceng dan pada masa yang sama makanan diberikan kepada seekor anjing, anjing tersebut akan menghasilkan air liur dalam mulutnya.
Lantas bunyi loceng sahaja sudah mampu menyebabkan anjing itu berliur walaupun tiada makanan yang diberi. Penghasilan air liur apabila makanan diberi tidak perlu dipelajari memandangkan ia didorong oleh naluri atau tindakan semula jadi bagi anjing tersebut. Bagaimanapun penghasilan air liur semasa loceng dibunyikan merupakan sesuatu yang dipelajari oleh anjing tersebut.
Amat menghairankan ‘feel’ (tabiat buruk) anjing ini turut diikuti oleh Bajau kerana apabila terdengar sahaja ‘loceng’ dari Pejabat Adun atau Parlimen maka mereka terus menyerbu kerana mereka yakin ada ‘ole-ole’ yang disediakan oleh pemimpin, sekalipun hanya sekadar sejadah, RM10 atau nasi bungkus!
Hubungan kekeluargaan yang lama terjalin antara Bajau Sabah dengan Bajau Filipina menyebabkan mereka lebih bersikap ‘Tidak Apa’ dan menghalalkan kehadiran suku sakat mereka daripada Filipina; memperoleh kad pengenalan dan merampas hak mereka sebagai Ketua Cawangan dan pemilih berdaftar.
Hak yang terhakis sedikit demi sedikit akhirnya telah melenyapkan kuasa politik Bajau yang kini bersandarkan ‘Fixed Deposit’ dijana oleh PATI yang mendapat kerakyatan songsang sehingga mereka tidak mempunyai ‘kuasa dan karisma’ di persada politik tanah air.
Bajau yang kehilangan kuasa dan ketandusan pengaruh mula menjadi pelarian politik dengan menyertai parti serpihan yang menjual liur basi tanpa pampatan kuasa legislatif dan birokrasi.
Hambatan kegelinciran politik ini melemahkan semangat nasionalisme Bajau sehingga mereka mudah dipecah, diperintah dan dijajah oleh kumpulan minoriti dan terus disisihkan dalam apa juga bidang; seolah-olah Bajau adalah Pendatang baru dalam arena politik dan sosio-ekonomi di Sabah.
Kedatangan UMNO menyebabkan Bajau semakin berpecah walaupun mereka cuba meletakkan ‘semua telur dalam satu bakul’ kerana tidak semua ahli USNO yang merupakan ahli fanatik kepada perjuangan Tun Mustapha boleh menerima UMNO yang telah menenggelamkan bahtera USNO di Laut China Selatan.
Ada juga pemimpin ‘talam seribu muka’, kononnya berjuang untuk mempertahankan hak Bajau, namun hakikatnya mereka sanggup menjual maruah dan masa depan etnik Bajau semata-mata untuk mendapatkan projek dan menggunakan wang projek untuk membeli kesetiaan ahli dan menurun taraf integriti politik dan identiti mereka.
Natijahnya, Bajau kini seperti Pak Kaduk, menang sorak tetapi kampung halaman tergadai kepada puak minoriti dan jika berterusan nasib mereka akan menjadi seperti umat Palestin yang dikuasai Israel.
Dalam pada itu, etnik Suluk (Rumpun Bajau) yang terkenal dengan identiti ‘Magsabil’ dan mengakui sebagai Pewaris Kesultanan Sulu dan menuntut Sabah sebagai Hak Mutlak mereka berdasarkan Wang Cession yang masih dibayar oleh Kerajaan Malaysia kini semakin marah kerana dilabelkan sebagai salah satu etnik termiskin di Malaysia.
Isu kemiskinan ini didedahkan oleh Pengarah Sektor Pembangunan Insan Bank Dunia (Wilayah Asia Timur dan Pasifik), Emmanuel Jiminez ketika membentangkan Laporan Monitor Ekonomi Malaysia (MEM) baru-baru ini yang mengumumkan bahawa etnik Suluk dan etnik lain seperti Rungus dan Orang Sungai merupakan majoriti rakyat termiskin Malaysia di Sabah.
Betapa malunya mereka yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan menggunakan agitasi politik untuk menutup pembohongan mereka setelah tidak ada ‘Rumabichara’ yang boleh menentusahkan Sultan Sulu sebenar dan senario ini dianggap sebagai kecacatan politik antarabangsa kerana mereka adalah rakyat Filipina dan bukannya rakyat Negara Sulu yang diagungkan selama ini.
Agak malang, kaum Suluk yang selama ini menggelarkan diri mereka sebagai hebat dan mempunyai imunisasi kerana boleh memukul sesiapa sahaja sesuka hati, hatta pegawai polis dan penguatkuasa undang-undang; tidak ubah seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi buntut dipenuhi tahi.
Walaupun ramai ahli politik ‘Suluk’ namun mereka enggan mengaku berketurunan Suluk sebaliknya sebagai ‘Bajau’ kerana dianggap lebih bertamaddun berbanding Suluk yang dikaitkan dengan Kesultanan Palsu dan bersikap panas baran.
Semoga semua NGO yang menjadi tempat etnik dan rumpun Bajau bernaung kembali memperkasa perjuangan sebenar mereka untuk menebus semula martabat yang direnjis dengan najis politik; sebagaimana perkasanya PERKASA dan Dewan Perindustrian India Muslim (DPIM) memperjuangkan hak ahli mereka berbanding USBO, SAMA dan sebagainya yang masih lena dengan tari menari!
(NOTA: http://sarinamaya.blogspot.com Penulis merupakan pelajar jurusan Sains Kemasyarakatan daripada etnik Bajau, Sabah. )
18 ulasan :
SALAM SAUDARA KM,
1. SETELAH MEMBACA ARTIKEL INI BEBERAPA PERSOALAAN SAYA KEPADA PENULIS INI.
- BUDAYA MENGANGGAP BAJAU SEPERTI ANJINGAPA BILA MENDENGAR BUNYI LOCENG DARI PEJABAT ADUN UNTUK MENDAPATKAN OLE-OLE WAQLAU PUN SEBANYAK RM10.OO TIDAK BERLAKU DI KAWASAN PANTAI BARAT.MUNGKIN INI BERLAKU DI KAWASAN ASAL PENULIS INI( PANTAI TIMUR).
- DI KAWASAN PANTAI BARAT KAUM BAJAU KEBANYAKANYA DARI ETNIK SAMAH DAN IRRANUN 9KHUSUSNYA DI KB.BUDAYA ITU TIDAK BERLAKU DI KB DAN TUARAN.ADALAH TIDAK ADIL MEMBUAT RUMUSAN SIKAP MENYELURUH KAUM BAJAU BEGITU.
- PEMIKIRAN PENULIS KETIKA MENULIS ARTIKEL INI DIOKUASAI OLEH [PERASAAN KECEWA,MARAH DAN BENCI TANPA NIAT YANG IKHLAS DALAM MENAMBAHBAIK BUDAYA SUKUNYA SECARA TOTAL.JUSTERU ITU PENULIS INI MEMBUAT RUMUSAN YANG TIDAK TEPAT.
- TAHAP PEMIKIRAN PENULIS INI AMAT RENDAH WALAUPUN PENULIS INI SEORANG GOLONGAN "INTELECCTUAL".
-EGO PENULIS INI TERLALU TINGGI DAN SEOLAH-OLAH MENYESAL DI LAHIRKAN DSEBAGAI BANGSA BAJAU (BAJAU LAUT MUNGKIN).
-APA2 PUN TERIMA KASIH KERANA MENULIS ARTIKEL INI DAN JIUKA MENULIS LAGI PASTIKAN MEMBUAT KAJIAN SECARA MENYELURUH.
SALAM HORMAT DAN PERPADUAN.
Terima kasih di atas komen yg tulus ikhlas sekalipun tidak beralas. Saya tulis artikel murahnya bajau,marahnya suluk berdasarkan kajian saya selama 10 tahun iaitu sejak UMNO ke Sabah.
Soal berlaku atau tidak di pantai timur atau barat, utara atau selatan, tidak perlu diperbahaskan melainkan ada yg terasa melakukannya. Realitinya pada pemilihan Ketua Umno Kota Belud, SPRM bergegas ke rumah ADUN dan beberapa pihak yg bertanding kerana berlaku amalan politik wang yg melibatkan dpd RM10 sehinggalah RM1000. Pemberinya mungkin saudara tahu tapi pura2 tidak tahu. Kes ini masih dalam siasatan kerana pengadu adalah keluarga saya,hahaha.
Baru2 ini sewaktu lawatan Naib Presiden UMNO, begitu banyak org Bajau disogok dgn wang RM20 utk meramaikan majlis yg dianjurkan oleh NGO dan kroni Menteri. Air botol dan tapau pun sampai berebut, bukankah ini memalukan? Kes ini bukan saja berlaku di Kota Belud malah di seluruh Sabah. Begitu juga dalam pilihanraya kecil Batu Sapi, Skuad Sayang mengagehkan wang RM20 kpd setiap ahli kononnya utk pekerja parti termasuk yg bukan ahli UMNO. Apa hubungan Skuad Sayang dgn pemberian wang? Reporter pun ramai terima,mana mau simpan muka?
Bukankah ini teori 'pensuasanaan' yg dicetuskan oleh Ivan Pavlov? Janganlah terlalu taksub kepada sesuatu kelompok sehingga menghalalkan cara Michaevelli. Janganlah buat serkap jarang kerana saya dan keluarga ahli UMNO tegar sekalipun dilayan secara tidak adil. Tidak timbul soal kecewa, marah; malah saya berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang Bajau dicelah2 kesesatan Pemimpin Bajau yg bersifat Brutus.
Jika anda menghina Bajau Laut maka anda tidak layak dilahirkan sebagai seorang Bajau. Hanya Bajau layak menegur Bajau. Jika bukan Bajau siapa lagi yg akan menegur Bajau yg menjual Bajau. Pemerdagangan org sebenarnya satu masalah yg besar yg dihadapi oleh masyarakat Bajau di Sabah pada masa kini. Betapa teganya Pemimpin Sabah memperdagangkan org Bajau utk kepentingan politik sedangkan nasib Bajau lebih buruk dpd zaman penjajahan.
Di mana ada lagi perkampungan Bajau di tepi laut melainkan sudah menjadi sejarah selepas Ops Nyah II Bersepadu dan dasar penghapusan etnik Bajau di pinggir bandar, Sandakan, KK, Kudat, L/Datu dan lain2. Fikir2kanlah.
Salam Hormat dpd Sarina Abdul Ganih
Salam Kelapa Mawar, Observer dan Sdri Land Of Tapioca (salam Perkenalan).
Berasaskan beberapa fakta yang logik saperti ayat-ayat “Hanya Bajau layak menegur Bajau. Jika bukan Bajau siapa lagi yg akan menegur Bajau yg menjual Bajau” dan juga selaku seorang AMT USBO ( yang sdri paparkan diruang blog sdri) saya memohon izin untuk menyuarakan beberapa komen atau pun pandangan dalam isu yang nampak nya (pada saya) agar panas lagi provokatif.
Saya tidak berniat untuk mempersoalkan hak dan ‘integrity ‘ sdri dalam penulisan. Termasuk dengan kebolehan sdri menggunakan rujukan theori Ivan Pavlov dan juga Michaevelli. Apa lagi bila membaca kenyataan bahawa sdri telah memakan masa selama 10 tahun untuk mengumpul fakta atau pun kajian sebelum menulis artikel tersebut(agak nya).
Apa yang menarik bagi saya, ada lah kehadiran sdri dengan tiba-riba dalam dunia media massa kami (golongan bloggers di Pantai Barat, khas nya Kota Belud) melalui blog sensasi Kelapa Mawar ini.
Apa lagi bila membaca artikal sdri, yang begitu bergaya lagi berani sehinggakan sdra Observer tertarik untuk mengeluarkan komen yang berupa persoalan.
Dalam kontek ini, saya lihat artikel ini ada kena mengena dengan fenomena yang dilanda oleh suku kaum bajau atau pun serumpun dengan nya di Sabah ini.
Buat seketika saya agak terpekun dengan isi kandongan artikel sdri yang sungguh lantang memperkecilkan kewibawaan suku kaum Bajau dan rumpun di negeri di bawah bayu ini.
‘Skeptical’ saya bertambah bilamana baca ulasan (berupa persoalan) sdra Observer dalam blog Kelapa Mawar ini. Lebih-lebih lagi bilamana melihat ‘responses’ sdri selanjut nya.
Walau macam mana pun, kerana sdri selaku seorang penganalisis politik yang baru( bagi saya), saya hanya ingin melihat ulasan atau pun artikel selanjut nya dari sdri. Dimana mungkin dicelah-celah keributan ini sdri akan sudi memuatkan isu-isu yang positif ‘pertaining to’; 'Betapa penting nya peranaan suku rumpun Bajau dalam dunia politik di Malaysia ini'.
Apa-apa pun semuga sdri sukses dan terus menulis. Thanks KM kerana memberi laluan.
SALAM SAUDARA KM DAN ADINDAKU LOT.
1.TERIMA KSIH SAYA UCAPAKAN KEPADA ADINDAKU LOT KERANA MEMBERI PENJELASAN TENTANG PENULISANNYA TAPI MASIH KELABU,TIDAK TEPAT DAN BERORINTASIKAN EMOSI YANG KUASAI PERASAAN MARAH,KECEWA DAN SERIBU PENYESALAN.SAYA JUGA UCAPAN TERIMA KSIH KEPADA SAUDARA SOLYMONE YANG TERTARIK DENGAN KOMENTAR SAYA DAN MEMBERI DAN MENAGIH PEKJELASAN SETERUSNYA DARI ADINDA KITA LOT TENTANG RUMUSAN KAJIAN SELAMA 10 TAHUN TETANG MUNGKIN SIKAP DAN BUDAYA SOSIOLOGI DAN PSIKOLOGI KAUM BAJAU DI SABAH.
2. SAYA BUKAN BERMAKSUD MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH TENTANG KOMENTAR SAYA ITU TAPI MENGULAS RESPON YANG DIBERI OLEH ADINDA LOT.
3. SAYA JUGA TURUT BANGGA KERANA ADINDA LOT TELAH BERJAYA KE MANARA GADING DAN RAJIN MEMBUAT KAJIAN TENTANG KAUMNYA DEMI UNTUK MENAMBAHBAIK BUDAYA DANS OSOSIOEKONOIMI KAUM ITU BERDAQSARKAN DAPATAN2 YANG NEGATIF DIJADIKAN POSITIF DARIPADA KAJAINA ITU.
4. TERLEBIH DAHULU IZINKAN SAYA MENGUPAS RESPON DARI ADINDAKU LOT BERHUBUNG KOMEN SAYA KE ATAS ARTIKELNYA BERTAJUK " MURAHNYA BAJAU,MARAHNYA SULUK" YANG DISISIBKAN DALAM LAMAN BLOG SAUDARA KM.
4.1 CERITA BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN WANG SEMASA PEMILIHAN KEYUA BAHAGIAN UMNO KB MASA LALU DI MANAQ SALAH SEORANG ADUN MEMBAYAR PERWAKILAN DARPADA RM 10.00 HINGGA RM100.00 ADALAH DILUAR PENGETAHUAN SAYA.PERSEPSI ADINDA LOT MENGANGGAP SAYA TAHU PERKARA INI TAPI PURA2 TIDAK TAHU ADALAH SATU KESILAPAN YANG MERUPAKAN TUDUHAN MEMBABI BUTA DAN MELAMBANGKAN BETAPA CETEKNYA MINDA ADINDAKU LOT.KEDAIRAN PEGAWAI SPRM MENYERBU RUMAH ADUN ITU ADALAH MAKLUMAT TERBARU SAYA YAHU.SSAYA HAIRAN BAGAIMANA ADINDAKU LOT TAHUN PERGERAKAN PEGAWAI SPRM MENYERBU RUMAH ADUN ITU SEKAQLI PUN SAUDARANYA ADALAH PENGADU.AQDALAH MUSTAHIL PIHAK SPRM MENGUAR-UARKAN TINDAKAN MEREKA ITU.ATAU M UNGKIN ADINDA LOT JUGA ADA BUAT KAJIAN TENTANG HAL INI..........Bersambung.......
Salam KM dan sdr/i semua..
mohon saya mencelah mengenai artikel ini. Kerana jika penulis artikel ini sdri LOT mendakwa dia memerlukan 10 tahun membuat kajian mengenai perhal suku Bajau..rasa saya, barangkali saya juga ada tiket untuk mengulas lantaran keberadaan saya di pantai timur dlm lingkungan suku Bajau dan rumpun USBO hampir 12 tahun...dan sdr Solymone juga pernah kalau tak silap saya bermastautin di Kunak sebagai Jurutera JKR di sana..dan itu pada tanggapan saya 'melayakkan' sdr Soly memberikan komen luar daripada kerana beliau adalah MT USBO.
1. Artikel ini bagi saya biasa2 saja..cumanya ia namoak lebih berani, terbuka dan berterus terang. apa yang menjadi perhatian sdr Observer barangkali ialah perkataan "anjing" yang disandarkan kepada teori Ivan Pavlov yang juga dikatakan oleh penulis artikelini sebagai "diikuti' oleh suku kaum Bajau. Saya juga mengkaji teori ini, cuma bezanya saya bukan pendukung dan pengikut mazhab teori Pavlov ini.
2. Teori ini pada dasarnya menerangkan mengenai "pelaziman" yakni sesuatu yang 'dilazimkan' akan menjadi 'kebiasaan' dan kebiasaan itu boleh sahaja berlaku atas dorongan atau peneguhan.Sola "anjing' itu adalah testemoni Pavlov..kalau Pavlov menggunakan burung, kuda atau ayam pada waktu dia membuktikan teorinya itu, saya yakin penulis artikel ini akan menggunakan nama haiwan yang sama. Jadi tidak timbul sama ada 'menganjingkan' atau'dianjingkan".
3. Teori politik Niccolo Machiavelli yang dipetik oleh penulis artikel ini juga saya baca dan fahami. Dalam karya Machiavelli "the Prince" juga mengungkapkan bahawa seorang ahli politik (pemimpin ) itu mesti bersedia dengan tingkahlaku yang teruk dan berkeupayaan dlmmembaca niat sahabat dan musuh. Menggambarkan perihal serigala dan singa. Ini mengaitkan dgn ntanggapan bahawa politik itu adalah kejam. Di negara kita soal fitnah, mengaibkan org lain, dan kes pmbunuhan beberap org ahli politik( sprti yg dlaporkan) memungkinkan kebenaran teori ini.
4. Seperti kata Zaid Ibrahim bahawa politik adalah perdagangan yang tidak keseorangan, maka politik dan pemimpin di negara kita khususnya di Sabah memerlukan 'kawan' dan 'rakyat"
bersambung/
5. Soal perangai buruk suku Bajau yg senang diperdayakan dlm politik..bagi saya tidak berlaku di sabah sahaja dan rumpun USBO sahaja. di mana-mana hatta org Melayu, Cina dan India..keadaan itu wujud..cumkanya..bagaimana menggambarkan situasi itu? itulah yang akan menjadikan orang lain ikut saya memikirkannya.
6. Saya juga setuju pada asasnya pandangan sdr O bahawa penulis artikel ini dikuasai oleh perasaan. Kerana pertanyaan saya bagaimana sorang penulis boleh menulis artikel jika tidak perasaan ikut bersamanya? Soal perasaan itu marah, sedih atau gembira...susah kita bayangkan melainkan kalau jika penulis itu adalah diri sendiri.
6. Soal Kes ADUN di KB yang dikaitkan dgn SPRM..maka bolehkah saya juga menyatakanya bahawa "hanya Orang KB sahaja yang boleh menceritakan kes itu" Seperti juga penulis artikel ini menyatakan Bahawa "hanya orang bajau layak menegur bajau". Rasa saya tidak!
7. Justeru persepsi/tanggapan. bahkan berupa imaginasi dalam meletakkan sesuatu 'kaum' itu pada kedudukan yang menimbulkan keresahan ,pada saya memerlukan kajian mendalam. Dan keputusan itu boleh diceritakan dengan lebih terperinci.
4.2 BERITA KAUM B AJAU DI KB DISOGOKQAN WANNG RM20.OO UNTUK HADIR SEMASA KEHADIRAN NAIB PRESIDEN UMNO PUSAT DAN BEREBUT-REBUT TAPAU DAN AIR MINERAL AMAT MEMALUKAN BAJAU (SAMAH DAN IRRANUN KB).BARANGKALI MEREKA DIBAYAR RM20.00 SABAGAI BAYARAN TAMBANG MEREKA DATANG.KASIAN BAH.... ADINDAKU LOT ORANG KAMPUNG DATANG DARI JAUH DAN MUNGKIN ITU JUGA SEDEKAH DARI PPMM YANG DIPIMPIN OLEH SAUDARA AWADNIR MATANGGAL YANG TERKENAL BUDI BAIKNYAQ SEBAGAI PEMURAH DI KALANGAN MASYARAKAT KB TIDAK KIRA BANGSA DAN AGAMA SEJAK BELIAU MELIBATKAN DIRI DALAM POLITIK SEJAK ZZAMAN USNO LAGI.JIKA ADINDAKU LOT RAGU KENYATAAN INI SILA BUAT KALIAN DIKB TENTANG SAUADAR AWADNIR MATANGGAL.BEREBUT TAPAU BUKA BEREBUT ISTILLAHNYA.RIBUAN MANUSIA YANG DATANG PASTI ADA SUASANA RIUH RENDAH.BEGIUTU JUGA SEMASA PRK DI GALAS,TOK GURU MB KELANTAN TERANG2GAN MENGHULUR WANG BANTUAN ATAU WANG RAYA JEPADA PENDUDUK ORANG ASLI.INI HARUS DIRENUN GI OLEH ADINDAKU LOT.
4.3 ADINDAKU LOT MENGAKU SEKELUARGA AHLI TEGAR UMNO,JIK iq PUN "KALAU MARAHKAN NYMAUK SEEKOR TAK KAN KELAMBU DI BAKAR" WAHAI ADINDAKU LOT.SOALAN DILAYAN TIDAK ADIL ITU TERSERAHLAH KEPADA ADINDAKU DAN KELUARGA BAGAIMANA MENDAPATKAN PERHATIAN.TAKKAN ADINDA TAK MEBERI JALAN DAN MOTIVASI KEPADA AHLI KELUARGAPALING SIMPLE NAH JUMPAQ KETUA BAHAGIAN UMNO DAN JELASKAN MASALAH YANG DI HADAPI.MEMANG TUGAS MEREKA MENGATASI MASALAH RAKYAT.BUKANKAH B EGITU WAHAI ADINDAKU LOT.
4.4 SAYA TIDAK BERNIAT MENGHINA BAJAU LAUT.MEREKA JUGA SERUMPUN DENGAN BAJAU DI PANTAI BARAT.CUMA SAYA KATAKAN MUNGKIN TIDAK BERLAKU DI KB.CUBA TANYA KETUA BAHAGIAN KB DSSK JIKA HAL INI BERLAKU.
4.5 BERHUBUING DENGAN TEORI PEMIKIT BARAT pABLOV DAN MICHAEVELLI MRMANG TIDAK DAPAT KITA NAFIKAN.TAPI JUGA TAKSUB DRNGA TORI MEREKA.MUNGKIN TEORI RATUSAN TAHU YANG ATAU PU BEBERAPA TAHUN YANG LALU MUN GKIN TIDAK RELVEAN LAGI DENGAN MASA KINI YANG SUDAH BERUBAH SITUASINYA.BEGITU JUGA DARI SUDUT KITA DI MALAYSIA SAMA ADA BUDAYA,ADAT RESAM,KERERCAYAAN, SIMPULAN DAN PERIBAHASA BAHASA MELAYU ADA YANG SUDAH TIDAK BOLEH GUNAPAKAI JIKA MAHU M AJU KE HADAPAN.SEBAGAI CONTOH BAGI KAUM BAJAU SAYA ANGGAP SEBAGAI SATU PERBAHASANYA "MANGANNYA MANGAN ASAL YO KURUNG-KURUNG".APA GUNA KITA BERKUMPUL-KUMPUL TAPI TIADA MAKANAN UNTUK DIMAKAN.JIKA DIAMALKAN BAGAIMANA KAUM BAJAU MAHU MAJU KE HADAPAN SETANDINGAN DENGAN KAUM LAIN.KITA PERLU RAJIN BERUSAHA KALAU MAHU MAJU DALAM SEMUA BIDANG.BAGAIMANA PUN DALAM SITUASI TERTENTU PERBAHASA INI MASIH RELEVAN LAGI DAN PERLU KITA PEGANG DALAM KONTEKS KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN KEKELUARGAAN.
....Besambung.......................
4.6 PERSOALAN PEMIMPIN SABAH KHUSUS PEMIMPIN BAJAU MEPERDAGANGKAN KAUM BAJAU ADALAH TIDAK TEPAT SEKALI.INI BERERTI SEOLAH-OLAH USBO ITU MEMPERDAGANGKAN KAUMNYA.CUBA KITA TANYA PRESIDENNYA DSSK DAN SETIAUSAHA AGUNGNYA TPA DAN PENASIHATNYA DSA.ATAU JUGA PALING DEKAT SAUDARA SOLYMONE AKAN KOMEN MEREKA DALAM SOAL INI.MEMANG TIDAK DAP[AT DINAFIKAN MEMANANG USBO ADA KELAMAHAN DAN KEKUATAAN DI SANA SINI.SEBAIKNYA ADIDAKU LOT YANG MENGANGGAP DIRINYA KAUM BAJAU YANG DARI GOLONGAN INTELEK TAMPILLAH KEHADAPAN DAN MEBERI IDEA ATAU KRIKIKAN YANG MEMBINA BUKAN MERU NTUHKAN.
4.7 MENGIKUT ADINDAKU LOT KAJIAN TELAH DIBUAT SEJAK 10 TAHUN YANG LALU.MUNGKIN DAPATAN ITU KINI SUDAH BERUBAH SENARIONYA.ISU OPERSAI II MEMHABPUSKAN PERKAMPUNGAN KAUM BAJAU DI TEPI2 PANTAI BUKA KERAJAAN AAD DASAR TERTENTU TENTANG KESELAMATAN.APA YANG KITA BACA DI AKHBAR KEBANYAKAN MEREKA ADALAH PENDATANG TANPA IZIN YANG TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN RASMI.JIKA ADA PUN DASAR UNTUK MEMIN DAH MEREKA YANG TERDIRI DARI KAUM BUMIPUTRA PERLU DITERIMA UNTUK BERUBAHAN GAYA KEHIDUPAN YANG LEBIH TERJAMIN JIKA DIPINDAHKAN PENEMPATAN ITU DI DARATAN.SAMPAI BILA KAUM MAJU TERUS MENJADI NELAYAN PESISIR PANTAI SEDANG KAN DI TEMPAT MEREKA SERBA SERBI KEKURANGAN DARI SEGI INFRASTRUKTUR TERUTAMA KEMUDAHAN PENDIDIKAN SEPERTI SEKOLAH.WAHAI ADINDAKU LOT...KHABARKAN B ERITA KEPADA SAUYADARA KAUM KITA.DEMI UNTUK MAJU BANGSA BAJAU KITA PERLU BERUBAH DAN RELA BERHIJARAHHHHHHHH.
5. AKHIR SEKALI,ADINDAKU LOT SAYA INGI BERTANYA TENTANG KAJIAN ITU.
5.1. APAKAH MATLAMAT UTAMA KAJIAN ITU DIBUAT?
5.2 APAKAH RUMUSAN KAJIAN ITU.JIKA ADA NEGATIFNYA APAKAH TINDAKAN PENAMBAH BAIKAN UNTUK KEMAJUAN KAUM BAJAU DI SABAH?
5.3 SIAPAKAN RESPONDEN KAJIAN ITU DAN DI MANA BATAS WILAYAH KAJIAN ITU DIBUAT?
6. SAYA MENARUH HARAPA AGAR ADINDAKU LOT CUBA MEMBERI PENJELASAN DI BLOG INIK DAN SUDAH PASTI RAMAI LAGI PEMBACA INGIN MENGETAHUINYA.SAYA BUKA MENINDAKKAN SECARA TOTAL HASIL KAJIAN INI DAN MEMANG ADA KEBENARAN DAN REALITI DI SANA SINI.TAPI SEHARUSNYA KAJIAN ITU BIARLAH MANTAP DENGAN FAKTA, TELUS,JUJUR DAN IKHLAS.
SALAM HORMAT DAN PERPADUAN.
Terima kasih atas perhatian, teguran, sokongan kekanda semua. Adinda rasa tidak perlu menjawab di ruangan ini kerana jawapan sudah tersedia dalam 75 artikel yg bakal adinda terbtkan satu persatu dalam blog adinda. Teruskan memberi teguran agar artikel akan datang memberi lebih banyak kejutan dan jalan keluar bagi mengatasi kemelut politik sukuan Bajau yg dibelenggu kekangan politik serantau terutama golongan minoriti yg merupakan pembuat keputusan majoriti dlm politik tanah air. Semoga Bajau menjadi sebuah bangsa yg dominan di Malaysia,amin.
SALAM ADINDAKU DENAKAN LOT,
1.TERIMA KASIH SEKALI LAGI KERANA MEMBERI RESPON WALAUPUN BEBERPA PERSOALAN TIDAK TERJAWAB DI SINI.INSYALLAH, KEKANDA AKAN CUBA MENGIKUTI PERKEMBANGAN BLOG ADINDA.
2.SESUNGGUHNYA SAYA AMAT MENYANJUNG KEBERANIAN DAN KETEGASAN ADINDA DALAM MENGENEGAHKAN ISU INI WALAUPUN DALAM ISU TIDAK SEMUA BERSETUJU.TETAPI HAKIKAT ITULAH PRINSIP ADINDA DAN SAYA TABIK DAN HORMATI.
3. PERSOALAN YANG ADINDA TIMBUL ITU MEMANG ADA KEBENARANNYA DALAM KES-KES TERTENTU.KEPUTUSAAN YANG ADINDA AMBIL TIDAK MEMERLUKAN MENJAWABNYA DI BLOG KM KEKANDA HORMATI DAN KEPUTUSAN ITU BAGI SAYA ADALAH TINDAKAN YANG BIJAKSANA.
4.AKHIR SEKALI,SEMOGA ADINDA AKAN TERUS MENULIS DENGAN SEMANGAT YANG SEDIA ADA DAN CUMA MENGINGATKAN ADINDA AGAR BILA MENULIS BIARLAH BERLANDASKAN NIAT IKHLAS,JUJUR DAN TANPA DIPENGARUHI OLEH PERASAAN YANG NEGATIF.SESUNGGUHNYA SAYA AMAT BANGGA SEKIRANYA SUATU KETIKA NANTI ADINDA BERJAYA MERUNGKAIKAN PERMASALAHAN KAUM BAJAU DAN MEMBUKLA HATI DAM MINDA PEMIMPIN POLITIK KAUM BAJAU DALAM MEMPERKASA DAN MEMERTABAKAN LAGI KAUM BAJAU SUPAYA SETANDING DENGAN KAUM DAN BANGSA LAIN BAK KATA PEPATAH MELAYU NBERDIRI SAMA TINGGI DAN DUDUK SAMA RENDAH.SAYA MENMOHON MAAF JIKA KOMEN SAYA MENYENTUH PERASAAN ADINDA DAN SESUNGGUHNYA JUGA SAYA IKHLAS MEMBUAT KOMEN.
SELAMAT MENULIS DAN MAJU JAYA.
SALAM HORMAT DAN PERPADUAN DENAKAN ADINDAKU.
Salam,
1. Tidak berapa lama dulu, saya Ada terbaca dalam blog ini bagaimana seorang pemimpin tertentu dimarahi Dan dicerca kerana kononnya mengatakan bahawa bloggers tertentu tidak ubah spt monyet. Akibat daripada itu, mcm2 ulasan dan kecaman dibuat kepada pemimpin tersebut kerana kononnya memperlekehkan bloggers.
2. Namun demikian, Kali ini perkara yang lebih teruk berlaku bilamana suku Bajau dikatakan mengikut feel (perilaku buruk) anjing. Walaupun teori yang digunakan ini agar keterlaluan pada saya, saya mendapati bahawa tiada pulak orang yang mengutuk tindakan sedemikian kecuali sdra observer. Bahkan, sdra KM yang begitu lantang mempertahankan kepentingan masyarakat KB melalui teguran Dan kritikan terhadap pemimpin yang kononnya gagal melaksanakan tjwb memajukan KB juga tidak kedengaran tegurannya kepada penulis ini. Saya tertanya2 kenapa agaknya beliau dan mereka yang mendakwa pejuang bangsa ini membisu. Adakah mereka ini "dibisukan" kerana tulisan tersebut walaupun berlainan iramanya, tetapi masih juga mempunyai matlamat yang sama yakni memperlekehkan kepimpinan tertentu dari suku bajau?.
3. Tidak spt sdra Solymone, saya tidak mengaggap penulis sebagai orang baru dalam dunia penulisan blog ini. Secara jujur, saya berpendapat bahawa penulis adalah orang yang "regular" dalam penulisan tetapi menggunakan identity yang lain. Maka itu, saya tidak hairan atau teruja dengan kebolehan beliau.. Untuk mekluman, penulis ini berpelajaran amat tinggi berdasarkan gaya penyampaian serta teori2 yang digunapakai untuk menguatkan hujah beliau, walaupun sebenarnya kurang sesuai kerana menyamakan suku bajau dengan anjing. Saya tidak tahu, adakah ini cara orang bajau menegur? Begitu tidak bertamaddunkah bangs ini sehingga membiarkan diri mereka disamakan seperti anjing?.. Syukurlah, saya bukan Bajau..
Bersambung...
Sambungan/-
4. Pun demikian, mengenai kelemahan pimpinan bajau yang kononnya boleh diperkudakan oleh puak tertentu, pandangan saya begini. Didalam mana2 organisasi, seseorang ketua hanya Akan menjadi kuat jika Ada sokongan yang sepenuhnya dpd pengikutnya. Sebab itulah maka, Dr. M semasa mendapat tekanan antarabangsa mengenai kejatuhan ekonomi pada suatu masa dahulu mengajak semuab lapisan masyarakat bersatupadu agar kita tidak mudah ditindas Dan diperlekehkan oleh pihak musuh. Masalahnya, orang bajau sendiri tidak mahu bersatupadu seperti yang sepatutnya. Segelintir dpd yang sudah "berilmu tinggi" ini sebaliknya bertindak melemahkan pemimpin sendiri dengan tindakan2 yang songsang. Lalu, bila pemimpin bajau telah leman, dipersalahkan pula kerana kononnya membiarkan diri mereka "diperkudakan". Paling tidakpun, pemimpin2 bajau yang Ada diadu-domba dengan berbagai laporan yang tidak betul.
5. Oleh sebab itu, pada saya jikapun benar suku Bajau sekarang ini mengikut perangai buruk anjing sepertimana dakwaan penulis, ia bukanlah kesalahan pemimpin tertentu sahaja. Semua pihak, termasuk penulis yang mendakwa telah membuat kajian selama 10 tahun mengenai perkara ini perlu juga turut bertanggungjawab.
6. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat...
Salam dari,
BELUM PENDEKAR
Salam Kelapa Mawar dan Kalian.
Saperti yang saya katakana awal-awal lagi penulisan sdri LOT ini memang panas. Apa lagi bilamana ia nya disulami dengan ciri-ciri provokatif klass satu (bagi saya).
Namun walau macam pun , beliau telah menerangkan bahawa beliau telah menerima teguran dari sdra-sdra komentator – komentator dengan iklas lagi telus di sini.
Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, harapan kita sdri LOT akan menulis artikel yang lebih positif lagi mencabar mengenai perjuangan warga Bajau dalam bumi Malaysia ini dimasakan datang. Itu lah harapan saya. For now, that is that...
Persoalan tidak persetujuan sdra Belum Pendikar terhadap pandangan saya bahawa sdri LOT ini ada lah penganalisis POLITIK baru, saya terima juga dengan hati yang terbuka. Orang kata, walau pun rambut sama hitam, fikiran dsn mungkin berlainan.
Rasional saya beranggapan begitu ada lah semata-mata berlandaskan dengan fakta bahawa beliau hanya bermula blogging pada tahun 2009 ( kalau tidak silap). Disamping itu dari biodata yang saya perhatikan beliau ini maseh muda; walau pun berpendidikan tinggi dan sebagai nya.
Dalam isu yang lain, saya lebih beropsen untuk memberi peluang kedua kepada sdri LOT, berasakan kepercayaan bahawa kita ini cuma manusia biasa. Selalu nya tidak lari dari kesilapan. Dalam kontek itu, tidak kira siapa kita.
Dalam persoalan patriotism sebagai seorang yang lahir dari suku kaum Bajau; saya akan memperjuangkan kreadibiliti bangsa saya berdasarkan kematangan, kesabaran, realiti, integriti dan lain-lain ilmu yang boleh diguna pakai sehinggakan ‘ Bangsa Bajau akan diiktiraf oleh warga Dunia yang lain sebagai bangsa yang bertaraf Antarabangsa’.
Since sdra Belum Pendekar mengakui bukan orang Bajau maka saya (dengan izin) ‘ raise my case to this level. Other than that, is simply academic discussion, so to speak’.
Salam semua,
Penulis tidak seharusnya menyamakan perbuatan sesuatu suku bangsa dengan seekor binatang yang haram disisi agama Islam, jangan biarkan diri kita mempunyai sifat ego yang tinggi, ada kebenaran disebalik tulisan tersebut tetapi tidak kesemuanya menceritakan perkara realiti..kita harus berhati-hati dalam penulisan elakkan mengaibkan seseorang atau sesuatu bangsa kerana ianya amat sensitif.
SALAM.
salam,
mohon mencelah..satu anjakkan dalam gerbang penulisan blogger kota belud. kehadiran LOT dengan artikel yang bernas walaupun provokatif. provokatif bukan persoalannya namun harus diakui tulisan yang provokatif akan lebih menarik minat blogger kota belud khasnya. kehadiran LOT mengupas tentang bajau amat signifikan sekali dalam era ini yang menagih penulisan sepertinya. teguran dari LOT boleh juga dikategorikan suara belia bajau yang mahukan anjakkan dan perubahan dikalangan pimpinan dan masyarakat bajau seluruhnya. tidak keterlaluan jika saya katakan bajau itu amat luas definisinya namun terlalu sempit signifikan kepada masyarakat sabah umumnya. harus diakui bajau perlu satu motivasi minda dan prinsip hidup. jika dikatakan salah bilamana menerima wang rm10-1000 maksudnya kita bagaikan menolak rezeki kerana yang diberi itu rezeki yang diminta bagi tujuan sesuatu itu boleh ke arah rasuah. namun jika seseorang itu punya motivasi dan prinsip hidup yang tinggi rmsejuta pun tidak bisa menggugat pilihannya malah penerimaan wang bakal menginsafkan pemberi2 wang jika mereka tewas dan mendapati kekalahan mereka bukan kerana kekuatan wang si lawan namun jika kedua2 sama2 pemberi wang maka itulah namanya resam UMNO..hahahaha..jadi udah2lah kita mengikuti mereka yang tidak boleh membawa bajau kedepan ini. mengapa perlu ditegakkan benang yang basah, bagaikan memeriksa suis utama rumah di kelumpang pitas walaupun sudah tahu 3kali sehari adalah kewajipan matinya karan disana..hehehe..
kenapa kira tidak boleh ubah sikap yang perlu dibetulkan??
Kenapa berbincang pasal saudari LOT dan penulisannya...
Kepada org - org Bajau, perlu ada semangat dalam diri masing - masing untuk maju.
Its not right to characterise a race. Bukan semua Cina yang kaya, bukan semua Yahudi yang pandai...
dan bukan semua bajau seperti yang diklasifikan
Salam hormat
Adinda Pendekarwati,
1. Point yang cukup jelas dan terang. Kita serahkan kepada bijak pandai Bajau untuk menentukan maruah bangsa mereka sendiri. Bagi kekanda, kalau sudah orang yang mengaku bajau mengatakan bangsanya ikut perangai anjing, maka, dia sendiri juga sebenarnya termasuk dalam category tsbt. Maknanya, penulis tsbt, yang telah membuat kajian puluhan tahun juga tidak terkecuali kerana beliau juga bajau. Ringkasnya, kalau ikut teori beliau, beliau juga ikut feel anjing.. Sebabnya ialah, kerana beliau adalah Bajau.
2. Begitulah cerdiknya sesetengah orang... Dan, sekali lagi saya katakan... Nasib baiklah saya bukan Bajau....
Salam ingatan untuk adinda,
BELUM PENDEKAR
BP,
saya amat bersetuju... Penulis pun dapat feel seperti anjing...
Post a Comment