Monday, November 29, 2010


Dalam kekalutan BN mentransformasikan agenda perjuangan mereka, kita di sabah tidak putus-putus disajikan dengan agenda mengekalkan Fixed Deposit BN tatkala PRU 13 mungkin akan melabuhkan tirainya di penghujung tahun 2010 sebelum penghunjung 2011 akan menjengah kita. Itu tidak sangat membertakan otak untuk memikirkan lantas bagaimana BN akan mengekalkan tampuk kuasa yang dimilikinya sejak awal merdeka hingga sekarang. Kerana yang lebih berat otak kita di Sabah ini memikirkannya ialah bila diumumkan di dewan Rakyat, bahawa projek-projek kerajaan BN di Sabah dan sarawak telah mencecah nilai RM 641.07 juta yang diketgorikan sebagai "sakit tenat" dan memerlukan suntikan modal dari kerajaan. Dengan lain makna kos yang diumumkan akan melibatkan peruntukkan tambahan paling kurang sekali ganda dari amaun tersebut.

Di Sabah, projek-projek yang dilaksanakan oleh BN memang rancak dan kelihatan di sana-sini dengan papan tanda "SATU LAGI PROJEK BN UNTUK RAKYAT". Walaupun kerajaan pada dasarnya mengetahu punca kepada kelewatan projek yang dijalankan tetapi masalah itu seakan berulang dan tidak ada tindakan sewajarnya yang dilakukan.

Di Kota Belud ini, ada juga projek-projek besar yang melibatkan kepentingan masyarakat amnya terpaksa dilambatkan kerana faktor kontraktor, kos dan pelbagai lagi kerana birokrasi. Antara projek itu ialah melibatkan pembinaan sekolah seperti SK Tamau, Sk Pekan , SMKA Agama Tun Said dan beberapa sekolah lagi seperti yang dilaporkan. Dalam konteks itu semenangnya wajar tidak menuding jari kepada YB yang ada di Kota Belud ini, kerana biasanya 'tender' yang dibuat diluar batas pengetahuan mereka. Ada Kontraktor yang dikatakan berpengkalan di Semenanjung dan hanya memberikan Sub kepada Kontraktor tempatan. Bagaimana akan dapat menyelesaikan masalah ini jika YB yang berada di kawasannya itu hanya dengan JKKK kampung.

Sudah sampai masanya BN dalam melangkah PRU 13 memikirkan untuk meletakkan calon yang benar-benar berkelibar dan berpendidikan supaya bentuk-bentuk pengurusan,pendedahan dengan 'delivery sistem' dapat dikuasai supaya masalah kelewatan projek di bawah kerajaan BN ini akan dapat diminimumkan.

Saya teringat kepada isu kelewatan pembinaan SK Tamau dan juga kes terbengkalai Makmla Komputer SK Labuan. walaupun YB berkenaan berjanji untuk menyelesaikan isu berkenaan, namun tidak ada perkembangan yang positif. Sama ada kerana kesibukan ataupun sebab pengetahuan yang terbatas tentang karenah birokrasi, sukar kita pastikan..namun memberikan janji kepada orang yang lebih mengetahui dari kita rasanya amat sukar di zaman IT ini.

22 ulasan :

BELUM PENDEKAR said...

Salam sdra KM,

1. Satu perkara yang saya fikir menggamit perhatian saya untuk memberi sokongan dalam tulisan sdra kali ini ialah mengenai perlantikan kontraktor bukan tempatan bagi melaksanakan project tertentu yang akhirnya menyebabkan projek tsbt terlewat pelaksanaannya.

2. Pada saya, isu yang lebih releven di sini ialah perlunya contractor tempatan diberi peluang yang sewajarnya di tempat sendiri kerana kita semua sedia maklum, hanya inilah ruang yang mereka Ada. Untuk bersaing di semenanjung khususnya, mereka ini memang tidak Akan mampu. Justeru, adalah menjadi tjwb Wakil Parlimen KB untuk menyuarakan perkara ini di Parlimen bagi pihak contractor dari Sabah. Oleh kerana kita masih jauh ketinggalan dare segi ekonomi, maka molek sangat rasanya andai tender2 di sabah di khaskan kepada contractor dari Sabah sahaja. Ini bukanlah bermakna kita tidak mahu berkongsi peluang yang ada, tetapi kita memerlukan sedikit keistimewaan dalam Hal ini kerana kita masih belum mampu untuk bersaing secara terbuka dengan mereka yang telah established khususnya dari sjung.

3. Andai DARD membaca tulisan KM kali ini, saya fikir beliau boleh memikirkan perkara ini secara serious demi kebaikan masyarakat Dan negeri keseluruhannya.

4. Akhirnya sekali, saya memuji penulisan KM Kali ini yang pada hemat saya boleh disifatkan sebagai penulisan yang boleh dijadikan sebagai asas percambahan fikiran yang sebenar.

Salam Hormat
BELUM PENDEKAR

Observer said...

1.SALAM KM.SYABAS DAN TAHNIAH KERAMA MENUKIS ARTIKEL INI UNTUK DIRUNGKAI POKOK PERMASALAHANNYA.

2.KELEWATAN SESUATU PROPJEK KERAJAAN KHUSUSNYA DI BAWAH KELOLAAN PERSEKUTUAN BUKAN ISU BAHARU DI SABAH SEJAK AWAL TAHUN 90AN.ADA BEBERAPA SEBAB PUNCA MASALAH INI BERLAKU YANG PERLU DI ATASI SEGERA DAN JANGAN SEKALI BERULANG LAGI DEMI UNTUK MENJAGA PRESTASI KERAJAAN DI MASA-MASA MENDATANG.

2.1 mEMANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN JUGA BEBERAPA PROJEK PERSEKUTUAN YANG BERPULUH DAN RATUSAN JUTANYA DIMILIKI OLEH PEMILIKNYA DARI SEMANANJUNG TAPI MENGGUNAKAN LESEN KONTRAKTOR TEMPATAN.

2.3 ADA JUGA PROJEK BERJUTA-JUTA RINGGIT NILAINYA DI BAGI SUB KEPADA KONTRAKTOR TEMPATAN DARI SABAH.

2.3 TERDAPAT KONTRAKTOR TEMPATAN YANG BERJAYA MENDAPAT PROJEK KURANG BERPENGALAMAN DAN TIDAK MODAL KURANG MANTAP.

2.4 ADA KONTRAKTOR MENDAPAT SEHINGGA 2 ATAU 3 PROJEK SEHINGGAKAN KONTAKTOR ITU TIDAK DAPAT MENUMPUKAN SEPENUHNYA KERJA2 DALAM SATU2 PROJEK.OLEH KERANA KEKURANGAN PENGALAMAN DAN MODAL AKHIRNYA PROJEK ITU TERGENDALA.

2.5 SISTEM BIROKRASI YANG KETAT DANGAN JABATAN2 YANG BERKAITAN SEPERTI SESB,JABATAN TANAH,MAJLIS DAERAH DAN LAIN2 LAGI MEMBUATKAN "SYSTEM DELIVERY" MENJADI LAMBAT DAN MELEWATKAN SESUATU PROJEK ITU SIAP.

3.JIKA TERDAPAT SESUATU PROIJEK ITU LEWAT DAN TERBENGKALAI ADALAH TIDAK ADIUL JIKA KITA MELETAKAN MASALAH INI KEPADA WAKIL RAKYAT.APA YANG PERLU WAKIL RAKYAT PERLU MENGAMBIL ISU INI SEBAGAI IKTIBAR UNTUK MENJADI BAHAN UNYTUK DIRUNGKAIKAN DI PARLIMEN.

SALAM HORMAT DAN PERPADUAN.

watasikadi said...

salam KM,
salah satu isu yang bernas untuk diulas dan dikupas. saya setuju dengan KM salah satu langkah BN menjadikan sabah FD ialah menyalurkan pelbagai peruntukan. namun pelbagai masalah ketika penyaluran tersebut. dalam prinsip perakaunan kerajaan biasanya menggunakan prinsip cash basis berbanding syarikat menggunakan accrual basis.dalam cash basis satu perkara penting ialah sebuah projek tidak boleh diluluskan serta dijalankan selagi tiada peruntukan dalam tangan kerajaan.jadi seharusnya tidak timbul kejadian projek lulus peruntukan belum ada. itupun kalau YB kita fahamla..soal kelewatan sememangnya perkara biasa kerana kita masih dalam suasana kerajaan BN so itu perakara biasa.soal peruntukan berbilion ke sabah bagi saya belum mencukupi, kerana saya masih lagi berpegang pada perjanjian pergabungan sabah,sarawak dan malaya@tanah melayu sebagai persekutuan malaysia pada 9 julai 1963 dimana dalam perjanjian ini sabah dan sarawak bukanlah negeri namun dua buah negara yang bergabung dengan tanah melayu dan membentuk satu persekutuan malaysia. sepatutnya kemajuan dicapai sabah dan sarawak harus sama atau setidaknya seimbang dengan semenanjung dengan hasil yang diterima oleh persekutuan malaysia.ini tidak minyak kita diambil dan jadi punca pendapatan negara kita pula jadi negeri miskin(belum mengambil kira negeri termiskin kata bank dunia, ni ikut perkiraan YB BN jak, jadi pakai word miskin jak tak payah guna termiskin)... seharusnya YB kita mendesak lagi kerajaan pusat bertindak jangan hanya tahu turn padang masa pilihanraya, hanya tahu nangis dibatu sapi melihat kedaifan pulang KL jumpa minuman gelek sampai pagi juga.hahahah

joey said...

kelewatan projek yang dilaksanakan perlu dicari puncanya agar masalah ini tidak terus berlaku pada masa akan datang.

mandau said...

projek2 di kota belud perlu disiapkan segera, adalah merugikan jika ia ditangguhkan.

joey said...

kelewatan untuk menyiapkan projek bukan saja melambatkan perancangan terhadap pembangunan malah ianya juga boleh memberikan imej yang kurang baik terhadap projek tersebut. harap projek-prejek yang dilaksanakan pada masa akan datang dapat dilaksanakan seperti yang diingini.

Bhatera said...

Harapan kita para pemimpin BN dapat memberikan penjelasan kenapa perkara ini boleh berlaku??Penduduk akan tetap menyalahkan BN jika tidak siap-siap projek tersebut. oleh itu penjelasan itu perlu bagi menjawab persoalan dari penduduk.

Unknown said...

Kontraktor janganlah yang hanya mementingkan duit semata-mata. Kerana mereka ini yang akan memburukkan nama pemimpin itu sendiri. Maka pilihlah para kontraktor yang benar-benar boleh melakukan projek tersebut.

Mohd Ishak said...

Saya berharap projek-projek yang dijanjikan ini akan disempurnakan secepat mungkin.

Anonymous said...

projek2 yang baik untuk rakyat tak patut dilambatkan. rkyat perlukan pembangunan.

Unknown said...

Kelewatan projek BN hanya akan menjejaskan imej BN. Cukup2x lah dengan alasan BN, bertindaklah segera untuk melaksanakan projek tersebut.

Unknown said...

PRU13 mungkin akan datang tidak lama lagi. Oleh itu, BN kenalah berusaha bersungguh-sungguh. Mana2x janji yang ditaburkan kepada rakyat harus ditunaikan. Kemenangan BN bergantung kepada tahap prestasi BN.

Anonymous said...

jika kerajaan serius terhadap setiap projek yang dipertanggungjawabkan kepada kontraktor, dan serius terhadap pembaziran jika berlaku kelewatan atau projek tertunda, sepatutnya kerajaan terus sahaja menyenarai hitamkan kontraktor agar masalah seumpama tidak berulang kembali.

Paquin said...

Apapun puncanya saya harap setiap projek dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang dah dibuat.

Paquin said...

Jangan biarkan para penduduk terus menanti janji2 yang telah ditabur.

Paquin said...

Ya joey. Kelewatan seperti ni hanya akan memberi perspektif -ve terhadap BN. huhu

Paquin said...

Saya harap para pemimpin akan melakukan sesuatu sebelum penduduk semakin jauh hati.

Paquin said...

Apapun saya berharap agar semua projek2 yang telah dirancang dijalankan segera demi kebaikan bersama.

Bungabakawali said...

Salam KM, saya bersetuju sangat dengan komen rakan2 yang mengatakan bahawa tulisan KM kali ini betul2 ada klas gitu!!!!!! Teruskan usaha untuk mewakili rakyat khususnya rakyat KB.

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar dan Kalian.

Dengan ringkas nya, saya pun setuju bahawa tidak tepat sama sekali Kontraktor dari Semenanjung di bagi kontrak di mana-mana di Sabah termasuk di KB.
Justru itu, ini terbukti dari apa yang disuratkan.. projek terbengkalai lagi sakit tenat. Sehingga menampong kos perbelanjaan berjumlah RM 641.07 juta?

Banyak nya !!!. kos 'kesilapan' tersebut. Ia nya mampu untuk mengurangkan pengangguran dan kemiskinan di Sabah

Nasib baik, kes ini berlaku di Malaysia ( mempunyai rakyat nya yang paling dan amat bersikap gentleman). kalau di Jepun, New Zealand atau pun Australia, pasti nya kerajaan atau PM nya di tukarkan.

Dalam isu ini, saya rasa Pemimpin-Pemimpin yang memerentah harus dipertanggung jawabkan. Kerana terlibat secara langsung dalam proses tata-cara pengagihan projek-projek tersebut melalui tender terhad atau pun tender runding terus.

Kalau difikirkan, banyak lagi hal-hal saperti ini yang harus di rektifikasikan di sini.

Apa-apa pun semuga projek-projek sakit tenat ini di selesaikan dengan segera sebelum PRU13.

Kualiti hidup masyarakat yang terlibat perlu juga diutamakan. Sapertimana yang diilhamkan dalam konsep 1Malaysia,"Rakyat didehulukan, Pencapain di utamakan".

Itu sahaja. semuga kalian sukes

Mohd Ishak said...

Sesetengah projek tidak boleh disiapkan dalam masa yang singkat, dalam apapa pembagunan pun kenalah dilakukan secara bertingkat-tingkat.

Unknown said...

apa cerita projek 'relief road' for pekan kota belud di sebelah kompleks alappbana? pasal seorg manusia yg tiada hak tapi menggertak kerajaan telah menyebabkan projek batal. bagaimana hak org yg berniaga di sana? kita cerita bukan juta tapi hanya 600 ribu nilai projek jalan ini. saya kecewa dgn perkembanagn kerajaan membatalkan projek itu. kerajaan sedia ada saya ucapkan terima kasih. mudah-mudahan anda tumbang! celaka kamu kerajaan!