Saturday, November 6, 2010


Kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi dikatakan sebagai kemenangan yang cukup bergaya. Pertama kerana di Galas, Bn berjaya merampas DUN itu dari pembangkang, meskipun tidak dapat mengubah kerajaan sedia ada namun sedikit sebanyak dianggap sebagai titik mula apa yang disifatkan sebagai 'kebangkitan' semula BN selepas PRU 12. Kedua kerana BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu sapi yang tradisinya adalah kubu kuat PBS iaitu parti komponen BN di Sabah. Dan yang lebih manisnya ialah bila majoriti yang diramal akan berkurangan ternyata meleset bahkan menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda. Kerana politik itu adalah "numbers" , maka biarpun penduduk di Batu Sapi telah mencecah angka 5 ribu lebih yang menolak BN , namun 9000 orang lagi telah menjadikan BN sebagai pilihan mereka.

Bagi kaca mata rakyat Sabah, saya hanya menyifatkan bahawa kemenangan BN di Batu sapi adalah satu kemenangan yang harus diperhitungkan. Atas dasar kerana, kemenangan itu telah membongkar kedaifan penduduk Batu Sapi. Sebelum PRK ini, kawasan Batu sapi tidak begitu dikenali,hanya yang diketahui kawasan majoriti bumiputera itu adalah kawasan bagi PBS. Namun sesuatu yang mengejutkan kerana apabila PRK pertama di sabah diumumkan di kawasan Batu sapi, ternyata ramai yang terkejut, melihat betapa kemiskinan dan kedaifan penduduk bumiputera di kawasan itu yang seakan tidak terbela, meskipun di bawah BN. Keadaan yang daif ini tidak sahaja mengejutkan rombongan pembangkang yang berkempen tetapi juga mengejutkan pemimpin BN di Semenanjung yang datang membantu jentera pilihanraya di bawah kendalian Datuk Musa Aman. Bahkan ada yang menitiskan air mata melihat penderitaan penduduk kampung air yang begitu daif dan miskin.

Ada yang mula berteka teki..apakah yang pernah di buat oloeh wakil rakyat sebelum ini yang juga suami kepada calon BN yang menang atas kesengsaraan hidup penduduk Batu sapi yang tidak penat memberikan sokongan padu kepada BN.? Kerana memiliki jentera dan kekuatan modal, maka BN dilihat mempunyai 'autoriti tinggi' di mata rakyat di Batu Sapi. Peruntukan diberikan secara terus, bantuan berupa makanan ruji dan zink dibekalkan. Rakyat Batu Sapi begitu 'bertuah' kerana setelah hampir 19 UMNO dan BN berada di kawasan mereka, maka baru pada kali ini bantuan sara hidup mereka terlaksana. Soal perubahan! soal Sabah for Sabahan' soal Autonomi, soal rampasan tanah tidak dipedulikan. Persetankan dengan itu semua, apa yang paling berharga ialah mereka mendapat habuan sementara, meskipun tidak berpanjangan. Itulah mentaliti ramai pengundi di Sabah, termasuk di daerah kesayangan saya Kota Belud. Sebab itulah tidak heran bila wakil rakyat menang, kawasan yang dimenangi akan 'terbiar' dari seg keperluan asasnya.

Kerana itu banyak kawasan di sabah masih mundur, Wakil rakyatnya sibuk berurusan untuk mengekalkan 'kuasa' politik yang baru mereka menangi. Soal bekalan air bersih, tidak akan mendapat perhatian, kerana wakil rakyat ini minum air paip terawat lantaran tinggal di kawasan bandar. Soal jalan raya yang teruk juga tidak berapa menarik perhatian kerana, wakil-wakil rakyat ini berkereta Ninja King yang sekali sekala menjenguk kawasannya.

Adalah elok juga jika kemenangan BN di Batu sapi ini juga dicelebrte oleh pemimpin BN di sabah, setelah mereka mendedahkan kepincangan yang berlaku di Batu Sapi. selepas ini..rasanya batu Sapi akan membangun dengan janji-janji yang ditabur sewaktu pilihanraya lepas. Dan jika itu dilakukan oleh BN, adalah satu yang memberangsangkan. Fixed deposit itu tidak akan cair pada PRU 13. tahniah buat BN!.

22 ulasan :

Observer said...

1. RAKYAT DI BATU SAPI AMAT MENARUH HARAPAN KEPADA WAKIL RAKYAT YANG BAHARU.SEMOGA PROGRAM TURUN PADANG PERLU BERTERUSAN UNYUK BERTEMU DENGAN RAKYAT DAN JAGAN MASA BERKEMPEN KERANA PILIHANRAYA SAHAJA.

2. RAKYAT PERLU DIBELA DALAM SEMUA BIDANG.SEMOGA BATU SAPI AKAN TERUS MEMBANGUNAN SELEPAS INI DAN APA YANG TELAH DILIHAT AKAN MENJADI IKTIBAR KEPADA SEMUA PEMIMPIN POLITIK KHUSUS KERAJAAN.

3. MANDAT YANG DIBERI OLEH PENGUNDI2 BATU SAPI JANGAN DIPERSIAKAN.SEMOGA HARI2 ESOKNYA AKAN MENJANJIKAN ERTI PEMBANGUNAN KEPADA MEREKA DAN ANAK2 MEREKA.JANGAN JANJI SEMALAM YANG DIBUAT KATA ORANG SABAH "JANJI TERANG BULAN".

watasikadi said...

salam KM,
tidak sia-sia wang pemimpin BN dan peruntukan ditabur di batu sapi, dan seterusnya sabah masih dikuasai BN biarpun ada parti cuba mahu perjuangkan nasib mereka secara jangka panjang namun mereka tetap mahukan kesenangan sementara. resam penduduk sabah tapi bukan mereka yang faham akan kehidupan masa hadapan. dengan wang sekurangnya rm100-rm300 dan 30 keping zink bersama hamper berharga rm200 serta pelbagai projek bakal dilaksanakan tidak hairanlah PKR yang hanya menghulur rm30 dan SAPP bermodalkan air liur tewas di batu sapi. namun perjuangan dalam politik ini akan berterusan. dari segi politiknya, BN tidak bersalah memberi pelbagai projek dan habuan kerana mereka mahukan kelangsungan politik namun harus diingat sampai bilakah kelansungan ini? adakah lbh 6ribu 40 thn ke atas yang mengundi BN ini akan terus hidup didunia? tidak terfikirkah dimasa hadapan bilamana generasi bawah 40 kini menguasai politik tanahair maka akan terkuburlah BN? harus juga dipertimbangkan lbh kurang 1500-1800 pengundi SAPP dan 80% pengundi PKR adalah generasi dibawah 40 tahun kini... survivor masa depan parti harus dijaga walau apapun parti yang disertai. walau ada taktir kotor menggunakan media seperti radio disaat akhir kempen batu sapi, ia tidak semudah melepas batuk ditangga untuk pengundi batu sapi melupakan janji-janji pilihanraya batu sapi, adakah datin linda dapat mempertahankan batu sapi dalam pilihanraya umum nanti jika semua wakil rakyat dan pemimpin BN yang datang membantu baru-baru ini menjaga kawasan pilihan raya masing-masing? masih ingatkah kita peristiwa ijok? BN menang pilihanraya kecil ijok tapi tewas dalam PRU? namun seperti biasa semuanya bukanlah dijadikan pengajaran. resam biasa dalam politik. apapun tahniah datin linda atas kemenangan ini, tolonglah jangan jadi yes man di parlimen, rakyat sabah mahukan suara lantang bukan yes woman. kepada sponsor2 atau pemimpin BN pula jangan lupa bayar zink, plywood dan barang dari beberapa lori milimewa untuk dibuat hamper tu. tahniah juga pada rakan-rakan pemuda-pemudi batu sapi yang bijak mendapat habuan yang banyak.mulakanlah apa sahaja usaha dengan wang habuan yang diberikan kerana pemuda yang pintar tipu pusing sana-sini masa tu sekali pusing dekat lebih seribu jugala dapat kan? bulilah berniaga guring pisangkah, ikan bakarkah kan...

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
BN telah berpuluh tahun mencorakkan pembangunan negara Malaysia, tiada siapa yg dapat mempertikaikan nya..terpulang lah kepada pemimpin akan datang untuk menggilap kecemerlangan ini hingga menjadi intan permata...kepada parti politik pembangkang terus kan usaha sebagai pengkritik agar kerajaan BN sedar akan kepincangan yg berlaku di sana-sini jika ada, dan semoga BN akan terus menerajui pucuk kepimpinan negara...Amin

Datu pitung said...

SALAM KELAPA MAWAR

semoga kepimpinan pusat terus mengerak kan jentera untuk membantu rakyat yang memerlukan di sabah. dan jika pemantuan ini di geraj secara berterusan sehingga PRU 13, maka akan terserlah kebenaran bahwa sabah adalah "fix deposit BN".


salam hormat
datu pitung

Anak Sabah said...

Apa-apa pun, Datin Linda Tsen perlulah diberikan peluang untuk berkhidmat dahulu sebelum kita menolak. Diharapkan dia boleh menunaikan janjian dan tanggungjawabnya terhadap penduduk Batu Sapi.

zam said...

rakyat Batu Sapi telah memilih BN. janji-jani yang telah diberikan perlulah ditunaikan agar rakyat terus menyokong dan mempercayai BN.

Hamdan Hadillah said...

Pertanda awal PRU 13 sekiranya PR tidak bersungguh-sungguh untuk rakyat. Maka BN tetap akan memberikan yang terbaik untuk Rakyat. BN akan berusaha yang terbaik untuk menawan semua kawasan PR pada PRU13.

Unknown said...

Memang telah di jangkakan bahawa BN akan memenangi kerusi di Batu sapi. Lihat sahaja berapa banyak duit yang telah di peruntukkan di Sandakan, batu sapi terutamanya. Masih lagi penduduk batu sapi mengharap wakil rakyat yang baru ini, yang mana juga datang dari parti yang sama iaitu PBS, untuk membawa pelbagai kemajuan, peruntukan kepada mereka. Semogo Linda dapat memikul tanggungjawab ini dan sedia berkhidmat untuk rakyat bukan sahaja di batu sapi tetapi juga untuk seluruh Sabah.

mandau said...

pilhanraya ini Batu Sapi telah membuka mata kita mengenai kedaifan penduduk Batu Sapi. dgn ini pembangunan boleh dirangka di Batu Sapi, diharap taraf hidup penduduk batu Sapi akan meningkat selepas ini.

Mei said...

Mari kita berikan peluang kepada Datin Linda untuk membuktikan kebolehannya untuk mentadbir Batu Sapi. Yang penting, dia harus menunaikan segala janji2x yang ditaburkan kepada rakyat. Diharapkan beliau tidak akan mengecewakan mereka yang telah mengundi untuk dia.

nickko said...

kalau penduduk Batu Sapi menyerahkan wilayah itu kepada pembangkang, apa pembangkang boleh buat selain dari bersuara di Parlimen. jadi keputusan rakyat memilih BN adalah tepat berdasarkan kemampuan parti itu. pilihan rakyat juga tidak boleh dipertikaikan kerana itu adalah hak mereka..

nickko said...

semua isu yang ditimbulkan sepanjang kempen PRK samada dipihak pembangkang mahupun BN, wajar diambil perhatian oleh parti pemerintah dan Datin Linda sebagai pemimpin baru di kawasan berkenaan. rakyat akan sentiasa menuntut janji2 itu dan pembangkang juga pasti tidak terlepas pandang mengawasi setiap pergerakan di Batu Sapi.

madd said...

diharapkan Datin Linda dapat melakukan tugasnya dengan baik. semua janji perlulah ditunaikan dan masalah rakyat juga perlu diselesaikan.

Anonymous said...

Bn harus memastikan tanggungjawab mereka terhadap penduduk batu Sapi dilaksanakan dgn sebaiknya, penduduk batu Sapi amat mengharapkan kemajuan dan pembangunan yang telah lama mereka nantikan.

Anonymous said...

Pilihanraya umum yg ke 13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi, oleh itu, segala janji2 yg telah dibuat pada masa PRU12 perlu dilaksanakan dgn segera...kerana perkara2 seperti ini boleh dijadikan isu, janji2 tidak ditunaikan...

tapi siapa yg dapat lawan jentera pilihanraya BN? kalau di Sabah ni, alamat la parti pembangkang makan habuk kerana asyik berada di belakang saja...

ternyata Sabah adalah simpanan tetap BN!

Paquin said...

Pengundi telah membuat pilihan mereka. Jadi apa lagi yang nak dikata kan. hehe

Paquin said...

Sekarang ni Datin Linda telah menang dan saya yakin beliau mampu lakukan yang terbaik.

Paquin said...

Kepada Datin Linda, tolong jangan kecewakan kepercayaan rakyat yang telah memberi sokongan padu.

Paquin said...

Betul tu supra. Pastikan tanggungajawab terhadap rakyat dipenuhi sebagaimana yang telah dijanjikan.

Paquin said...

Jadi sama2 lah kita doakan yang terbaik hasil daripada kemenangan BN ini :)

Velove said...

Kalau asyik memperhitungkan kemenangan BN, sampai bila kita mau hidup dalam bayang2?

Ezef said...

I don't understand. Why keep on harping the same thing over and over again?