Thursday, February 24, 2011


Hasrat sebilangan ramai penyokong Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar untuk melihat kedua-dua pemimpin ini kembali 'beraksi' pada PRU 13 akan datang bukanlah sesuatu yang baru dalam politik Kota Belud. Malahan sejak kebelakangan ini kedua-dua tokoh yang pernah digugurkan itu telah mula menunjukkan reputasi yang cemerlang. Kedua-dua ini kini menjawat jawatan kedua paling 'berkuasa' dalam sistem demokrasi negara selepas Perdana Menteri dan ketua Menteri. Selaku YDP Dewan Rakyat, TSP dilihat mempunyai 'hubungan istimewa' dengan PM.Begitu juga DSSK selaku Speaker Dewan Undangan Negeri tentunya sudah terjalin 'hubungan intim' dengan Ketua Menteri Datuk Musa Aman. Maka reputasi inilah yang amat-amat memungkinkan mereka akan kembali semula memimpin masyarakat Kota Belud. Desas-desus politik yang dibawa oleh para penyokong kedua-dua tokoh politik paling berpengaruh di Kota Belud ini ialah DSSK akan kembali di Usukan dan TSP akan ke parlimen. Justeru itu apakah yang akan terjadi dengan politik Kota Belud jika ia benar-benar berlaku?

Pada waktu yang sama, para penyokong pemimpin yang lain juga turut menaruh harap agar pemimpin kesayangan mereka akan dicalonkan semula pada PRU 13 akan datang. Kawasan DUN USUKAN dimana DSSK dikatakan akan bertanding, turut dimanipulasi khabar politiknya apabila ada yang menjangkakan DATIN SAIDATUL BADRU akan diturunkan untuk melumpuhkan percaturan politik DSSK.Alasan yang diberikan ialah kononnya Datin Saidatul Badru yang dikhabarkan tidak sehaluan sejak dulu dengan ideologi politik DSSK yang juga merupakan adiknya, adalah merupakan satu-satunya 'seteru' politik yang dapat "meredakan" kemaraan politik DSSK sejak akhir-akhir ini.

Tidak dapat dibayangkan bahawa apabila TSP dan DSSK kembali semula beraksi di Kota Belud. Kerana dalam politik adanya 'kos' lepas, tentunya kehadiran mereka pada PRU 13 akan datang mengundang spekulasi bagaimana nasib Rahman Dahlan,Datuk Musbah dan Datuk Japlin Akim? Ramai yang percaya Datuk Japlin Akim akan menghabiskan khidmatnya sebagai wakil rakyat Usukan pada penggal ini berikutan beberapa skandal yang meringkari politik mantan ketua Pemuda Umno Kota Belud ini.

Sedangkan di Tempasuk pada 22.februari yang lepas, Datuk Musbah Jamli telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbi bahagian Tempasuk. walaupun pertemuan itu hanya disandarkan kepada taklimat pembangunan semata-mata namun ramai yang berpandangan bahawa Datuk Musbah sudah seakan mendapat petanda "mimpi' baru dalam kerjaya politiknya. Jika sebelum ini ramai yang menyuarakan rasa anda tanya kemana menghilangnya Datuk Musbah dalam dunia internet setelah sebelum ini begitu 'rakus'memaparkan aktiviti turun padangnya dalam blog dan FCBnya..namun rupa-rupanya, Datuk Musbah punya perancangan yang lebih jauh dalam mengekalkan popularitinya selaku ADUN TEMPASUK.

Sesungguhnya tidak dapat dibayangkan, bagaimanakah 'rupa' dan 'cerminan' politik Kota Belud menjelang PRU13? Apa yang pasti walaupun keputusan mengekalkan atau menggugurkan pemimpin tertentu berada di pundak PM, namun harus difikirkan bahawa kehendak dan aspirasi politik peringkat akar umbi tidak harus dipandang ringan.

Tuesday, February 22, 2011


Dalam permainan bola sepak, keputusan untuk membawa 'pemain import' biasanya dibuat bertujuan untuk menyuntik semangat baru di kalangan pemain sedia ada. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberikan satu motivasi dan gandingan mantap di kalangan pemain pasukan berkenaan untuk menjaringkan gol kemenangan dalam setiap perlawanan. Itu Bola Sepak...dan ia berkait benar dengan politik dan situasinya di Kota Belud.

Ketika Datuk Rahman 'diturunkan' di Kota Belud selaku MP yang baru menggantikan Datuk Salleh Tun said ketika itu yang 'digugurkan', ramai pemerhati politik di Kota Belud yang menganggap DARD tidak lebih dari "orang Luar" yang merebut peluang 'orang tempatan'. Amat sedikit yang merasakan bahawa DARD adalah 'pemain Import' yang didatangkan untuk 'membantu' menjaringkan gol buat kemenangan penduduk Kota Belud. Dan setelah lebih dua tahun memegang selaku tonggak utama skuad pemimpin Kota Belud, akhirnya DARD telah menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila dengan cukup bergaya menyempurnakan kehendak dan keinginan penduduk Kota Belud untuk menikmati bekalan air bersih. Permasalahan ini ternyata sukar diselesaikan oleh pemain tempatan sekalipun sejak 45 tahun yang lampau. Namun dengan kehadiran DARD selaku 'pemain import' bersama rangkaian media di peringkat pusat, akhirnya masalah air di Kota Belud akan menemui penghujungnya.

Jika berpandukan Buletin Utama TV3 dalam slot Aduan Rakyat beberapa hari lepas, Kota Belud dilaporkan merupakan daerah di sabah yang memperolehi peruntukan lebih 80 juta ringgit dalam menyelesaikan permasalahan bekalan air bersih. Turut dilaporkan lagi ialah projek membaiki dan mengganti saluran paip dijangka akan selesai pada bulan Julai tahun ini dan sekirang-kurangnya paling lewat tahun depan.

Inilah antara rahmat menyerapkan "pemain import" dalam sesuatu permainan. Dan kerana Politik itu adalah "game' maka ada kewajarannya pemimpin atasan memikirkan semula keperluan untuk mengimport pemain dari luar. Kita tentu masih ingat gandingan scot dan Matlan Marjan dalam skuad Sabah suatu ketika dulu telah mencetuskan gelombang kemenangan buat skuad negeri di Bawah bayu itu. Apakah dengan kehadiran DARD selaku pemain import ini dan bergandingan dengan pemimpin sedia ada seperti Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin dan Datuk Herbert Lagadan juga akan membawa tsunami pembangunan di Kota Belud...nyata segalanya terbukti...DARD menjadi 'wira' seketika buat penduduk Kota Belud.

Saturday, February 19, 2011


Antara kemelut utama pendidikan di sabah ialah mengenai kemudahan infrastuktur yang begitu daif dan terpencil. Bangunan sekolah misalnya bukan sahaja masih berstatus 'bangunan sementara' yang dibina dengan kayu dan berusia puluhan tahun, kemudahan asas yang lain seperti jalanraya, elektrik dan kemudahan air bersih juga menjadi dilema pendidikan di sabah. Jarak dan demografi penduduk yang berkelompok serta berjauhan memungkinkan permasalahan ini berlarutan walaupun negara kita telah merdeka lebih 50 tahun. Justeru itu, pendidikan di Sbh jauh kebelakang jika dibandingkan dengan negeri lain di Malaysia.

Pun begitu kesunguhan kerajaan membaiki dan menyelesaikan permasalahan ini sangat-sangat dialu-alukan. Namun yang mengusarkan ramai pendidik dan ibubapa yang sikap 'lepas' tangan dan juga kurangnya pemantauan serta tindakan drastik dari Kementerian Pendidikan sendiri mengenai pembinaan dan pembaikpulihan bangunan sekolah di negeri ini.

Terbaru isu Pendidikan di sabah ialah apabila 3 buah sekolah di tawau disytiharkan tidak selamat . Sekolah tersebut ialah Sk Bahagia,Sk Kukusan dan Sk Jambatan Putih. seramai lebih 3000 orang pelajar yang terlibat turut terjejas pembelajaran mereka. Sekolah-sekolah berkenaan yang dibina melalui peruntukan kilat dikatakan dibina secara semborono dan tidak menepati aspek-aspek pembinaan.

Akhirnya isu keselamatan disekolah ini telah menjadi isu politik. PKR Sabah misalnya menggesa supaya satu badan siasatan dalaman dapat dibaut untuk mengenalpasti masalah ini. Sekaligus menyifatkan ia sebagai satu lagi 'pembaziran' wang rakyat yang tidak diurus dengan sempurna.

Mendahului permasalahan itu juga ialah apabila beberapa projek pembinaan sekolah di Kota Belud turut mengalami kelewatan untuk disiapkan. walaupun sudah sampai ke pengetahuan pihak-pihak berkenaan ,namun tidak ada tindakan drastik yang dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan itu. SK Tamau, c0ntohnya yang dijadulakan siap pada september tahun 2009, terpaksa dianjak tempoh siapnya . Dan dikhabarkan hingga kini Sekolah tersebut yang menelan kos jutaan ringgit gagal disiapkan, meskipun kerja-kerja pembinaan masih lagi dijalankan dengan perlahan, seolah-olah tempoh masa yang diberikan masih jauh lagi. Ketika Datuk Normah gagoh menjadi Pengarah Pelajaran Sabah, isu ini pernah diajukan kepada beliau, namun sehingga kini ia masih belum menampakkan bangunan tersebut boleh disiapkan.

Begitu juga pembinaan makmal komputer Sk Labuan, ia bukan sahaja gagal disiapkan mengikut tempoh tetapi juga pembinaannya dikatakan tidak senilai dengan kos kontrak yang ditawarkan. SK pekan, SMK Tun Said dan rasanya banyak lagi sekolah di sabah yang mengalami maslah sedemikian.

Thursday, February 17, 2011


Sudah banyak artikel yang saya tulis berkaitan pemimpin ini. Baik yang berupa spekulasi, atau berkaitan tindakan dan percaturannya dalam dunia politik selaku MP Kota Belud. Tidak terkecuali saya juga menulis berkait dengan "keperluan' Datuk Rahman untuk "terus' berada di Kota Belud. Barangkali sesetengah pembaca beranggapan 'sinis' kerana seolah-olah penulisan sebegitu bersifat 'anti' pemimpin sedia ada di Kota Belud, Kononnya. Hinggakan lontaran idea itu tidak diperhalusi, tidak diperdebatkan, bahkan tidak diberikan ruang langsung untuk diterangkan.

Kali ini seperti yang sebelumnya, saya 'masih' berkeinginan untuk menulis berkaitan dengan MP Kota Belud yakni Datuk Rahman Dahlan. seorang pemimpin yang dikatakan bukan tidak mendapat tempat di daerahnya, Tuaran..tetapi tidak diberikan ruang secukupnya untuk 'membuktikan' keupayaan dan keberadaannya dalam dunia politik khasnya dalam parti UMNO di daerah itu. Dan seakan 'berhijrah' di Kota Belud, pemimpin ini ,tahu bahawa berkemungkinan 99.99% pada PRU 13, namanya tidak akan tersenarai sebagai wakil rakyat di Parlimen Kota Belud, apatah lagi Datuk salleh dan gandingannya Tan Sri Pandikar Amin kini dilihat telah mendapat dan kepercayaan masing-masing dalam dunia politik dan pentadbiran Najib.

Namun apa yang cukup memeranjatkan saya ialah kesungguhan dan komitmen padu yang ditunjukkan oleh DARD dalam menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kota Belud. Sebagai seorang pemimpin muda yang punya rangkaian media di peringkat nasional, DARD dilihat "opportunis" yakni mengambil kesempatan dari apa 'kelebihan' yang beliau miliki itu. Bermula rasanya dengan 'membawa' wartawan TV3 meninjau malapetaka banjir yang berlaku di Kota Belud, DARD dikatakan mempunyai 'kemesraan' intim dengan TV3. banyak aktiviti parlimen mendapat liputan daripada stesen TV swasta nombor satu negara itu. Walaupun dalam beberapa saat 'dikeudarakan' ia sudah cukup menjadi publisiti buat DARD dan Kota Belud. Terbaru apabila Slot Aduan Rakyat disiarkan dalam Buletin Utama TV3, memaparkan permasalahan tentang bekalan air bersih ini. Begitu bersungguh-sungguh DARD dalam hal ini, segenap ruang dan peluang dipergunakan untuk merealisasikan impian penduduk Kota Belud untuk menikmati bekalan air bersih dan mengakhiri kesengsaraan menjadikan air telaga tiub yang tidak terawat dan berkeodak sebagai minuman harian mereka.

Sesungguhnya seorang pemimpin yang berjiwa rakyat akan meninggalkan 'jasa' dan pengorbanan' yang menjadi kenang-kenangan bagi rakyat yang diwakilinya. Apakah ini yang tersemat dalam hati politik DARD?. sementelahan itu, dari pengamatan saya, Hanya DARD satu-satunya pemimpin politik di Kota Belud yang memaparkan permasalahan ini dalam blog dan laman sosialnya FCB. mendapatkan feedback dan sedikit timbangrasa dari penduduk Kota Belud supaya 'bersabar' . Seperti yang diwar-warkan oleh DARD bahawa isu utama yang disajikan kepada PM datuk Najib ketika pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen BN,ialah masalah air.

Friday, February 11, 2011


Sejak pengguguran Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin dalam senarai calon PRU 12 yang lepas, perjalanan kedua-dua tokoh dari Kota Belud ini dilihat sebagai telah 'dirancang' oleh pihak-pihak tertentu. Sebab itulah apabila kedua tokoh ini 'bergabung' dalam NGO USBO, maka ada 'pihak' mistik yang melihat ia sebagai satu 'ancaman' dan 'tindak balas' agresif dari kedua pemimpin ini. Maka sebagai 'mematahkan' perancangan itu dan dalam usaha mengkucar-kacirkan pergerakan mereka yang dinaungi oleh Datuk Shafie Apdal, ketika itu, maka Tan Sri Pandikar diberikan tempat sebagai "Yang Dipertua Dewan rakyat". Maka itu sebagai 'balasan' politik, TSP 'terpaksa rela' melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu yang baru diwakilinya. Perletakan jawatan TSP itu dilihat oleh kebanyakkan pihak sebagai 'gentlmen" selain daripada seperti yang dikatakan oleh TSP sendiri sebagai 'menghindar' perasaan bias ketika mengendalikan Dewan Rakyat. Ada pihak yang menyatakan secara terbuka bahawa 'helah'politik pihak tertentu di sabah sudah mengena dan lambat laun , TSP akan tidak ada kuasa dan pengaruh dalam UMNO Peringkat negeri.

Selepas strategi itu berjalan, kini giliran Datuk Salleh pula dipercaturkan. Mulanya dengan perlantikan sebagai Penasihat Sains bertaraf menteri kepada Datuk Musa Aman. Perlantikan ini secara kasarnya menandakan sudah wujud persefahaman politik antara DSSK dan DMA. Namun pada sudut lain timbul beberapa persoalan, bagaimanakah seorang yang pernah menyandang jawatan Ketua Menteri Sabah suatu ketika dulu, hanya dilantik sebagai "penasihat" yang tidak punya peranan besar dalam kabinet negeri? Adakah tidak molek jika DSSK dilantik sebagai "ADUN DILANTIK" dan kemudiannya menganugerahkannya dengan jawatan bertaraf menteri? Dengan melantik hanya sebagai penasihat, ertinya DSSK telah tidak berperanan dalam membantu dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat. Isunya hanya setakat 'penasihat' dan DMA dapat memperhatikan gerak geri politik DSSK secara lebih dekat.

Terkini, ramai yang gembira melihat DSSK sekali lagi diberikan tempat sebagai Speaker Dewan negeri. Bukankah strategi ini juga yang telah 'melumpuhkan' politik TSP di peringkat Bahagian dan negeri? Bukankah TSP suatu ketika dulu mempunyai Parti (AKAR BERSATU) yang merupakan parti komponenn BN tertua di sabah pada waktu itu? Dan bila DSSK menerima jawatan berkenaan, ertinya DSSK "perlu" juga meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, sepertimana yang dilakukan oleh TSP. Alasannya cukup mudah, supaya pengendalian DSSK dalam Dewan Undangan Negeri tampak lebih "neutral' dan berkecuali. Lantaran itu, apa yang berlaku keatas kedua pemimpin ini seakan nampak telah 'dirancang' lebih awal untuk 'menurunkan' pengaruh mereka di peringkat daerah Kota Belud. Dan itu telah berjalan dengan cukup sempurna.Jika sebelum ini, dalam artikel saya yang terdahulu membayangkan bahawa DARD 'bakal' bertanding ketua Umno Bahagian Kota Belud, maka ada logiknya juga bagi DSSK 'melepaskan' jawatan itu untuk memberi laluan kepada orang lain seperti yang dilakukan oleh TSP di Kota Marudu. Cuma bezanya siapa yang bakal dikedepankan untuk menjadi ketua Umno Kota Belud?


Wednesday, February 9, 2011


Ketegasan Najib dalam melaksanakan transformasi politik dan pentadbiran begitu dikagumi. Mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen BN, yang menyaksikan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan tidak terkecuali dalam pertemuan itu. seperti yang dimaklumkan oleh DARD dalam FCBnya, antara isu utama yang dibentangkan di depan PM datuk Seri Najib pada pertemuan itu ialah "masalah' bekalan air yang melanda Kota Belud sejak dari dulu lagi. Dengan andaian bahawa luahan dan isu itu diambilkira oleh PM, rakyat di Kota Belud kini 'ternanti-nanti' apakah "follow up" Datuk Najib dalam siu yang dibangkitkan oleh MP Datuk Rahman Dahlan itu?.

Selepas daripada pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN, Najib sekali lagi membuat 'kejutan' di Sarawak apabila menghimpunkan seluruh ADUN di sarawak untuk menemui beliau. Dikhabarkan bahawa dalam pertemuan beberapa hari yang lepas, ada ADUN di sarawak yang tidak 'menceritakan' perkara sebenar yang berlaku di kawasan mereka. Selain berkaitan dengan soal demografi penduduk yang amat signifikan dengan sokongan akar umbi, ada ADUN Sarawak yang dikatakan 'gagal' melayan kehendak dan tujuan PM menemui mereka. Malahan rekod permasalahan serta maklumat yang 'tersimpan' dalam pengetahuan Najib yang diperolehi melalui 'perisikan' politik nyata tidak sama dengan apa yang diperkatakan oleh beberapa ADUN Sarawak kepada Najib. Bagaimanakah Transformasi politik akan berlaku jika keadaan ini terus berlarutan?

Kini isu terbaru seperti yang diwar-warkan oleh media ialah pertemuan Najib dengan 191 orang ketua bahagian Umno seluruh negara pada sabtu ini.(12.02.2011). Ini menyaksikan salah seorang daripada ketua Umno Bahagian yang menemui Najib ialah Datuk Salleh Tun Said yakni Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Walaupun ada khabar angin menyatakan bahawa pertemuan itu nanti adalah antara lain berkaitan dengan "status' calon pada PRU13, namun ia masih samar kebenarannya. Dan adakah dengan pertemuan itu Najib akan dapat mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh UMNO KB dibawah pimpinan DSSK? Jika benar bahawa pertemuan itu adalah antara usaha 'merisik' bakal calon pada PRU 13, maka adakah pasti DSSK akan menyenaraikan nama-nama calon yang menjadi pilihan parti dan bukan masyarakat KB? Bagaimanakah dengan isu calon pilihan rakyat di mata DSSK selaku ketua Bahagian? Bagaimanakah pula isu bahawa calon PRU 13, tidak semestinya berkedudukan dalam parti dan kerajaan? Tentunya kita memikirkan bahawa tidak akan ada isu lain yang timbul selain daripada isu politik dan parti UMNO Bahagian. Bersama kita tunggu, apakah isu Datuk Salleh 'menemui' Najib nanti?

Monday, February 7, 2011


Sememangnya Datuk Rahman adalah antara 'personaliti' politik di Kota Belud yang begitu mendapat perhatian umum, kerana percaturan politiknya yang dianggap 'berani' "berkeupayaan" dan begitu 'lantang' memperjuangkan kemashalatan penduduk Kota Belud sejak beliau buat pertama kali dalam hidup politiknya menjadi MP di daerah ini. Kerana itu DARD sentiasa dilingkari pelbagai cerita 'panas', 'gossip' dan cerita-cerita nakal mengenai kedudukannya dan 'keberanian' serta hubungannya dengan UMNO Kota Belud. Spekluator politik tempatan beranggapan bahawa sebagai personaliti politik baru di Kota Belud, DARD 'sentiasa' terancam dengan apa juga percaturan politik peringkat Bahagian.

Apa yang menjadikan DARD sebagai 'unik' di peringkat daerah ,negeri dan nasional ialah, beliau antara merupakan politikus yang mendapat tempat dalam organisasi politik BN. Pernah menjadi S/usaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, juga pernah menyandang S/usaha Pemuda Barisan Nasional dan Naib Pengerusi Kelab Penyokong BN Parlimen. Malahan atas 'kepakaran' nya DARD telah dilantik sebagai S/usaha BN negeri Sabah. Menyoroti pelbagai jawatan yang diberikan kepada DARD ini, membayangkan kepada kita betapa peranan beliau sebegitu penting dan tentunya kerja seorang "setiausaha" ini memerlukan 'ketangkasan'kebijakan, dan kerajinan yang cukup luar biasa.

Namun apa yang menghairankan ialah, DARD tidak punya apa-apa kedudukan dalam parti UMNO. Kegagalannya beliau bertanding sebagai Tim. Ketua Umno Tuaran menandakan bahawa 'jawatan' Setiausaha BN pada waktu itu bukanlah 'modal' terbesar dalam meraih sokongan perwakilan dan menyakinkan ahli UMNO bahawa DARD harus mendapat tempat di daerah Tuaran.

Justeru itu, ramai pemerhati politik berpandangan bahawa sebagai 'jaminan' kedudukannya dalam politik ,DARD harus mengambil peluang dan kesempatan 'memberadakan' dirinya dalam organisasi parti UMNO. Sebab itu desas-desus politik yang bertiup kencang di Kota Belud sekarang ialah ada 'berkemungkinan' DARD akan bertanding Ketua Bahagian Umno berhadapan dengan penyandangnya Datuk Salleh Tun Said. Alasanya yang cukup kuat untuk itu ialah kononnya DARD harus memikirkan 'keberadaannya'dalam parti UMNO untuk memastikan kelangsungan politiknya sebagai MP akan lebih terserlah. Ini ada asasnya kerana DARD dikatakan tidak langsung diberikan tempat di Tuaran, Justeru sebagai MP Kota Belud adalah lebih tepat jika DARD juga mempunyai 'keintiman' yang kuat dalam UMNO Kota Belud. Dalam hal ini DARD bukanlah personaliti politik yang asing kerana dikhabarkan DARD juga mempunyai susur galur keturunannya di daerah ini sekaligus membayangkan bahawa DARD pastinya tidak akan ketandusan sokongan peringkat akar umbi.

Demi memastikan adanya gandingan mantap antara Datuk Musbah dan DARD maka tidak ada pilihan lain selain dari memastikan DARD dikedepankan untuk tujuan itu. Perkembangan terkini politik tanah air di bawah kepimpinan Najib juga membawa satu gelombang deras terutama dalam soal pemilihan calon Pilihanraya yang bakal mewakili UMNO dan BN pada PRU13 akan datang. Calon mestilah benar-benar disukai oleh rakyat. Dan jika bersandarkan kepada itu, adalah tidak mustahil DARD akan mendapat tempat semula di KB lantaran sokongan akar umbi yang bertamabh setiap hari kepada beliau terutama golongan "non partisan " yakni golongan muda. Berita yang bertiup kencang sekarang ialah DARD dikatakan sudah mula menyusun startegi politik dan dikhabarkan beberapa penyokong kuatnya telah mula menyusup dalam cawangan UMNO Tuan Gusi. Sama ada benar atau sebaliknya, hanya DARD yang boleh menjawab spekulasi ini.

Jikapun benar DARD akan mempertaruhkan 'hijab' politiknya dengan bertanding ketua Bahagian, maka ia tidaklah sesuatu yang menghairankan kerana dalam politik selagi ada peluang maka selagi itu ia harus dipergunakan. Namun seperti yang diberitahu kepada saya oleh seorang politikus Kota Belud, bahawa DARD harus memikirkan secara mendalam niat dan hasratnya kerana DSSK juga bukan sembarangan personaliti di Kota Belud. Apa yang ditakuti ialah keadaan seperti pepatah melayu lama :"menang Jadi arang, Kalah jadi Abu".

Sunday, February 6, 2011


Perletakan jawatan ketua perhubungan PKR Sabah, Pajudin Nordin telah dilihat oleh kebanyakan pihak sebagai 'melumpuhkan' PKR di negeri ini. Pergolakan PKR Sabah,bukanlah satu perkara baru kerana sebelum ini orang kuat KDM, Dr Jeffry Kitingan telahpun duluan meninggalkan PKR atas sebab hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR terutama Datuk seri Anwar Ibrahim yang disifatkan oleh Pajudin sebagai memperbodoh-bodohkan orang Sabah. Pada satu masa memberikan Autonomi kepada Sabah jika memenangi PRU 13, namun tindak tanduk DSAI jelas tidak menunjukkan yang demikian.

Di Kota Belud, ramai pemerhati politik tempatan melihat situasi baru ini sebagai memberi kesan kepada dua kawasan Pilihanraya di daerah ini iaitu kawasan N6 Tempasuk, dan P169 Kota Belud yang kedua-duanya diwakili oleh UMNO (BN). Melihat kepada keputusan PRU12 yang lalu, ada 'kebarangkalian' yang tinggi bagi kedua-dua kawasan ini untuk dimiliki oleh PKR, bergantung kepada "mod" Pengundi dan isu yang bakal dimanipulasikan, tidak terkecuali "siapa calon yang akan dikemukakan"?. Jika bersandarkan rekod pada PRU 12 yang lepas, kawasan N6 Tempasuk menyaksikan pertarungan 3 penjuru antara calon Umno (BN) iaitu Datuk Musbah, Calon PKR Laiman Ikin dan calon BEBAS ,Ibrahim Linggam. Secara keseluruhannya, keputusan PRU 12 itu menyaksikan penurunan majoriti kemenangan calon Datuk Musbah. Pada PRU 11, Calon BN, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memperolehi undi majoriti sebanyak 3440. Angka ini menurun kepada hanya 2430 yang dimenangi oleh Datuk Musbah. Manakala calon PKR, memperolehi undi kejutan sebanyak 4109, sekaligus menyaksikan PKR dilihat sebagai 'ancaman' besar kepada kedaulatan politik BN di N6 Tempasuk.

Sebagai tujuan mengekang kemaraan PKR di N6 Tempasuk ini, ramai penggiat politik di Kota Belud berpandangan supaya Tan Sri Pandikar Amin "dikembalikan" semula sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan. Ini kata mereka supaya BN memperolehi kembali undi suku Iranun dan Bajau yang merupakan bilangan undi Bumiputera Islam yang mencatat 66.01% berbanding dengan bumiputera bukan islam yang berkapasiti dalam lingkungan 33% daripada keseluruhan jumlah pengundi DUN Berkenaan iaitu seramai 14 291 orang. Hujah lain yang diberikan ialah kerana kononnya 'protes' undi dari penyokong TSP sekali lagi akan berlaku dan berkemungkinan BN dapat di tumbangkan di TEMPASUK. Sama ada hujah ini boleh diterima atau sebaliknya, sukar dipastikan, namun sebagai rekod, Datuk Musbah kalah di kebanyakkan peti undi yang majoriti adalah orang Iranun. Apakah ini bukti yang dikatakan oleh mereka sebagai 'undi protes'?

Tentunya PRU 13 akan datang lebih menjanjikan persaingan yang sengit dengan PKR dan BN di Tempasuk ini. Walaupun PKR dilihat sebagai parti bermasalah, namun bukanlah sesut yang mustahil pada PRU 13, PKR akan dapat menawan Tempasuk, kerana berdasarkan rekod sedia ada, PKR bukanlah parti ancaman kepada BN terutama UMNO di Kawasan ini, tetapi memperolehi undi lebih 4000 pada PRU yang lepas sudah membuktikan bahawa, " laut yang bergelora itu jangan disangka tidak dapat menghasilkan ombak tsunami".

Friday, February 4, 2011


Isu politik yang membelenggu BN sejak kebelakangan ini ialah berkaitan dengan sokongan masyarakat Cina terhadap parti perikatan terbesar sejak merdeka ini. Penurunan sokongan masyarakat Cina dikatakan berpunca daripada beberapa isu besar terutama berkaitrapat dengan peluang ekonomi serta tuntutan kebersamaan hak dan peluang selaku warganegara di negara ini. Tuntutan itu dikatakan tidak dipenuhi oleh UMNO selaku parti teras dalam BN. Selain itu pergolakan dalam parti MCA dan GERAKAN juga menyumbang kepada penurunan sokongan tersebut.

Sejak awal merdeka masyarakat Cina dilihat mempunyai 'value politik' yang besar dalam menentukan sokongan majoriti dalam parlimen. Kerana itu bila berlaku penurunan sokongan mayarakat Cina kepada BN, ia memberikan impak besar keatas keutuhan BN. Misalnya, apa yang berlaku di Sibu melambangkan bahawa masyarakat Cina tidak sangat terikat kepada budaya politik pembangunan yang dicanangkan oleh kerajaan. Semacam ada sesuatu yang 'mengguris' hati perasaan masyarakat Cina di negara ini, kerana walaupun pelbagai taktik digunakan, namun nyata sokongan masyarakat Cina ke atas BN masih terlalu perlahan.

Di Kota Belud, Masyarakat Tiong Hwa ini adalah masyarakat minoriti dari segi kuantiti, tetapi ia boleh menjadi 'king maker' di Kota Belud. Sedangkan masyarakat lain seperti kadazandusun, Bajau dan Iranun tentunya mempunyai 'majoriti' politik yang besar. Apakah pendekatan beberapa orang pemimpin setiap kali Musim Perayaan Tahun Baru Cina dengan mengadakan kunjungan dari kedai ke kedai masyarakat ini melambangkan bahawa 'pertautan' politik yang kuat? Ertinya, apakah dengan memperolehi sokongan masyarakat Cina di daerah ini akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN? Atau apakah ia juga melambangkan bahawa masyarakat Cina yang menguasai tidak sampai 1/2 daripada ekonomi Kota Belud mempunyai 'pengaruh' besar dalam menentukan pola sokongan terhadap BN di kota Belud?

Sepanjang yang KM ketahui, masyarakat Cina di daerah ini tidaklah menjadi dominan kepada sokongan politik keatas BN, malahan hanya beberapa legasi keluarga yang menguasai ekonomi peruncitan serta pemaju perumahan . Antara yang menonjol ialah legasi "Gui Brothers" dengan rangkaian keluarga Yick Ming. Pun begitu tidak dapat dinafikan bahawa kesepaduan dan hubungan intim masyarakat Cina dengan pertubuhan mereka , menjadikan golongan ini mempunyai nilai modal yang tingggi berkaitan dengan kemampuan wang ringgit dan pengaruh politik yang besar.

Sejauhmanakah masyarakat Kadazandusun, Bajau dan Iranun akan menjadi 'penentu' undi pada masa hadapan? Dan juga sejauhmanakah masyarakat Tiong Hwa akan memberikan sokongan kepada BN pada PRU 13 akan datang, kerana parti tempatan Cina seperti SAPP masih mempunyai aura di daerah ini.

Thursday, February 3, 2011


Siapa yang tidak mengenali Datin Saidatul Badru Tun said di Kota Belud ? Beliau bukan sahaja dikenali sebagai kakak kepada Datuk Salleh Tun Said yang merupakan ketua Umno Bahagian Kota Belud sekarang, tetapi juga Datin Saidatul telah menjadi perhatian pemerhati politik tempatan dalam sejarah perjuangan politiknya. Seorang politikus pada zaman USNO di bawah kepimpinan Tun Mustapha Datu Harun lagi, malahan Datin Saidatul dikatakan adalah antara AJK penaja awal kemasukan UMNO ke Sabah yang dilahirkan kemudiannya di Usukan. Selepas itu, 'naluri' percaturan politik beliau menjadi 'songsang' seketika apabila mengambil keputusan menyertai Parti keadilan Rakyat (PKR) sehingga memegang portfolio penting dalam PKR. Namun atas sebab peribadi kemudiannya, Datin Saidatul mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno Semula.

Beberapa tahun lepas, politik Kota Belud sekali lagi digemparkan dengan kemenangan Datin Saidatul Badru dalam pemilihan G7 ke Kuala Lumpur. Ramai yang 'terperanjat" dan "terkedu' dengan pencapaian dan penerimaan politik Datin Saida di Kota Belud. Ada yang menyifatkan kemenangan itu sebagai aura Ayahanda beliau Tun Said yang begitu dihormati di daerah ini. Tidak kurang juga ada yang memandang sinis dan melabelkan Datin ini sebagai 'tempua bersarang rendah". Sejak itu Datin Saida dikerumuni spekulasi politik yang hebat. Ada yang menyatakan bahawa Datin saida bakal dicalonkan di Usukan pada PRU 13 akan datang.


Terkini dalam FCB saya mengutip komen Datin Saida mengenai cadangan awal beberapa orang Kota Belud terhadap penilaian dan pemantauan kepimpinan YB-YB di kota belud sekarang.
Cadangan supaya satu AJK penilaian dan satu dialog diadakan untuk mengetahui apakah gagasan, wawasan, dan perancangan para pemimpin untuk kemajuan daerah Kota Belud, rasanya satu idea besar tetapi boleh dilaksanakan. Namun apakah ada kebersetujuan di kalangan pemimpin sedia ada?

Komen Datin Saida :

Cadangan DJDS itu memang baik dan boleh diteruskan tapi pasti ada yang memulakannya. Ia agak mengambil masa panjang. Barangkali DJDS boleh mulakan bentuk JK Penganjur. Walau bagaimanapun saya mencadangkan agar dalam masa terdekat ini perlu ada forum dailog atau perbincangan dengan pemimpin2 kb iaitu kbahagian umno,MP dan 3 Adun kb bagi menilai kepimpinan dan peranan mereka untuk perjuangan rakyat kb dan kemajuan daerah kb. Kita mahu tahu apa yg telah, sedang dan akan mereka buat utk kb selama ini. Sayapun mahu tahu samada mereka ini pernahkan berbincang dan apakah perancangan kemana hala tuju kb sejak umno bertapak di kb? Saya ini orang lama dalam politik usno lagi dan anak pertama kb masuk umno di KL dan antara penaja terawal umno kb pd thn 1991. saya pernah ikut pembangkang kerana membantu kawan tapi kembali kpd perjuangan umno. Saya hanya ahli biasa dalam umno tapi saya sayangkan perjuangan umno dan sentiasa mengikuti perkembangan politik kb. oleh itu saya juga spt sdr semua inginkan kemajuan kb dan rakyatnya. Maka itu kita perlukan pemimpin terbaik di kb. Kalau pemimpin2 sekarang ini memuaskan kita teruskan saja tapi kalau tidak boleh tukar ba.....PR13 tidak lama lagi! Saya sarankan sdr DJDS, TF, SR, RR, Ladim, Golda atau dll untuk bentuk JK Bertindak mengenai Penilaian Pemimpin. Bolehkah sdr2?



Wednesday, February 2, 2011


Berasaskan Tinjauan Pendapat Peminat Face Book , atas tajuk : Kalau anda ditakdirkan terpilih sebagi Wakil Rakyat Kota Belud atau anda mencadangkan calon Pilihan Raya, ditakdirkan cadangan anda diterima dan menang dalam Pilihan Raya jadi ADUN atau AP. Apakah cadangan anda kepada Wakil Rakyat untuk dilaksanakan di Kota Belud.

Bersasakan kepada tajuk tersebut, pendapat para peminat FB,yang memberi respon dapat diklasfikasikan seperti berikut:




A. CIRI-CRI WAKIL RAKYAT YANG DIKEHENDAKI IALAH Sbb:



1.1. WR mesti bersedia jadi Kuli rakyat dan menunaikan Manifesto yang dikeluarkan semasa Pilihan raya;


1.2. WR harus sering betanya dan memantau permasalahan rakyat atau WR harus sering turun padang


1.3. WR mestilah mesera Rakyat dan sentiasa memberi bantuan kepada rakyat


1.4. WR mestilah memilik sahsiah yang baik, bersih, cekap dan amanah;


1.5. WR mestilah mementingkan rakyat daripada diri sendiri dan tijak menunjuk-nunjuk kekayaan;


1.6. WR mestilah mempunyai Perancangan Strategik bagi memajukan kawasaannya


1.7. WR mestilah memiliki kemampuan berfikir dan bertindak secara Luar Biasa, bukan yang biasa-biasa .


B. MASALAH RAKYAT YANG DIKENAL PASTI



2.1. Keadaan infrastruktur yang kurang baik malahan ada yang lebih teruk, iaitu seperti keadaan jalan raya yang sukar dapat dilalui oleh kendaraan keci dll.



2.2. Kekurangan bekalan air bersih,disebabkan sistem perpaipan yang tidak sempurna, dan bekalan tidak meliputi semua

penduduk.



2.3. jalan yang sedia ada tidak diselenggara dengan baik,


2.4. Keadaan pekan Kota Belud yang kurang bersih dari sampah sarap dan tahi lembu,


2.5. Bantuan untuk rakyat tidak disampaikan kepada rakyat sebaliknya disimpan oleh agen wakil rakyat dirumahnya;


2.6. Kurang Inisiatif Wakil Rakyat atau agensi-agensi untuk memastikan segala bantuan kerajaan sampai ketangan

rakyat.




C. CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MEMAJU DAN MENGATASI MASALAH RAKYAT



3.1. Meyusun semula sistem pentadbiran Daerah dan Majlis Daerah supaya lebih berkesan;


3.2. Penguatkuasaan Undang-Undang secara berterusan dan bukan bermusim;


3.3. Memperpebesarakan pejabat pos dan mendirikan pejabat pos disetiap daerah mengundi atau mukim;


3.4.Membina jalan-jalan perhubungan disetiap pelusuk kampong dan membaiki dan menyelenggara jalan-jalan yang

sedia ada bagi memudahkan pergerakan pendud3.5. Menyediakan Bekalan Leterik kepada semua penduduk


3.6. Membangunkan tanah terbiar dan dirikan rumah-rumah kos rendah untuk rakyat yang kurang mampu;


3.7. Adakan saluran maklumat yang lebih cepat seperti mengwujudkan TV Penyiaran, agar penduduk berpeluang untuk

mengasah bakat untuk menjadi juruhebah, pelakon dsb.



D. CADANGAN TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH WAKIL RAKYAT




4.1. Membuat Perancangan Strategik dengan Melibatkan pemimpin pendapat darai kalangan rakyat dan agensi kerajaan

(Perancangan StrategikPembangunan Bersepadu)


4.2. Mengusahakan Peruntukan Pembangunan, langsung dari Ketua Menteri atau Perdana Menteri bersaskan Kertas

Kerja Pelan Strategik pembangunan daerah tersebut.


4.3. Mengalakkan belia memajukan tempat sendiri (Mengembeling Tenaga Belia)


4.4. Memastikan agar infrastruktur dapat dibina dengan baik bagi menggalakkan pelaburan dan industri pelancongan;


4.5. Jadikan Pembinaan Infrastruktur Jalan, sekolah dll sepagi KPI



sumber : FCB DJDS..

Tuesday, February 1, 2011


Dari Kiri sdr Roslan (tim.Presiden PERISA), Sdr Almudin Kaida ( Presiden PERISA ), wakil dari ROS, sdr Razak Rakunman ( setiausaha PERISA )

Dengan nama Allah swt, tuhan sekelian alam yang maha berkuasa mengatur alam ini dengan cukup sempurna, maha berkuasa menyatukan hati-hati para hambanya. Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw yang membawa rahmat di serata alam ini.

Artikel ini saya tulis ekoran dari rasa teruja yang amat sangat apabila saya mengetahui Pertubuhan Iranun Sabah atau PERISA telah mendapat kelulusan dari ROS melalui FCB sdr Roslan yang juga Timbalan Presiden PERISA. Maka itu terdetik dalam sanubari saya, perkongsian idea ini, dalam melihat PERISA menjadi satu pertubuhan yang relevan kepada anak-anak muda Iranun dan generasi yang akan datang. Mungkin perkiraan dan cetusan idea ini boleh diperbaiki melalui penganjuran minda yang lebih terurus sifatnya dan tidaklah melalui ruang maya ini. Dan seperti kebiasaannya saya tegaskan bahawa artikel ini tidak bersifat dan tidak bertujuan menerbitkan perpecahan dalam suku Iranun. Ia sekadar satu perkongsian idea .Tidak lebih dari itu!!!

Melihat PERISA menjadi satu pertubuhan yang besar dan berkeupayaan dalam menggalas kepentingan suku Iranun, dalam semua bidang rasanya memang itulah matlamatnya. Namun begitu terdapat beberapa cabaran yang harus dihadapi dalam waktu terdekat dan jangka panjang. Antara yang berlegar dalam minda saya ialah :

1. PERANAN PERISA.

Walaupun PERISA baru dilahirkan, tetapi ia tidak harus dijadikan sebagai isu besar. PERISA bukan sahaja berperanan sebagai wadah penyatu yang bebas dari belitan fahaman politik, tetapi juga PERISA sewajarnya jelas dengan peranan besarnya terhadap suku Iranun setelah ketiadaan PISBA. Pada pandangan saya PERISA tidak harus dibayangi oleh PISBA. Dan PERISA sewajarnya bersedia jika PISBA dapat dihidupkan semula. PERISA akan menjadi satu entiti kepada PISBA. Mendukung dan bernaung di bawah pertubuhan tertua bagi suku Iranun itu. namun seandainya, berlaku sebaliknya iaitu PISBA mati tanpa bernisan, PERISA telah lebih awal bersedia menggalas tugas yang disempurnakan oleh PISBA.

2. PERISA DAN BELIA IRANUN.

Kebanjiran golongan berpendidikan dalam suku Iranun bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan. PERISA berhadapan dengan ratusan golongan muda Iranun yang berpelajaran. Cabarannya tentu jauh daripada apa yang pernaj dijadapi oleh PISBA suatu ketika dulu. PERISA lebih kreatif dalam menyusun gerak kerja menarik sebanyak mungkin penyertaan golongan ini dalamusaha menggembleng tenaga muda sehingga dapat menyumbang kepada pembangunan suku Iranun. Keperluan dan permasalahan golongan ini seperti isu pengangguran dan persepsi non-partisan lebih kerap dibahas dan diperbincangkan. Pada waktu yang sama cabaran bagi PERISA ialah bagaimana mengumpulkan intelektual-intelektual Iranun yang bertebaran di negeri Sabah ini. Cadangan, pandangan, response dan idea mereka sangat diperlukan.

3. PERISA DAN ARISTOKRAT IRANUN.

Tidak dapat dinafikan, bahawa sumber kewangan adalah modal terbesar dalam sesebuah pertubuhan. Maka cabaran besar bagi PERISA adalah mendapatkan dana dari pelbagai sumber termasuk dari aristokrat Iranun yang berupa kontraktor yang berjaya serta usahawan yang telah mencipta nama dalam dunia perniagaan. Masyarakat Cina misalnya tidak banyak mengaharap peruntukan kerajaan tetapi bergerak atas bantuan modal dari anggota pertubuhan mereka. Bolehkan minda masyarakat Iranun dapat ditarbiyah seumpama ini? PERISA menghadapi cabaran ini !

4. PERISA DAN ISU EKONOMI

PERISA tidak hanya bebas dari cengkaman fahaman politik, tetapi ia harus dapat menjadi jalan penyelesai kepada beberapa masalah ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Iranun. Bukan sahaja berkaitan dengan budaya dan sosial tetapi juga isu pendidikan terutama yang melibatkan keciciran dikalangan anak-anak muda Iranun. Apakah strategi dan kaedah penyelesaian berkaitan dengan hal ini? PERISA berupaya menghadapinya jika, PERISA tidak menjadi pertubuhan inklusif kepada golongan tertentu sahaja.

5. PERISA DAN POLITIK

Satu rasanya yang unik bagi masyarakat Kadazandusun ialah kesepaduan mereka duduk semeja dalam pertubuhan (KDCA) sekalipun berlainan fahaman dan naluri politik. Apakah Iranun berupaya 'menyerap' peradaban sosial itu? Tambahan lagi bila AJK Penaja PERISA adalah terdiri daripada politikus Iranun. Penyisihan kepentingan politik dalam PERISA sangat-sangat dituntut, bahkan 'melupakan' idea-idea politik dan kuasa demi Iranun sangat dihargai. Oleh yang demikian adalah lebih 'manis' jika sebelum atau selepas pelancaran PERISA, peneraju kepimpinannya dapat melakukan kunjungan kepada Tan Sri Pandikar Selaku pemimpin Iranun yang utama. Membawa obor dan semangat juang supaya PERISA tampak lebih bertenaga dan berkeupayaan menarik penyertaan keahlian dari seluruh ceruk rantau perkampungan Iranun.

Sebagai penutup artikel ini, harapan menggunung buat PERISA menjadi wadah baru bagi masyarakat Iranun. Semoga yang dikejar akan dapat diperolehi dan yang dikendong tidak akan berciciran. tahniah buat PERISA !