Antara kemelut utama pendidikan di sabah ialah mengenai kemudahan infrastuktur yang begitu daif dan terpencil. Bangunan sekolah misalnya bukan sahaja masih berstatus 'bangunan sementara' yang dibina dengan kayu dan berusia puluhan tahun, kemudahan asas yang lain seperti jalanraya, elektrik dan kemudahan air bersih juga menjadi dilema pendidikan di sabah. Jarak dan demografi penduduk yang berkelompok serta berjauhan memungkinkan permasalahan ini berlarutan walaupun negara kita telah merdeka lebih 50 tahun. Justeru itu, pendidikan di Sbh jauh kebelakang jika dibandingkan dengan negeri lain di Malaysia.
Pun begitu kesunguhan kerajaan membaiki dan menyelesaikan permasalahan ini sangat-sangat dialu-alukan. Namun yang mengusarkan ramai pendidik dan ibubapa yang sikap 'lepas' tangan dan juga kurangnya pemantauan serta tindakan drastik dari Kementerian Pendidikan sendiri mengenai pembinaan dan pembaikpulihan bangunan sekolah di negeri ini.
Terbaru isu Pendidikan di sabah ialah apabila 3 buah sekolah di tawau disytiharkan tidak selamat . Sekolah tersebut ialah Sk Bahagia,Sk Kukusan dan Sk Jambatan Putih. seramai lebih 3000 orang pelajar yang terlibat turut terjejas pembelajaran mereka. Sekolah-sekolah berkenaan yang dibina melalui peruntukan kilat dikatakan dibina secara semborono dan tidak menepati aspek-aspek pembinaan.
Akhirnya isu keselamatan disekolah ini telah menjadi isu politik. PKR Sabah misalnya menggesa supaya satu badan siasatan dalaman dapat dibaut untuk mengenalpasti masalah ini. Sekaligus menyifatkan ia sebagai satu lagi 'pembaziran' wang rakyat yang tidak diurus dengan sempurna.
Mendahului permasalahan itu juga ialah apabila beberapa projek pembinaan sekolah di Kota Belud turut mengalami kelewatan untuk disiapkan. walaupun sudah sampai ke pengetahuan pihak-pihak berkenaan ,namun tidak ada tindakan drastik yang dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan itu. SK Tamau, c0ntohnya yang dijadulakan siap pada september tahun 2009, terpaksa dianjak tempoh siapnya . Dan dikhabarkan hingga kini Sekolah tersebut yang menelan kos jutaan ringgit gagal disiapkan, meskipun kerja-kerja pembinaan masih lagi dijalankan dengan perlahan, seolah-olah tempoh masa yang diberikan masih jauh lagi. Ketika Datuk Normah gagoh menjadi Pengarah Pelajaran Sabah, isu ini pernah diajukan kepada beliau, namun sehingga kini ia masih belum menampakkan bangunan tersebut boleh disiapkan.
Begitu juga pembinaan makmal komputer Sk Labuan, ia bukan sahaja gagal disiapkan mengikut tempoh tetapi juga pembinaannya dikatakan tidak senilai dengan kos kontrak yang ditawarkan. SK pekan, SMK Tun Said dan rasanya banyak lagi sekolah di sabah yang mengalami maslah sedemikian.
12 ulasan :
KM oh KM..
bukan sahaja masalah infrastruktur tetapi juga masalah keselamatan pelajar, dan kebajikan guru-guru..
kalau dri semenanjung guru2 diberi elaun itu elaun ini..sampai tiket kapal terbang puna di kasi..inikah konsep 1 Malaysia..?
kalau guru2 di Sabah..tidak diberikan kemudahan seperti itu pula..apa punya kerajaan...kasi jatuh bah..kita undi pembangkang nanti PRU 13..macamana KM? bolehkah
Salam sdra KM,
Saya fikir, kalau Tan Sri Muhyiddin pening kepala memikirkan masalah pendidikan di Sabah sekalipun, itu adalah berpunca dari pendirian serta keputusan beliau sendiri.
Mengapa agaknya saya mengatakan demikian?, alasan saya mudah. Sesungguhnya bukan menjadi rahsia lagi bahawa kebelakangan ini tahap pencapaian pendidikan di Sabah agak kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Lihat saja pencapaian negeri Sabah dalam UPSR, PMR, SPM Dan STPM.. Nyatanya, kita agak jauh terkebelakang.. Itu adalah hakikat..
Mungkin, kita boleh menganggap bahawa "terkebelakang"Nya kita dalam pencapaian pendidikan disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya minat kita dalam pendidikan, kemahiran guru-guru dan termasuklah isu-isu yang disebutkan oleh KM di dalam artikel ini. Itu juga adalah hakikat.
Persoalannya, bukankah TSMY telah meletakkan Pengarah pendidikan di Sabah yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menyelesaikan perkara seumpama ini? Jika kemudahan infrastructure menjadi masalah, itu tjwb pengarah untuk mengatasinya. Andai kemahiran guru menjadi masalah, itu tjwb pengarah untuk menyelesaikannya. Begitu juga andai minat Dan kesedaran masyarakat kita menjadi punca, itu juga menjadi tjwb pengarah negeri untuk menoktahkannya. Lalu, jika masalah tsbt masih berterusan sehingga sekarang, maka orang yang patut TSMY Tanya ialah dirinya sendiri. Tanya, mengapa beliau meletakkan pengarah pendidikan negeri yang tidak kompeten sehingga begitu banyak masalah yang timbul. Bukan tiada calon yang berkeupayaan... Maka, kalau TSMY sendiri yang meletakkan orang yang tidak mampu, sehingga begitu teruk keadaannya, itu bermakna bahawa semua masalah itu adalah disebabkan oleh pendirian serta keputusan beliau sendiri. Oleh itu tanggunglah akibatnya.
Andai suatu masa kelak rakyat Sabah berubah pendirian kerana tidak lagi mampu membuat pertimbangan yang rasional lantarann kurangnya pendidikan yang sewajarnya, itu juga janganlah dikatakan orang Sabah yang menjadi puncanya. Juga, janganlah hendaknya ia disesalkan setelah ianya terjadi kelak.
Salam
BELUM PENDEKAR
Pendidikan Sabah patut diurus oleh kerajaan Sabah. Kalau kerajaan pusat sanggup melayan rakyat Sabah sama seperti layanan kepada rakyat semenanjung. Sudah pasti Muhyiddin kurang pening kepala.
Guru Sabah juga berhak mendapatkan elaun rumah sama dengan guru semenanjung. Sama-sama adalah kakitangan kerajaan dan bersumbang kepada negara, mengapa layanan perlu berbeza?
pencapaian pendidikan di Sabah dilihat agak ketinggalan berbanding negeri lain kerana Sabah dilihat agar dipinggirkan terutamanya dari segi kemudahan dan maklumat. hal ini yang harus ditumpukan.
sememangnya isu pendidikan yang ada sekarang ini memerlukan perhatian daripada pihak berkaitan untuk diselesaikan.
pendidikan di Sabah harus dibangun dan dimantapkan.
Apa yang susah sangat Mahyuddin mahu lakukan. Jika beliau mengambil keputusan untuk menyambung kontrak kan mudah saja. Biar mereka GSTT menyambung kontrak mereka di mana mereka mengajar dahulu.
Tak perlu pening kepala. Selesaikan satu persatu dan saya yakin semuanya pasti OK:)
Apapun perkara ini patut diberi perhatian sewajarnya:)
selain menyalahkan kementerian pendidikan, bagaimana pula dengan kontraktor yang dipertanggungjawabkan? seharusnya kalangan kontraktor perlu mengikuti skop kerja yang betul. kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar tetapi kontraktor dilihat tidak menitik beratkan betapa pentingnya keperluan asas masyarakat dapat dinikmati dalam suatu jangka masa yang panjang. perbuatan demikian sering berlaku di kalangan kontraktor yang tidak bertanggungjawab. kemudahan yang sepatutnya dapat digunakan sekian lama, tetapi dalam masa beberapa bulan sahaja, tanda2 kerosakan semakin menjadi2. maknanya, penggunaan kewangan negara dalam menyediakan keperluan asas untuk rakyat nampaknya dikaut oleh kontraktor hanya mementingkan diri mereka semata2.
kerajaan seharusnya dapat mengwujudkan satu Jawatankuasa Bertindak Penilai Penambahbaikan Pembanggunan Dan Pelaksanaan Projek. kita mengharapkan agar sesebuah daerah atau negeri dapat melangkah ke hadapan dengan pelbagai kemudahan asas bertambah, bukannya menjadikan kawasan itu sebagai lombong emas kepada kalangan kontraktor yang dilihat tidak pedulikan manfaat untuk masyarakat pengguna. projek2 membaikpulih merupakan aktiviti pembinaan yang membawa kerugian kepada rakyat kerana belum pun mencapai tahap matang, projek asal itu perlukan penyelengaraan semula. kenapa? pembinaan yang hanya disiapkan dalam masa singkat bermungkinan besar menggunakan perkakasan yang mudah reput, tidak berkualiti atau tidak mengikut spesifikasi dan akibatnya akan membahayakan para pengguna.
Post a Comment