Friday, February 11, 2011


Sejak pengguguran Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin dalam senarai calon PRU 12 yang lepas, perjalanan kedua-dua tokoh dari Kota Belud ini dilihat sebagai telah 'dirancang' oleh pihak-pihak tertentu. Sebab itulah apabila kedua tokoh ini 'bergabung' dalam NGO USBO, maka ada 'pihak' mistik yang melihat ia sebagai satu 'ancaman' dan 'tindak balas' agresif dari kedua pemimpin ini. Maka sebagai 'mematahkan' perancangan itu dan dalam usaha mengkucar-kacirkan pergerakan mereka yang dinaungi oleh Datuk Shafie Apdal, ketika itu, maka Tan Sri Pandikar diberikan tempat sebagai "Yang Dipertua Dewan rakyat". Maka itu sebagai 'balasan' politik, TSP 'terpaksa rela' melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu yang baru diwakilinya. Perletakan jawatan TSP itu dilihat oleh kebanyakkan pihak sebagai 'gentlmen" selain daripada seperti yang dikatakan oleh TSP sendiri sebagai 'menghindar' perasaan bias ketika mengendalikan Dewan Rakyat. Ada pihak yang menyatakan secara terbuka bahawa 'helah'politik pihak tertentu di sabah sudah mengena dan lambat laun , TSP akan tidak ada kuasa dan pengaruh dalam UMNO Peringkat negeri.

Selepas strategi itu berjalan, kini giliran Datuk Salleh pula dipercaturkan. Mulanya dengan perlantikan sebagai Penasihat Sains bertaraf menteri kepada Datuk Musa Aman. Perlantikan ini secara kasarnya menandakan sudah wujud persefahaman politik antara DSSK dan DMA. Namun pada sudut lain timbul beberapa persoalan, bagaimanakah seorang yang pernah menyandang jawatan Ketua Menteri Sabah suatu ketika dulu, hanya dilantik sebagai "penasihat" yang tidak punya peranan besar dalam kabinet negeri? Adakah tidak molek jika DSSK dilantik sebagai "ADUN DILANTIK" dan kemudiannya menganugerahkannya dengan jawatan bertaraf menteri? Dengan melantik hanya sebagai penasihat, ertinya DSSK telah tidak berperanan dalam membantu dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat. Isunya hanya setakat 'penasihat' dan DMA dapat memperhatikan gerak geri politik DSSK secara lebih dekat.

Terkini, ramai yang gembira melihat DSSK sekali lagi diberikan tempat sebagai Speaker Dewan negeri. Bukankah strategi ini juga yang telah 'melumpuhkan' politik TSP di peringkat Bahagian dan negeri? Bukankah TSP suatu ketika dulu mempunyai Parti (AKAR BERSATU) yang merupakan parti komponenn BN tertua di sabah pada waktu itu? Dan bila DSSK menerima jawatan berkenaan, ertinya DSSK "perlu" juga meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, sepertimana yang dilakukan oleh TSP. Alasannya cukup mudah, supaya pengendalian DSSK dalam Dewan Undangan Negeri tampak lebih "neutral' dan berkecuali. Lantaran itu, apa yang berlaku keatas kedua pemimpin ini seakan nampak telah 'dirancang' lebih awal untuk 'menurunkan' pengaruh mereka di peringkat daerah Kota Belud. Dan itu telah berjalan dengan cukup sempurna.Jika sebelum ini, dalam artikel saya yang terdahulu membayangkan bahawa DARD 'bakal' bertanding ketua Umno Bahagian Kota Belud, maka ada logiknya juga bagi DSSK 'melepaskan' jawatan itu untuk memberi laluan kepada orang lain seperti yang dilakukan oleh TSP di Kota Marudu. Cuma bezanya siapa yang bakal dikedepankan untuk menjadi ketua Umno Kota Belud?


26 ulasan :

Ali kemad said...

KM yang budiman..

kedua tokoh SSK dan TSP ini adalah orang politik yg bpengalaman..tak kan mungkin mrk diperbodohkan seperti yg ada dlm kepala KM ini...

w/pun 'musuh' politik mereka merancang..SSK dan TSP juga ada rancangan sendiri..kita tdk tahu itu..

jangan mentafsir politik dlm luaran saja..melepaskan jwtn sbgi ketua bahagian bukan syarat utk jadi speaker DUN Sabah..terpulang kepada SSK utk berbuat demikian atau tdk..

tiada siapa yang boleh memaksanya...itulah pandangan saya dlm hal ini..

Ali kemad said...

soal DARD nak cabar SSK dlm Bahgian..saya rasa jangan mimpilah..sudahlah..SSK ada rangkaian akar umbi yg kuat di KB..dikhabarkan di Usukan orang2 SSK bergentayanan dan bila2 masa memastikan kemenangan SSK dlm PRu nanti...

getah lastik said...

tsp meletakjawatan ktua bhgn kota merudu adalah atas kemahuan beliau sendiri dan bukannya syarat untuk nak jadi speaker.dalam konteks dssk ni,adalah tidak perlu beliau letak jawatan dan strategi org tertentu utk menjerat dssk dgn ditawarkan jawatan speaker dgn harapan beliau akan ikut jejak tsp letak jawatan ktua bhgn kb adalah tidak berjaya.fikir2 kan...hehe

BELUM PENDEKAR said...

Terdapat beberapa fakta yang saya fikir tidak tepat dalam analysis KM dalam tulisan kali ini. Yang pertama ialah, bahawa TSPA diberikan jawatan speaker kerana ingin mematahkan perancangan Dan mengkucar-kacirkan pergerakan mereka.

Apa yang saya tahu, TSPA diberikan jawatan speaker adalah kerana puck pimpinan pada ketika itu medapati bahawa beliaulah orang yang paling layak menggantikan Tan Sri Ramli yang dilihat tidak berjaya memainkan peranannya sebagai speaker dengan berkesan. Atas prestasi sedemikian, pucuk pimpinan pada awalnya
bercadang untuk melantik Tan Sri Hamid Pawanteh yang pada ketika itu bertugas sebagai YPDN untuk menggantikan beliau. Namun demikian, atas kekangan perundangan yang tidak membolehkan seseorang yang pernah bertugas sebagai YPDN menjawat jawatan YPDR, maka perancangan tersebut tidak menjadi.

Tanpa calon yang berketrampilan, kerajaan mula gelisah. Ini adalah kerana bilangan wakil rakyat pembangkang yang begitu ramai selepas PRU 12 telah menjadikan jawatan YPDR menjadi begitu penting Dan mencabar. Atas dasar itu, calon yang ingin dicalonkan tidak boleh main tangkap muat sahaja. Setelah diperhalusi, kerajaan telah memutuskan bahawa orang yang paling layak untuk memegang jawatan yang mencabar itu ialah TSPM kerana pengalaman luas beliau dalam politik selain pernah menjadi speaker DUN Sabah Dan latarbelakang beliau sebagai peguam. Ternyata, pilihan tersebut tepat Dan TSPA telah membuktikan "nilai" sebenar diri beliau. Penyelesaian incident2 yang berlaku di Parlimen setakat ini membuktikannya. Justeru, mengatakan perlantiak TSPA sebagai YPDR seperti dakwaan KM adalah amat jauh tersasar pada saya. Ops... Nanti sambaing lagi..

Salam
BELUM PENDEKAR.

Anonymous said...

SSK dan TSP adalah tokoh yang berpengalaman dan berkebolehan, mereka tau apa yang mereka lakukan dan karier mereka kini semakin baik.

Antanum said...

Bagi Saya tidak perlu la lepaskan apa2. Jika belaiu mampu untuk memegang jawatan itu, kenapa perlu lepaskan?? Dan jika pun beliau sudah tidak mampu lagi untuk menjawat jawatan itu sudah pasti beliau akan melepaskanya dengan hati yang rela.

Antanum said...

Jika pretasi beliau menurun dan tidak ada peningkatan, seharusnya beliau memberi peluang kepada orang lain. Namun seperti yang telah saya katakan, beliau akan lepaskan jawatan itu dengan hati yang rela bila waktunya suda sampai.

Anak Sabah said...

Asalkan beliau mampu memegang jawatan tersebut serta berkemampuan menyempurnahkan kewajipannya, tak perlulah nak lepaskan jawatannya semata-mata nak menutup suara pembantah.

madd said...

rasanya DSSK tidak perlu melepaskan jawatan itu, asalkan beliau mampu menjalankan tugas dengan baik.

madd said...

apa pun, ia terpulang kepada DSSK untuk terus menjadi ketua bahagian umno KB.

Hosie Masie said...

Datuk Salleh harus membuat keputusan sendiri. Itu terpulang dengan Dauk Salleh mahu terus berjuang atau melepaskan jawatan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud.

Sanih Alias said...

mungkin jawapan itu ada pada Datuk Salleh sendiri dan juga sokongan dari penduduk kawasan berkenaan. Apa pun kita tunggu saja apa yang Datuk Salleh pilih. Teruskan atau melepaskannya.

mandau said...

berkenaan jawatan mereka tersebut bukanlah satu isu, yang penting mereka melaksanakan tanggunjawab dgn baik.

Lucas said...

Jika SSK mampu untuk memegang semua jawatan yg diberikan kepadanya, apa salahnya beliau teruskan saja utk jadi ketua umno KB?

beliau sudah ada pengalaman dalam pentadbiran, so x mustahil bagi SSK utk membahagikan masa utk menguruskan jawatan2nya itu...

Lucas said...

Jika SSK mampu untuk memegang semua jawatan yg diberikan kepadanya, apa salahnya beliau teruskan saja utk jadi ketua umno KB?

beliau sudah ada pengalaman dalam pentadbiran, so x mustahil bagi SSK utk membahagikan masa utk menguruskan jawatan2nya itu...

Jason said...

Ia terpulang kepada Datuk Salleh.

Anonymous said...

terpulang kepada DSSK untuk membuat keputusan.

Anonymous said...

jika syarat sebagai speaker agar berkecuali, maka adalah wajar kedudukan sebagai ketua bahagian dilepaskan.

Anonymous said...

yang pasti DSSK dilantik sebagai speaker DUN sabah berdasarkan kepada pengalaman, kredibiliti beliau..saya rasa DSSK akan dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik.

Anonymous said...

sama ada dirancang dan disusun atau tidak, tidak diketahui dan dibuktikan..mungkin ini hanya kebetulan atau hanya spekulasi..

Anonymous said...

jika benar hanya spekulasi dan andaian peribadi, maka wajar ianya dihentikan untuk mengelakkan kekeliruan dan menjaga nama baik pihak yang disebut.

Paquin said...

Kalau rasanya dapat jalankan t/jawab dengan sempurna, tak perlu lah lepaskan apa2.

Paquin said...

Apapun semuanya terpulanglah pada Datuk salleh sendiri.

BELUM PENDEKAR said...

Bertemu lagi...

Berhubung dakwaan kononnya TSPA terpaksa melepaskan jwtn Ketua Bahagian atas "balasan" politik, dakwaan tersebut juga tidak tepat sama sekali.

Untuk makluman, selepas diberi mandat sbg YPDR, tiada sesiapa yang mengarahkan TSPA untuk melepaskan jwtn Ketua Bhgian Kota Marudu. Beliau berbuat demikian atas pilihan Dan pendirian beliau sendiri yang sentiasa komited terhadap amanah yang diberikan kpd beliau. Ini membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar Dan tidak tamak Akan jawatan. Berapa ramai agaknya pemimpin di negara ini yang sanggup berbuat seperti beliau?.. Di sjung saya dengar, orang sanggup berbuat apa saja untuk menjadi Ketua Bahagian.

Demi melaksanakan tugas dengan professional, TSPA sanggup korbankan jawatan yang orang lain sanggup "mati" mendapatkannya. Malangnya, Ada dikalangan suku beliau sendiri yang tidak sedar apatah lagi menghargai ketulusan beliau dalam perjuangan sehingga Ada yang sanggup melontarkan tohmahan bahawa TSPA kononnya tidak mahu melepaskan kedudukannya sebagai pemimpin Irranun kepada orang muda. Isunya, pengiktirafan itu bukan beliau yang meletakkannya. Pengiktirafan tsbt diberikan kepada beliau atas kebolehan serta kharisma yang beliau miliki oleh masyarakat Dan pemimpin lain termasuk Perdana Menteri.

BELUM PENDEKAR said...

Berbeza dengan situasi yang dihadapi oleh TSPA di Parlimen, situasi di DUN Sabah agak kurang panasnya. Justeru, tidak timbul soal beliau bertindak lebih adil jika melepaskan jawatannya sebagai Ketua Bahagian. Perlu diingat, di Parlimen lain budayanya... Mereka suka melemparkan tohmahan Demi agenda politik mereka. Untuk mengelakkan dpd kedudukan beliau digunakan oleh pihak tertentu untuk menyerang kredibaliti speaker Dan kjaan, beliau fikir, Ada keperluan untuk melepaskan jwtn.

Di DUN Sabah, kita lebih kehadapan. Kita tidak menggunakan alasan-alasan sedemikian untuk meraih popularity... ADUN kita lebih rasional dalam soal itu. Mereka berbahas atas substance yang jelas, bukan putar belit.

Sebenarnya, walau tanpa melepaskan jwtn ketua bahagian pun, TSPA sebenarnya memang telah bertindak adil dalam melaksanakan tugasnya. Namun, sikap pihak tertentu yang suka memutarbelit Dan melemparkan tohmahan dikalangan. Ahli Parlimen, TSPA memilih untuk melepaskan jwtn Demi Nama baik kerusi speaker. DSSK juga pada hemat saya Akan berlaku adil dalam melaksanakan tugasnya pun masih Ketua Bahagian. Di tam bah dengan sikap ADUN kita yang cukup professional, saya fikir DSSK memang tidak perlu melepaskan jwtn Ketua Bahagian.

Saya percaya bahawa cubaan untuk menggunakan apa yang telah dilakukannya oleh TSPA sebagai perkara yang perlu dibuat oleh DSSK Ada agenda besar disebaliknya. Bak kata orang tua-tua, kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah..

Salam.
BELUM PENDEKAR

Anonymous said...

It depends whether Datuk Salleh still wishes to continue serving the people or not.