Hasrat sebilangan ramai penyokong Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar untuk melihat kedua-dua pemimpin ini kembali 'beraksi' pada PRU 13 akan datang bukanlah sesuatu yang baru dalam politik Kota Belud. Malahan sejak kebelakangan ini kedua-dua tokoh yang pernah digugurkan itu telah mula menunjukkan reputasi yang cemerlang. Kedua-dua ini kini menjawat jawatan kedua paling 'berkuasa' dalam sistem demokrasi negara selepas Perdana Menteri dan ketua Menteri. Selaku YDP Dewan Rakyat, TSP dilihat mempunyai 'hubungan istimewa' dengan PM.Begitu juga DSSK selaku Speaker Dewan Undangan Negeri tentunya sudah terjalin 'hubungan intim' dengan Ketua Menteri Datuk Musa Aman. Maka reputasi inilah yang amat-amat memungkinkan mereka akan kembali semula memimpin masyarakat Kota Belud. Desas-desus politik yang dibawa oleh para penyokong kedua-dua tokoh politik paling berpengaruh di Kota Belud ini ialah DSSK akan kembali di Usukan dan TSP akan ke parlimen. Justeru itu apakah yang akan terjadi dengan politik Kota Belud jika ia benar-benar berlaku?
Pada waktu yang sama, para penyokong pemimpin yang lain juga turut menaruh harap agar pemimpin kesayangan mereka akan dicalonkan semula pada PRU 13 akan datang. Kawasan DUN USUKAN dimana DSSK dikatakan akan bertanding, turut dimanipulasi khabar politiknya apabila ada yang menjangkakan DATIN SAIDATUL BADRU akan diturunkan untuk melumpuhkan percaturan politik DSSK.Alasan yang diberikan ialah kononnya Datin Saidatul Badru yang dikhabarkan tidak sehaluan sejak dulu dengan ideologi politik DSSK yang juga merupakan adiknya, adalah merupakan satu-satunya 'seteru' politik yang dapat "meredakan" kemaraan politik DSSK sejak akhir-akhir ini.
Tidak dapat dibayangkan bahawa apabila TSP dan DSSK kembali semula beraksi di Kota Belud. Kerana dalam politik adanya 'kos' lepas, tentunya kehadiran mereka pada PRU 13 akan datang mengundang spekulasi bagaimana nasib Rahman Dahlan,Datuk Musbah dan Datuk Japlin Akim? Ramai yang percaya Datuk Japlin Akim akan menghabiskan khidmatnya sebagai wakil rakyat Usukan pada penggal ini berikutan beberapa skandal yang meringkari politik mantan ketua Pemuda Umno Kota Belud ini.
Sedangkan di Tempasuk pada 22.februari yang lepas, Datuk Musbah Jamli telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbi bahagian Tempasuk. walaupun pertemuan itu hanya disandarkan kepada taklimat pembangunan semata-mata namun ramai yang berpandangan bahawa Datuk Musbah sudah seakan mendapat petanda "mimpi' baru dalam kerjaya politiknya. Jika sebelum ini ramai yang menyuarakan rasa anda tanya kemana menghilangnya Datuk Musbah dalam dunia internet setelah sebelum ini begitu 'rakus'memaparkan aktiviti turun padangnya dalam blog dan FCBnya..namun rupa-rupanya, Datuk Musbah punya perancangan yang lebih jauh dalam mengekalkan popularitinya selaku ADUN TEMPASUK.
Sesungguhnya tidak dapat dibayangkan, bagaimanakah 'rupa' dan 'cerminan' politik Kota Belud menjelang PRU13? Apa yang pasti walaupun keputusan mengekalkan atau menggugurkan pemimpin tertentu berada di pundak PM, namun harus difikirkan bahawa kehendak dan aspirasi politik peringkat akar umbi tidak harus dipandang ringan.
13 ulasan :
Tapi yg pasti Mohd Shukor dan Saidil Simoi, Dr Saijan Samit masih d KB kan?
Salam Kelapa Mawar,
Tokoh dua orang ini berehatlah. Kedua-duanya ada jawatan Penting sudah, bagilah peluang orang lain. "Seli-seli ti kiti. dah gai jo."
Salam
Saya setuju dengan cadangan Pejuang Bangsa, kini mereka menjawat jawatan penting dan dulu juga jawatan tertinggi dan dari sejak USNO, Berjaya, PBS, sampailah Umno mereka juga. Bukankah mereka wariskan kepimpinan pada jenerasi mudah sekarang seperti Datuk Musbah dan Datuk japlin Daerah Termiskin di Malaysia. kalau mereka kembali, Kota Belud akan lebih parah...kedua-dua tokoh ini hanya fikirkan jawatan bukan nak membila rakyat.
setiap pemimpin itu ada kelebihan dan kemampuan tersendiri. yang penting mampu menjalankan tugas dengan baik.
jika pemimpin yang sedia ada ni ni lebih baik, baik teruskan sahaja.
tidak tahu lagi sama ada DSSK dan TSP akan "beraksi" dalam PRU nanti atau tidak. tunggu dan lihat sajalah..
Kota Belud akan tetap dijaga dengan baik. Mesti ada pelapis yang berkebolehan untuk Kota Belud.
Mungkin peluang perlulah diberikan kepada orang lain untuk membangunkan Kota Belud. Pemimpin lain perlulah memberikan sokongan dan tunjuk ajar kepada pewaris pemimpin baru nanti.
kita boleh katakan reputasi mereka cukup cemerlang berdasarkan jawatan yang dipegang oleh mereka hari ini. tetapi itu masih belum cukup untuk meyakinkan kita bahawa mereka juga akan cemerlang dalam memimpin masyarakat Kota Belud.
I wish Kota Belud the best.
Baik tunggu dan lihat sahajalah.
ini hanya spekulasi awal..
tidak perlu diperbesarkan..
Post a Comment