Wednesday, March 2, 2011


Selepas menemui MP Parlimen KB, Datuk Rahman Dahlan dalam satu pertemuan empat mata dengan ahli-ahli parlimen BN seluruh negara, Najib terus melakukan transformasi politik dengan memanggil ketua-ketua UMNO Bahagian menemuinya. Di Kota Belud, Ketua Umno Bahagian, Datuk Salleh Tun Said telahpun 'dipanggil'. Namun hingga kini, masyarakat di KB masih samar dengan pertemuan itu. Apakah isu yang diperdengarkan oleh DSSK kepada Najib berkaitan politik KB? Kini Najib dan Muhyiddin akan menjelajah seluruh negara turun ke peringkat akar umbi untuk melihat dan memantau sendiri apa yang berlaku di peringkat itu. Tidak cukup dengan maklumat yang disampaikan oleh MP Kota Belud dan Ketua Umno Bahagian, DSSK, Najib atau timbalannya dijangka akan mengunjungi masyarakat Kota Belud tidak berapa lama lagi.

Inilah masa yang paling sesuai untuk Najib melihat dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku dengan daerah Kota Belud, anak emas kepada UMNO yang melahirkan UMNO Sabah. Apa yang berlaku biasanya segala kepincangan, ketirisan,kebocoran atau apa jua yang berkaitan denga kedaifan (kalau ada) akan disembunyikan supaya mata Najib tidak akan melihat keadaan yang sebenar. Justeru itu peranan pemimpin kelas pertengahan di Kota Belud untuk memaparkan realiti kehidupan masyarakat yang serba serbi kekurangan , walaupun pernah Kota Belud melahirkan pemimpin bertaraf nasional.

Sementara itu para pemimpin di KB juga digesa untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapat, dan isu politik yang keterlaluan sehingga rakyat menjadi mangsa kepada percaturan itu. Sikap tolak ansur dan saling melengkapi boleh diterapkan dengan 'mengecilkan' kepentingan diri dan kumpulan tertentu demi rakyat yang selama ini memberikan sokongan kepada mereka.

Jika sesungguhnya Najib ke KB, rakyat secara berhemah harus mempersembahkan segala macam permasalahan berkaitan secara berhemah. Adalah lebih baik jika pemimpin kelas pertengahan yang lebih terdedah kepada masalah di peringkat akar umbi menjadi 'perantara' sementara. Kita tunggu ketibaan Najib dan Timbalannya.

16 ulasan :

mandau said...

kedatangan Najib ke Kota Belud ini perlu digunakan untuk penduduk KB menyampaikan permasalahan mereka kepada PM.

azman said...

ini peluang masyarakat KB untuk bertemu dengan PM dan yang paling penting PM akan dapat melihat sendiri keadaan penduduk di KB.

azman said...

ini juga merupakan kesempatan untuk pemimpin dan masyarakat KB menyuarakan keperluan mereka.

Anonymous said...

kedatangan Najib ke Kota Belud pasti lebih bermakna jika beliau dapat meluangkan masa bersama rakyat dengan mangadakan sesi dialog bagi mengetahui sendiri masalah sebenar rakyat.

Sanih Alias said...

Kita mengharapkan pertemuan PM dengan pemimpin kawasan adalah demi kebaikkan kawasan itu. Masalah haruslah disuarakan bagi memudahkan kerajaan tahu apa yang perlu ditangani.

Hamdan Hadillah said...

Lawatan Najib ini boleh membuktikan sendiri apa yang dimaklumkan kepada kerajaan. PM boleh melihat sendiri apa masalah kepada rakyat di Kota Belud.

Anonymous said...

The local leaders should take this opportunities to bring up the issues of their areas so that the PM knows about it.

tombolo said...

harap dgn ini PM dpt selesaikan segala masalah di KB.

Anonymous said...

bila najib akan datang?

Anonymous said...

ada baiknya jika najib melakukan lawatan secara mengejut agar realiti tidak disembunyikan.

Anonymous said...

apa pun, kita tunggu dan lihat..

Paquin said...

Baguslah kalau ada lawatan sebegini dibuat. At least pemimpin nampak juga senario yang sedang berlaku kan...

Paquin said...

Masyarakat yang dikunjungi harus mengambil peluang yang ada utk bertemu dengan pemimpin negara. manalah tau dapat meluahkan secara langsung ketidakpuasan hati yang timbul. hehe

Paquin said...

Semoga lawatan yang dilakukan bakal menjanjikan sesuatu yang positif.

Paquin said...

Pemimpin di KB pun haruslah memainkan peranan mereka sebaik mungkin dan pastikan masalah penduduk ditanggani dengan baik:)

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti.