Ketika saya membaca kenyataan berfakta yang diutarakan oleh Datuk Rahman Dahlan dalam Blognya mengenai kredibiliti "buku Jingga' hasil perah otak pemimpin Pakatan Rakyat, saya menjadi begitu 'pesimis'. Kerana perkataan "kebankrapan" atau "muflis' itu bagi saya risiko yang maha besar yang terpaksa dihadapi oleh Negara apabila 'ditakdirkan' PR dapat menawan Putrajaya.
Namun setelah saya habis membaca kenyataan itu, beberapa persoalan bersarang dalam pemikiran saya. Sebagai blogger dan juga rakyat yang berada dalam zon "non- Partisan'' ulasan saya lebih tampak berada dalam keadaan di tengah-tengah, berbanding dengan Datuk Rahman yang semua orang tahu mendapat 'talian' hayat politiknya dalam bahtera BN dan UMNO. bagaimanapun 'lengkap' atau 'menariknya' Buku Jingga, saya berkeyakinan sebagai pemimpin yang memperjuangkan idealisme politik BN/ UMNO, Datuk Rahman 'tetap' dianggap 'bias' dan 'menyerang'. walapun saya tidak begitu arif tentang ekonomi negara ditambah lagi tidak mendapat pendedahan dan bantuan dari agensi berkenaan seperti DARD, namun saya cuba menjawap kenyataan DARD itu dari sudut pandang anak-anak muda yang memerlukan penerangan dan panduan.
Kenyataan DARD seperti " Sebagai penyokong BN, saya hampir saja membuang Buku Jingga kedalam tong sampah kerana kecewa dengan retorik politik yang berlebihan yang tidak kena pada tempatnya" ( lihat blog DARD) bagi saya agak 'keras' dan mengandungi pendekatan politik yang ekstrem. Bagaimana lagaknya anak-anak muda yang memerlukan penerangan lanjut mengenai sudut pandang pemimpin BN/ UMNO apabila membaca kenyataan ini? tentu ada yang menganggap sebagai bongkak dan sombong.
Begitu juga dengan kenyataan DARD " Satu perkara lagi yang saya dapat bezakan antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan kerajaan ialah cara ianya dirancang". Menurut DARD perancangan PR dalam Buku Jingga tidak mengambil kira kehendak dan aspirasi rakyat. Dalam hal ini saya begitu 'tawaduk' kerana pada hemat saya bahawa DSAI dan konco-konconya tidak hanya merangka Buku Jingga itu dalam sindrom 'minum kopi' dan sehari dua. Sebagai pemimpin yang berpengalaman dan pernah menduduki kerusi nombor dua saya merasakan "buku Jingga' juga dibuat dan dirangka dengan begitu strategik dan penuh keinsafan sepertimana yang didakwa oleh DARD terhadap perancangan Transformasi ekonomi kelolaan BN. Soal meremehkan dan merendah-rendahkan apa yang terkandung dalam BJ tidak akan dapat meyakinkan golongan non partisan untuk tidak memberi undi kepada PR pada PRU 13 nanti. Apa yang lebih utama ialah melihat apa yang diutarakan oleh PR dalam buku berkenaan dan melihat kewajarannya dari semua sudut.
Saya juga ada membaca BJ ini dan cuba untuk memahaminya berdasarkan renungan bahawa apakah 'kelebihan' yang bakal diperolehi jika membenarkan BJ menjadi satu kenyataan. DARD banyak mempertikaikan mengenai jumlah pendapatan kerajaan yang dijangka dan didakwa akan mengalami penurunan berikutan beberapa cadangan dalam BJ antaranya dengan penghapusan konsesi lebuhraya yang dijangka bernilai 50 billion dan penghapusan subsidi kepada IPP bernilai 19 bilion serta menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan sebanyak 20%.
Dalam hal ini, saya tidak suka terikat dengan angka dan nombor tetapi sebaliknya melihat apa rasional kepada langkah yang dipaparkan dalam BJ. Antara yang saya perolehi ialah, situasi tersebut nyata membebankan rakyat. Kos atau tol yang dikenakan kepada rakyat dianggap begitu membebankan, walaupun kita ketahui bahawa itu adalah antara kos lepas yang terpaksa dihadapi dalam pembangunan. Begitu juga dengan subsidi kepada IPP yang dianggap terlalu besar dan didakwa oleh PR sebagai tidak praktikal kerana kerajaan terpaksa menjaga 'pensubsidian; ini ekoran daripada keterikatan terhadap kroni dan perjanjian yang tidak sama rata.
PR menjangkakan dengan penghapusan subsidi ini akan dapat memberikan kelebihan kepada kerajaan dalam menyusun atur subsidi kepada rakyat. DARD juga cuba melontarkan persoalan kerana kos yang sebegini besar, menyebabkan kerajaan akan kerugian. Dari mana PR bercadang untuk menambah pendapatan? saya tidak ingin menjawab persoalan itu kerana bagi saya PR masih belum 'memerintah' dan 'peluang' untuk menambah pendapatan tidak akan datang pada masa ini, melainkan setelah 'memerintah'.
Kejujuran dan ketegasan PR membenteras ketirisan, kebocoran dan gejala rasuah yang berlaku tentunya mendatangkan pendapatan yang lebih. Kerajaan seperti yang dilaporkan menghadapi berbilion ringgit ekoran daripada gejala rasuah dan kebocoran dari beberapa perlaksanaan projek mega yang menggunakan wang rakyat sebagai perbelanjaan. Kita masih ingat tentunya isu atau skandal pembelian kapal selam yang di dakwa menelan kos 50 juta untuk komisyennya. begitu juga perlaksanaan projek MMR2 yang menghadapi pertambahan kos berjuta ringgit kerana faktor pembinaan yang tidak sempurna. Skandal PKFZ yang juga menelan berbilion ringgit dan pelbagai lagi isu berkaitan, termasuk di Sabah sendiri apabila beberapa projek pembinaan sekolah yang menghadapi masalah. Bagi anak-anak muda non partisan ini, isu ketirisan adalah lebih mustahak daripada memperkatakan tentang sumber mana PR akan mendapatkan pendapatannya apabila memerintah kelak?
Sepekara lagi yang menjadikan 'hati' saya begitu mula meneliti BJ ini ialah apabila media melaporkan bahawa timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin membuat pengakuan tentang kerelevanan dan kewajaran yang terkandung dalam BJ ini. sementelahan itu saya juga cuba merungkai persoalan tentang apa yang dikatakan oleh BJ kepada Sabah dan sarawak sebagai "rakan kongsi". walaupun istilah "rakan Kongsi' ini bertujuan untuk pancingan sokongan tetapi saya lebih melihat ia seakan hampir kepada konsep 'penserdajatan' yang terkandung dalam perjanjian Malaysia apabila Sabah dan sarawak bertindak menyertai Gagasan Malaysia pada tahun 1963. Hak dan kedaulatan Sabah seharusnya dilihat sebagai 'rakan kongsi' dan bukannya sebahagian dari negeri-negeri dalam wilayah yang bergabung itu. Ini satu realiti kesedaran politik yang cuba diterapkan dalam BJ untuk rakyat Sabah merasai 'kemanisan' idea para pemimpin terdahulu yang mengambil peranan penting dalam penyertaan Sabah dalam gagasan Malaysia.
Satu lagi yang meyakinkan saya bahawa BJ akan terus menjadi polemik politik buat BN dan UMNO ialah apabila DSAI 'mencabar' PM Datuk Najib untuk membahaskan kewajaran dan keberkesanan BJ ini, namun ditolak. Jika benar kerajaan mengambilkira impak kehidupan rakyat luar bandar terhadap dasar-dasar transformasi ekonomi yang dirancang, inilah masanya Najib 'menghuraikan' secara panjang lebar tentang itu dan kenapa BJ tidak harus 'bersemadi' dalam lubuk hati rakyat Malaysia. Barangkali kerana politik dan demokrasi di negara ini masih berada pada tahap 'setengah masak' dan belum menunjukkan kematangan, justeru pelawaan itu ditolak tanpa alasan yang boleh diterima oleh jutaan 'hati' anak-anak muda yang mahukan kebenarannya. Bukankah di negara- negara demokrasi tertua, budaya 'debat' dan 'bahas' ini adalah satu keperluan?
17 ulasan :
salam KM,
saya membuat kajian terperinci BJ dan akan siarkan dalam buku terbaru saya.
apa yang menarik ialah kesediaan menaikkan kadar royalti minyak daripada 5% kepada 20%.
jumlah wang yang bertambah kepada negeri Sabah rasanya mencukupi untuk Sabah berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri lain.
Salam Kelapa Mawar dan Sahabat Seperjuangan sdra Musli oli
Satelah menghayati isi kandungan 'Buku Jingga' selaku platform dasar 100 hari PR kira nya diberi mandat oleh rakyat untuk memerentah, maka serba sedikit saya memahami apa yang yang KM maksudkan dalam huraikan KM di sini.
Secara ringkas nya , saya setuju dengan pandangan KM selaras dengan pendirian KM sebagai activist politik yang berhaluan 'non-partisan.'
Walau macammana pun, saya tidak
kepingin untuk mengulaskan komen DARD terhadap buku tersebut. kerana bagi saya, dalam negara yang demokrasi ini, masing-masing mempunyai pandangan, hak dan ideologi politik yang tersendiri. Ada yang pro dan kadang kala nya, ada juga contra nya.
Semuga kalian sukses.
Assalamualaikum
Syukur saya mempunyai kesempatan untuk membaca dan menganalisa kandungan Buku Jingga yang dikeluarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Buku tersebut mempunyai idea-idea ekonomi yang tinggi seperti pengambilan konsesi lebuhraya, wifi percuma, subsidi, royalty dan sebagainya. Walaupun janji Buku Jingga ini boleh dilaksanakan, tetapi ia akan memakan perbelanjaan yang amat besar dengan jumlah beratus billion ringgit Malaysia. Apa yang menarik untuk dianalisa dalam hal ini adalah bagaimana kerajaan dapat membiayai idea ini dan apakah implikasinya.
1.Bagaimana Pakatan Rakyat (PR) dapat membiayai janji BJ: Melalui buku jingga tersebut, saya tidak dapat mengenalpasti bagaimana janji ekonomi ini dapat dilaksanakan sepenuhnya. Ada dinyatakan bagaimana pemotongan subsidi dan ketirisan sifar dapat menjimatkan perbelanjaan, tetapi untuk melaksanakan janji Buku Jingga sepenuhnya, ianya terlalu sedikit. Hanya terdapat dua langkah bagi melaksanakan perkara ini iaitu, a) Hutang dan b) mencetak lebih banyak wang.
a.) Hutang: Hutang boleh diperolehi secara domestic dan luar Negara. Buat masa kini, Negara mengalami bajet deficit sejak 12 tahun berturut-turut dengan hutang sebanyak 53.3% berbanding KDNK . Jumlah hutang terkumpul Negara adalah sebanyak RM362 bilion. Maka jika bajet Negara dicampurkan dengan hutang asal beserta belanjawan Buku Jingga, hutang Negara akan mencapai 100% daripada KDNK dengan jumlah terkumpul melebihi RM1 Trilion. Jumlah tersebut (RM1 Trilion) merupakan jumlah penanda aras tahap Kebankrapan yang dibuat oleh PEMANDU (Performance Management and Delivery Unit) dimana negara boleh di isytihar bankrap sekiranya melebihi jumlah hutang tersebut. Dalam erti kata lain, adalah tidak mustahil negara akan menuju kebankrapan sekiranya melaksanakan perbelanjaan Buku Jingga.
b.) Pencetakan lebih banyak wang: kerajaan juga mampu meningkatkan jumlah perbelanjaan dengan mencetak lebih banyak wang melalui Bank Negara Malaysia. Perkara ini amat mudah, hanya perlu mencetak dan ianya menjadi kebiasaan bagi mana-mana Negara di dunia bagi mengelakkan jumlah hutang yang banyak. Namun, wujud implikasi yang negative dalam hal ini dimana ianya membawa kepada tahap inflasi yang terlalu tinggi yang boleh dijelaskan melalui Hukum Teori Kuantiti Wang yang menyatakan bahawa jika pendapatan Negara konstan, peningkatan jumlah kuantiti wang akan membawa kepada tingkat inflasi pada kadar yang sama. Jumlah wang kertas dan syiling M1 dalam ekonomi Malaysia pada masa kini adalah RM240 bilion, dan jika kerajaan ingin membiayai Perlaksanaan Buku Jingga dan bajet Negara sebanyak 6% melalui pencetakan wang, maka Bank Negara akan mengepam RM60 bilion tambahan dalam pasaran . Ianya bersamaan pertambahan kuantiti wang sebanyak 25%. Maka secara langsung ia akan membawa kepada peningkatan inflasi pada kadar yang sama. Ditambah dengan jumlah inflasi sedia ada Negara iaitu sekitar 2.7%, oleh itu inflasi akan meningkat sekurang-kurangnya 27.7%. Dengan erti kata mudah, RM10 akan turun nilai kepada RM7.23 sahaja.
2. implikasi- implikasi negative perlaksanaan Buku Jingga antaranya:
- Hutang Negara meningkat
-Inflasi meningkat.
- Nilai matawang negara merosot.
- Nilai import barangan dari Negara luar meningkat.
Kesimpulan
Wujud banyak kelemahan ekonomi didalam Buku Jingga tersebut dan ianya lebih daripada perkara yang saya nyatakan diatas. Saya sedia menjelaskannya lebih lanjut. Maaf kerana penjelasan saya menggunakan banyak angka, namun perancangan dan analisis ekonomi yang sebenar tidak boleh dipisahkan dengan matematik. Malah ianya lebih kompleks kerana unjuran secara ekonometrik kebiasaanya turut dilakukan . Perkara yang menarik dalam ekonomi bukanlah perletakan matlamat kerana setiap entity mampu melakukannya, tetapi apa yang terpenting adalah perlaksanaan, pencapaian matlamat ekonomi serta implikasinya.
sekian.
begitu la kalau belum memerintah lagi bulan dan bintang pun mereka bole janji kan sbagai pancing menarik undi.selalunya kalau ada tawaran yang berlebihan mesti ada yang tak kenanya tu.seperti kes "gores dan menang",jurujual ni bijak mempengaruhi kita, apabila kita melayan dan menurut kehendak mereka,bermacam2 mereka tawarkan dan akhirnya kita menyesal bila terjerat dan terperangkap dgn taktik mrk.jadi sama la macam kes bj ni.fikir2 kan.
Salam,
saya setuju dengan pendapat Saizal...dia lihat persepesi ini dari sudut ekonomi seterusnya kestabilan negara pada masa akan datang....kepada Kelapa Mawar hanya emosi semata2...
Syabas Saizal...analisis saudara memang patut diutarakan....
Anwar bekas Menteri Kewangan, rakan-rakan dalam PR juga orang berpengalaman. kalau setakat bekas manager bank memang tak adil kita kata BJ tidak boleh dilaksanakan. Kalau mau cuba beri mandat mereka laksanakan. Kalau gagal kita tukar kerajaan kembali kepada BN
nasib lah tun m bijak tak mau menurut khendak nafsu besar menteri kewangannya wktu tu serta kroni2nya yg mau sign pinjam dgn imf,kalau tidak,malaysia dibebani hutang smpai bila2.so,kita mau pemimpin yg jenis bernafsubesar bgini ka.ikut nafsu negara lesu.fikir2kan
Saya turut setuju dgn pandangan kelapa mawar dan musli oli mengenai BJ...janji politik PR belum tentu tercapai selagi tidak diberi peluang memerintah..sedangkan janji BN yang sudah memerintah pun banyak yang belum tertunai..
kepada getah lastik..betullah tu Tun M bijak..sebab kalau tidak bijak takkan populasi rakyat sabah melonjak 300% berikutan pengeluaran IC projek(meskipun Bn janji utk mengatasinya)...hasilnya..tengok saja bandaraya KK(segama, sinsuran, kg Air)..sudah jadi bandaraya orang asing!...
salam,
musli oli,...itu namanya lawak bodoh...tunggu terhantuk baru tergadah....kalau kulit dah ada kudis lama mau baik bro....
salam encik musli oli
saya sejak awal lagi sudah nyatakan bahwa janji ini boleh dilaksanakan. malah lebih dari itu pun mampu, katakan kita tambah dengan pakej lain seperti pengambilalihan semua hospital swasta oleh kerajaan di negara ini, pembinaan lebuh raya di sabah dan sarawak, pemberian wang saraan kepada penganggur, pemberian biasiswa kepada semua penuntut ipt dalam dan luar negara dan sebagainya. semua itu boleh dilaksanakan, kerajaan sekarang pun boleh melaksanakannya.
tetapi, apa yang bermasalah adalah kesan daripada pelan tersebut. unit perancang ekonomi sejak dahulu lagi mengkaji perkara ini. kita tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku kemudian melihat apa hasilnya, kerana kita bukan tikus makmal. jangan kata jika kerosakkan ekonomi berlaku, kita boleh menukar kerajaan dan memulihkan ekonomi. ia bukan mudah.
Argentina suatu ketika dahulu merupakan negara ke 10 terkaya di dunia, kemudian mereka meminjam USD40 bilion pada tahun 1980 an. Pada kini, hutang tersebut berganda melebihi USD160 bilion walaupun kerajaan telah bertukar banyak kali dan ekonomi mereka antara yang paling merosot di amerika selatan.
maka, apa yang anda jangkakan jika negara menghutang sebanyak USD300 bilion pada hari ini untuk pembiayaan pelab Buku Jingga dan berapa jumlahnya hari esok. sekali lagi saya katakan, lebih baik anda nilai semula sebelum menyokong pelan negara malaysia menjadi Argentina asia tenggara disebabkan oleh blinfolded economic plan for the sake of selfish politics which the plan is designed for commoners who just know how to say 'i agree datuk and i believe in you'.
with all do respect, salam.
SALAM..
Sebenarnya pandangan saudara Saizal agak akademik tetapi bernas. Bagi saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan kemakmuran. Buku Jingga hasil karya golongan-golongan ‘cendikiawan’ Pakatan Rakyat ini boleh digambarkan seperti berikut:
Seorang Cikgu yang berangan membeli kereta super king. Dia sanggup buat pinjaman sebanyak RM 500 ribu untuk membeli kereta superking. Pada mulanya memang mantap.. Tetapi pada akhirnya, dia kehabisan duit dan dia terpaksa gadai rumah, tanah dan harta disebabkan oleh kereta superking. Ini kerana maintenance kereta super king x sama dengan maintenance kereta nasional..
Akhirnya..
1. Super king kena tarik/jual
2. Cikgu tiada harta
3. Cikgu muflis
4. Dan cikgu hutang duit dengan cikgu sebelah untuk beli nasi lemak
Selain daripada itu, Kelemahan golongan bumiputera dapat dilihat dari proposal yang dibuat kepada bank semasa membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan. Golongan bumiputera cenderung untuk memaksimakan segala modal perbelanjaan di dalam proposal. Contohnya membeli segala peralatan pejabat, ubah suai pejabat dan sebagainya. Akhirnya, mereka terpaksa menanggung beban yang banyak disebabkan oleh jumlah pinjaman yang banyak. Ini berbeza dengan proposal golongan bukan bumiputera yang cenderung untuk meminimakan segala perbelanjaan di dalam proposal. Bagi mereka yang penting ada untung sikit-sikit pada permulaan perniagaan.
Hal ini dapat kita ‘relate’ dengan Buku jingga dari Pakatan Rakyat.
SEKIAN..
Salam,
Saizal dan Raizal....syabas...analisis saudara sangat bernas...cuma bagi golongan yang mereka rasa ada sedikit latar belakang pendidikan tidak mahu menepis ego sendiri dan menjurus kepada tidak menerima pendapat saudara berdua....saya sangat tertarik kepada fakta2 yang saudara berdua utarakan....pelan tersebut boleh dilaksanakan akan tetapi impaknya yang besar kepada keburukan dan hanya akan membawa masalah yang berlarutan....
terima kasih Sniper..
Saizal pernah menjadi menteri kewangan malaysia sebab itu dia berani cakap BJ itu bankrapkan negara...hahahhahahah
Salam,
Papanuk...itu kelebihannya orang yang menimba ilmu dan berusaha menambah pengetahuan.....saya rasa Papanuk tergolong dalam manusia :-
"dia tidak tahu dan dia sendiri tidak tahu bahawa dia tidak tahu"
manusia begini harus dihindari kerana kesesatannya....
jadilah manusia :-
"dia tahu dan dia sendiri tahu bahawa dia tahu"
manusia begini harus dijadikan pemimpin kerana pengetahuannya...
sekiranya masih berusaha menjadi orang berguna, jadilah manusia:-
"dia tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu"
Manusia jenis ini perlukan bimbingan dan perlu dipimpin..
wsalam...
Halo Setiap Satu, nama saya Dwiokta Septiani am dari Indonesia, saya dengan cepat ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan seluruh Indonesia yang mencari pinjaman di internet sangat berhati-hati untuk tidak jatuh di tangan scammers dan fraudstars, ada banyak pemberi pinjaman kredit palsu di sini di internet dan beberapa dari mereka adalah asli, saya ingin meluncur kesaksian tentang bagaimana Tuhan menuntun saya untuk pemberi pinjaman dan pinjaman nyata genue yang telah mengubah hidup saya rahmat rumput, setelah saya telah tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman kredit di sini di internet, saya kehilangan banyak uang untuk membayar biaya pendaftaran, isurance, pajak, dan setelah pembayaran saya masih tidak mendapatkan pinjaman saya. Setelah berbulan-bulan mencoba untuk mendapatkan pinjaman di internet dan scammed beberapa kali uang tanpa mendapatkan pinjaman dari perusahaan mereka sehingga saya menjadi begitu putus asa dalam mendapatkan pinjaman dari pemberi pinjaman kredit genue online yang tidak akan meningkatkan rasa sakit saya, jadi saya memutuskan untuk menghubungi seorang teman saya yang baru-baru mendapat pinjaman online, kita membahas kesimpulan kita tentang masalah dan dia mengatakan kepada saya tentang seorang wanita yang disebut Mrs Anita Charles yang merupakan CEO dari Anita Charles Pinjaman Perusahaan. Jadi saya diterapkan untuk jumlah pinjaman (Rp430,000,000) dengan tingkat bunga rendah dari 2%, tidak mengurus usia saya, karena saya mengatakan kepadanya apa yang saya ingin menggunakan uang itu untuk membangun bisnis dan pinjaman saya disetujui dengan mudah tanpa stres dan semua persiapan yang dilakukan pada transfer kredit dan dalam waktu kurang dari 24 jam setelah pendaftaran pinjaman, itu disimpan ke bank dan mimpi saya datang melalui. Jadi saya ingin saran yang membutuhkan genue pinjaman cepat memanggilnya sekarang email di anitacharlesloancompany@gmail.com. dia tidak tahu bahwa aku melakukan ini. Saya berdoa agar Tuhan memberkati dia untuk hal-hal baik yang telah dilakukan dalam hidup saya. Anda juga dapat menghubungi saya di septianidwiokta@gmail.com untuk info lebih lanjut.
BERITA BAIK!!!Nama saya Ratih Wahyu, saya ingin berkongsi kesaksian saya di sini di platform ini untuk semua rakyat Indonesia dan seluruh Asia berhati-hati dengan peminjam internet, Tuhan telah menyokong saya melalui Puan Kathleen Brian yang baik ibu.Selepas beberapa tempoh cuba mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan, dan enggan meneruskan, jadi saya memutuskan untuk mendaftar pinjaman dalam talian tetapi saya tertipu dan saya kehilangan Rp 15.000.000 dengan pemberi pinjaman yang berbeza.Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya bercakap dengan rakan saya yang kemudian memperkenalkan saya kepada Mrs Kathleen, yang merupakan pemilik syarikat pinjaman global. Rakan saya meminta saya memohon dari Puan Kathleen, jadi saya mengumpul keberanian dan menghubunginya.Saya memohon pinjaman sebanyak Rp500, 000,000 dengan kadar faedah 2%, jadi pinjaman itu mudah disepakati tanpa tekanan dan semua pengaturan dilakukan atas pemindahan kredit, karena fakta bahwa ia tidak memerlukan cagaran dan jaminan untuk mentransfer pinjaman Saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil lesen permohonan mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya dikreditkan dengan jumlah wang tunai Rp500.000.000. Saya sangat gembira bahawa Tuhan akhirnya menjawab doa saya dengan memerintahkan pinjaman saya dengan pinjaman asal saya, yang telah memberikan saya keinginan hati saya.Mereka juga mempunyai satu pasukan pakar yang akan menasihatkan anda mengenai jenis perniagaan yang anda ingin melabur dan bagaimana untuk melabur wang anda, jadi anda tidak akan pernah bangkrut lagi dalam hidup anda.Semoga Tuhan memberkati ibu Kathleen untuk membuat hidup mudah bagi saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Kathleen melalui e-mel: kathleenloancompany1@gmail.com dan WhatsApp Only: {+12093480782} untuk pinjaman anda.Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: ratihwahy@gmail.com dan Kezia yang memperkenalkan dan memberitahu saya tentang Puan Kathleen juga mendapat pinjaman baru dari syarikat itu. Anda boleh menghubungi Kezia melalui e-melnya: keziaarjuna@gmail.com.Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk meluangkan masa untuk membaca kesaksian sebenar hidup saya mengenai kejayaan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Post a Comment