Monday, March 7, 2011


Beberapa minggu yang lepas, rakyat Sabah dikejutkan dengan tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menamatkan khidmat lebih 500 orang Guru sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang terdiri dari rakyat Sabah dan diwar-warkan akan digantikan dengan GSTT dari semenanjung. Situasi ini bukan sahaja mendapat runggutan dari pelbagai pihak malahan telah menimbulkan kontrovesi yang tragik. Memerihalkan nasib guru-guru Sabah yang 'dinafikan' kelayakan dan ktrampilan mereka sebagai pendidik, walaupun dikhabarkan mempunyai kelulusan yang baik. Akhirnya menyedari bantahan dan 'risiko' yang bakal dihadapi oleh kerajaan pada PRU 13 yang bila-bila masa akan diadakan itu, KPM menarik balik penamatan kontrak keseluruhan GSTT di negara ini.

Di Sabah, juga tidak kurang isunya berkaitan dengan jawatan-jawatan kontrak yang tidak disambung yang melibatkan rakyat Sabah sendiri. Pejabat Pembangunan Negeri Sabah yang diletakan di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri dikhabarkan telah menamatkan kontrak lebih 25 orang Pengurus Projek yang sebelum ini telah 'ditauliahkan' khidmat mereka lebih dua tahun. Penamatan kontrak ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat, kerana selain daripada khidmat mereka diperlukan terutama dalam soal-soal pemantauan dan penyelarasan projek di peringkat negeri, ia juga dikatakan menyumbang kadar pengangguran di negeri ini. PPNS pula tidak berjaya mewujudkan jawatan-jawatan baru yang boleh dipenuhi oleh rakyat Sabah terutama berkaitan dengan isu pembangunan di negeri ini. Sedangkan Sabah telahpun 'dinobatkan' sebagai negeri yang termiskin di negara ini. Mengapa masalah ini tidak diperincikan untuk kebaikan rakyat Sabah sendiri?

Khidmat para pengurus projek telah terbukti berkesan memastikan perjalan projek yang dilaksanakan. Para pegawai ini diletakkan di bawaha Pejabat Daerah di seluruh negeri Sabah. Kesanggupan mereka berkhidmat di luar daerah dan terpencil seharusnya diambil kira oleh PPNS sebelum mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan mereka. Apa yang dikesali ialah jika jawatan yang berkenaan akan di isi oleh pegawai baru yang tidak berpengalaman dalam soal selok belok kehendak masyarakat tempatan di mana mereka ditugaskan.

Disaat BN dan UMN O menghadapi bahang PRU 13 yang diramalkan akan diadakan pada tahun ini, kerajaan Sabah khususnya dan kerajaan Persekutuan amnya tidak sepatutnya mengambil 'risiko' tidak mendapat sokongan dari rakyat Sabah. Isu pembelaan dan isu layanan sepatutnya keatas rakyat Sabah dalam perkhidmatan sokongan dan kontrak seharusnya diambil berat.

17 ulasan :

Pendekar Tua said...

KM..

mengenai kelayakan, dan layanan terhadap rakyat Sabah sudah lama disuarakan tetapi gagal diselesaikan oleh pemimpin Sabah sendiri..bagaimana pemimpin KL mahu menyelasaikannya..


20 perkara yang diperjuangkan memperuntukkan agar jawatan2 penting di sabah dijawat oleh penduduk sabah sendiri...ini tidakj berlaku

kita kena ingat bahawa 'kuasa' memangkah ada ditangan kita,,,pandai-pandailah kita menggunakannya bila berkesempatan nanti..

Papanuk said...

Dulu waktu ada JPPS, musa aman bilang jabatan itu perlu dimansuhkan sebab tidak produktif...jadi diwujudkan Pejabat pembangunan negeri Sabah yang diletakkan di bawah kerajaan negeri..

kalau PPNS masih tidak berupaya membela rakyat Sabah baik mansuhkan sahaja macam JPPS tu..

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar dan Kalian.

Saya difahamkan Jabatan Pembangunan Negeri Sabah ini lah satu-satu nya agenci kerajaan yang paling sunsang sekali disini. Sepatut nya ia mengambil alih peranaan JPPS untuk memertabatkan hak-hak rakyat Sabah yang di kucar kacirkan oleh JPPS sebelum ini. Namun di sebalik nya ia disalah digunakan oleh Musa Aman sebagai agent untuk memperkayakan kroni beliau yang sememang nya sudah kaya.

Saya di bagi tahu oleh kawan-kawan yang maseh bertugas di jabatan kerajaan bahawa JPN berfungsi secara sendiri dengan membelakangkan peranaan jabatan-jabatan yang sepatut nya terlibat bersama JPN.
Contoh nya, JPN telah mengujudkan lembaga Jawatan Kuasa tender nya sendiri. Sedangkan kerajaan negeri Sabah sudah mempunyai beberapa lembaga Jawatan kuasa tender negeri dan perseketuan sejak berkurun lama nya.

Dikatakan, ahli lembaga jawatan kuasa tender JPN ini di pilih sendiri oleh Musa. Saperti biasa, kebanyakan nya mereka-mereka ini ada hubung kait dengan beliau.

Seterus nya saya difahamkan juga bahawa penyeliaan projek tersebut kebanyakan nya akan di kendalikan oleh private consultant yang dipilih oleh Musa juga.

Justru itu, Jabatan-jabatan teknikal negeri saperti JKR, JPS, JAS dan lain-lain lagi akan kehilangan peranaan yang sepatut nya. Situasi ini seakan-akan mengambarkan senerio nostalgia yang pernah JPPS lakukan semasa mereka beroperasi disini.
Bak kata perpatah 'keluar dari mulut buaya masuk ke mulut harimau.'

Pada dasar nya, kehadirian agensi saperti JPPS dan JPN ada lah untuk menyelaraskan dan memantau pengagihan peruntukan dari kerajaan perseketuan kepada jabatan-jabatan negeri yang berkenaan.

Namun apa yang berlaku, jabatan-jabatan tersebut telah dianak tirikan dan diketepikan secara lansung atau pun tidak lansung.

Maksud ‘tidak lansung’; kerana jabatan-jabatan teknikal yang saya sebutkan tadi, kadang kala nya diperbodoh-bodohkan untuk mengutip data, penyediaan angaran dan sebagai nya.
Namun akhir nya JPN juga yang melaksanaan projek-projek tersebut selaras dengan dasar yang mereka ujudkan demi untuk kepentingan mereka sendiri.

Harapan saya, agar suntikan maklumat dan analysis saya ini ada lah salah. Kerana kalau ia nya benar, maka kita akan berhadapan dengan masaalah besar; ia itu ‘ tidak adil dalam bureaucrat kerajaan kita sendiri.'

Kalau dulu, kita telah dimainkan oleh pemimpin perseketuan. Tapi kini, kita di kerjakan oleh pemimpin dari kerajaan negeri kita sendiri. Sungguh aneh lagi menyedihkan...
Apa-apa pun, orang puteh kata' There is no cry and no good bye.'

Semuga kalian sukses

tombolo said...

JPN sepatutnya menjalankan peranan mereka dgn baik. mereka juga kena pastikan mereka melantik pengurus projek yang benar berkebolehan bagi memastikan projek yang dilakukan berjlan dgn lancar.

Anonymous said...

sebaiknya penjelasan diberikan berhubung pekara ini bagi membolehkan kita tahu apa yang sebenarnya berlaku.

songkilou said...

Ada yang layak dan akan yang tidak layak....Bukan semua Sabahan berkemampuan...

Mohd Ishak said...

Kalau GSTT Sabah akan digantikan GSTT dari Semenanjung. Saya lebih rela menggunakan GSTT tempatan. Buat apa nak import guru tidak terlatih dari sana sedangkan kita sendiri sudahpun ada.

Mohd Ishak said...

Anak Sabah patut diutamakan di Sabah.

songkilou said...

Sabah mesti tegas lagi untuk membuat keputasan. Sudah cukup lama Sabah mengikut keputasan dari pusat. Bukti yang sabah mampu untuk membuat keputusan.

Hosie Masie said...

Kenapa perlu mengambil orang luaar untuk mendidik generasi kita. Berilah peluang kepada rakyat Sabah sendiri bagi mengisi kekosongan.

Hamdan Hadillah said...

Semoga masalah penamatan kontrak ini perlu ditangani, Ini juga merupakan antara dugaan kepada BN/UMNO Sabah untuk meraih sokongan rakyat.

Hinamori said...

Give more priory Sabahan. Give more quota to Sabahan.

Anonymous said...

sudah lama isu ini disuarakan oleh rakyat sabah..akhirnya rakyat dari semenanjung yang dapat.

Anonymous said...

seharusnya apa2 jawatan persekutuan di sabah harus diberikan kepada rakyat asal sabah..

Butterfly said...

Salam, topik ini menarik perhatian saya. Sedikit penjelasan yang saya tahu,Pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU JPM iaitu ibu pejabat PPNS telah meluluskan agar Perjawatan pengurus projek ppns disambung. Namun,peruntukan disalurkan melalui pejabat kewangan Jabatan Perdana Menteri dan pihak ICU perlu mendapatkan kelulusan daripada JPM yang merupakan peruntukan persekutuan,kerana peruntukan bukan hanya diberikan kepada ppns sabah sahaja, malah kepada 13 negeri ppn yg lain.

Anonymous said...

Dulu waktu ada JPPS, musa aman bilang jabatan itu perlu dimansuhkan sebab tidak produktif...jadi diwujudkan Pejabat pembangunan negeri Sabah yang diletakkan di bawah kerajaan negeri..

kalau PPNS masih tidak berupaya membela rakyat Sabah baik mansuhkan sahaja macam JPPS tu..

UTK MAKLUMAN JPPS BUKAN DIMANSUHKAN TETAPI DITUKAR BALIK JADI PPPN (PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SABAH). ITU PUN BUKAN SBB TIDAK PRODUKTIF TETAPI ATAS PERMINTAAN KEBANYAKAN YB DI SABAH (????? YG MAHU PERUNTUKAN DISALURKAN TERUS PD KERAJAAN NEGERI????). DAN MMG TIDAK RELEVEN SUDAH NAMA JPPS TU SBB JPP SABAH TU DIWUJUDKAN MASA PBS MEMERINTAH SABAH JADI PEMBANGKANG, UTK NEGERI YG DINAUNGI OLEH KERAJAAN PEMBANGKANG SPT DIKELANTAN DLL SEMUA GUNA 'JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN...'

SETERUSNYA UTK MAKLUMAN WLU PUN NAMA PEJABAT KAMI PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SABAH, KAMI ADALAH DI BAWAH ICU JABATAN PERDANA MENTERI (PERSEKUTUAN) BKN KERAJAAN NEGERI SABAH. TQ.

Anonymous said...

alahai..apa mo kecoh..lebih wajar sebahagian jawatan terus diisi oleh org luar Sabah..diulang..SEBAHAGIAN..

kerana jika diberi dibiarkan diisi oleh orang SABAH sendiri lagi BAHAYA!! yg Bajau dengan Bajau semataaaa...Sulug..Kadazan Dusun..Bugis..Jawa...majority masih berfikiran mau utamakan SUKU masing-masing semata!!