Friday, March 4, 2011


Kenyataan Mp Parlimen Datuk Rahman Dahlan dalam sebuah akhbar tempatan beberapa hari lepas yang kemudiannya "dipostkan" dalam FCB BAKAL CALON P169 KOTA BELUD, di bawah pengendalian sdr Razak Rakunman berkaitan dengan gesaan dan kenyataan DARD bahawa suku kaum Bajau Samah perlu mendapat peruntukan khas dalam bajet 2011, telah mengundang 'kemarahan' dikalangan bloggers dan FCB. "kemarahan' yang berasas itu adalah kerana pada perkiraan awal,seseorang ahli Parlimen yang mewakili beberapa suku yang mendiami daerah Kota Belud tidak harus dipandang begitu berat sebelah. "membela' suku tertentu manakala menidakkan pembelaan kepada suku lain.

Walaupun Sdr Musli Oli yang juga merupakan AJK kepada USBO dan YDP PERKASA Sabah, cuba menjelaskan keadaan yang berlaku dengan pendirian menyokong kenyataan DARD itu, namun nampak gayanya, pembahas dan pengunjung FCB BAKAL CALON P169 KOTA BELUD tidak begitu berpuas hati. Malahan KM dalam hal ini mengutarakan kewajaran kenyataan yang dikeluarkan oleh DARD itu selaku MP Kota Belud.

Gesaan dan desakan turut disuarakan supaya DARD dengan rela hati dan bukan lepas tangan dapat memberikan penjelasan berkaitan kenyataannya itu. Ini perlu kerana dikhuatiri tanggapan negatif terus dilemparkan oleh penggiat politik di Kota Belud.

Secara lebih terbuka, KM sendiri masih tertanya-tanya apakah motif sebenar DARD mengeluarkan kenyataan itu? Apakah bertujuan untuk meraih sokongan lebih daripada suku Bajau Samah? Atau apakah ini adalah antara perancangan pihak tertentu untuk 'memusnahkan ' pengaruh DARD di Kota Belud yang mula bertapak?

Ada juga idea-idea yang kedengaran, mempersoalkan tindakan pro sdr Musli Oli dengan kenyataan DARD ini. Kerana sebelum ini Musli Oli begitu lantang mengkritik kepimpinan DARD di Kota Belud. Soal skuad p169, soal 'lawatan' DARD kebeberapa kawasan juga turut dipersoalkan.Namun bila menyentuh tentang peruntukan bajet untuk suku kaum Bajau samah, Musli Oli begitu lantang membuat penjelasan. Apakah ini adalah antara usaha-usaha Musli Oli untuk menimbulkan rasa kurang senang masyarakat lain kepada DARD? Atau mungkin juga Musli Oli 'sedang' merangka strategi politik peribadi untuk menyisihkan DARD di Kota Belud setelah kenyataannya untuk bertanding di Parlimen Kota Belud tidak mendapat response dari DARD sendiri?

Apa yang harus dilakukan oleh DARD ialah dengan memberikan penjelasan yang sejelas-jelasnya supaya keadaan tidak akan menjadi keruh. Kerana beberapa orang dalam FCB mula mempersoalkan 'pemberian'undi mereka kepada DARD pada PRU12 yang lepas. Jika hal ini berterusan dijangka reputasi DARD di Kota Belud akan menjunam dan merudum.

18 ulasan :

Murai.KB said...

salam KM..

saya setuju supaya Datuk Rahman memberikan penjelasan dalam hal ini

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar dan kalian.

Sebelum saya teruskan ulasan di sini, saya terlebih dehulu, membaca artikel yang bertajuk “JANGAN SISIHKAN BAJAU SAMA DALAM BAJET 2011”(SabahKini.Net-dd Tuesday, October 12, 2010). Selanjutnya nya saya telah juga mengikuti ulasan/pandangan ‘pertaining to’ isu tersebut dalam fb yang dimulakan oleh Sdra Razak Rakunman dan seterusnya beberapa komen yang lain termasuk Sdra Rakunman, Musli Oli, Kelapa Mawar sendiri dan yang lain-lain.

Dalam kontek yang sensitif lagi serious ini, sama ada DARD perlu untuk menjelas kan pendirian beliau dalam kes ini (termasuk dalam blog ini) saya pun tidak tahu. Disamping itu, selaku seorang pemimpin dan sebagai seorang poilitikus yang berpengelaman, saya rasa beliau tahu apa kah tindakan beliau selanjut nya.

Pada pandangan saya, komen-komen yang disuarakan dalam fb tersebut kebanyakan nya disulami dengan emosi yang luar jangka. Sehinggakan timbul beberapa komen-komen yang lari dari maksud yang tersirat DARD.

Dari apa yang saya faham, DARD merayu agar Bajau-Samah mendapat perhatian kerajaan perseketuan dalam bajet 2011. Selaras dengan bilangan penduduknya yang begitu ramai, terutama sekali di kawasan pantai barat dan pantai timur Sabah.
Dalam isu yang sama, beliau tidak menyentuh agar mengabaikan kaum-kaum yang lain, walaupun bilangan nya agak minoriti(irranun,obian dll).
Perihal suku kaum KDM telah pun di sentuh oleh pemimpin dari suku kaum mereka.

Justru itu, (bagi saya) membicarakan ketidak perhatinan DARD terhadap kumpulan minoriti di KB, ada lah unsur-unsur spekulasi semata-mata. Kerana seada nya, tidak ada ‘supporting data’ atau pun informasi yang dapat kita 'legalize' kan sebagai fakta kelemahan DARD kerana 'statement' beliau ketika itu.

Dalam kes yang sama juga, disini saya ingin kemukakan persoalan ia itu ada kah seseorang Wakil Rakyat itu tidak berkebebasan (sekali sekala) untuk mempromosikan sesuatu isu yang mungkin tidak bermanafaat kepada semua?
Contoh nya sebagai Perdana Menteri, Najib tidak dibenarkan untuk menyatakan sokongan beliau kepada orang-orang melayu kerana beliau ada lah PM kepada semua kaum?

Dalam fb tersebut, sdra Mosli pernah menyentuh bahawa YB Dr Markus Mojigoh juga telah ditanya fasal hal-ehwal kaum KDM. Pasti nya Markus akan mempromosikan suku kaum beliau. Sedangkan kebanyakan penggundi disana ada lah terdiri dari suku kaum yang lain.

Namun kita tidak pula mendengar hingga setakat ini, sungutan rakyat dari lain-lain kaum di kawasan beliau tentang salah laku beliau dalam hal ini. Kenapa ya?


Apa-apa pun semoga KM sukes selalu.

ROJOKOBOG said...

Salam Semua,
Saya rasa penjelasan Sdra Musli Oli dalam FB sudah cukup jelas dan dapat difahami, cuma bagi orang yang tidak berpuas hati dan terlampau menurutkan perasaan saja tidak dapat menerima penjelasan YDP Perkara Sabah itu, ada baiknya penjelasan daripada Sdra Musli Oli dalam FB itu ditelilti semula oleh sesiapa yang tidak berpuas hati, fahami dan perhalusi maksud sebenar setiap ayat yang diperkatakan oleh MO.

Saya berpendapat MO tiada mempunyai maksud yang tersirat disebalik penjelasan beliau tentang kenyataan DARD, MO berniat untuk memperbetulkan dan memperjelaskan dengan bukti-bukti yang kukuh bahawa kenyataan DARD itu tidak berat sebeleh malahan pemimpin lain di Sabah sering menyuarakan hal demikian.

hashim bin andah said...

Bila dia buat komen begitu bererti suku kaum lain tiada erti dlm politik MP KB. Dia tahu dia tdk popular tapi selalu membuat kenyataan yg sensitif, ini bererti bajau bilang di KB "niah santak "

tombolo said...
This comment has been removed by the author.
Sniper said...

salam,

pandangan saya dalam hal ini pula berlainan,....seharusnya para kaum2 yang memiliki pemimpin diperingkat atasan perlu menepuk dada dan bertanya kenapa pemimpin dari kalangan kaum mereka yang dapat mewakili kaumnya sendiri tidak mempunyai idea seperti DARD?..pemimpin kita diperingkat atasan berbilang kaum..

tombolo said...

mgkin juga DARD perlu memberikan penjelasan. namun hal ini tak seharusnya diperbesarkan. kenyataan tersebut tak bermakna bahawa DARB seorang yang berat sebelah. beliau hnya menyatakan pendapat kerana dilihat kaum Bajau Sama masih lagi mundur.

Anonymous said...

pekara ini tidak perlulah dijadikan sebagai isu. tidak salah rasanya DARD kenyataan tersebut. apa pun, ada baiknya jika DARD memberikan penjelasan bagi memberikan pemahaman kepada semua.

Mohd Ishak said...

Harap ada penjelasan diberikan.

songkilou said...

Penjelasan demi penjelasan harus diberikan. Jika tidak keadaan akan betambah teruk.

songkilou said...

Adakah Bajau tidak mendapat layanan yang sama selama ini?

Hamdan Hadillah said...

Tidak perlulah lagi memeningkan kepala. Mungkin kedua-dua perlu memberikan penjelasan dengan masalah ini.

Anonymous said...

kenyataan DARD berkenaan dengan bajet untuk bajau Sama adalah setelah mengambil kira aspek2 kemunduran dan kemiskinan yang masih menghantui kaum Bajau Sama di negeri ini. mungkin saranan DARD ini wajar jika hanya kaum Bajau Sama sahaja di negeri ini yang menghadapi fenomena kemunduran dan kemiskinan. tapi bagaimana dengan 32 kaum yang lain? adakah mereka sudah maju? mungkin lebih sesuai jika DARD menyarankan supaya ada peruntukan untuk setiap kaum di negeri ini.

Anonymous said...

penjelasan wajar diberikan oleh tuan punya badan..

Anonymous said...

selaku MP KB, beliau bukan hanya mewakili kaum Bajau sahaja bahkan kaum2 lain di KB..adakah beliau ada mengambil perkiraan ini? kaum2 lain juga bukannya maju sangat..padahal lebih kurang sama saja..

Anonymous said...

lain kali, berfikir sebelum bercakap..kalu tidak akan mengundang maklum balas yang bukan diharapkan.

Paquin said...

Rasanya memang patut penjelasan diberikan bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku.

Paquin said...

Apapun, sebaiknya hal ni tak perlulah dijadikan sebagai isu:) Saya yakin setiap perkara dapat ditanggani dengan baik tanpa perlu berperang di alam maya.