Laporan media beberapa minggu lepas tentang'pembebasan' Datuk Japlin Akim yang juga ADUN USUKAN danpembantu menteri Infrastruktur negeri dari pergantungan keahlian parti UMNO ekoran tuduhan rasuah dan politik wang kepadanya 2 tahun yang lepas telah menimbulkan 'keterujaan' politik di Kota Belud. Ramai yang memikirkannya, apakah impak keatas politik dua orang tokoh 'pencorak' poltik Kota Belud sebelum ini iaitu Speaker Negeri Datuk Salleh Tun Said dan YDP Dewan rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Ini berikutan kerana sebelum ini kedua-dua tokoh berkenaan dilihat mempunyai peluang besar untuk kembali , sama ada Datuk salleh ke USUKAN atau Tan Sri Pandikar ke Parlimen.
Namun setelah Datuk Japlin dibebaskan, signifikan politik kepada DSSK dan TSP begitu besar,kerana jika sebelum ini peluang sudah tersedia, kini ada kebarangkalian untuk Datuk Japlin dikekalkan di USUKAN , sekaligus juga memungkinkan DSSK dan TSP akan kembali 'memanaskan' bangku simpanan pada PRU 13 akan datang.
Sedari awal lagi, ada pihak-pihak di Kota Belud, yang begitu pesimis dengan perlantikan DSSK sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri. Kerana menurut mereka pelbagai 'umpan' politik termasuk umpan "jawatan" akan diberikan sebagai imbalan kepada 'musuh' politik agar terus 'terpinggir' secara senyap.
Menurut khabar-khabar politik kini, ada laporan yang menyatakan bahawa DSSK dan TSP sukar untuk mendapat tempat di Kota Belud atas beberapa faktor seperti peranan mereka diperlukan untuk menuteralkan pembankang di peringkat pusat dan negeri. Jika itu berlaku ada kemungkinan sindrom sabotaj sekalilagi akan berlaku pada PRU13 di Kota belud.
6 ulasan :
Salam. Saya ingin berkongsi pendapat. Calon yang menwakili BN nanti tentunya yg menepati kretria DS Najib-yakni winnable candidate dan diterima rakyat.
Tidak dinafikan, siapapun calon Umno/Bn bagi kawasan KB, akan menang, kenapa? Umno diterima baik di kawasan kita.
Kita semua tahu-Ketua Bahagian Umno KB adalah DSSK, sementara Japlin adalah Naib Ketua Bahagian.
ADUN yang mewakili Umno adalah di N6 Tempasuk-mantan Ketua bahagian, sementara Japlin di N8 Usukan.
Semua kita tahu bahawa pada PRU-12, DSSK dan TSP tidak bertanding. Namun, selepas PRU itu, dua pemimpin Kota Belud itu diberi pernanan. TSP dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat, DSSK-Penasehat Sains dan Teknologi kepada Musa Aman dan kemudian Speaker.
Pada PRU-12 ketua pada masa itu-Tun Abdullah Badawi, kini DS Najib.
Setiap pemimpin ada strateginya sendiri. Samalah dengan bermain bola. Kadangkala-pemain ayan tambatan tidak diturunkan, atas sebab-tidak sesuai dengan permainan masa itu.
Strategi politik berasaskan kepada situasi dan kondisi semasa. Mungkin DSSK dan TSP tidak dipilih pada PRU-12 kerana strategi pada masa itu, namun pada PRU-13, mungkin strategi berlainan.
Persoalannya-apakah pada PRU-13 para ADUN dan MP yang ada sekarang-masih fit dengan strategi? hanya parti dan pucuk pimpinan yang dapat menentukan.
DSSK dan TSP masih dianggap muda, masih dalam lingungan 50-an..kata orang.. dalam masa-masa ini santan pemimpin menjadi pati.
Namun bagi OKB, siapapun calon yg dipilih oleh pucuk pimpinan-asalkan pemimpin itu berjiwa rakyat, membantu rakyat dikala susah dan seterusnya membawa pembangunan bagi daerah KB, itulah yang perlu diketengahkan.
Salam Kelapa Mawar dan tahniah kerana maseh blogging.
Isu yang KM paparkan kali ini, agak rumit juga untuk kita buat spekulasi. Terutama sekali bilamana menyetuh perihal kedua-dua pemimpin besar saperti DSSK dan TSPA.
Berhubung dengan isu yang sama, kelmarin saya berada di Kota Belud, semata-mata bertujuan melawat kawan-kawan lama di sana.
Dalam pada itu, saya sempat bertanya khabar dan pandangan mereka tentang pergolakan politik semasa daerah tersebut. Terutama sekali kedudukan masa depan pemimpin-pemimpin politik yang sedia ada. Termasuk, kedudukan DSSK, TSPA, Datuk Hj.Musbah, Datuk Japlin dll.
Dalam pada itu, saya juga bertanya tentang kekuatan penggundi akar umbi pembangkang disana. Dari apa yang saya faham, dengan jelas mereka merasakan bahawa suara-suara tidak puas hati dikalangan rakyat maseh tegar disana.
Namun kerana topik ini bukan menyentuh hal ini maka saya tidak bincangkan di sini, sejauhmana kah seriusnya ‘protes dalaman’ tersebut.
Dalam masa yang sama, saya difahamkan bahawa penampilan Datuk Japlin secara am nya dalam senerio politik di sana bukan lah masaalah besar bagi mereka.
Kerana mereka tahu Datuk Japlin ada lah anak didik DSSK dan dikatakan hubungan mereka maseh intim sehingga kini.
Sama ada beliau akan dikekalkan sebagi calon ADUN Usukan, hanya DSSK(selaku Ketua Bahagian, dan Timbalan Ketua perhubungan UMNO negeri), Datuk Musa dan Datuk najib yang tahu. Dalam ertikata yang lain, maseh lagi dalam tahap sulit.
Dalam kes ini, tidak banyak yang UMNO/BN harus runsingkan mengenai kedudukan pemimpin BN di KB setakat ini. Orang puteh kata, ‘everthing is taken care off..’. Betul atau pun tidak nya spekulasi ini, sama-sama lah kita tunggu berita selanjut nya dimasa akan datang. Itu saya pasti.
Saperti biasa, harapan saya semuga KM sukses selalu
persoalan yang gampang untuk dirungkaikan spt berikut:
n6 tempasuk - japlin\baharul
n8 usukan - dtk salih
parlimen - raman
pandikar - kekal speaker
misbah - rest/bisnes
Salam KM.saya tidak berniat untuk merungkaikan isu ini,tetapi sekadar bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh saudara OKB.
tepat dan setuju dengan getah Plastik
salam km,
saya besetuju dengan okb, sebab bagi saya kalau boleh calon yang diketengahkan nanti calon yang berjiwa rakyat, mesra rakyat, juara rakyat dan mampu membawa projek-projek besar tidak seperti yang disarankan oleh getah lastik dimana
1) dtk japlin baru saja terlepas dari penggantungan keahlian umno kerana RASUAH
2) barul pula saya difahamkan aktif dengan kegiatan yang tak baik dimana kalau spr nanti gunakan saringan air kencing sudah tentu tak lepas
3) raman pula pti dalam politik kota belud buangan dari tuaran dimana cuma yang dia kenal adiknya tajuddin dan saudaranya ah king.
4) dssk pula semua pembangunan yang dibawanya melainkan atas nama keluarganya pendek kata untuk kepentingan keluarga.
untuk makluman saudara getah lastik dan saudara musli, baru-baru ini umno kb adakan kursus pilihanraya dan undi olok-olok dimembakut dimana kalau kita lihat keputusan pilihanrayanya pembangkang yang menang sebaliknya kerajaan kalah atas sebab segelintir orang-orangnya telah keluar parti
dan bertanding sebagai calon bebas kerana mereka tidak bersetuju dengan pemilihan calon yang dibuat oleh pucuk pimpinan kerajaan maka perkara sebegini tidak mungkin tidak akan berlaku pada pru-13 nanti, bila sudah kalah akar umbi pula yang dipersalahkan oleh kerajaan kalau beginilah hakikatnya alang-alang mandi biar basah sekali.
Post a Comment