Seperti yang dijangka oleh ramai pemerhati politik dan penulis blog bahawa satu kelebihan 'kekal' kerajaan yang memerintah di negara ini ialah keupayaan melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihanraya atau 'gerry mendering'. Dan seperti yang diramalkan juga akhirnya SPR membuat pengumuman akan melaksanakannya dalam waktu terdekat seperti yang dilaporkan oleh media massa dan tentunya sebelum PRU 13 akan 'menjenguk' rakyat. Ini sekaligus membatalkan ramalan banyak pihan bahawa PRU 13 akan diadakan selepas PRU 10, Sarawak, April ini.
Dua langkah yang diambil SPR iaitu persempedanan kawasan pilihanraya serta undi pos masih membelenggu pihak pembangkang kerana ia adalah usaha besar untuk menipiskan kemenangan di pihak mereka, walaupun kita percaya jika Pakatan rakyat memerintah langkah serupa akan juga dilakukan. semuanya adalah untuk pengekalan kuasa dan kelangsungan politik mereka.
Setidaknya "gerry mendering" ini juga adalah rahmat bagi rakyat yang terlibat dalam persempadanan itu. selain memperolehi kawasan baru dan wakil rakyat baru, rakyat yang terlibat juga akan mendapat durian runtuh pembangunan di kawasan mereka.
Di Kota Belud walaupun ada desas-desus dan keinginan melampau bahawa Kota belud wajar diberikan dua kawasan parlimen ekoran pertambahan penduduk yang begitu meningkat saban tahun, namun kita berpendapat pembahagian dua kawasan Parlimen itu sukar untuk direalisasikan, sebaliknya pertambahan DUN persisir pantai seperti yang diwar-warkan oleh TSP dengan formula 2:1:1 lebih relevan dan bersangkutan. Dua kawasan parlimen di Kota Belud dilihat tidak begitu memberi kelebihan kepada pihak pemerintah, kerana ada kemungkinan kawasan KDM akan memperolehi kerusi parlimen itu. Walaupun KDM ( KD)di Kota Belud masih milik mutlak BN berdasarkan sokongan kepada MP Parlimen Datuk Rahman Dahlan pada PRU 12 yang lepas, namun jangan kita lupa bahawa ketika era kegemilangan PBS, rakyat KD di Kota Belud masih berpayung di bawah huguan siou mereka. Jika PBS bertindak 'menikam' dari belakang seperti yang dilakukan ketika era APU di semenanjung, nyata kawasan baru Parlimen itu akan dikuasai oleh pembangkang.
Justeru apa yang lebih sesuai ialah dengan pengwujudan kawasan DUN baru untuk memberikan kemenangan berganda buat pihak pemerintah sekaligus memberikan ruang kepada suku-suku yang ada di Kota Belud untuk menyumbang kepada keutuhan politik pihak pemerintah. Walaupun begitu terpulang kepada Najib selaku pengerusi BN dan presiden UMNO untuk melihat perkara ini secara lebih terbuka dan kedepan. Bersama kita nantikan.
9 ulasan :
persempadan semula mgkin perlu dilakukan di KB kerana kawasannya yang luas serta penduduknya yang semkin ramai. ini memudahkan urusan pembangunan di KB dilaksanakan.
tidak tahu lagi sama ada KB akan mempunyai dua parlimen atau kekal seperti sekarang. apa pun, yang penting usaha untuk membangunkan KB perlu sentiasa dilakukan.
Hope that SPR will do a good job. Make sure they practice fairness.
macam manalah kerajaan mau tambah persempedanan semula sedangkan ianya memerlukan persetujuan majoriti 2/3 dalam dewan rakyat dimana bn tak sampai pun majoriti 2/3,lain lah kalau pembangkang pun setuju sama.dalam konteks kb,memang diperlukan untuk memudahkan dan mengecilkan skop kawasan pentadbiran dan ini boleh memudahkan perkhidmatan sampai ke golongan sasaran.
Mana2 sajalah yang penting ia memberi kebaikan kepada semua pihak terutamanya rakyat.
Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti.
KB perlu 2 parlimen? Apa2 pun harap2 SPR buat keputusan yg saksama.
Itu terpulang kepada SPR untuk memberikan persempadanan semula untuk Pilihanraya. Mungkin ini akan dapat memudahkan pemimpin melakukan tugas mereka.
kita telah menyaksikan sejarah pilihanraya umum negara dimana setiap kali persempadanan dibuat pencapaian BN akan jauh lebih baik dari pilihanraya sebelumnya. mungkin ini juga merupakan salah satu faktor kenapa persempadanan ini perlu dilakukan.
Post a Comment