Sunday, April 17, 2011


Keputusan PRN Sarawak telahpun diketahui oleh umum. BN terlalu gah untuk digoyahkan oleh PR walaupun pelbagai "fitnah" politik dikumandangkan lewat pada hari-hari kempen di pelusuk serata Sarawak. Banyak yang menunding jari kepada PKR selaku parti teras dalam PR. Kerana kemelut parti dan kemelut personaliti Ketua UMUM PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak putus-putus disangsikan oleh rakyat Sarawak. Namun bukan itu yang kita bimbangkan, kerana majoriti 2/3 yangh diperolehi oleh BN Sarawak adalah satu kerajaan yang kuat dan bermaruah. Apa yang menjadi ukuran dan persoalan ialah mengapa masyarakat Cina tidak 'tunduk' dengan pengaruh Najib yang acapkali melaungkan transformasi dan konsep 1 Malaysia.

Rasanya sokongan masyarakat Cina tidaklah seteruk selepas PRU 2008. Era Tun Mahathir walaupun banyak ketegangan politik antara parti pemerintah dengan NGO Cina, tapi tidak dipublishkan oleh media massa. Masih ingat dengan tuntutan demi tuntutan yang ditekankan kepada parti MCA?..Dalam era Pak Lah, masyarakat Cina sudah semakin jauh dari tingkap politik BN dan UMNO. Buktinya beberapa kali PRK di semenanjung, masyarakat Cina menunjukkan trend protes kepada BN dan MCA. Tsunami sokongan protes Cina ini menular di sarawak. Sibu adalah bukti yang pertama. Lepas PRN 2011, keseluruhan calon SUPP yang terdiri daripada perwakilan masyarakat Cina kecundang termasuk timbalan ketua menteri Sarawak.

Najib perlu segera mentransformasikan pendekatan politik kepada masyarakat Cina di negara ini. Mengenalpasti apakah yang menimbulkan ketidakpuasan hati masayarakt ini kepada BN? Sekurang-kurangnya sebelum PRU 13 menjelang tiba. Kerana jika tidak BN akan rebah menyaksikan sokongan kepada GERAKAN dan MCA akan teruk dan menjunam jatuh.

Analisa yang patut dikedepankan ialah masyarakat Cina tidak terpengaruh dengan modal kempen BN iaitu politik pembangunan. Kehidupan di kota dan dipinggir-pinggir bandar satelit tidak memberikan kelebihan kepada masyarakat Cina untuk terpengaruh dengan slogan pembangunan itu. Cukup dan Cukup ! buat BN dengan jutaan ringgit bahkan mencecah bilion ringgit yang dibelanjakan dalam PRN sarawak. Masyarakat Cina lebih suka mengatakan, persetankan dengan idea politik pembangunan itu! Banyak dasar ekonomi BN lebih menitik beratkan orang Melayu dan bumiputera, lantas apa patut kita menyokong parti ini? Itu mungkin detik hati kecil masyarakat Cina selama ini.

Ketegangan sokongan masyarakat Cina kepada BN, diramalkan akan menular ke Sabah. bahkan pada PRU 12 yang lepas kawasan majoriti Cina seperti di Api-api, Likas dan Kota Kinabalu sendiri menunjukkan trend yang hampir sama. Bahkan konflik Musa Aman dengan LDP, SAPP dan kedudukan wakil masyarakat Cina dalam barisan kabinet akan mempengaruhi tahap sokongan masyarakat ini kepada BN Sabah.

Musa Aman harus segera mentransformasikan pendekatan kepada masyarakat Cina di sabah. Jika tidak Sabah akan hanya menjadi bukan fixed deposit BN lagi.

1 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,

Bagi saya, analisis KM kali ini penuh bermakna lagi menasabah. Kerana isu ini terbukti di Penang, Ipoh, Selangor dan akhir sekali di Sarawak.

Dari apa yang saya faham melalui perbincangan dengan sahabat-sahabat dari masyarakat Cina di Sabah, mereka terasa saperti dianak tiri kan dalam pelbagai hal yang ada hubung kait dengan budaya mereka. Ia itu bidang perniagaan, saperti kerja-kerja kontrak, pembekalan, pembalakan dan lain-lain lagi.

Apa lagi bila mengingatkan bahawa DEB yang sepatut nya sudah lupus tempoh nya, maseh lagi dilengah-lengahkan ertikata yang sebenar nya oleh pucuk pemimpin UMNO/BN.

Mereka merasakan tiada masa depan mereka melalui sekutu politik dengan BN. Justru itu, banyak juga dikalangan mereka ini telah pun berhijrah ke luar negara. Malang nya, kebanyakan dari mereka ini ada lah terdiri dari golongan professional atau pun mereka yang kaya.
Impak besar nya ada lah ‘brain drain’ dan ‘ pengeluaran wang yang banyak ke negara luar.

Manakala golongan masyarakat Cina yang maseh lagi bekerja disini dalam bidang professional saperti Jurutera, Dokter dan lain-lain; hanya menunggu masa untuk berhijrah bersama-sama anak-anak mereka yang sudah pun belajar atau bekerja di sana.

Masyarakat Cina yang maseh lagi bertekad untuk menatap di sini hanya lah terdiri dari kumpulan pertengahan saperti yang menjalankan ‘family business’, ‘small time contractors’, peladang kecil-kecilan dan sebagai nya. Lebih tepat lagi kalau kita lebalkan mereka yang berstatus ‘Sub-Con’.
Kecuali lah sebilangan kecil yang bernasib baik kerana mendapat peluang untuk mendekati Ketua Menteri.

Menurut mereka yang saya sempat tanya, semua peluang perniagaan besar saperti pembekalan, pembalakan, projek-projek besar atau pun sederhana telah habis di bolos oleh Ketua Menteri, Menteri-Menteri Perseketuan dan kroni-kroni menteri-menteri tersebut, kata mereka.

Makna nya budaya perniagaan yang mereka amalkan sebelum Musa Aman hanya lah tinggal kenangan dalam sejarah masyarakat Cina.

Resolusi nya, untuk apa kah sebab nya mereka mengekalkan ketaat setian mereka kepada parti yang memerentah?
Dari kontek patriotism, mereka ini mempunyai doctrine yang berbeza dengan kita, masyarakat bumiputera.

Apa-apa pun, semuga KM sukses selalu dalam berhadapan dengan cabaran yang sedia ada