Mesyuarat Umno Bahagian Kota Belud yang telah berlangsung beberapa minggu yang lepas, barangkali boleh disifatkan sebagai 'detik paling manis' dalam sejarah politik Umno Kota Belud, apabila Ketua Bahagiannya yang juga timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, yakni orang kedua yang paling berpengaruh selepas Ketua Menteri dalam hal-ehwal pemilihan calon pada PRU 13 akan datang iaitu Datuk Salleh Tun Said memberi response positif terhadap hasrat dan ilham politik awal Yang Dipertua dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin untuk mewujudkan satu situasi persepakatan politik antara suku-suku yang mendiami daerah Kota Belud. Kesemua itu terangkum dalam satu formula politik iaitu formula 2:1:1.
Formula 2:1:1 ini adalah berlandaskan kepada persepakatan dan pemufakatan antara suku-suku di Kota Belud. seperti yang dikeudarakan oleh Tan Sri Pandikar Amin dalam Blognya pada tahun lepas mencatatkan bahawa terdapat 3 DUN di Kota Belud dan 1 Parlimen. 3 DUN itu ialah DUN TEMPASUK ( Datuk Musbah Jamli -Bajau), DUN USUKAN ( Datuk Japlin- Bajau), Dan DUN KADAMAIAN (Datuk Herbert Lagadan- Dusun) Manakala Parlimen adalah Datuk Rahman Dahlan dari Tuaran juga Bajau.
Menyedari hakikat itu maka TSP telah mengemukakan Formula 2:1:1 ini dengan memberikan ruang kepada suku Iranun dalam menyumbang perkembangan pembangunan di Kota Belud. dengan harapan agar parti khasnya UMNO memberikan ruang kepada suku Iranun pada PRU 13 akan datang.
Daripada maklumat yang diperolehi, dalam mesyuarat UMNO bahagian itu, isu formula 2:1:1 ini ada dibangkitkan. Dan pada asasnya Datuk Salleh dalam jawapannya ringkasnya bersetuju pada dasar itu, namun kata beliau lagi itupun terpulang kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri , Datuk Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah untuk mempertimbangkannya.
Namun pada realitinya peranan Datuk Salleh dalam "melobi' supaya formula itu dapat direalisasikan adalah dalam keadaan besar kerana , seperti yang sudah diketahui bahawa Datuk Salleh sekarang mempunyai hubungan intim dengan Musa Aman bersandarkan kepada perkembangan politik terkini.
Jika itu sesngguhnya berlaku,adalah berkemungkinan, suku Iranun akan menyaksikan satu DUN menjadi milik mereka. Justeru itu adalah lebih baik jika sama-sama memikul beban yang berat dan menjinjing beban yang ringan.
20 ulasan :
mgkin formula ini boleh dipertimbangkan.
jika formula ini baik untuk semua pihak terutamanya rakyat KB sendiri, maka ia adalah wajar.
jika formula ini disukai oleh rakyat KB, pasti sokongan akan meningkat.
jika formula itu adalah yg terbaik, laksanakan saja.
semoga Musa Aman mempertimbangkannya demi untuk kebaikan penduduk KB.
jika formula ini dipertimbangkan maka kaum Iranun akan mendapat peluang untuk menjadi ADUN.
cadangan tersebut harus dipertimbangkan.
apa2 pun, ianya keputusan daripada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon nanti.
jika formula ini benar2 baik. adalah wajar ia dilaksanakan.
Kita harap peluang diberikan kepada wakil calon dari iranun untuk memegang kerusi Dun..Apa pun keputusan dari pihak atas iaitu KM sendiri untuk memberikan kata putus.
Semoga formula ini berjaya dan akan diberikan perhatian oleh ketua menteri. Apa pun keputusan perlulah diterima seadanya.
Entahlah.
demi kebaikan penduduk KB, saya rasa cadangan ini harus dipertimbangkan.
Setiap cadangan yang ada patut diberi pertimbangan sewajarnya.
Apapun, tunggu dan lihat sajalah nanti.
sekiranya dasar ini baik untuk dilaksanakan, saya harap Ketua Menteri Musa Aman tidak keberatan untuk mempertimbangkannya..
Apapapun, semoga tindakan daripada kerajaan menjaga kebaikan rakyat.
Namapaknya kaum Iranum juga tidak ketinggalan. Cadangan & idea yang bagus.
salam...
Bertemu lagi saudara kelapa mawar...terima kasih atas posting ini...dari dulu hingga sekarang saya amat setuju dan menyokong cadangan yang dilhamkan oleh TSP...dan wajib suku iranun mendapat hak untuk satu DUN ,,jika tidak pasti PRU 13 UMNO pasti akan tumbang bagi setiap kampung irranun,,,...generasi muda irranun sudah bosan dengan pemilihan yang tidak adil bagi kaum ini...biarlah putih tulang jangan putih mata...
PKR akan jadi pilihan...
Respon positif yg diberikan oleh Datuk Salleh sudah tentu menjadi berita baik kepada semua, khususnya kepada suku kaum Iranum...diharap x ada pihak yg tiba2 membantah pada saat2 akhir kerana sebab2 x munasabah....
Post a Comment