Saturday, May 7, 2011


Benarkah TSP sudah merestui seseorang ?

Politik Iranun kini memasuki alaf baru, satu dimensi kepimpinan boleh ditautkan antara orang lama dengan orang baru, antara pemimpin lama dengan pemimpin yang baru menetas. Sayugia bahawa pemimpin muda adalah ibarat anak ayam yang baru menetas dari telur, entahkan dapat meneruskan kehidupan entahkan tidak. Tapi benar kata orang..ibu ayam tidak akan benarkan anak kelaparan dan kebuluran. Barangkali dapat disamakan dengan dunia politik Iranun.

Selepas PRU12, bilamana TSP 'digugurkan',maka ramai anak-anak muda Iranun yang mula gelisah, kerana kata mereka sedangkan TSP yang begitu berpengalaman dalam dunia politik senang dicatur...sehingga Iranun kehilangan wakil tunggal mereka dalam persada politik KB. Lantas timbul kesedaran bahawa betapa perlunya dari saat itu ada riak-riak anak muda yang boleh menjadi pelapis. Tujuannya jelas bukan kerana menidakkan tokoh 'agung' Iranun iaitu TSP, tetapi niatnya ialah untuk supaya Iranun tidak terus ketinggalan sepertimana suku-suku lain di KB.

Sejak itu juga dan hingga kini siapa bakal menjadi pelapis kepimpinan Iranun terus diperkatakan. ramai anak-anak muda yang berkelibar, namun sehingga kini pemimpin Iranun masih menyembunyikan keinginannya untuk merestuai sesiapa juga, baik sama ada dari kalangan penyokong setianya sendiri yang ada kaitanb kekeluargaan atau orang lain yang selama ini juga turut memberikan sokongan. Memang begitulah orang yang berpengalaman dalam politik, seorang mahaguru tentunya tidak akan membiarkan anak-anak muridnya saling mencurigai antara satu dengan yang lain.

Majlis perasmian bangunan TASKA (BKI) kampung Payas-payas beberapa hari lepas telah mengundang banyak spekulasi politik di kalangan blogger Iranun dan juga penggiat Facebook. Isunya adalah sama iaitu kehadiran TSP dalam majlis berkenaan. Sehingga ada pelawat facebook memberi andaian bahawa TSP sudah merestuai seseorang? Siapakah yang dimaksudkan? Berupayakah 'anak ayam' ini mengikut jejak ibunya? Atau apakah sudah sampai ketikanya Mahaguru politik Iranun membuat pengumuman mengejut tetapi tersusun?

PRU 13 semakin dekat, ada yang meramalkan tarikh 11.11.11 akan menjadi pilihan Najib. Ada juga yang masih meragui tarikh berkenaan kerana kata mereka, Najib memerlukan masa yang lebih panjang untuk mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat Cina di negara ini. Kata mereka jika pada tarikh 11.11.11. itu menjadi kenyataan, maka Iranun sudah perlu lebih bersedia dari sekarang. Soalnya bukan individu tetapi kelangsungan bangsa Iranun dalam politik KB.

Siapa bakal direstui oleh TSP menjadi pengikut setia dan pelapis kepimpinan Iranun di masa depan? Cuba kita renungkan, mungkin anda lebih mengetahui dari orang lain.

14 ulasan :

Unknown said...

KM, bila saya menulis dalam blog saya ramalan PRU13 pada 11.11.11 beberapa bulan lalu saya diperli...namun ternyata angka itu telah menarik perhatian PM dan media perdana

getah lastik said...

datu najib pilih calon berdasarkan faktor 'winable candidate' dan bukannya 'restu candidate'.so, tiada gunanya calon direstu tapi tidak boleh menang.

zam said...

siapa yang bakal menjadi pemimpin kelak adalah berdasarkan keupayaan indvidu itu sendiri.

zam said...

apa yang penting adalah pemimpin itu mendapat sokongan rakyat dan mampu menjalankan tugasnya dengan baik,

Anonymous said...

jika nak pilih calon pun, kena pastikan calon tersebut benar2 terbaik dan disukai oleh rakyat.

Anonymous said...

dan kena pstikan calon yang dipilih dpt menjalankan tanggungjawab dgn baik dan amanah.

Anonymous said...

semoga pemimpin yang bakal direstui itu adalah seorang yang berjiwa rakyat dan mampu memikul tanggungjawab dengan baik.

Anonymous said...

apapun tarikh pilihan raya, yang penting semua sudah bersedia.bukan saja calon-calon, parti-parti bertanding malah rakyat juga sudah bersedia.

Paquin said...

Tak kisahlah siapa yang direstui. Yang pasti individu yang dipilih itu adalah yang terbaik.

Anonymous said...

We should just wait for official announcement.

Unknown said...

Itu sudah pasti. Jangan hanya bergantung kepada seseorang. Pastikan ada pelapis untuk menyambung kebolehan pada akan datang.

Sanih Alias said...

Politik..TSP memang seorang wakil yang berpengalaman. Tapi dengan mudah saja digugurkan sebagai wakil rakyat PRU12. Apa sudah jadi? Apa pun harap beliau akan memberikan lebih komitmen kepada rakyat untuk memastikan sokongan rakyat tidak akan pudar.

evan medhousky said...

terpilih atau tidak yang penting kaum iranun sudah ada pelapis..

BELUM PENDEKAR said...

Hehehehehe..... Teruskan meneka Dan bermimpi.... Nanti kita tengok siapa yang kena ya....

Belum Pendekar