Monday, May 23, 2011


Jika sebelum ini DSAI tidak berkesempatan untuk menjawab 'leteran' politik ahli Parlimen Kota belud, Datuk Rahman Dahlan yang menyifatkan "buku Jingga' mengundang kebankrapan kepada negara jika dilaksanakan, ekoran 'ketiadaan' masa untuk menjawabnya lantaran terlalu sibuk dengan pelbagai kes 'luarbiasa' di Mahkamah yang mendepani ketua pembangkang itu. Kini akhirnya 'takdir politik' DSAI telah ditentukan lewat semalaman di daerah di mana Datuk Rahman menjadi ahli parlimennya. Khabarnya DSAI telah mengadakan rapat umum bersama pemimpin PR dan PKR yang disifatkan oleh beberapa orang sebagai 'kehadiran' yang memuaskan.

Dalam majlis itu DSAI tidak sekali lagi mengulas kenyataan DARD tentang ilham politik PR melalui buku Jingga sebaliknya DSAI meminta masyarakat Kota Belud bertanya kepada pemimpin UMNO mengenai saham bumiputera bernilai RM54 25 billion yang dikatakan 'hilang' dan hanya berbaki 2 billion sahaja.


'Orang Kota Belud patut tanya kepada pemimpin UMNO, ke mana hilangnya saham-saham ini", tegasnya.

Isu RM 54 billion yang diagihkan untuk orang Melayu di Bursa Saham telah didapati "hilang; dan tidak dapat dikesan oleh radar politik UMNO yang kini hanya berbaki sebanyak RM 2 billion selepas ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menimbulkannya pada Mac 2010. Saham ini dikatakan mampu mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa kini.

Dalam majlis itu juga DSAI telah mengingatkan para pemimpin pembangkang supaya tidak terpesona dan terpedaya dengan taktik UMNO dan BN yang suka menabur fitnah dan mengaibkan orang lain. menurut DSAI lagi tidak ada gunanya 'membalas' balik segala tohmahan yang dilemparkan kepada beliau, sebaliknya menghadapinya dengan tabah dan penuh kesabaran.

“Jadi, nak suruh saya fitnah dan maki mereka (juga)? Tak boleh. (Kalau buat begitu,) Apa bezanya (kita dengan mereka?). Kalau saya sanggup buat begitu terhadap mereka, apa alasan kita nak bagi pilihan dan kerajaan alternatif kepada rakyat.

Penjelajahan DSAI ke Sabah dilihat sebagai satu usaha besar untuk menggembeleng tenaga dan strategi berpusat pihak pembangkang terutama PR dan parti pembangkang tempatan dalam usaha menumpaskan UMNO dan BN di Sabah setelah pengalaman getir yang dilalui pada PRN Sarawak lepas yang menyaksikan PR gagal menidakkan 2/3 daripada penguasaan BN sarawak.


10 ulasan :

malu-malukambing said...

salam km,

kita harap DARD, dapat menjawab kenyataa DSAI, jangan malukan umno,,,,,,,,,,

Sniper said...

Salam,

jangan tanya dulu kemana lesapnya 54 billion itu...kenapa tidak ada penjelasan tentang keberkesanannya buku jingga itu terhadap kestabilan ekonomi negara?...kebankrapan negara adalah jauh lebih teruk daripada 54 billion itu yg hanya bersifat sementara...sepatutnya nuar berahim tidak menunjukkan sifat kebudak-budakan beliau apabila mengemukakan soalan yg meracuni pemikiran rakyat....

Sniper said...

Salam,
(dipetik dpd artikel saudara Saizal Pinjaman)

Syukur saya mempunyai kesempatan untuk membaca dan menganalisa kandungan Buku Jingga yang dikeluarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Buku tersebut mempunyai idea-idea ekonomi yang tinggi seperti pengambilan konsesi lebuhraya, wifi percuma, subsidi, royalty dan sebagainya. Walaupun janji Buku Jingga ini boleh dilaksanakan, tetapi ia akan memakan perbelanjaan yang amat besar dengan jumlah beratus billion ringgit Malaysia. Apa yang menarik untuk dianalisa dalam hal ini adalah bagaimana kerajaan dapat membiayai idea ini dan apakah implikasinya.

1.Bagaimana Pakatan Rakyat (PR) dapat membiayai janji BJ: Melalui buku jingga tersebut, saya tidak dapat mengenalpasti bagaimana janji ekonomi ini dapat dilaksanakan sepenuhnya. Ada dinyatakan bagaimana pemotongan subsidi dan ketirisan sifar dapat menjimatkan perbelanjaan, tetapi untuk melaksanakan janji Buku Jingga sepenuhnya, ianya terlalu sedikit. Hanya terdapat dua langkah bagi melaksanakan perkara ini iaitu, a) Hutang dan b) mencetak lebih banyak wang.

a.) Hutang: Hutang boleh diperolehi secara domestic dan luar Negara. Buat masa kini, Negara mengalami bajet deficit sejak 12 tahun berturut-turut dengan hutang sebanyak 53.3% berbanding KDNK . Jumlah hutang terkumpul Negara adalah sebanyak RM362 bilion. Maka jika bajet Negara dicampurkan dengan hutang asal beserta belanjawan Buku Jingga, hutang Negara akan mencapai 100% daripada KDNK dengan jumlah terkumpul melebihi RM1 Trilion. Jumlah tersebut (RM1 Trilion) merupakan jumlah penanda aras tahap Kebankrapan yang dibuat oleh PEMANDU (Performance Management and Delivery Unit) dimana negara boleh di isytihar bankrap sekiranya melebihi jumlah hutang tersebut. Dalam erti kata lain, adalah tidak mustahil negara akan menuju kebankrapan sekiranya melaksanakan perbelanjaan Buku Jingga.

b.) Pencetakan lebih banyak wang: kerajaan juga mampu meningkatkan jumlah perbelanjaan dengan mencetak lebih banyak wang melalui Bank Negara Malaysia. Perkara ini amat mudah, hanya perlu mencetak dan ianya menjadi kebiasaan bagi mana-mana Negara di dunia bagi mengelakkan jumlah hutang yang banyak. Namun, wujud implikasi yang negative dalam hal ini dimana ianya membawa kepada tahap inflasi yang terlalu tinggi yang boleh dijelaskan melalui Hukum Teori Kuantiti Wang yang menyatakan bahawa jika pendapatan Negara konstan, peningkatan jumlah kuantiti wang akan membawa kepada tingkat inflasi pada kadar yang sama. Jumlah wang kertas dan syiling M1 dalam ekonomi Malaysia pada masa kini adalah RM240 bilion, dan jika kerajaan ingin membiayai Perlaksanaan Buku Jingga dan bajet Negara sebanyak 6% melalui pencetakan wang, maka Bank Negara akan mengepam RM60 bilion tambahan dalam pasaran . Ianya bersamaan pertambahan kuantiti wang sebanyak 25%. Maka secara langsung ia akan membawa kepada peningkatan inflasi pada kadar yang sama. Ditambah dengan jumlah inflasi sedia ada Negara iaitu sekitar 2.7%, oleh itu inflasi akan meningkat sekurang-kurangnya 27.7%. Dengan erti kata mudah, RM10 akan turun nilai kepada RM7.23 sahaja.

2. implikasi- implikasi negative perlaksanaan Buku Jingga antaranya:
- Hutang Negara meningkat
-Inflasi meningkat.
- Nilai matawang negara merosot.
- Nilai import barangan dari Negara luar meningkat.

Kesimpulan
Wujud banyak kelemahan ekonomi didalam Buku Jingga tersebut dan ianya lebih daripada perkara yang saya nyatakan diatas. Saya sedia menjelaskannya lebih lanjut. Maaf kerana penjelasan saya menggunakan banyak angka, namun perancangan dan analisis ekonomi yang sebenar tidak boleh dipisahkan dengan matematik. Malah ianya lebih kompleks kerana unjuran secara ekonometrik kebiasaanya turut dilakukan . Perkara yang menarik dalam ekonomi bukanlah perletakan matlamat kerana setiap entity mampu melakukannya, tetapi apa yang terpenting adalah perlaksanaan, pencapaian matlamat ekonomi serta implikasinya.
sekian.

March 14, 2011 2:52 PM

P/S : pandangan yang akademik tapi bernas

malu-malukambing said...

saudara sniper,

siapa juga saizal pinjaman yang kau percayai mengenai ekonomi dia sendiri pun tada ekonomi, datuk gebnor negara pun tada komen dengan buku jingga, cuba sniper lihat ekonomi DSAI dengan pinjaman apa perbezaannya kalau cerita politik apa kurangnya pinjaman, duit berbilon yang dah lesap kita kira itu sudah kenyataan tetapi mengenai buku jingga yang dikatakan bankrapkan negara itu cuma analisis tuan bukannya kenyataa......

Sniper said...

saudara malumalu kambung (wpun tdk malu),

analisis saudara saizal itu merujuk kepada fakta bukannya hadir dalam mimpi atau tekaan sahaja...itu fakta dari orang yang rajin menimba ilmu pengetahuan...

gebenor negara tidak mengulas mengenai buku jingga disebabkan dia tidak boleh terlibat secara langsung ataupun tidak dalam arena politik...tapi analisis itu bukannya dari kalangan orang yang jual kuih ditepi jalan...

jika kail panjang sejengkal jangan lautan dalam hendak diduga....jangan nanti,...kebankrapan negara disebabkan idealisme buku jingga itu barulah saudara terfikir...buku jingga tidak betul....pada masa itu saudara menangis air mata darah sekalipun tidak akan menstabilkan ekonomi negara untuk jangka yang masa panjang...dan kesannya pada anak cucu saudara dan negara malaysia....

saudara mengatakan lesapnya 54 billion itu kenyataan..tapi saudara hanya mendengar daripada orang lain sahaja...itu belum dikatakan kenyataan saudara MMK..itu namanya pak turut...dari mana faktanya?...

P/S : bagus lagi bisnes jual kambing..

Sniper said...
This comment has been removed by the author.
Sniper said...

sdra MMK,

Saya bukannya percaya kepada saudara Saizal....tapi saya percaya kepada fakta yang dikemukakan...siapa pun mengutarakan fakta yang rasional....saya akan terima wpun dari kalangan ahli pembangkang....sebab fakta itu bukan satu kebetulan...fakta adalah fakta...andaian adalah perspektif yang berbeza...

Sniper said...

saudara MMK,

ailaku....kianu ka?

BELUM PENDEKAR said...

As salam,

Tanya Nuar braim mengenai "borang pink" semasa dia menjadi TPM dulu. Siapa yang dia beri Dan berapa banyak telah beliau berikan. Tanya juga adakah orang Sabah turut diberikan "bahagian" atau orang semenanjung saja yang membolotnya manakala orang Sabah pula hanya "Berputih mata"...?

Tanya juga apa dia itu "ABRAR"?...

Justeru, jangan percaya membabi buta apatah lagi kepada "periuk yang mengata kuali hitam sedangkan dia lebih hitam lagi"......

Salam hormat
BELUM PENDEKAR

Sniper said...

Salam Kekanda BP,

saya amat bersetuju dengan pandangan kekanda BP....