Sunday, October 31, 2010


Mengikuti ucapan Datuk Salleh said dalam perhimpunan UMNO yang baru berlangsung sebelum penamaan calon di DUN GALAS dan PARLIMEN BATU SAPI, saya menjadi begitu tidak sabar untuk mengulas dan memberikan pandangan, meskipun mungkin ia sekadar pandangan namun ia boleh dimanfaatkan dalam perkongsian maklumat dalam dunia cyber ini. Selain daripada isu betapa perlunya UMNO tidak terkongkong oleh sifat malu, segan dan rendah diri untuk memertabatkan bangsa Melayu dan Bumiputera, Datuk Salleh yang juga mantan Ketua menteri Sabah dalam sistem pengiliran yang dibawa oleh UMNO setelah melebarkan sayapnya di Sabah pada 1991. Selain itu DSSK juga kini adalah ketua UMNO bahagian Kota Belud, juga timbalan ketua perhubungan juga penasihat Sains kepada Ketua Menteri Sabah. Isu lain yang begitu menarik untuk diulas ialah berkaitan dengan keperluan 'meluaskan' skop Pasukan kepada satu entiti besar yakni "kumpulan".

Walaupun pada ketika sesi ucapan DSSK itu, seorang rakan saya membisikkan bahawa inti ucapan itu "biasa-biasa" saja, dan beliau merasa kecewa kerana sebagai mantan CM Sabah, ucapan begitu langsung tidak menganjak minda perwakilan kepada satu bentuk pengupayaan program parti yang mendekati rakyat, namun bagi saya ada logiknya isu "Pasukan" dan "Kumpulan" itu ditimbulkan. Selain kerana realiti dalam UMNO Sabah adalah mula berpecah kepada beberapa "puak" politik yang didukung oleh pemimpin tertentu..isu menjunjung idea kumpulan adalah perlu dalam menjamin keutuhan parti.

Politik Sabah sejak pasca merdeka dalah penuh dengan "pasukan' dan "kumpulan' tertentu yang masaing-masing bersaing antara satu sama lain. Baik persaingan itu bersifat suku dan kaum, ataupun mungkin persaingan itu dilandaskan kepada kepentingan peribadi dan 'kesumat' yang teruk dalam politik. Kerana itu, bagi saya isu 'seremeh' ini sudah 'terlepas pandang' oleh pimpinan sehingga ia sudah berakar umbi dan hanya menunggu 'menumbangkan' pokok yang besar.

Situasi politik Sabah masa kini 'dipanaskan' oleh beberapa isu besar yang berlaku pada PRU 12 yang lepas. Seharusnya DSSK dan TSP yang mula mewujudkan 'pasukan' setelah digugurkan pada PRU itu, segera mendambakan satu KUMPULAN untuk menyelamatkan politik mereka yang semakin menemui penghujungnya. Oleh yang demikian apabila USBO yang mungkin dilabel sebagai "satu Pasukan" ibarat pasukan bola Sapek Arsenal, telah menunjukkan tanda-tanda kegagalan untuk membentuk KUMPULAN besar, wajarlah bagi TSP dan DSSK kemkbali semula kepada PASUKAN yang ditinggalkan itu. Konsep ini yang barangkali masih belum difahami oleh ramai penganalisis politik tempatan, hinggakan DSSK dan TSP ini dilabel sebagai "pengkhianat" oleh orang-orang tertentu kerana dikatakan 'meninggalkan' pasukan mereka untuk menyertai KUMPULAN yang besar.

Walaupun niat dan nawaitu kedua-dua pemimpin KB ini sukar dibaca, tetapi ada yang beranggapan bahawa "Percaturan" mereka itu tepat pada waktunya. Dan apabila pengesahan diterima bahawa keduanya telah diterima dalam KUMPULAN besar itu, maka apakah 'terjamin' kebajikan masyarakat KB yang mendukung mereka selama ini? Atau apakah akan berlaku lagi 'gigit jari', masyarakat daerah lain lebih maju dari masyarakat KB dari segi ukuran keperluan asas dan pembangunan?

Dalam politik "Pasukan" amat dihargai dan diterima dalam menyumbang kepada pencapaian kumpulan. KUMPULAN tidak akan terbentuk tanpa pasukan. Oleh itu adalah lebih elok jika Pasukan USBO dibubarkan dan memberi ruang kepada pembentukan KUMPULAN kepimpinan. Namun apa yang ditakuti ialah pembubaran pasukan itu 'beragenda" sepertimana mula-mula membentuk Pasukan USBO.

Friday, October 29, 2010


Rasanya buat pertama kalinya sejak Tsunami politik melanda perbatasan politik negara, PRK diadakan di Sabah. Canangan bahawa Fixed deposit itu tidak akan mudah cair biarpun pelbagai dugaan melanda, benar-benar telah mencabar ketentuan itu. Dan setelah ditakdirkan, akhirnya Parlimen Batu sapi telah menjadi gelanggang pertaruhan pertama politik BN di Sabah apabila wakil rakyatnya dari PBS terlibat dalam nahas kemalangan Jalanraya dan memaksa satu PRK diadakan. 4 November ini adalah hari pembuangan undi yang menyaksikan 3 calon dari 3 parti iaitu PBS (BN) , SAPP dan PKR (PR).

Sepanjang tempoh berkempen, BN dilihat banyak menabur janji2 pembangunan walaupun pada hakikatnya dari segi pembangunan dan frasana fizikal kawasan Batu sapi masih ditahap yang "merundung malang". kawasan kubu kuat PBS ini tidak ada jauh bezanya, sejak 2004 apabila kawasan itu dimenangi tanpa tanding, sehinggalah pada PRU 2008, wakil yang sama memenangi sekali lagi.

Namun dalam PRK kali ini, beberapa isu yang seakan-akan disepakati oleh pembangkang ialah berkaitan dengan isu Autonomi. Janji pemberian kuasa Autonomi ini pernah disuarakan oleh DSAI akan diberikan kepada Sabah apabila PR memerintah. Walaupun isu ini adalaha tinggalan dari pemimpin terdahulu iaitu sejak zaman arwah Tun Mustapha lagi..sehingga ada usaha membawa Sabah keluar dari Malaysia..namun isu ini nampak masih relevan kerana penyertaan Sabah ke dalam Malaysia dilihat tidak membenarkan konsep persekutuan itu sendiri. Penyamaan taraf Sabah dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan pada waktu itu terutama dalam pengagihan peruntukan dan pembangunan, telah menginsafkan ramai pemimpin politik di Sabah, namun seperti kata mereka 'nasi sudah menjadi bubur'. Apakah ia benar atau sebaliknya? Kerana itu pada saya ada sedikit kelogikan apabila Datuk Yong Teck Lee mencabar Datuk Musa Aman untuk berdebat mengenai isu ini..

Antara isu tempatan yang cukup mengambil tempat ialah mengenai isu tanah yang dterokai oleh rakyat yang kemudiannya dikatakan dirampas semula oleh kerajaan di bawah BN. Malahan ada rumah yang dibakar dan ada rakyat yang dihalau keluar, hasil tanaman mereka dirampas dan diusahakan oleh beberapa koperasi. Rakyat rasa tertindas dan dizalimi. Isu ini gagal diselesaikan oleh kerajaan. Ketidakpuasan hati mereka ini, jika dibiarkan akan menjadi barah yang boleh merosakan fixed deposit itu. Jika sentimen ini diambilkira, dan bersandarkan kepada laporan beberapa rakan saya yang ikut berkempan...jikapun calon PKR gagal merampas kawasan Batu sapi ini, namun majoriti yang diperolehi oleh calon BN akan jauh merosot.

Sesekali apabila calon PKR Ansari Abdullah dilaporkan telah dua kali jatuh ke laut ketika berkempen...banyak tersirat dari kejadian itu. di pihak penyokong BN, mereka merasakan adalah satu petanda bahawa calon PKR itu akan 'jatuh' politiknya di Batu Sapi...mengalami kekalahan yang teruk. Namun pada naluri penyokong pembangkang insiden itu sebenarnya membuktikan bahawa BN selama ini gagal membawa pembaharuan dalam kehidupan penduduk Sabah. Jika jambatan yang menghubungkan jalan utama dengan rumah begitu daif..mungkin dapat anda bayangkan betapa keadaan kehidupan penduduk kampung yang dilawati oleh calon PKR ini.

Kerana itu sebagai mesej kepada pengundi Batu sapi..pilihlah pemimpin anda yang benar-benar berjuang untuk kepentingan kalian. Janganlah mudah terpengaruh dengan janji-janji alam kayangan, kerana orang politik selalunya menanam tebu dibibir mulut. waspadalah! dan ingatlah bahawa keputusan anda hari ini akan mengubah kehidupan generasi akan datang. Pada andalah terletaknya naluri perubahan untuk politik Sabvah yang akan datang. semoga tangan-tangan anda akan memangkah calon yang membawa perubahan dalam hidup kalian.


Thursday, October 28, 2010


Perhimpunan Umno 2010 yang baru beberapa hari berlalu, tidak banyak memberikan signifikan kepada keutuhan dan peningkatan sokongan pengundi muda di daerah kelahiran Umno Sabah ini. walaupun ada yang sentiasa memikirkan bahawa denyut nadi UMNO Sabah adalah bermula di Kota Belud dan berdenyut kencang di Usukan, nyata itu adalah kebenaran. Justeru acapkali persidangan tahunan UMNO dilakukan, maka tentu ia memebri signifikan kepada UMNO KB. mahu atau tidak dan sedar atau sebaliknya, intipati ucapan najib ketika persidangan UMNO yang lalu, benar-benar seperti menjirus air di daun keladi.

Jika dalam amanat Najib mengkhendakkan bahawa pimpinan peringkat Bahagian perlu mengutamakan maruah dan kepentingan parti mengatasi kepentingan diri..Ini tidak berlaku dalam lapisan kepimpinan UMNO KB termasuk kepimpinan Pemuda, wanita dan puteri. Apa yang berlaku ialah budaya 'mengampu' opportunis, dan sentiasa memikirkan kepentingan. bahkan program yang dirancang peringkat bahagian KB, mengambil berat tentang untung rugi pemimpin tertentu.

Amanat kedua yang dihasratkan oleh Najib, pentingkan pasukan dan bukan kumpulan tertentu..juga dilihat sukar dimanifestasikan di peringkat UMNO KB kerana, kumpulan telah lama terbentuk, dan team-team tertentu juga sudah berakar umbi. banyak program rakyat yang dilaksanakan di KB tidak menampakkan pemimpin tertentu yang dikatakan mempunyai kumpulan tertentu ketika melobi jawatan tertentu dalam Bahagian KB. Malahan ada yang sengaja membiokot dan memulau lantaran merasa kumpulannya disisihkan.

Amanat ketiga ialah tawan pemikiran, hati dan jiwa rakyat. Apa yang berlaku dalam politik Kota Belud sejak dulu ialah pemimpin hanya kenampakan apabila PRU semakin dekat...selebihnya mereka disibukkan sama ada oleh urusan politik mereka atau juga kerana tugas yang terpikul dalam jawatan yang disandang. Keperluan asas rakyat sehingga saat terbengkalai dan sama ada percaya atau tidak rakyat Kota Belud yang pernah mempunyai wakil rakyat berstatus ketua menteri suatu ketika dulu, pernah mempunyai wakil menduduki kerusi menteri pertanian dan perikanan, sehingga kini masih 'melagukan' kekurangan keperluan asas mereka..hingga ada yang minum air perigi yang kekuningan. Itulah realitinya di KB ini.

Amanat Najib yang keempat ialah mahir teknologi maklumat dan menguasai media baru. Inti kepada amanat ini ialah menjurus kepada penguasaan media arus ketiga iaitu internat berupa blog, FCB,Twiter dan sebagainya. dalam hal ini kesemua pimpinan politik di Kb mempunyai keupayaan yang demikian, namun berapa orang yang telah menggunakan media itu untuk mencerna gagasan dan perancangan mereka, lalu menerangkan kepada rakyat betap idea mereka itu perlu direalisasikan. Ada yang hingga kini "enggan" membuka media ketiga mereka dalam suasana demokrasi yang menggalakkan bincang minda dalam dunia cyber. Cukup memalukan!

Amanat seterusnya ialah menumpukan kepada usaha menggamit sokongan pengundi muda. apa yang berlaku ialah kemaraan golongan muda terutama peringkat pimpinan yang berpendidikan tidak diebdahkan. bahkan..ada pemimpin di KB yang masih menaruh harapan supaya mereka diberikan tempat semula dalam politik tanpa memikirkan halatuju dan kehendak golongan ini di KB. ada yang sanggup mengenepikan semua itu, kononnya kerana belum ada yang berkelayakan untuk menjawat jawatan dalam parti .

Amanat Najib yang keenam pula ialah berkaitan dengan keinginan untuk melihat UMNO menuju kepada sifar masalah. Dalam UMNO KB, terlalu banyak yang 'disembunyikan' sehingga nampak tidak ada masalah, biarpun sebenarnya bergelumang dengan seribu satu masalah..ketidak tentuan dalam program yang dirancang, ketidaksepakatan dalam pimpinan sedia ada..misalnya penganjuran sambutan Hari raya yang dihadiri oleh Datuk Sahfie apdal. Cukup mencurigakan!

Dan yang terakhir ialah mendahulukan rakyat dalam segala tindakan. bab yang terakhir ini akan dapat direalisasikan bila kepentingan diri dan politik peribadi dapat diminimumkan. sebaliknya keputusan harus mengambilkira kepentingan umat dan generasi akan datang. Bencana protes rakyat yang berlaku sejak akhir-akhir ini di KB harus diambil iktibar. dan semuanya itu memerlukan keikhlasan semua pihak.

maka apakah amanat najib itu masih signifikan dgn UMNO KB? terpulang pada anda untuk berhujah!.

Monday, October 25, 2010


Keputusan BN negeri sebulat suara meletakkan harapan di pundak balu Datuk Edmund Chong Ket wah, Datin Linda Tsen Thau Lin merangkap timbalan wanita PBS kawasan Elopura dianggap oleh ramai pemerhati politik sebagai 'memasuki zon selesa'. Ini berikutan kepada hasrat BN Sabah untuk mengekalkan kerusi di Parlimen itu. Walaupun tidak mengejutkan, tetapi ia memberi satu dimensi baru dalam landskap politik di negeri bawah bayu ini sebelum menjelang PRU 13 akan datang. Hasrat meletakkan calon yang akrab , bahkan intim dengan Mendiang Datuk Edmund, dilihat sebagai satu strategi mengekalkan Sabah sebagai "fixed Deposit" buat BN sekian kalinya.
Walaupun begitu, keputusan ini dikatakan bercanggah dengan konsep 'tansformasi" Perdana Menteri Datuk seri Najib yang lebih mengutamakan golongan muda untuk dikedepankan. Meskipun begitu, PM dikatakan bersetuju dengan cadangan pimpinan PBS untuk meletakkan Datin Linda sebagai calon di batu sapi.

Berlainan di semenanjung, bilamana dalam beberapa PRK yang lepas, UMNO dan BN meletakkan calon-calon muda untuk merealisasikan slogan transformasi kepimpinan dengan memberi ruang kepada golongan ini. PRK di Galas, misalnya, walaupun ada kemungkinan UMNO meletakkan Tengku Razaleigh ataupun Balu kepada mantan ADUN GALAS, namun UMNO lebih berminat meletakkan setiausaha Umno Gua Musang yang berusia 47 tahun untuk menentang calon PAS. Begitu juga bilamana Najib dikatakan menolak cadangan pencalonan Timbalan Presiden MIC di PRK Hulu Selangor dan memilih calon muda.

Membarisi pencalonan di Batu sapi, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan Ansari Abdullah, ketua cabang Tuaran turut dinamakan oleh PKR sebagai calon mewakili PR pada PRK kali ini. Apa yang menarik perhatian ialah bagi SAPP yang merupakan parti pembangkang di negeri ini mempunyai niat untuk menunjukkan taring apabila meletakkan presiden parti itu. Namun ramai yang beranggapan bahawa politik Datuk Yong Teck Lee bakal menemui penghunjungnya bila mengalami kekalahan pada PRK kali ini. Pun begitu dalam politik semuanya adalah kebarangkalian..dan jika SAPP memenangi hati pengundi cina yang mewakili lebih 30% itu, ada kemungkinan Yong akan menjadi MP Parlimen Batu Sapi, sekaligus akan membenamkan calon BN dan PKR.

Bagi PKR pula Ansari yang merupakan seorang peguam, diletakkan tanggungjawab yang besar teruatama dalam menyelesaikan isu berkaitan tanah yang sekian lama menjadi duri dalam daging penduduk di sekitar kawasan pantai timur. Seperti yang dijangka sebelum ini, bahawa selain isu Autonomi dan 20 perkara , isu rampasan tanah oleh kerajaan dan juga pemberian status tanah akan menjadi isu utama pembangkang dalam PRK kali ini.

namun begitu, ramai yang menjangkakan bahawa BN ada peluang yang besar untuk mengekalkan kerusi MP Parlimen Batu sapi ini. selain daripada kerana pembangkang telah berpecah kepada 2 pola sokongan..calon BN juga dilihat mempunyai keintiman dengan pengundi batu sapi.Sama ada ramalan ini menjadi kenyataan, bersama kita tunggu.

Thursday, October 21, 2010


setelah menunggu sekian lama iaitu selepas PRU 12 yang lepas, Keadaan politik di sabah hanya diselimuti oleh beberapa insiden ketidakaturan pemimpin parti pemerintah di negeri bayu ini. Nun di seberang laut china Selatan, Tanah besar semenanjung telahpun beberapa kali menyaksikan berlangsungnya beberapa PRK yang berkesudahan dengan kemenangan yang lebih memihak kepada PR. Di Sarawak PRK Sibu juga memperlihatkan satu bentuk gelombang baru kepada pendirian pengundi . Keyakinan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sarawak bergoncang apabila kawasan Sibu lebih suka memilih pembangkang daripada parti pemerintah yang dikatakan banyak membawa pembangunan kepada mereka.

Akhirnya di Sabah, situasi politik mula berkocak dengan kematian Wakil rakyat Kawasan Batu Sapi dan ini membawa kepada PRK yang akan berlangsung selepas penamaan calon pada 26 Oktober ini. Kempen secara tidak langsung sudah pun bermula, walaupun senarai calon masih menjadi rahsia parti masing-masing. Namun tidak menghalang PKR mengeluarkan kenyataan bahawa calon mereka akan mencabar calon BN iaitu dari PBS. Manakala SAPP pula telah lebih awal memberikan kenyataan akan bertanding di Batu Sapi nanti.

Sekali lagi "sapi-sapi" politik akan berlegar di batu sapi dengan membawa pelbagai isu. Antara yang menjadi tumpuan ialah isu Pakatan Rakyat. Selain daripada pemberian Autonomi kepada Sabah jika PR memerintah, isu Tanah yang menjadi isu masyarakat setempat jufga dijangka akan menghangatkan kempen pilihanraya itu nanti.

Pakatan Rakyat dikhabarkan akan mengadakan satu perhimpunan pada 24 Oktober ini untuk menghimpunkan ribuan rakyat Sabah yang dikatakan menghadapi kemelut dan isu pengambilan tanah oleh Kerajaan. Tidak kurang juga yang gagal memperolehi pampasan akibat daripada langkah -langkah pembangunan yang dijalankan.

Jika bersandarkan kepada sentimen setempat Isu Tanah ini akan menjadi bahan kempen yang paling mendapat sambutan. Ini berikutan kerana masalah pengambilan tanah dan pemberian status tanah menjadi satu masalah besar yang dihadapi oleh ribuan penduduk di pantai timur. walapun pelbagai langkah diambil, termasuk mengadakan pertemuan dengan YDP Dewan rakyat Tan Sri Pandikar Amin, namun masalah itu gagal diselesaikan oleh kerajaan Sabah secara "win-win situasion". Berikutan itu, jika benar bahawa sentimen masyarakat setempat ini menjadi kenyataan, maka satu lagi kubu kuat BN akan jatuh ke tangan PR. Pengundi Cina yang mewakili 32% akan menjadi "king maker" dalam PRK ini. Dan jika bersandarkan kepada situasi sindrom sokongan masyarakat Cina di semenanjung dan Sibu..adalah terlalu awal dikatakan bahawa undi Cina akan menyebelahi Pakatan Pembangkang.

Namun yang tidak harus diperkecilkan ialah kredibiliti Datuk Musa Aman selaku pengarah Pilihanraya bersama gandingan beliau Tan Sri Pairin Kitingan. Musa Aman dikatakan akan mempertahankan kemenangan BN di Batu Sapi walau bagaimana keadaan sekalipun, kerana ia akan melonjakkan popularitinya yang dilaporkan mula merudum setelah menghadapi pelbagai isu terutama melibatkan keyakinan parti-parti komponen BN di Sabah, selain dari pemimpin Umno sendiri. Apakah Musa Aman akan membiarkan Fixed Deposit BN ini akan berkubur? Pastinya tidak!.

Di satu pihak pula parti SAPP yang bertindak keluar dari BN semasa era Pak Lah, dilihat mengambil kesempatan ini untuk menjadi "hero' masyarakat Cina. Sekalipun mengetahui bahawa PKR akan meletakkan calonnya, namun SAPP tetap bertegas akan turut menyertai PRK ini. Jika ia menjadi kenyataan, maka PRK Batu Sapi akan menyaksikan pertarungan 3 penjuru, dan seperti yang dikhabarkan oleh ramai pemerhati politik, jika keadaan ini berlaku , kemenangan kepada calon BN akan lebih cerah. Namun jika SAPP berkompromi dengan memberikan laluan kepada PKR, maka ramai juga yang meramalkan, BN akan dapat ditundukkan di Batu Sapi. PRK Batu Sapi, kata mereka akan menjadi PRK terakhir sebelum PRU 13 diadakan. Ia akan menjadi penanda aras kepada kekuatan BN Sabah. Sama ada BN Sabah akan kecundang pada PRU 13 atau PR akan memerintah Sabah, segala-galanya boleh ditafsirkan setelah PRK ini diumumkan keputusannya.

Monday, October 18, 2010


Sejak TSP mencanangkan formula penyelesaian konflik politik di Kota Belud..saya jadi semakin berkeyakinan bahawa ada satu bentuk 'model' persefahaman politik yang diwujudkan oleh kedua-dua pencorak landskap politik KB ini. Keintiman mereka sejurus selepas PRu 12, memang sesuatu yang cukup mengejutkan tetapi tidak dianggap sebagai satu yang sangat besar dalam politik Iranun dan suku Bajau, di daerah ini. Itu pendirian saya, atas sifat pengamatan keatas kedua-dua tokoh politik sejak zaman USNO ini. Sebab itu bila, kebanyakkan penulisan saya berkisar kepada percaturan, pertimbangan, kehendak politik dan keberjayaan DSSK dan TSP dalam kerjaya politik mereka, maka ramai daripada pengunjung luar melabelkan intipati penulisan saya itu, 'beragenda' dan bukan bersifat "konstruktif kritik". Wal hal pada hemat saya..kedua-dua tokoh ini iaitu TSP dan DSSK cukup signifikan dalam politik KB dan negeri, bahkan ke peringkat nasional. Maka apakah satu dosa besar jika, perlakuan politik mereka menjadi bahan penulisan saya?.Sama ada tafsiran dan imaginasi saya itu meleset atau secara kebetulan..maka saya tidak pernah mempertahankannya..sebaliknya menyerahkan kepada pembaca menilai, dan kemudian memikirkannya.

Bila formula 2:1:1 ini "dikeudarakan' oleh TSP dalam blognya, maka bagi saya ia satu pendirian politik yang patut dihormati kerana idea itu datang dari seorang tokoh politik yang mencatur senario politik KB pada asasnya. Justeru idea itu harus mendapat response terus dari pemimpin kelas atasan dan pertengahan di Kota Belud. Jangankan itu, bahkan formula ini mendapat perhatian dari pengunjung tetap restoran-restoran di KB, sama ada Restoran Mayang Sari, Restoran Kota Raya ataupun Restoran Citarasa. Ada yang pro dan ada yang kontra. Pada waktu itu, DSSK tidak memberi response dengan menyatakan pendirian sama ada bersetuju atau tidak atau ada formula lain. Alasan saya cukup mudah kerana pada waktu itu DSSK masih 'terumbang-ambing' politiknya. Disisihkan dan berstatus 'sedang dalam pemerhatian" pemimpin pusat dan negeri. Soal-soal titik bengik dan perkiraan politik di KB tidak sangat menarik perhatian DSSK walaupun baru sahaja memenangi jawatan ketua Umno Bahagian...meskipun kemenangan itu penuh dengan kontravesi yang menjijikkan.

Bila DSSK dilantik sebagai Penasihat Sains kepada Ketua Menteri bertaraf menteri ..dan sudah mula wujud kepada persefahaman politik antara Musa Aman dengan DSSK, maka perubahan kepada "Plan "awal percaturan politik peribadi DSSK juga menyaksikan perubahan yang mendadak. Saya secara lebih mutlak..menolak idea bahawa "tari" TSP dan DSSK itu adalah gambaran kepada "lagu" PM. Walaupun hujah diberikan kerana Najib mengkhendakkan "perpaduan" dalam BN negeri. Kerana hujah batasan saya ialah, percaturan politik DSSK dan TSP di KB, tidak mencerminkan itu. sebaliknya banyak menimbulkan ketidakpuasan hati terutama bila keterlibatan mereka dalam majlis-majlis tertentu terutama yang melibatkan program pemimpin lain "dibekukan" dan "dipulaukan".

berbalik kepada formula TSP ini, saya menjadi terlalu pesimis kepada Keyakinan DSSK seperti yang termaktub dalam Blognya, bahawa beliau bersetuju dengan apa yang disarankan oleh Datuk Hisyamuddin perlunya pengagihan kerusi menurut kouta dikaji semula. Jika diambil pendirian ini, dan kalau kita adaptasikan dalam dunia politik KB, maka ini bermakna bahawa memperuntukkan pengagihan 2:1:1 kepada suku Bajau, Iranun dan dudun di daerah ini harus tidak diteruskan. Maknanya yang sepatutnya berlaku ialah sesiapa pun yang dicalonkan itu adalah wajar jika dia punya idealisme dan daya kepimpinan yang tinggi. Ini memang benar dan itu yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO sejak dulu. tetapi persoalannya ialah, apakah idea penghapusan kouta ini akan membawa kemenangan kepada BN dan UMNO terutama di sabah? Bagi saya, itu tidak akan berlaku dan justeru idea seumpama ini tidak harus dipublishkan apatah lagi oleh seorang pemimpin yang berperanan sebagai 'pencorak' politik di KB.

Lalu jika itupun dipublishkan, maka ini bermakna, idea atau formula yang difikirkan oleh TSP demia penyatuan dan keharmonian politik di KB itu ditolak secara 'halus' tetapi "tegas". Kerana itu, isu ini mendapat perhatian saya, dan menjadi bahan penulisan saya yang telahpun saya paparkan. Sama ada andaian dan spekulasi politik saya itu benar, bukanlah persoalan utama, kerana lebih penting ialah apakah penolakkan itu membawa keharmonian politik di KB? Atau apakah 'penerimaan' itu pula akan mencetuskan persefahaman utuh dikalangan pemimpin sedia ada di KB? Itupun saya pulangkan kepada para pembaca untuk mengupas secara kritis formula TSP ini.

Seorang pemimpin memang tidak akan terlepas dari 'wabak dilema' yang berlarutan. sama ada dilema itu berupa dilema gagasannya, dilema tuntutan penyokongnya, ataupun dilema peribadinya sebagai seorang manusia yang diamanahkan atas pundaknya tanggungjawab berat sebagai pemimpin. "Keserbasalahan" ini akan terus menghantui hidup politik seorang pemimpin.

Setelah Najib menduduki kerusi Presiden UMNO dan PM, menggantikan Pak Lah atas satu peralihan kuasa yang 'didesakkan' oleh situasi penurunan pengaruh dan martabat politik UMNO di mata rakyat..maka penyokong dan pemimpin parti Melayu yang telah melebarkan sayapnya di bumi Sabah 19 tahun yang lampau, di Bumi Usukan , dalam daerah Kota Belud..berkeyakinan bahawa Najib akan membawa perubahan besar dari sudut "kedemokrasian matang" , Kelestarian politik dan pengurustadbiran wang rakyat. Maka cita dan harapan ahli-ahli UMNO itu mula menjadi satu keyakinan bila Najib menggagaskan satu bentuk "TRANSFORMASI" parti dan kepimpinan, dan cuba mememangi hati rakyat dalam beberapa program Juara Rakyatnya.

Beberapa fasal dalam perlembagaan UMNO terutama berkaitan dengan soal kouta pencalonan dalam jawsatan tertinggi parti telah dipinda. Namun ramai pemerhati politik, berpendapat "TRANSFORMASI" yang dilaungkan oleh Najib itu setelah setahun berlalu, hanya berlaku di peringkat pimpinan atasan parti,sedangkan di peringkat akar Umbi terutama di peringkat negeri dan bahagian, isu "kepuakan" masih berlaku dan semakin parah.

Justeru dalam sehari dulu, persidangan UMNO akan diadakan, sudah pula terdengar idea dan gagasan politik Najib, betapa perlunya mewujudkan MODEL POLITIK BARU. Model ini sudah mula diperdebatkan. Lantas para penganalisis masih kebingungan, apakah perlunya ahli UMNO 'dikejutkan' lagi dengan satu Model baru, sedangkan TRANSFORMASI diperingkat akar umbi masih terlalu perlahan. Ramai pemimpin UMNO masih ketinggalan bas dalam meyelami naluri politik Najib. Justeru itu...ramai ahli UMNO mula merasakan Najib semakin terjebak dalam DILEMA YANG PANJANG.

Di satu pihak mantan PM Tun Mahathir , masih berpandangan bahawa Najib perlu berkerja keras lagi, dan beliau meramalkan bahawa PRU 13 akan datang, Najib akan gagal memperolehi kemenangan 2/3. Jika ini benar, maka adalah benar Najib berada dalam dilema dan kekalutan politik yang sukar dirungkai.

Di Sabah, isu perpaduan dan kepercayaan kepada pemimpin masih menjadi isu utama. Parti-parti komponen masih saling mencurigai kepimpinan sedia ada. Bahkan pemimpin UMNO negeri sendiri berada bukan dalam satu saf, sebaliknya masih berpuak dan berkepentingan. Dan dilema kepimpinan di Sabah, menambahkan kekalutan politik Najib. sama ada Najib berjaya meredakan kekalutan ini, gambarannya akan terjawab pada PRK BATU SAPI yang bakal diadakan kelak.

Sunday, October 17, 2010


Setelah hampir setahun idea dan formula politik TSP dipublishkan dalam blognya..terutama berkaitan senario politik di Kota Belud, akhirnya formula 2: 1: 1 itu ditolak secara rasminya oleh Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said. Penolakan total ini boleh kita ikuti dalam luahan pandangan DSSK dalam blognya, yang kononnya beliau tertarik dengan Kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hisammudin yang mengeluarkan kenyataan supaya sistem kouta dalam pembahagian kerusi kepada parti-parti komponen BN wajar dikaji semula.

Ini sekaligus memberi kita satu jawapan baru kepadfa formula TSP yang menginginkan agar kerusi dan jawatan dalam Umno Bahagian Kota Belud dapat dibahagikan mengikut komposisi suku yang mendiami daerah berbukit ini. Walaupun setahun yang lalu TSP hanya memberikan cadangan dan pandangan kemudian menyerahkannya bulat-bulat kepada kebijaksanaan DSSK selaku ketua UMNO Bahagian KB, namun pada waktu itu DSSK 'membisu seribu' bahasa. Dan setelah mendapat kekuatan politik peringkat negeri...dengan menjalinkan keakraban politik dengan Datuk Musa Aman sehingga menjadi 'penasihat' bertaraf menteri, meskipun bukan 'wakil' rakyat...maka DSSK telah memberikan jawapan kepada pandangan TSP ini.

Apa yang menjadi tarikan kepada 'penolakkan' ini ialah keakraban politik yang dijalinkan oleh kedua tokoh ini di daerah Kota Belud selepas mereka digugurkan pada PRU 12 yang lepas. Hanya mereka berdua ini yang masih 'rapat' walaupun ramai pemimpin kelas pertengahan suku Iranun tidak mengharapkan apa-apa perkembangan positif kepada 'keakraban' itu. Malahan saeorang pemimpin veteran USNO, AKAR, Dan Kemudiannya UMNO sempat menyatakan kepada saya bahawa, adalah satu yang tidak menguntungkan politik TSP bila mengadakan 'pakatan' politik peribadi dengan DSSK. Andaian kepada hipotesis beliau ini, ialah DSSK adalah seorang politikus yang licik dan sangat mementingkan diri, bila masa dan ketika akan meninggalkan TSP, apabila matlamatnya sudah tercapai. Dan penolakkan kepada formula 2:1: 1 ini adalah antara pemulaannya.

Di pihak TSP menurut pemimpin vateran ini, menyatakan begitu bersungguh-sungguh merealisasikan 'persahabatn' baru mereka. tetapi di pihak DSSK, adalah sebaliknya. Apa yang menjadi perhatian DSSK ialah berkaitan dengan sistem Kouta dalam BN, sedangkan kata-kata Naib Presiden Umno Datuk Shafie Apdal bahawa pemimpin Sabah tidak menunjukkan keceriaan apabila beliau menduduki tiket Naib Presiden..pula tidak di ulas oleh DSSK.

Bagi penyokong UMNO KB yang terdiri daripada rakyat jelata..sandiwara politik dan penolakkan kepada formula TSP ini tentunya akan memberikan kesan besar dalam meraih undi terutama undi masyarakat Iranun. Sama ada benar atau tidak, hanya terbukti pada PRU 13 akan datang.

Sunday, October 10, 2010


Seperti yang saya jangka pada wala-awal lagi, meskipun berbaur seribu macam keresahan yang hinggap menyelinap ke sanubari politik saya...akhirnya 'keresahan" itu tidak termakbul..lantaran 'kehadiran' Datuk Shafie Apdal dalam satu majlis sambutan Hari Raya di Kg. Botung Kota Belud telah benar-benar mencatat sejarah yang cukup diluar dugaan. Kedatangan Datuk Shafie Apdal ke kota Belud yang sebelum ini diwar-warkan tanpa 'kerelaan' Ketua umno bahagian Kota Belud Datuk Salleh Tun Said, berdasarkan maklumat dari pimpinan Bahagian yang kononnya Datuk Salleh 'enggan' mengaitkan UMNO KB dengan majlis yang di hadiri oleh Naib Presiden UMNO ini.

Walaupun majlis ini dianjurkan oleh PKMM cawangan sabah yang diketuai oleh Timbalan Umno Bahagian KB Sdr Awadnir Matanggal..namun apakah wajar bagi kesemua pemimpin politik di daerah ini yang beranung atas payung ideologi UMNO 'memulau' majlis berkenaan sehingga tidak ada satu orang pun di kalangan mereka baik ADUN atau MP Parlimen KB yang 'menampakkan' muka untuk menyambut pemimpin Sabah yang diberikan kerusi Naib Presiden UMNO itu. Namun sepeerti yang kita jangka...Datuk sahfie Apdal bukan sahaja 'mencatat' nostalgia dalam parti tunjang BN iaitu UMNO peringkat Pusat..namun turut menggegarkan naluri politik masyarakat kota Belud bila majlis yang diadakan kelmarin (10.10.2010) ini telah mneyaksikan kehadiran rakyat jelatan lebih daripada 10 ribu orang dari pelbagai lapisan masyarakat dan pemimpin kelas pertengahan dan akar umbi. Sambutan yang diberikan cukup luarbiasa..seolah-olah gambaran kepada sambutan yang diberikan kepada Tun Mustapha, puluhan tahun yang lampau. Dan sebagai rekod peribadi, saya tidak nampak sambutan yang sebegitu meriah diberikan kepada pemimpin didaerah ini, baik program juara rakyatnya, atau apapun majlis yang dirasmikan oleh ketua Umno bahagian sama ada perasmian pembukaan restoran atau ataupun majlis PIBG di sekolah sekitar Kota Belud.

Apakah petunjuk kepada sambutan ini....? Saya teringat apabila MP Parlimen menwar-warkan dalam blognya bahawa antara projek mega yang dirancang di Kota belud ialah penyelesaian isu bekalan air bersih dan kononya telah mengutarakan permohonan lebih 50 juta kepada menteri KKLW ini..namun bila majlis diadakan MP Parlimen ini 'memulaunya' pula? Apakah ideologi MP Parlimen ini...ramai pemimpin masyarakat cukup merasa kecewa dan hambar dengan tindakan dan reaksi politik yang ditunjukkan oleh Datuk Rahman Dahlan.

Kemudiannya saya juga terimbau dengan"road show " yang dibuat oleh pimpinan USBO ke seluruh daerah di sabah sejurus selepas PRU 12...dan antara yang masih segar dalam ingatan saya ialah kedatangan Datuk salleh Tun said di pantai timur iaitu di Lahad Datu...bersama barisan kepimpinan USBO yangh lain...sambutan masyarakat Bajau dan rumpun USBO begitu meriah sekali..seolah-olah sambutan kepada waris sultan Sulu. Namun bila 'penasihat' USBO ini turut mengunjungi daerah majoriti penduduknya berasal dari Rumpun USBO...kelibat datuk Salleh Juga tidak kelihatan sepertimana beberapa sambutan dan program yang diadakan oleh pemimpin politik di KB yang tidak dihadiri oleh beliau ini. Siapakah sebenarnya "parasit' dalam pimpinan UMNO KB dan BN Sabah? saya berkeyakinan para pembaca tentu lebih awal mengetahuinya.

Secara lebih terbuka, saya berkeyakinan bahawa kepimpinan Datuk Shafie Apdal begitu mendapat sambutan di kalangan rakyat Sabah. Adalah lebih 'afdal' jika Datuk Shafie memikirkan bahawa satu bentuk road show dibuat keseluruh Sabah melibatkan pimpinan masyarakat dan akar umbi supaya aspirasi kepimpinannya lebih terserlah. Dan jika itu termakbul...Najib tidak akan teragak-agak membuat perubahan besar dalam landskap kepimpinan Umno Sabah.



( gmbr : fb sdr musli oli)

Thursday, October 7, 2010


Oleh kerana tarikh menentukan Pilihanraya berada di tangan PM, maka demokrasi di negara ini dilihat sentiasa "panas dan bergejolak".Setiap hari, setiap detik dan ketikanya, isu berkaitan dengan politik mewarnai kehidupan masyarakat di negara ini. Bukan sahaja di Semenanjung,bahkan di Sabah situasi sebegini, berlaku dan itu boleh kita sahkan apabila pelbagai isu dikemukakan sama ada dalam dunia media alternatif ataupun media massa lain. Pelbagai isu di sabah menjadi tumpuan para blogger dan wartawan terutama berkaitan dengan spekluasi politik pemimpin tertinggi melibatkan Ketua Menteri dan beberapa ahli kabinet negeri yang dikatakan banyak menimbulkan kontervasi.

Tentunya situasi sedemikian juga berlaku di Kota Belud. Daerah koboi yang disinonimkan oleh kebanyakan penganalisis politik tempatan sebagai "daerah pejuang" lantaran kerana daerah ini banyak mencatat lipatan sejarah politik sejak pasca merdeka lagi hinggalah sekarang, pelbagai spekulasi juga mula bertiup kencang. Isu pengguguran pemimpin tertentu pada PRU 12, nyata menjadi asam garam dalam penyebaran spekulasi ini. Kemudian dari itu, percaturan politik antara Datuk Salleh Tun Said serta Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia juga menjadi "buah mulut" politik dikalangan masyarakat Kota Belud. Ada yang 'berani" mengatakan , bagaimana dua ekor harimau politik Kota Belud ini, boleh 'hidup" dalam satu rimba? Sedangkan kedua-duanya pernah memperlihatkan ketangkasan pencak silat politik mereka di DUN Usukan, suatu ketika dulu yang menyaksikan TSP menjuarai 'pertandingan' itu. Sejak itu dan bermula sebelum itu sebenarnya...TSP dan DSSK dilihat mempunyai 'selera' politik yang cukup berbeza. Hanyasanya apabila berlaku pengguguran keatas mereka pada PRU 12 lepas, maka satu bentuk 'persefahaman" atas nama kepentingan politik peribadi di wujudkan. Dan yang menjadi isu besar dan panas sekarang di Kota Belud ialah, apabila kedua-dua tokoh ini dikatakan mewujudkan satu "pakatan" untuk terus mencorakkan landskap politik di daerah ini.

Walaupun sebelum ini, saya dan beberapa pemerhati politik tempatan meramalkan bahawa TSP akan ';dibersarakan' awal melalui perlantikannya sebagai TYT selepas PRU 13, namun ada tanggapan berbeza , bahawa dari perkembangan politik terkini, tokoh paling berjaya dalam suku Iranun itu dijangka tidak akan menghabiskan sisa-sia politiknya dengan mengorbankannya menerusi penerimaan Jawatan TYT. Lantas diramalkan bahawa TSP akan terus melakukan 'perlobian" menjadi wakil rakyat pada PRU 13 akan datang. desas-desus "pakatan" antara TSP dan DSSK akan menyaksikan TSP berkemungkinan menjadi calon Parlimen Kota Belud untuk membolehkan beliau aktif semula dan menjawat portfolio peringkat pusat sekaligus menyingkirkan penyandang asal Datuk Rahman Dahlan. Manakala menurut beberapa pemimpin masyarakat yang sempat saya temui, menyatakan kebarangkalian begitu tinggi buat DSSK menjadi calon di DUN TEMPASUK, sekaligus 'memusnahkan' harapan Datuk Musbah Jamli untuk di calonkan semula. Begitu juga di DUN USUKAN, yang diramalkan sebelum ini 'bakal' ditandingi oleh Datin Saidatul Badru, tidak lagi menjadi perhatian umum, sebaliknya Ketua Pemuda Umno Kota Belud iaitu Sdr Barur Sawi yang dikatakan ditaja oleh TSP dan DSSK untuk 'Menjahanamkan' politik Tadzul Radim bakal dicalonkan di Usukan, seterusnya 'melengkapkan' strategi dan pakatan kedua-dua tokoh paling berpengaruh di Kota Belud ini.

Percaturan TSP dan DSSK ini nyata tidak menyenangkan beberapa orang pemimpin dalam UMNO Bahagian Kota Belud, kerana bagi mereka seharusnya pemimpin muda diberikan ruang untuk terus menampilkan kualiti kepimpinan mereka. Percaturan DSSK yang dikatakan begitu 'licik',nyata menimbulkan banyak polemik dan spekulasi. Ramai pemimpin kelas pertengahan di daerah ini melihat gelagat DSSK penuh dengan kepentingan peribadi dan cita-cita politiknya. Misalnya keakraban antara beliau dengan YDP PERKASA SABAH, sdr Musli Oli suatu ketika dulu menjadi perhatian masyarakat Kota Belud. Sehinggakan MO dilantik menganggotai barisan kepimpinan BN peringkat daerah. Alasannya cukup mudah, kerana kata mereka pada waktu itu PERKASA dilihat sebagai satu NGO politik yang berpengaruh dan berkecenderungan kepada ideologi UMNO, maka bagi DSSK 'kehadiran" YDP PERKASA ini dalam barisan atau team percaturannya dilihat mempunyai signifikan yang cukup besar. Namun apabila PERKASA peringkat PUSAT mendapat banyak kritikan kerana dilabel sebagai "NGO ultra Melayu" , maka DSSK merasakan YDP PERKASA SABAH ini hanya menimbulkan 'ketegangan' dalam percaturan politiknya. Justeru sdr MO mula disisihkan. Inilah isu yang antara lain diperbincangkan oleh saya dengan seorang pemimpin bahagian UMNO KOTA BELUD beberapa hari yang lepas. sama ada benar atau tidak ianya adalah spekulasi politik yang bertiup kencang di daerah ini.

Jika benar bahawa hayat politik TSP tidak akan berakhir dalam waktu terdekat, maka masyarakat Iranun tentunya terbahagi kepda dua pola sokongan iaitu ada yang menyokong kepimpimpannya sama ada legasi politik TSP diteruskan oleh diri,atau anak dan keluarga terdekatnya dan satu pola pula akan menyaksikan "penentangan" akan berlaku seperti sebelum ini, dimana anak-anak Iranun yang berkecimpung dalam aliran politik pembangkang menunjukkan kontra jelas kepada kepimpinan TSP. Justeru itu jika ini berlaku lagi, perpecahan politik dalam suku minoriti ini tidak akan menemui jalan penyelesaiannya.

Itulah politik namanya, penuh dengan perpecahan, penuh dengan polemik, penuh dengan pertimbangan,penuh dengan ketidakwajaran dan tentunya penuh dengan spekulasi yang mendebarkan.

Wednesday, October 6, 2010


Machiaveilli pernah mengatakan bahawa..

“Seorang Raja...mesti berlagak seperti serigala dan singa..,

Kerana singa tidak dapat melindungi diri daripada perangkap,

Dan serigala tidak dapat melindungi diri daripada serigala liar,

Seseorang itu mesti menjadi seekor serigala untuk mengenali perangkap,

Dan seekor singa untuk menakutkan serigala liar,

Sesiapa yang hanya berharap untuk menjadi singa tidak akan memahami ini.

Mendalami intipati kata –kata ini, membawa kita menyelami pandangan beliau dalam kepolitikan yang disandarkan kepada kepercayaan bahawa institusi politik harus bergantung pada kesedaran bahawa semua manusia adalah jahat dan sentiasa bersedia menunjukkan kejahatan. Justeru pemimpin politik tambahnya lagi mesti bersedia dengan tingkahlaku yang teruk, mestilah seorang yang pakar pintar,berkebolehan membaca ‘niat sahabat dan musuh melalui pergerakan dan reaksi serta pakar dalam hubungan diplomatik. Ini membawa pengertian pemimpin politik perlu lebih berani dan bersikap “kejam’ untuk memperolahi “kuasa”. 500 tahun kemudian, idea-idea ini mempunyai dominan kuat keatas ahli pemikir politik.


Sebab itu segala gerak-geri politikus menjadi perhatian dan perbahasan, termasuk percaturan, pertimbangan dan keputusan yang dibuat pada waktu pemimpin itu menjalani peranan sebagai penggiat politik. Sama ada keputusan dan pendirian yang dibuat itu ‘benar’ pada zaman dan ketikanya, atau ‘benar’ pada zaman berikutnya..sukar untuk ditentukan. Apa tidaknya, sifat manusia tidak bisa dipuaskan, selagi nyawa dikandung badan. Apa yang berlaku sebenarnya ialah sama ada ketentuan dan pendirian yang dibuat itu “benar’pada pertimbangan peribadi atau ‘benar’’ pada kelangsungan penyokong atau pengikut yang dipelihara. Namun bila ada yang mendakwa, bahawa ‘kebenaran’ tindakannya itu adalah tepat, maka ia perlu diperhalusi..samaada manfaat itu diperolehi secara perseorangan atau manfaat diperolehi oleh kumpulan yang dijaga itu.



Saya menjadi begitu terupaya dengan apa yang dikatakan oleh Tan Sri Pandikar Amin Dalam FCBnya mengenai kebenaran tindakan yang dilakukan oleh beliau 5 atau 10 tahun yang lalu. Walaupun tindakan dan pendirian yang dimaksudkan oleh TSP begitu samar, namun saya cukup melihat situasi itu dalam sudut pendirian beliau terhadap politik Kota Belud. Kerana bagi saya, Kota Belud adalah Daerah, dimana TSP ‘terasuh’ oleh “keserigalaan atau kesingaan” politik, barangkali seperti yang dimaksudkan oleh Niccolo Machiavelli itu.,Lihat pendirian TSP



“ Pendirian saya 5 atau 10 tahun yang lalu adalah “betul”, walaupun pendirian itu dilihat “salah” pada hari ini. Ini adalah kerana “pendirian” itu dibuat dengan mengambil kira “keadaan semasa” pada ketika itu. Atas prinsip ini saya tidak ragu-ragu membuat “pendirian” pada bila-bila masa jika perlu dengan mengambil kira keadaan semasa”


Lihat pula pendirian beliau dalam situasi politik Kota Belud .... Ada pihak yang berpendapat bahawa, untuk menstabilkan keadaan politik di Daerah Kota Belud, adalah wajar untuk pihak-pihak yang berwajib untuk memikirkan suatu formula yang bolih diterima oleh tiga suku di daerah ini. Dan formula yang diketengahkan ialah Formula 2 : 1: 1, dimana setiap suku diagihkan kawasan pilihanraya untuk ditandingi olih calun dari suku mereka. Memandangkan suku Bajau merupakan suku yang majoriti, maka wajarlah jika suku ini diagihkan dua kawasan pilihanraya dan Kadazandusun dan Iranun masing-masing diagihkan satu kawasan. ( blog TSP )


Jika mengambilkira kedudukan semasa, maka Apakah realiti pendirian TSP mengenai formula 2:1:1 ini dapat dijelmakan? Atau apakah idea ini akan “benar” pada 5 atau 10 tahun akan datang? Dan bagaimana idea ini boleh menjadi “benar’ kepada suku Iranun? Bolehkah idea dan formula ini dapat diutarakan kepada Naib presiden UMNO yang dikatakan bakal menemui pemimpin UMNO Kota Belud pada majlis Hari Raya 10 Okt. ini?


Namun Kalau TSP sudah melupakan idea ini, maka benarlah bahawa kebanyakkan pendirian TSP hanya bersifat “benar” pada waktu tertentu.

Sunday, October 3, 2010


Keputusan pihak penganjur menjemput Datuk Shafie Apdal sebagai Tetamu Kehormat dalam majlis sambutan Hari Raya yang dijangka diadakan di Pusat giat Mara kg. Botung Kota Belud dilihat oleh banyak pihak di daerah ini sebagai satu cubaan 'melaga-lagakan' kepentingan dan percaturan politik yang melibatkan Datuk Salleh, selaku Ketua Umno bahagian, dengan Timbalan Umno En. Awadnir Matanggal. Berikutan itu timbul pelbagai spekulasi kononnya penganjuran Majlis itu membelakangkan ketua Umno Kota Belud. Sedangkan persoalan tersirat yang harus dirungkai berkaitan isu ini ialah, apakah signifikannya dengan Pertubuhan Sosial yang pernah dilaungkan suatu ketika dulu, yakni USBO.

Keretakan kepimpinan peringkat USBO bermula tatkala bila para pemimpinnya membawa haluan masing-masing mengikut naluri politik mereka. Misalnya Timbalan Presiden USBO, Tan Sri Datuk seri Panglima Pandikar Amin, telah diberikan jawatan YDP Dewan Rakyat, Datuk Salleh diganjarkan dengan status penasihat sains kepada Ketua Menteri Sabah bertaraf menteri. Manakala Datuk Shafie Apdal yang pada waktu itu berstatus "PENASIHAT" kepada USBO hanya dilihat sebagai Model atau imej pertubuhan itu. walaupun para pemimpin ini menafikan wujud keretakan dalam pimpinan USBO, namun pemilihan cara dan kaedah menonjolkan diri dalam politik Sabah nyata membenarkan spekluasi tentang NGO ini. DSSK dilihat meninggalkan rakan-rakan dalam USBO untuk menyertai team Datuk Musa Aman, TSP dilihat lebih banyak berkecuali tetapi berpendirian, manakala Datuk Shafie Apdal dikatakan secara terang banyak perkara kontra dengan ketua menteri sabah berkaitan pengagihan Peruntukan KKLW di Sabah.

Oleh itu bila Datuk shafie diminta menjadi tetamu kehormat, maka banyak pihak dari persepsi politik di Kota Belud menjadi seperti "cacing kepanasan". Justeru pelbagai isu dan spekulasi ditiupkan. sedangkan pada realitinya, Kehadiran Datuk Shafie adalah satu rahmat dari rumpun bangsa USBO.

Pada asasnya, Datuk Shafie begitu tahu tentang percaturan politik Sabah yang begitu unik dan mengelirukan. Beliau tahu juga bahawa ramai penyokongnya yang begitu berharap agar Jawatan Ketua Menteri Sabah jatuh ke tangan pemimpin dari Pantai timur ini. Namun Datuk Shafie juga tahu, bahawa beliau tidak mempunyai rangkaian akar umbi yang begitu kuat melibatkan pimpinan bahagian dan cawangan di semua kawasan di Sabah. Malahan kemenangannya dalam pemilihan UMNO sehingga menjawat Naib Presiden dikatakan oleh ramai pihak sebagai 'kebesaran pengaruh Musa Aman" dan bukannya hubungan intim Datuk Shafie dengan pemimpin peringkat Bahagian. Oleh itu, Datuk Shafie sedar, beliau perlu merangka strategi khusus untuk mengikat keintiman politik di semua peringkat akar umbi UMNO di Sabah jika impiannya untuk 'mengenepikan" Musa Aman menjadi realiti. Jika tidak, kalaupun Datuk Shafie menjadi CM menggantikan Musa Aman, beliau akan sukar memperolehi sokongan dari UMNO Sabah. Justru langkah menjadi "tetamu kehormat' dalam majlis sambutan Hari raya di Kota Belud adalah satu signal awal kepada pimpinan UMNO Sabah dan Kota Belud, bahawa Datuk Shafie juga mula menyedari strategi baru untuk ke matlamat akhir politik beliau.

Keperluan menjalin hubungan intim politik peringkat akar Umbi ini, adalah satu kemestian terutama bagi pemimpin yang bercita-cita menduduki kerusi panas KETUA MENTERI SABAH. Dan jika diselusuri perjalanan politik Datuk Shafie, nyata beliau tidak mempunyai kekuatan dari sudut itu, beliau bermula di peringkat pusat dengan jawatan setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, kemudian beberapa jawatan penting sehingga menteri Penuh seperti kementerian Pertahanan dan Hal Ehwal Pengguna dan terkini KKLW. Di peringkat daerah Semporna misalnya pada PRU 12 yang lepas kredibiliti Datuk Shafie ditentang oleh En. Ajis Abd Hamid yang juga adik kepada Haji Abdillah Abdul. Hamid yang pernah mengalahkan Tun Sakaran pada PRU 1986. Membuktikan bahawa di peringkat daerah sendiri, Datuk Shafie tidak begitu mempunyai kekuatan akar umbi meskipun pada PRU 12 itu beliau memperolehi undi majoriti.

Apakah kehadiran Datuk Shafie di Kota Belud akan mengubah paradigma politik suku USBO atau akan mendatangkan perpecahan yang teruk? Apakah Ketua UMNO KB iaitu Datuk Salleh akan menghadirkan diri sepertimana telatah politik beliau sebelum ini yang menyaksikan pembiokotkan program Juara Rakyat bersama Datuk Noh Omar? Apa-apapun kita bakal menyaksikan satu lagi episod politik di daerah ini pada 10 hb Okt. yang mendatang ini. Bersama kita tunggu.

Saturday, October 2, 2010


Seperkara yang menjadi tanda tanya dikebanyakkan "anak-anak' Sabah tatkala Najib mengumumkan sambutan Hari malaysia tanggal 16 sept. yang lalu ialah, isu "pendaulatan' Hari kelahiran Tuan yang Terutama Negeri Sabah yang "sengaja' jatuh pada tarikh Hari Malaysia itu setiap tahun. Lalu bilamana 16 sept. diisytiharkan Hari Malaysia, maka pada tahun ini Sabah 'kerugian' besar apabila Cuti Umum yang dijadualkan pada takwim negeri pada tarikh itu iaitu sempenan hari kelahiran TYT telah 'ditiadakan' dan diganti dengan Hari Malaysia. Ini bermakna Sabah adalah satu-satunya negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan di Negera ini yang tidak merayakan atau mendapat cuti daripada Hari Jadi TYT . Sekaligus menimbulkan banyak tanda tanya apakah isu "mentiadakan" cuti umum bagi seluruh rakyat Sabah untuk Hari Jadi TYT ini akan menjadi isu besar bagi Pakatan Rakyat dan SAPP di Sabah menjelang PRU 13 akan datang? Maka apakah ada kebenarannya bahawa Najib tidak akan 'melepaskan' sesuatu percaturan politik di Sabah melainkan mendapat "habuan' pada waktu yang sama? Benarkah Najib 'mempersendakan " rakyat sabah dengan akur pada tuntutan pengisytiharan Hari malaysia dan pada waktu yang sama tidak menggantikan hari TYT pada tarikh yang lain?

Lalu pada hari ini, pada sempena hari kelahiran TYT Sabah, seperti biasa majlis penganugerahan pingat telah berlangsung di Istana negeri dan mendahului senaria penerima ialah YDP Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menerima anugerah tertinggi yang membawa gelaran DATUK SERI PANGLIMA. Sekaligus jika bersandarkan kepada idea penganalisis politik tempatan , maka itu satu petanda bahawa TSP semakin dekat denganh Jawatan TYT. Bagi pemerhati politik, mengibaratkan penganugerahan itu sebagai "persiapan rapi' pimpinan negeri di bawah Musa Aman untuk mencaturkan kembali politik di negeri bawah bayu ini.

Jika mengikut skrip politik pemerhati ini, maka setelah Dewan Rakyat di bubarkan pada selewat-lewatnya tahun 2012, maka antara calon paling dekat dengan jawatan TYT ialah TSP, berdasarkan rekod dan pencapaian politik peribadi beliau pada dekad yang lepas. Ini membawa andaian bahawa 'hayat' politik TSP akan berakhir, kerana seorang yang dilantik sebagai TYT adalah berstatus "berkecuali" dalam bidang politik. Bagi masyarakat Kota Belud, andaian bahawa TSP akan kembali menerajui DUN TEMPASUK atau PARLIMEN adalah sangat tipis bersandarkan realiti politik masa kini.

Timbul spekulasi , siapa yang akan meneruskan 'legasi' politik TSP, khusunya masyarakat Iranun yang diwakili oleh beliau berpuluh tahun? Ada yang secara rambang mengutarakan kebarangkalian akan ada pimpinan muda yang ditarbiyah oleh TSP. Namun Siapa?

Sesungguhnya, perkembangan politik dan penganugerahan pingat tertinggi negeri kepada TSP ini telah mecetuskan satu polemik baruy di kalangan masyarakat Iranun. Sama ada mereka sudah bersedia menerima apa juga kemungkinan, atau suku Iranun akan kehilangan 'wakil' dalam politik Sabah dan Nasional. Sejauhmana kebenaran tanggapan awal ini adalah bergantung, sejauhmana anda mencerna spkeluasi terbaru ini.