Perhimpunan Umno 2010 yang baru beberapa hari berlalu, tidak banyak memberikan signifikan kepada keutuhan dan peningkatan sokongan pengundi muda di daerah kelahiran Umno Sabah ini. walaupun ada yang sentiasa memikirkan bahawa denyut nadi UMNO Sabah adalah bermula di Kota Belud dan berdenyut kencang di Usukan, nyata itu adalah kebenaran. Justeru acapkali persidangan tahunan UMNO dilakukan, maka tentu ia memebri signifikan kepada UMNO KB. mahu atau tidak dan sedar atau sebaliknya, intipati ucapan najib ketika persidangan UMNO yang lalu, benar-benar seperti menjirus air di daun keladi.
Jika dalam amanat Najib mengkhendakkan bahawa pimpinan peringkat Bahagian perlu mengutamakan maruah dan kepentingan parti mengatasi kepentingan diri..Ini tidak berlaku dalam lapisan kepimpinan UMNO KB termasuk kepimpinan Pemuda, wanita dan puteri. Apa yang berlaku ialah budaya 'mengampu' opportunis, dan sentiasa memikirkan kepentingan. bahkan program yang dirancang peringkat bahagian KB, mengambil berat tentang untung rugi pemimpin tertentu.
Amanat kedua yang dihasratkan oleh Najib, pentingkan pasukan dan bukan kumpulan tertentu..juga dilihat sukar dimanifestasikan di peringkat UMNO KB kerana, kumpulan telah lama terbentuk, dan team-team tertentu juga sudah berakar umbi. banyak program rakyat yang dilaksanakan di KB tidak menampakkan pemimpin tertentu yang dikatakan mempunyai kumpulan tertentu ketika melobi jawatan tertentu dalam Bahagian KB. Malahan ada yang sengaja membiokot dan memulau lantaran merasa kumpulannya disisihkan.
Amanat ketiga ialah tawan pemikiran, hati dan jiwa rakyat. Apa yang berlaku dalam politik Kota Belud sejak dulu ialah pemimpin hanya kenampakan apabila PRU semakin dekat...selebihnya mereka disibukkan sama ada oleh urusan politik mereka atau juga kerana tugas yang terpikul dalam jawatan yang disandang. Keperluan asas rakyat sehingga saat terbengkalai dan sama ada percaya atau tidak rakyat Kota Belud yang pernah mempunyai wakil rakyat berstatus ketua menteri suatu ketika dulu, pernah mempunyai wakil menduduki kerusi menteri pertanian dan perikanan, sehingga kini masih 'melagukan' kekurangan keperluan asas mereka..hingga ada yang minum air perigi yang kekuningan. Itulah realitinya di KB ini.
Amanat Najib yang keempat ialah mahir teknologi maklumat dan menguasai media baru. Inti kepada amanat ini ialah menjurus kepada penguasaan media arus ketiga iaitu internat berupa blog, FCB,Twiter dan sebagainya. dalam hal ini kesemua pimpinan politik di Kb mempunyai keupayaan yang demikian, namun berapa orang yang telah menggunakan media itu untuk mencerna gagasan dan perancangan mereka, lalu menerangkan kepada rakyat betap idea mereka itu perlu direalisasikan. Ada yang hingga kini "enggan" membuka media ketiga mereka dalam suasana demokrasi yang menggalakkan bincang minda dalam dunia cyber. Cukup memalukan!
Amanat seterusnya ialah menumpukan kepada usaha menggamit sokongan pengundi muda. apa yang berlaku ialah kemaraan golongan muda terutama peringkat pimpinan yang berpendidikan tidak diebdahkan. bahkan..ada pemimpin di KB yang masih menaruh harapan supaya mereka diberikan tempat semula dalam politik tanpa memikirkan halatuju dan kehendak golongan ini di KB. ada yang sanggup mengenepikan semua itu, kononnya kerana belum ada yang berkelayakan untuk menjawat jawatan dalam parti .
Amanat Najib yang keenam pula ialah berkaitan dengan keinginan untuk melihat UMNO menuju kepada sifar masalah. Dalam UMNO KB, terlalu banyak yang 'disembunyikan' sehingga nampak tidak ada masalah, biarpun sebenarnya bergelumang dengan seribu satu masalah..ketidak tentuan dalam program yang dirancang, ketidaksepakatan dalam pimpinan sedia ada..misalnya penganjuran sambutan Hari raya yang dihadiri oleh Datuk Sahfie apdal. Cukup mencurigakan!
Dan yang terakhir ialah mendahulukan rakyat dalam segala tindakan. bab yang terakhir ini akan dapat direalisasikan bila kepentingan diri dan politik peribadi dapat diminimumkan. sebaliknya keputusan harus mengambilkira kepentingan umat dan generasi akan datang. Bencana protes rakyat yang berlaku sejak akhir-akhir ini di KB harus diambil iktibar. dan semuanya itu memerlukan keikhlasan semua pihak.
maka apakah amanat najib itu masih signifikan dgn UMNO KB? terpulang pada anda untuk berhujah!.
31 ulasan :
1. Tidak dapat dinafikan UMNO KB adalah anak sulung UMNO di Sabah.Masyarakat KB harus bangga kerana akan tercatat dalam sejarah politik di Sabah khasnya dan Malaysia amnya.
2. Salah satu peranan dan tanggungjawab pemimipin di mana-mana organisasi samada dalam kerajaan, politik dan lain2 ilah bertanggungjawam membentuk pasukan pelapis untuk memimpin dalam oragnisasi itu di masa kan datang bila pemimpin itu bersara atau berhenti.Jika oragnisasi itu sistem pengurusannya menjadi pura perandah selepas ketiadaan pemimpin maka bererti pemimpin itu gagal membentuk pelapis pemimpin.
3. Walau bagimanapun,mereka yang berasa boleh menjadi pemimpin perlu bersabar dan berguru kepada pemimpin lama kerana pemimpin lama mempunyai banyak pengalaman dan jaringan sudah terbina dalam memudahkan sebarang pekerjaan.Mereka perlu dihormati atas jasa dan bakti mereka.
4. Haruskan sedari juga bahawa pemimpin itu ada dua jenis.Pertama memang dilahirkan dan dianugerahkan oleh tuhan bakat semulajadi yang lengkap sebagai pemimpin secara holistik.Keduia pemimpin yang dibentuk oleh pemimpin sebelumnya dididik,diajar dan disuruh beljar untuk mendapatkan ilmu kepemipinan.Semua orang boleh menjadi pemimpin tetapi tidak semua orang boleh menjadi pemimpin yang berkesan.Jika diukur dengan sekadar memiliki sekeping ijazah samaada Sarjana muda ,Sarjana atau Doktor Falasafah mahu pun berlipat ganda ijazahnya jika dia tidak ada bakat memimpin mungkin dia akan gagal lantas akan menggunakan peluang yang ada untuk kepentigan dirinya dan bukan rakyat.
pemimpin-pemimpin UMNO tidak kira di Kota Belud atau pun mana-mana tempat sekalipun perlulah memahami dan melaksanakan apa yang dikatakan oleh PM. kesungguhan pemimpin-pemimpin untuk menjalankan tanggungjawab akan membina kekuatan parti.
amanat yang disampaikan oleh PM harus dilaksanakan kerana ia amat berguna untuk kebaikan UMNO dan rkyat.
Diharapkan kerajaan betul-betul ikhlas memperjuangkan hak rakyat dan membawa perubahan dan pembagunan kepada rakyat tempatan. Janganlah terus menjadikan kita sebagai deposit tetap.
jika semua ahli atau jentera2 umno hanya mendengar tapi tidak bertindak, sampai bila2 pun rakyat tidak akan nampak perubahan dalam kerajaan umno/BN.
PM perlu bertegas dan serius dalam memastikan amanat2 tersebut dapat diterjemahkan oleh semua pemimpin umno.
Lakasanakan apa yang diberikan kepad kita jangan sampai rakyat kita hampa dengan apa yang PM kita mahu kan. Para pemimpin mesti boleh melakukan yang terbaik untuk rakyat.
Janganlah kita menghampakan rakyat Sabah. Kenapa para pemimpin UMNO Sabah tidak begitu aktif membantu rakyat. Kita mengharapkan sebagai pemimpin yang terpilih disebabkan oleh rakyat haruslah menjalankan amanat yang patut dilaksanakan. Semoga apa yang rakyat impikan akan tercapai.
Other may see Najib only talk a trash things but, I think he might do well in the future.
pesanan PM itu perlu diambil pengajaran. ahli-ahli UMNO perlu terus menunjukkan perubahan ke arah yang lebih positif..
Salam,
1. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah
Lucu benar rasanya penulisan ini. Lucu sebab nampak sangat ianya 'beragenda'. Sejujurnya, saya tidak sedikitpun
Terkejut atau teruja dengan khayalan politik yang cuba 'diagendakan' oleh KM melalui artikel ini. Sebabnya ialah, KM gagal menyembunyikan niat sebenar beliau. Lebih dari itu, KM juga gagal membuktikan bahawa apa yang diperkatakannya itu berasas. Sebaliknya, tulisan ini mengingatkan saya kepada ungkapan lama yang lebih kurang berbunyi " kalau hati sudah suka, tunggul pun Akan dikata bidadari. Sebaliknya, bila hati sudah benci, tuan puteri pun akan dikata pokok mati".
2. Begitulah tamsilnya penulisan KM ini, kerana hati beliau sudah begitu benci dengan kepimpinan Umno KB maka segalanya nampak cacat belaka. Dan, atas perasaan dan niat yang sama jugalah maka artikel ini dilahirkan bagi memesong dan menghasut golongan muda agar menyokong usaha beliau membenci dan seterusnya menjatuhkan kepimpinan sediada.
3. Saya fikir, semua telah mendengar dengan jelas bahawa Presiden menyeru agar SEMUA peringkat kepimpinan umno mengutamakan maruah serta kepentingan parti mengatasi kepentingan diri. Ini bermakna, pesanan tersebut terpakai kepada SEMUA dan TIDAK terbatas kepada kepimpinan Bahagian semata-mata. Pun demikian, untuk kepentingan beliau, KM memetik ucapan penggulungan PM tersebut kononnya ditujukan kepada kepimpinan bahagian sahaja. Dengan cara itu, beliau Akan ada justifikasi untuk menyerang DSSK dan dalam masa yang sama pemimpin tertentu yang menjadi 'junjung' kepada beliau akan terlepas.
4. Mengandaikan bahawa apa yang diperkatakan oleo KM itu benar, yakni pesanan terse but ditujukan kepada kepimpinan bahagian sahaja Dan bukannya kepada SEMUA lapisan kepimpinan, adakah ini bermakna bahawa pemimpin atasan spt naib presiden, AMT Dan sebagainya TIDAK PERLU menjaga kepentingan serta maruah umno berbanding kepentingan mereka? Bukankah naib presiden juga misalnya adalah manusia biasa yang mempunyai kecenderungan untuk mementingkan diri sendiri berbanding parti?...
...bersambung/-
Sambungan...
5. Semasa saya memberi komen kepada tulisan KM mengenai majlis yang diadakan oleh PKMM di KB, saya ada menyebutkan bahawa tindakan DSSK yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai telah dibeli oleh DMA sebenarnya adalah atas nasihat dan kemahuan PM agar beliau menjadi "team player". Malangnya, pihak-pihak tertentu spt KM gagal melihat dan menerima hakikat ini. Sebaliknya, menuduh DSSK dan pemimpin lain sebagai pengkhianat kerana tidak hadir. Bahkan, setelah PM menyuarakan dengan jelas bahawa 'pasukan' lebih penting daripada 'kumpulan' pun, KM masih cuba menggambarkan kepada umum bahawa DSSK kononnya bukan 'team player'. Mengambilkira bahawa DMA juga diletakkan sebagai ketua menteri oleh PM, maka siapa sebenernya yang mementingkan 'kumpulan' berbanding 'pasukan' skrg ini?.. Tindakan KM mentafsirkan sesuatu perkara berdasarkan "kepentingan" beliau dan bukannya berdasarkan realiti sebenar membuktikan bahawa beliau sangat-sangat beragenda. Bukankah itu jelas menunjukkan bahawa KM lah sebenarnya yang cuba membentuk 'kumpulan''?..
7. Menurut pemahaman KM lagi, pemimpin sediada kononnya tidak memahami aspirasi pemimpin muda dan kononnya tidak mahu memberi laluan.. Saya sebenarnya tidak faham, atas asas apakah KM berpandangan sedemikian. Agak aneh dakwaan ini pada saya kerana semua orang maklum bahawa pada PRU12, mereka ini telahpun digugurkan oleh pihak tertentu? Ini bermakna kalau mereka tidak diperlukan lagi oleh parti maka mereka juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya. Sebaliknya, dengan ketiadaan mereka ini pun, orang yang dianggap sebagai pemimpin muda oleh KM tidak juga
dipilih untuk bertanding malah DARD yang diambil
bertanding di KB. Bukankah ini juga menunjukkan bahawa pemimpin yang dianggap pelapis oleh KM tidak diiktiraf kualitinya oleh parti?
...bersambung/-
6.
Agenda siapakah KELAPA MAWAR membawa?? Kerana saya masih berpendapat yang penulisan sebagaimana ini tidak akan membawa semangat yang Presiden kita cuba warwarkan.
Bagaimana nak menyatukan org di KB.. Penulisan sebegini hanya akan mengapi apikan lebih " perpecahan Org KB"...
Saya percaya kekanda ku Belum Pendekar pun bersetuju dengan idea adinda..
Sambungan...
7. Bagi TSPA pula, semua orang juga tahu bahawa beliau dulunya adalah ketua bahagian umno Kota marudu. Dan, oleh kerana ada orang muda yg begitu teringin menjadi ketua bahagian, maka TSPA melepaskan jawatan tersebut tanpa syarat. Apakah dengan bertindak sedemikian maka TSPA masih lagi dianggap tidak mahu memberi peluang kepada orang lain?
8. Dan, mengapakah agaknya setelah DSSK tidak dicalonkan pada PRU 12, dan TSPA pula hanya ahli umno cawangan aka mereka masih lag diberi kepercayaan oleh parti terutamanya presiden untuk menjawat jawatan penting iaitu timbalan pengerusi perhubungan negeri dan Speaker Dewan Rakyat? Bukankah ini bermakna bahawa mereka mempunyai kualiti kepimpinan yang tersendiri?
Dan, kalau itulah hakikatnya, bolehkah kita mendakwa bahawa mereka ini sudah tidak diperlukan lagi? Saya fikir, orang yang siuman dan tidak beragenda tidak akan sedikitpun berfikiran sedemikian.
9. KM nampaknya bersungguh-sungguh mencadangkan supaya tempt DSSK Dan TSPA digantikan dengan pemimpin muda. Antara alasannya ialah, itu adalah aspirasi rakyat yang mana jika tidak ditunaikan maka sokongan mereka akan beralih kepada pembangkang. Barangkali tidak ramai yang sedar bahawa salah satu daripada punca kekalahan calon umno pad a PRU leaps ialah cadangan 'peremajaan umno' yang didokong oleh khairy pada masa itu. Tindakan itu telah benar, benar menghakis kekuatan umno. Saya berpendapat bahawa 'peremajaan umno secara drastic bukanlah tindakan yang bijak dan diterima oleh semua orang atau ahli umno. Bahkan pemimpin atasan sendiri tidak menerima idea berkenaan. Pemimpin lama terbukti masih mendapat tempat dihati rakyat. Lihat saja mohd Isa Samad yang menang besar.. Di DUN Galas, orang lama iaitu ku li dilantik mengetuai kem BN. Kalau orang muda lebih baik Dan pandai, kenapa agaknya PM memilih pemimpin lama?
10. Di Sabah sendiri, ramai pemimpin muda yang diketengahkan. Rahim bakri, Rahman Dahlan, dan Salleh Kalbi adalah antaranya yang diketengahkan.. Tetapi, apakah status mereka berbanding pemimpin lain dari semenanjung? Cuba bandingkan pula antara DSSK, TSPA dan pemimpin di sjung tsbt? Siapa agaknya yang lebih layak boleh duduk sama tinggi Dan berdiri sama rendah dengan mereka?.. Adakah kita di Sabah ini mahu sentiasa dibawah berbanding pemimpin lain dinegara ini? Kalau ikut saranan KM, maka begitulah keadaan kita.
Bersambung/..
Sambungan...
7. Bagi TSPA pula, semua orang juga tahu bahawa beliau dulunya adalah ketua bahagian umno Kota marudu. Dan, oleh kerana ada orang muda yg begitu teringin menjadi ketua bahagian, maka TSPA melepaskan jawatan tersebut tanpa syarat. Apakah dengan bertindak sedemikian maka TSPA masih lagi dianggap tidak mahu memberi peluang kepada orang lain?
8. Dan, mengapakah agaknya setelah DSSK tidak dicalonkan pada PRU 12, dan TSPA pula hanya ahli cawangan biasa maka mereka masih lagi diberi kepercayaan oleh parti terutamanya presiden untuk menjawat jawatan penting iaitu masing-masing timbalan pengerusi perhubungan negeri dan Speaker Dewan Rakyat? Bukankah ini bermakna bahawa mereka mempunyai kualiti kepimpinan yang tersendiri?
Dan, kalau itulah hakikatnya, bolehkah kita mendakwa bahawa mereka ini sudah tidak diperlukan lagi? Saya fikir, orang yang siuman dan tidak beragenda tidak akan sedikitpun berfikiran sedemikian.
Bersambung/..
sejak awal saya mengikuti ulasan BP ini..rasanya idea sebginilah punca UMNO ditolak golongan muda...mengandaikan bahawa semua kelemahan dan kekalahan BN bpunca dri peremajaan..dan bukannya sbb kelemahan ptdbiran, kebocoran sana sini serta politik peribadi yg mengenepikan kepentingan rakyat..
BP nampak gayanya begitu menyanjungi kepimpinan SSK dan TSP..kenapa agaknya? mungkin sdh dpt habuan yg mguntungkan...firasat saya..
tapi cuba BP tanya penduduk KB...apakah jasa terbesar yg dibawa oleh dua org pemimpin ini setelah sekian lama mrk hampir 30 tahun dlm politik dan telah merasa pelkbagai jawatan parti dn kerajaan?
Cuba BP tanya org Bajau di KB..bgaimana peranan keluarga SSK dlm mbawa kemajuan dan pembangunan di KB..sejak zaman bapanya lgi ketika jadi TYT..? saya masih ingat waktu mrk inilah jalan raya masih bhabuk..dan kehidupan nelayan dan petani jauh dari paras kemiskinan..daif dan serba serbi kekurangan..
kemudian BP tanya pula suku Iranun dari Rampayan hingga ke pantai emas..apa yg dibawa oloeh TSP setelah 30 thun dlm politik nasional..dan beberapa kali menjadi senator, menteri dlm portfolio tertentu..kemudian presiden parti AKAR..tiada apa..cuma ladang Burung Unta dan pusat Latihan AKAR itupun sudah ditutup...jalan raya di pkampungan yg saya sebutkan masih gravel...sekolah masih daif..nasib baik Tun Gafar Baba ,kalau tdk hingga sekarang..masih bgelap dan bhabuk...
kedua-dua pemimpin ini tdk mempedulikan kemashlatan rakyat yg mrk wakili...keperluan asas sprti bekalan elektrik dan air bersih tdk diselesaikan walapun mrk sdh pernah menjawat jawatan penting dlm kerajaan...
pemimpin sebgini pada saya harus memberi laluan kp pemimpin muda sprti yg dicadangkan oleh sdr KM..siapa2 saja yg bkemampuan diharap kedepan..tdk kira dri suku mana..
cukuplah wahai BP...rakyat tahu apa yg blaku...
11. Dalam bahawa yang lebih mudah, apakah lonjakan besar yang telah diberikan oleh pemimpin- pemimpin muda Sabah ini terhadap negeri? Ibarat pokok mangga, pemimpin muda ini belum lagi berbuah, sedangkan DSSK dan TSPA adalah pokok yang telah pun berbuah. Maka, tidak kah menghairankan jika pokok yang sudah berbuah itu disarankan utk ditebang andai tiada agenda besar disebaliknya?.
12. Apapun alasan KM dalam perkara ini, saya fakir ia bukanlah tindakan yang membina. Maka, saya setuju benar dengan adinda Pendekarwati..
13. Semalam saya bertemu dengan beberapa pemimpin pemuda peringkat kampung di KB dan mereka nampaknya masih teguh di belakang DSSK Dan TSPA. Dan, sebagai sebahagian dare golongan muda ini, saya juga tegas berpendapat bahawa kami masih memerlukan pemimpin sediada yang lebih bijak dan pandai dari kami. Kami tidak menginginkan pemimpin yang mempunyai kemampuan yang sama dengan kami. Apa lagi kalau yang dicadang itu lebih teruk atau bahawa kasarnya lebih BODOH dari kami. Kalau benar-benar DSSK dan TSPA mengundur diri suatu hari nanti, pengganti mereka paling tidak kenalah orang spt Dr Kibin yang ada PHD. Itu expektasi saya dari seorang yang ingin menjadi pengganti mereka.
Salam dari,
BELUM PENDEKAR
Datong Kabogatan,
1. Pertamanya saya in gin memaklumkan kepada sera bahawa saya tidak memerlukan apa-apa habuan untuk mempertahankan pemimpin tertentu yang pad a pandangan dan penilaian saya adalah yang terbaik. Walaupun saya berpendidikan agak tinggi, saya sanggup menjadi kuli kepada orang yang lebih bijak dan pandai daripada saya berbanding menjadi orang kanan kepada pemimpin yang BODOH. Sdra jgn fakir bahawa saya adalah orang yang menurut atau menyokong dengan membabi-buta.
2. Kedua, saya juga berpendirian bahawa menyokong DSSK dan TSPA tidak Ada salahnya. Sdra seolah-olah membayangkan bahawa menyokong mereka berdua itu sangat BERDOSA.. Kalau sdra boleh menyerang mereka, kenapa pula saya tidak boleh mempertahankan mereka? Barangkali sera gembira hanya apabila saya juga menyokong sera bukan?... Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah... Maaf sdra, saya mempunyai pandangan yang berbeza Dan tidak mungkin bagi saya menyebelahi sdra dalam Hal ini.
3. Sdra menyentuh mengenai pembangunan Dan kemudahan di KB, pada saya bila sdra menggunakan hujah tsbt, sdra hanya menampakkan kejahilan sdra sendiri. Sdra secara tidak sedar memberitahu orang ramai bahawa sdra tidak tahu prosedur kerajaan. Untuk makluman sdra, tidak ada dalam negara ini Wakil Rakyat yang mahu kawasan yang mereka wakili ketinggalan atau mundur. TSPA Dan DSSK itu tidak Gila atau bodoh sdra... Sdra ingat mereka mahu kawasan mereka mundur?.. Rasa-rasanya kalau sdra ini wakil rakyat lah katakan, sdra mahu ke kwsan sdra sedemikian?... Bukankah dungu namanya kalau kita mendakwa sedemikian kepada wail rakyat tsbt?
4. Sdra kata kerana mereka rakyat masih dalam kemiskinan. Sdra to long tunjuk dengan saya pemimpin mana yang telah berjaya menjadikan rakyatnya kaya?.. Yang saya tahu, kawasan PM Dan TPM sendiripun masih Ada orang miskin. Soal kita maju atau tidak tarletak pada diri kita sendiri. Kalau kita radian menuntut ilmu, insyaallah kita Akan hidup senang suatu hari. Masalahnya, kita memilih untuk tidak belajar Dan sps itu menyalahkan orang lain atas kemiskinan kita.
5. Untuk makluman sdra, orang yang menyokong DSSK Dan TSPA di KB adalah lebih ramai dpd orang yang menentang spt sdra. Itu jelas dan telah terbukti.. Maka itu, sdra lah yang sepatutnya berhenti bukan saya. Sdra ajar berhenti dari memesongkan rakyat dengan hujah yang pincang.
Salam
BELUM PENDEKAR
BP..
KALAU ADA YG MISKIN ITU PERKARA BIASA..TAPI TAK KAN LAH 30 THN DLM POLITIK DN MERASA PLBAGAI JAWATAN...KWSN MASIH LAGI MUNDUR...BP TUNJUKIKAN PD SAYA APA JASA TSP DN SSK PD M'KAT KB?
klu dpt sokongn pun tdk akan dpt dr suku sndiri...ram ai anakl iranun yg kontra...hahahaha
Sdra Kabogatan,
1. Saya sebenarnya cuba sedaya-upaya untuk memikirkan apakah logik disebalik pertanyaan sdra yang begitu jahil. Ini adalah kerana, saya tidak dapat menerima dengan akal yang waras bahawa ada orang yang tidak tahu sumbangan kedua-dua pemimpin berkenaan kepada masyarakat di KB. Apakah mata atau hati "orang" ini yang telah buta sehingga tidak lagi dapat melihat sumbangan orang lain. Atau, hati sdra terlalu kecil sehingga hanya dapat melihat yang tampak dimata sahaja?..
2. Untuk makluman sdra, sumbangan boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Ini bermakna, tidak semestinya seseorang itu memberikan wang ringgit atau kemudahan tertentu maka barulah dianggap orang itu telah menyumbang. Ini adalah kerana, jika dapat memberi wang atau kemudahan baru dikatakan menyumbang, maka sampai bilapun orang miskin akan dianggap tidak menyumbang. Walhal, mereka ini setidak-tidaknya telah menyumbang tenaga, keringat, buah fikiran dan sebagainya kepada masyarakat. Berdasarkan penjelasan ini; maka, adakah waras bagi sesiapapun untuk mendakwa bahawa orang tertentu apatah lagi pemimpin, tidak menyumbang apa-apa kepada masyarakatnya?.. Lainlah kalau sdra mengharapkan seseorang pemimpin itu kerjanya hanya memberi duit setup hari dan rakyatnya semua menjadi kaya-raya.
3. Sebenarnya saya boleh memberi berapa banyak senarai sumbangan DSSK dan TSPA yang sdra mahu. Namun, untuk apa saya memperjelaskannya kepada orang spt sdra yang kelangit take sampai, kebumi tak berpijak???... Saya tidak mahu membuang masa melayan kejahilan orang seperti sdra.
Bersambung/-
1. Sumbangan jasa dan bakti pemimpin2 politik lama memang ada dan tidak boleh dinafikan yang membezakan hanya sumbangan itu besar atau kecil.
2.Berhubung dengan sumbangan TPA dan DSSK di KB semasa ada kuasa politik memang banyak.Adalah tidak adil jika ada orang KB sendiri mahu pun Sabah menafikan sumbangan mereka dalam dalam pembangunan KB secara keseluruhannya.Sebagai insan biasa mereka juga mempunyai kekuataan dan kelemahan sendiri.Sebagai pengikut kita perlu berani pemimpin2 ini menegur secara hormat dan sopan atau pun mencetus idea bagi membantu mereka.
3. Sebagai seorang manusia yang waras apa lagi seorang yang dianggap professional adalah tidak wajar menegur pemimpin dengan dengan mengikut perasaan marah dan benci.Apa lagi jika teguran dan penulisan itu buka untuk membina tapi menghancurkan perpaduan di kalangan rakyat dengan berdasarkan kepada persepsi semata-mata.
4.Saya pernah menyarakan dahulu BIARLAH KITA MENGUSASI PERASAAN ITU JANGAN SEKALI KITA DIKUASAI OLEH PERSAAN.Seperkara lagi yang perlu m,enjadi pandua kita,apa bila kita berada dalam keadaan marah dan benci elakkan diri dari membuat keputusan masa itu.
5.Perlu kita sedari,masa kini bukan lagi masa untuk mewujudkan perpecahaan di kalangan rakyat apa lagi cuba menimbulkan perasaan2 kesukuan dalam merebut kuasa.Kita mesti sentiasa berfikiran positif agar apa juga tindakan kita mendatangkan faedah kepada orang lain dan generasi kita di masa-masa mendatang.
6. Soal kepimpinan politik KB sekarang atau di masa akan datang,tidak perlu dirisau sangat terutama golongan pemimpin muda.Kita sedar darah orang muda memang proaktif dan agresif bila bertindak.Semangat yang berkobar-kobar untuk perubahan kita jangan nafikan.Tapi percayalah suatu ketika dan masanya TPA dan DSSK akan nerundur dan menyerahkan kempimpinan politik kepada golongan muda.Apa yang penting golongan muda jangan gelojoh (Bukan semua ada segelintir sahaja boleh dibilang dengan jari).Jika mereka mahu pun berpolitik mungkin sepenggal lagi sahaja.Itu pun mereka akan baca scenerio politik masa kini.Orang kata SILAP-SILAP HARI BULAN MEREKA AKAN BERUNDUR AWAL JIKA MEREKA RASA AMAT MELETIHKAN DAN LANDSKAP POLITIK AKAN BERUBAH 360%.
7. Sebagai rakyat biasa dan tidak ada kepentingan dalam politik dan terhadap politik kepimpinan TPA dan DSSK saya berharap kepada saudara2 saya atau adik2 saya yang muda dan bergiat dalam politik di KB terutama yang bercita-cita menjadi pemimpin politik bersabarlah.Jangan sangat mengharapkan dari seseorang nanti kecewa.Tunjukkan ketrampilan kepimpinan,komitmen dan buktikan keprluaan rakyat di dahulukan bukan kepentigan diri.Lebih-lebih lagi jika ada agenda yang tersuratkan.Tuhan itu maha adil dan rakyat sekarang bijaksana menilai siapa yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang sebenarnya.
8. Akhir sekali....Ingat..bila pemimpin di atas bertanya kepada TPA dan DSSK siapa pemimpin pelapis KB boleh di di ketengahkan PENILAIAN mereka akan diambil kra dan didengar oleh pemimpin atasan....HANYA JAUHARI SAHAJA YANG MENGENAL MENIKAM.
Salam hormat dari .saya
Amanat PM patut diterima baik oleh pemimpin UMNO KB. Jangan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
setuju jieah. Bukan saja pemimpin di KB malah pemimpin di seluruh Sabah patut melaksanakan amanat PM demi kebaikan semua pihak terutamnya rakyat.
Jika amanat ni dapat dilaksanakan dengan ikhlas dan sempurna, saya yakin pasti Sabahan akan sentiasa berpuas hati dengan pimpinan umnobngov :)
Soal amanat PM tu significant atau tak terpulanglah pada individu yang menilai... Namun saya yakin jika individu itu mementingkan kesatuan dan menutamkan kebajikan rakyat, pasti amanat PM disambut baik :) Kalau tak, hmmmm.......
Apapun saya mengharapkan yang terbaik bukan saja untuk KB tetapi juga untuk semua kawasan lain di seluruh Sabah :)
Sambungan...
4. Mengambil contoh yang paling mudah, lihat SM Agama Tun Said KB. Barangkali ramai yang tidak tahu atau buat-buat tahu bahawa sekolah berkenaan adalah atas usaha DSSK. Sekolah berkenaan Akan menjadi tempat anak-anak kb menimba ilmu Dan sudah tentu ia adalah sumbangan yang paling bermakna DSSK kepada masyarakat kb Dan Sabah umumnya.
5. Begitu juga dgn TSP, secara khusus beliau banyak membantu anak-anak kb yang berkerja sebagai kakitangan kjaan untuk naik pangkat dsb. Sdra jame alip, misalnya adalah antara yang mendapat sokongan TSP. Begitu juga matlan datu ujong Dan ramai lagi.. Dan, mereka ini membuka peluang kepada ramai org kb dare kalangan contractor Dan juga penjawat awam. Bukankah ini sumbangan namanya?
6. Kalau dikira, ban yak lagi sumbangan mereka yang besar. Tapi saya sengaja memilih sumbangan yang orang anggap kecil supaya mata sdra kabogatan jade Lias membacanya.
Salam hormat
BELUM PENDEKAR
TPA dan DSSk telah berjaya membuat legasi kempimpinan tersendiri sebagi pemimpin yang buka dari kaum sahaja.Mereka adalah milik semua rakyat KB.Jika ada orang yang menafikan sumbangan DSSK dan TPA di KB elok belajar dan mengkaji sejarah kepimpinan dan jasa dan bakti mereka.
Harap rakyat tidak akan terus dipinggirkan.
Post a Comment