Machiaveilli pernah mengatakan bahawa..
“Seorang Raja...mesti berlagak seperti serigala dan singa..,
Kerana singa tidak dapat melindungi diri daripada perangkap,
Dan serigala tidak dapat melindungi diri daripada serigala liar,
Seseorang itu mesti menjadi seekor serigala untuk mengenali perangkap,
Dan seekor singa untuk menakutkan serigala liar,
Sesiapa yang hanya berharap untuk menjadi singa tidak akan memahami ini.
Mendalami intipati kata –kata ini, membawa kita menyelami pandangan beliau dalam kepolitikan yang disandarkan kepada kepercayaan bahawa institusi politik harus bergantung pada kesedaran bahawa semua manusia adalah jahat dan sentiasa bersedia menunjukkan kejahatan. Justeru pemimpin politik tambahnya lagi mesti bersedia dengan tingkahlaku yang teruk, mestilah seorang yang pakar pintar,berkebolehan membaca ‘niat sahabat dan musuh melalui pergerakan dan reaksi serta pakar dalam hubungan diplomatik. Ini membawa pengertian pemimpin politik perlu lebih berani dan bersikap “kejam’ untuk memperolahi “kuasa”. 500 tahun kemudian, idea-idea ini mempunyai dominan kuat keatas ahli pemikir politik.
Sebab itu segala gerak-geri politikus menjadi perhatian dan perbahasan, termasuk percaturan, pertimbangan dan keputusan yang dibuat pada waktu pemimpin itu menjalani peranan sebagai penggiat politik. Sama ada keputusan dan pendirian yang dibuat itu ‘benar’ pada zaman dan ketikanya, atau ‘benar’ pada zaman berikutnya..sukar untuk ditentukan. Apa tidaknya, sifat manusia tidak bisa dipuaskan, selagi nyawa dikandung badan. Apa yang berlaku sebenarnya ialah sama ada ketentuan dan pendirian yang dibuat itu “benar’pada pertimbangan peribadi atau ‘benar’’ pada kelangsungan penyokong atau pengikut yang dipelihara. Namun bila ada yang mendakwa, bahawa ‘kebenaran’ tindakannya itu adalah tepat, maka ia perlu diperhalusi..samaada manfaat itu diperolehi secara perseorangan atau manfaat diperolehi oleh kumpulan yang dijaga itu.
Saya menjadi begitu terupaya dengan apa yang dikatakan oleh Tan Sri Pandikar Amin Dalam FCBnya mengenai kebenaran tindakan yang dilakukan oleh beliau 5 atau 10 tahun yang lalu. Walaupun tindakan dan pendirian yang dimaksudkan oleh TSP begitu samar, namun saya cukup melihat situasi itu dalam sudut pendirian beliau terhadap politik Kota Belud. Kerana bagi saya, Kota Belud adalah Daerah, dimana TSP ‘terasuh’ oleh “keserigalaan atau kesingaan” politik, barangkali seperti yang dimaksudkan oleh Niccolo Machiavelli itu.,Lihat pendirian TSP
“ Pendirian saya 5 atau 10 tahun yang lalu adalah “betul”, walaupun pendirian itu dilihat “salah” pada hari ini. Ini adalah kerana “pendirian” itu dibuat dengan mengambil kira “keadaan semasa” pada ketika itu. Atas prinsip ini saya tidak ragu-ragu membuat “pendirian” pada bila-bila masa jika perlu dengan mengambil kira keadaan semasa”
Lihat pula pendirian beliau dalam situasi politik Kota Belud ....” Ada pihak yang berpendapat bahawa, untuk menstabilkan keadaan politik di Daerah Kota Belud, adalah wajar untuk pihak-pihak yang berwajib untuk memikirkan suatu formula yang bolih diterima oleh tiga suku di daerah ini. Dan formula yang diketengahkan ialah Formula 2 : 1: 1, dimana setiap suku diagihkan kawasan pilihanraya untuk ditandingi olih calun dari suku mereka. Memandangkan suku Bajau merupakan suku yang majoriti, maka wajarlah jika suku ini diagihkan dua kawasan pilihanraya dan Kadazandusun dan Iranun masing-masing diagihkan satu kawasan. ( blog TSP )
Jika mengambilkira kedudukan semasa, maka Apakah realiti pendirian TSP mengenai formula 2:1:1 ini dapat dijelmakan? Atau apakah idea ini akan “benar” pada 5 atau 10 tahun akan datang? Dan bagaimana idea ini boleh menjadi “benar’ kepada suku Iranun? Bolehkah idea dan formula ini dapat diutarakan kepada Naib presiden UMNO yang dikatakan bakal menemui pemimpin UMNO Kota Belud pada majlis Hari Raya 10 Okt. ini?
Namun Kalau TSP sudah melupakan idea ini, maka benarlah bahawa kebanyakkan pendirian TSP hanya bersifat “benar” pada waktu tertentu.
16 ulasan :
Cara lama mungkin tidak lagi sesuai digunakan pada keadaan semasa kerana situasi berlainan. Kita perlulah berubah mengikuti masa supaya kekal relevan dan tidak terpinggir.
Apa-apa pun, selamat berjuang semua.
Salam Adinda Kelapa Mawar,
Dunia politik sememangnya begitu, segala kata dan tutur hanya releven pada waktu tertentu. Demikian juga TSP dulu dialah orang memperjuangkan Formula 2:1:1. Tetapi sekarang ini dia silentkan isu itu kerana memikirkan beberapa perkara yang tidak menguntungkan politiknya dan orang-orang yang berada disekilingnya.
Saya dengar TSP sanggup korbankan kepentingan bangsa Iranun,jika peluang anak atau keluarganya menjadi calun PRU13 nanti tiada.
Memastikan Saudara Tajul tidak menjadi Ketua pemuda UMNO KB tahun 2008 adalah bukti jelas misi beliau menghalang anak-anak Iranun yang berkecimpung dalam politik. Kononnya masa belum tiba bagi beliau. Agaknya masa apa yang hendak ditunggu oleh TSP baru anak-anak Iranun boleh berkecimpung dalam politik, sehingga anaknya matang berpolitikkah?. persoalan ini yang hanya tahu ialah TSP.
Saya dengar dari sumber putrajaya, sudah ada nama-nama anak Iranun telah disenarai pendek untuk calun PRU13 nanti. Tetapi TSP sekarang berusaha menghalang peluang mereka ini kerana beliau mahu adiknya atau anaknya sendiri sebagai calun PRU13 nanti. Dan saya dengar TSP sanggup bangsa lain dicalunkan dalam PRU13 asalkan tidak kepada anak-anak Iranun yang berkecimpung politik sekarang ini.
Kalau beliau sendiri ada peluang menjadi calun pada PRU13 nanti tak apalah, kerana pada saya beliau masih mampu membawa lebih jauh bangsa Iranun ke depan. walaupun hakikatnya selama beliau ada kuasa tidak banyak juga perubahan bangsa Iranun. Kita mengharapkan adanya kesedaraan dijiwanya tentang kelemahannya dia dimasa lampau.
apa pun yang dilakukan ianya perlulah relevan, mengambilkira situasi semasa, dan yang paling penting ianya baik untuk semua pihak.
Salam sejahtera kepada KM,
apa yang saya tahu, untuk mengecapi kemenangan perkara yang perli ialah Kepentingan rakyat yang perlu diutamakan terlebih dahulu jika mahu kemenangan. Jangan kata-kata saja dilepaskan tapi laksanakannya sekali untuk memberi keyakinan.
formula ini boleh dipertimbangkan, namun kena pastikan samada ia releven dan dipersetujui oleh lapisan penduduk KB.
Politik kebanyakkannya, benda yang haram tidak diharamkan, benda yang tidak diharamkan adalah haram.. begitu la politik...
tak kisah formula apapun nak digunakan, yang penting adalah pemimpin harus peka dgn keadaan dan keperluan rkyat. kepentingan rkyat diutamakan.
MUNGKIN SUDAH TIBA MASANYA BAGI DUN USUKAN DAN TEMPASUK BUKAN LAGI MEMILIHIH ATAS DASAR BAJAU ATAU IRRANUN.YANG PENTING PEEMIMPIN ITU BERKULAITI,INTEGIRTI TINGGI,JUJUR,IKHLAS,ADIL DAN BERJIWA RAKYAT SERTA MEMILIKI PEMIKIRAN KE DUA2 SUKU KAUM INI.mALAH SEORANG YANG TIDAK MEMILIH BULU SAMADA BAJAU ATAU IRRANUN.FAKTOR PENTING BERKEBOLAHAN DAN DAPAT DITERIMA SECARA MAJORITI OLEH KEDIUA SUKU KAUM INI SECARA TOTAL.
setiap tindakan atau keputusan yang dibuat perlulah sesuai dengan keperluan dan kepentingan semua pihak.
Formula 2:1:1 ada juga kebaikan nya tetapi kalau di perluaskan lagi agar semua suku ada pemimpin nya di peringkat atas agak nya elok formula itu di ubah kepada 1:1:1:1 semua dapat merasa 1 malaysia dapat di rialisasikan
terpulang kepada apa yang hendak dicapai..jika sesuatu keputusan itu dilihat sebagai relevan dan rasional untuk digunakan, mengapa perlu diketepikan?
apa pun keputusan yang digunapakai haruslah mengambil kira akan baik buruknya..jika melihat pada satu sudut sahaja nescaya objektif/matlamat yang diidamkan tidak akan menjadi kenyataan malahan akan bertukar menjadi masalah.
Observer, October 6, 2010 10:46 PM
MUNGKIN SUDAH TIBA MASANYA BAGI DUN USUKAN DAN TEMPASUK BUKAN LAGI MEMILIHIH ATAS DASAR BAJAU ATAU IRRANUN.YANG PENTING PEEMIMPIN ITU BERKULAITI,INTEGIRTI TINGGI,JUJUR,IKHLAS,ADIL DAN BERJIWA RAKYAT SERTA MEMILIKI PEMIKIRAN KE DUA2 SUKU KAUM INI.mALAH SEORANG YANG TIDAK MEMILIH BULU SAMADA BAJAU ATAU IRRANUN.FAKTOR PENTING BERKEBOLAHAN DAN DAPAT DITERIMA SECARA MAJORITI OLEH KEDIUA SUKU KAUM INI SECARA TOTAL.
saya setuju dengan pendapat ini..ini adalah sejajar dengan konsep 1Malaysia yyang dianspirasikan oleh PM. oleh itu, seseorang calon itu haruslah benar2 bertanggungjawab, jujur, bersih dan saksama.
Saya dari dulu hingga sekarang menyokong pendapat atau saranan 2:1:1 TSP..sekiranya perakara ini terlaksana, ia merupakan perjuangan TSP yang amat berharga kepada masyarakat irranun dan dikenang hingga keanak cucu dan generasi demi generasi..apakah rasionalnya kerajaan UMNOBN menolak cadangan ini?...sekiranya TSP hilang dalam politik KB ..siapa penggantinya?..maka lenyaplah politik orang irranun..kenapa orang irranun tidak mahu diberi peluang mempunyai DUN sendiri? apa masalahnya? harus diingat..masyarakat irranun adalah faktor pengimbang kepada kemenangan BN di DUN Tempasuk dan Usukan..apa akan jadi sekiranya masyarakat irranun merajuk dan menyertai PKR..mampukah BN menang di 2 kawasan ini?....Saya tetap menyokong formula ini demi kesinambungan politik orang irranun..dan sekiranya TSP masuk PKR untuk mempertahankan formula ini dan PKR bersetuju terhadap Formula ini..saya sokong penuh dan undi untuk TSP..biar putih tulang jangan putih mata..wassalam
Harap keputusan yang terbaik akan diambil.
Post a Comment