Sunday, October 3, 2010


Keputusan pihak penganjur menjemput Datuk Shafie Apdal sebagai Tetamu Kehormat dalam majlis sambutan Hari Raya yang dijangka diadakan di Pusat giat Mara kg. Botung Kota Belud dilihat oleh banyak pihak di daerah ini sebagai satu cubaan 'melaga-lagakan' kepentingan dan percaturan politik yang melibatkan Datuk Salleh, selaku Ketua Umno bahagian, dengan Timbalan Umno En. Awadnir Matanggal. Berikutan itu timbul pelbagai spekulasi kononnya penganjuran Majlis itu membelakangkan ketua Umno Kota Belud. Sedangkan persoalan tersirat yang harus dirungkai berkaitan isu ini ialah, apakah signifikannya dengan Pertubuhan Sosial yang pernah dilaungkan suatu ketika dulu, yakni USBO.

Keretakan kepimpinan peringkat USBO bermula tatkala bila para pemimpinnya membawa haluan masing-masing mengikut naluri politik mereka. Misalnya Timbalan Presiden USBO, Tan Sri Datuk seri Panglima Pandikar Amin, telah diberikan jawatan YDP Dewan Rakyat, Datuk Salleh diganjarkan dengan status penasihat sains kepada Ketua Menteri Sabah bertaraf menteri. Manakala Datuk Shafie Apdal yang pada waktu itu berstatus "PENASIHAT" kepada USBO hanya dilihat sebagai Model atau imej pertubuhan itu. walaupun para pemimpin ini menafikan wujud keretakan dalam pimpinan USBO, namun pemilihan cara dan kaedah menonjolkan diri dalam politik Sabah nyata membenarkan spekluasi tentang NGO ini. DSSK dilihat meninggalkan rakan-rakan dalam USBO untuk menyertai team Datuk Musa Aman, TSP dilihat lebih banyak berkecuali tetapi berpendirian, manakala Datuk Shafie Apdal dikatakan secara terang banyak perkara kontra dengan ketua menteri sabah berkaitan pengagihan Peruntukan KKLW di Sabah.

Oleh itu bila Datuk shafie diminta menjadi tetamu kehormat, maka banyak pihak dari persepsi politik di Kota Belud menjadi seperti "cacing kepanasan". Justeru pelbagai isu dan spekulasi ditiupkan. sedangkan pada realitinya, Kehadiran Datuk Shafie adalah satu rahmat dari rumpun bangsa USBO.

Pada asasnya, Datuk Shafie begitu tahu tentang percaturan politik Sabah yang begitu unik dan mengelirukan. Beliau tahu juga bahawa ramai penyokongnya yang begitu berharap agar Jawatan Ketua Menteri Sabah jatuh ke tangan pemimpin dari Pantai timur ini. Namun Datuk Shafie juga tahu, bahawa beliau tidak mempunyai rangkaian akar umbi yang begitu kuat melibatkan pimpinan bahagian dan cawangan di semua kawasan di Sabah. Malahan kemenangannya dalam pemilihan UMNO sehingga menjawat Naib Presiden dikatakan oleh ramai pihak sebagai 'kebesaran pengaruh Musa Aman" dan bukannya hubungan intim Datuk Shafie dengan pemimpin peringkat Bahagian. Oleh itu, Datuk Shafie sedar, beliau perlu merangka strategi khusus untuk mengikat keintiman politik di semua peringkat akar umbi UMNO di Sabah jika impiannya untuk 'mengenepikan" Musa Aman menjadi realiti. Jika tidak, kalaupun Datuk Shafie menjadi CM menggantikan Musa Aman, beliau akan sukar memperolehi sokongan dari UMNO Sabah. Justru langkah menjadi "tetamu kehormat' dalam majlis sambutan Hari raya di Kota Belud adalah satu signal awal kepada pimpinan UMNO Sabah dan Kota Belud, bahawa Datuk Shafie juga mula menyedari strategi baru untuk ke matlamat akhir politik beliau.

Keperluan menjalin hubungan intim politik peringkat akar Umbi ini, adalah satu kemestian terutama bagi pemimpin yang bercita-cita menduduki kerusi panas KETUA MENTERI SABAH. Dan jika diselusuri perjalanan politik Datuk Shafie, nyata beliau tidak mempunyai kekuatan dari sudut itu, beliau bermula di peringkat pusat dengan jawatan setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, kemudian beberapa jawatan penting sehingga menteri Penuh seperti kementerian Pertahanan dan Hal Ehwal Pengguna dan terkini KKLW. Di peringkat daerah Semporna misalnya pada PRU 12 yang lepas kredibiliti Datuk Shafie ditentang oleh En. Ajis Abd Hamid yang juga adik kepada Haji Abdillah Abdul. Hamid yang pernah mengalahkan Tun Sakaran pada PRU 1986. Membuktikan bahawa di peringkat daerah sendiri, Datuk Shafie tidak begitu mempunyai kekuatan akar umbi meskipun pada PRU 12 itu beliau memperolehi undi majoriti.

Apakah kehadiran Datuk Shafie di Kota Belud akan mengubah paradigma politik suku USBO atau akan mendatangkan perpecahan yang teruk? Apakah Ketua UMNO KB iaitu Datuk Salleh akan menghadirkan diri sepertimana telatah politik beliau sebelum ini yang menyaksikan pembiokotkan program Juara Rakyat bersama Datuk Noh Omar? Apa-apapun kita bakal menyaksikan satu lagi episod politik di daerah ini pada 10 hb Okt. yang mendatang ini. Bersama kita tunggu.

18 ulasan :

Anonymous said...

andaian demi andaian dibuat bai menjelaskan situasi politik sabah yang dikatakan semakin panas..andaian2 ini dilihat mencetuskan pelbagai persoalan terutama di kalangan rakyat..

Anonymous said...

harap rakyat tidak akan terkeliru dengan andaian2 yang dibuat..

zam said...

setuju dengan mike..andaian-andaian hanya akan mencetuskan pelbagai persoalan. apa pun sebaiknya setiap pemimpin mempunyai hubungan baik sesama pemimpin dan dengan sesiapa sahaja.

Anonymous said...

dalam politik pelbagai kabar angin dan spekulasi yang akan kita dengar, di sabah, kabar angin dan spekulasi yang didengar telah memanaskan suasana politik Sabah, kita sebagai rkyat kena bijak dalam menilai sendiri kabar2 angin yang didengari.

Observer said...

Buat apa dipertikai dan dibuat spekulasi tentang kehadiran Yb.Datuk Shafie ke Majlis sambutan hariraya di Kota Belud.Bukan ke dia salah seorang pemimpin Tertinggi UMNO pusat.Kita harus berfikiran terbuka dan jangan takut pada bayang2 sendiri.TEPUK DADA TANYA MINDA.

Anak Sabah said...

Walaupun Shafie Apdal mempunyai banyak penyokong, tapi kebanyakan mereka itu golongan PATI.

Anak Sabah said...

Jika betul-betul mahu menukar KM, Shafie Apdal bukan orang yang sesuai.

Antanum said...

Saya fikir tidak perlu la membuat pelbagai andaian yang saya rasa hanya akan mengundang perkara yang tidak diingini....

Hosie Masie said...

Anggap saja ini hanyalah sebagai lawatan Shafie untuk KKLW bagi peruntukkan bekalan air di Sabah.

Anonymous said...

ssemua yang kita dgr ini hnylah kabar angin sahaja, jgnlah kita mudah terpengaruh dan keliru dgn kabar2 angin seperti ini.

Unknown said...

kenapa ramai orang suka buat andaian tersendiri tentang politik di Sabah?

Unknown said...

siapapun yang bakal jadi KM Sabah harus orang yang berwibawa, telus dan ikhlas memimpin rakyat. dan paling penting calon tersebut adalah pilihan melalui undi sah rakyat Sabah.

Unknown said...

siapa KM adalah tidak penting sebab yang paling utama ialah dia telah dipilih rakyat Sabah. jangan membelakangkan rakyat Sabah!

Anonymous said...

Shafie akan melakukan apa sahaja untuk merampas jawatan KM sabah lebih2 lagi setelah menyedari beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di Sabah. jika rakyat diberikan hak dan kuasa untuk memilih KM Sabah, pasti Shafie bukan pilihan...

Unknown said...

KM,

JANGANLAH BUAT kenyataan, Musa aman membantu shafie dalam pemilihan UMNO sehingga dia menang kerusi Naib presiden jika tidak tahu fakta sebenar.

Terlalu banyak andaian tanpa fakta melenyapkan kredibiliti tulisan.

Salam.

wata samar said...

Kalau pemimpin atasan sudah tidak sehaluan,apa lagi rakyat di bawah ini...kesian rakyat yang menerima padah

Tudung Duang said...

Terlalu banyak persepsi dan andaian yang mampu mengelirukan rakyat!..bersikap positif dan memandang dgn minda positif! semakin banyak andaian dan 'sangat' licik serta bijak memainkan isu hanya bikin para pemimpin kita kelihatan seperti bertelingkah! sedangkan gambaran sebenar tidaklah seteruk itu!..jika ada pun..bukan tugas kita 'memperkukuhkan' lagi sebarang perselisihan...tugas kita ialah menjernihkan siapa pemimpin yang bertelingkah!..dengan lain perkataan jangan keruhkan!..

Mohd Ishak said...

Setiap orang ada persepsi masing-masing.