Sunday, October 17, 2010


Setelah hampir setahun idea dan formula politik TSP dipublishkan dalam blognya..terutama berkaitan senario politik di Kota Belud, akhirnya formula 2: 1: 1 itu ditolak secara rasminya oleh Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said. Penolakan total ini boleh kita ikuti dalam luahan pandangan DSSK dalam blognya, yang kononnya beliau tertarik dengan Kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hisammudin yang mengeluarkan kenyataan supaya sistem kouta dalam pembahagian kerusi kepada parti-parti komponen BN wajar dikaji semula.

Ini sekaligus memberi kita satu jawapan baru kepadfa formula TSP yang menginginkan agar kerusi dan jawatan dalam Umno Bahagian Kota Belud dapat dibahagikan mengikut komposisi suku yang mendiami daerah berbukit ini. Walaupun setahun yang lalu TSP hanya memberikan cadangan dan pandangan kemudian menyerahkannya bulat-bulat kepada kebijaksanaan DSSK selaku ketua UMNO Bahagian KB, namun pada waktu itu DSSK 'membisu seribu' bahasa. Dan setelah mendapat kekuatan politik peringkat negeri...dengan menjalinkan keakraban politik dengan Datuk Musa Aman sehingga menjadi 'penasihat' bertaraf menteri, meskipun bukan 'wakil' rakyat...maka DSSK telah memberikan jawapan kepada pandangan TSP ini.

Apa yang menjadi tarikan kepada 'penolakkan' ini ialah keakraban politik yang dijalinkan oleh kedua tokoh ini di daerah Kota Belud selepas mereka digugurkan pada PRU 12 yang lepas. Hanya mereka berdua ini yang masih 'rapat' walaupun ramai pemimpin kelas pertengahan suku Iranun tidak mengharapkan apa-apa perkembangan positif kepada 'keakraban' itu. Malahan saeorang pemimpin veteran USNO, AKAR, Dan Kemudiannya UMNO sempat menyatakan kepada saya bahawa, adalah satu yang tidak menguntungkan politik TSP bila mengadakan 'pakatan' politik peribadi dengan DSSK. Andaian kepada hipotesis beliau ini, ialah DSSK adalah seorang politikus yang licik dan sangat mementingkan diri, bila masa dan ketika akan meninggalkan TSP, apabila matlamatnya sudah tercapai. Dan penolakkan kepada formula 2:1: 1 ini adalah antara pemulaannya.

Di pihak TSP menurut pemimpin vateran ini, menyatakan begitu bersungguh-sungguh merealisasikan 'persahabatn' baru mereka. tetapi di pihak DSSK, adalah sebaliknya. Apa yang menjadi perhatian DSSK ialah berkaitan dengan sistem Kouta dalam BN, sedangkan kata-kata Naib Presiden Umno Datuk Shafie Apdal bahawa pemimpin Sabah tidak menunjukkan keceriaan apabila beliau menduduki tiket Naib Presiden..pula tidak di ulas oleh DSSK.

Bagi penyokong UMNO KB yang terdiri daripada rakyat jelata..sandiwara politik dan penolakkan kepada formula TSP ini tentunya akan memberikan kesan besar dalam meraih undi terutama undi masyarakat Iranun. Sama ada benar atau tidak, hanya terbukti pada PRU 13 akan datang.

27 ulasan :

Observer said...

SALAM SAUADARA KM,

1.SETELAH MEMBACA KENYATAAN SAUDARA SAYA DAPATI SATU ANDAIAN TELAH SAUDARA BUAT KE ATAS KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH DSSK.KITA JANGAN SALAH TAFSIR TENTANG KENYATAAN DSSK.MUNGKIN BELIAU MELIHAT DARI SUDUT SCENERIO "LAND SCAPE" POLITIK DI SEMANAJUNG MALAYSIA BUKAN DI KOTA BELUD.MALAH DSHM LEBIH MENGETAHUI DAN MEMAHAMI KEADAAN DI SEMANANJUNG MALAYSIA.ANDAIAN SAUDARA KERETAKAN MENANTI BELAH DI ANTARA DSSK DAN TPA BERDASARKAN FORMULA 2:1:1 YANG DICETUSKAN OLEH TPA MASA LALU.SAUDARA TELAH MENGANDAIKAN DSSK TELAH MENOLAK CADANGAN TSPA ITU.

2.SAUDARA MEMANG BERHAK UNTUK MEMBUAT ANDAIAN TAPI JIKA IA BOLEH MEMBAWA KEKELIRUAN KEPADA MASYARAKAT KB MEMANG AMAT BERBAHAYA DAN MENUJU KEPADA PERPECAHHAN DI KALANGAN UMNO KB.

3.SAYA TIDAK BERNIAT MENYEBELAHI MANA2 PIHAK.BAGI SAYA YANG PENTING BAGAIMANA KITA MEMANTAPKAN LAGI KESEPADUAN PERESAUDARAAN KEDU-DUA PEMIMPIN INI.KITA HARUS BELAJAR DARI SEJARAH MASA LALU DI MANA KE DUA PEMIMPIN INI PERNAH TIDAK SEHALUAN DALAM SATU MIMPI YANG SERUPA DALAM PERJUAGAN POLITIK.HASILNYA YANG MENANG JADI ARANG YANG KALAH JADI ABU.

4.JIKA ISU PERKARA INI DIUAR-UARKAN SEBENARNYA TIDAK BERLAKU PASTI ORANG LAIN AKAN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN DI ANTARA KEDUA-DUA PEMIMPIN INI SETERUSNYA PEMIMPIN2 MEREKA TERUTAMA SAUDARA2 KITA KAUM SAMA DAN IRRANUN DI KB.

5.SEBAGAI PEMINAT BLOG SAUDARA YANG SELAMA INI SAYA MEMERHATI DAN BERPUASHATI DENGAN KENYATAAN2 SAUDARA KM DALAM BLOG.TAPI BILA ISU INI SAUADARA KETENGAHKAN SAYA TIDAK BERSETUJU KERANA AKAN LEBIH MENGUNDANG KESAN2 NEGATIF DARIPADA POSITIF.

6.KITA SEHARUSNYA LEBIH MATANG DAN DEWASA SERTA MEMANDANG JAUH KE HADAPAN BUKAN BERFIKIRAN SEMPIT.KITA SEHARUSNYA MENGAJAK ORANG LAIN BAGIMANA KITA MEMBAWA RAKYAT KB BERSATU DALAM SATU PERJUANGAN.BAGAIMANA PUN,SAYA MEMOHON MAAF KEPADA SAUDARA KM JIKA TEGURAN SAYA INI MENYENTUH PERASAAN SAUDARA, TETAPI SAYA IKHLAS DAN SAYANG KEPADA PENULISAN SAUDARA YANG SELAMA INI MEMBAWA PEMBACA BERFIKIR.

mambangtiora said...

Saya dari dulu hingga sekarang menyokong pendapat atau saranan 2:1:1 TSP..sekiranya perakara ini terlaksana, ia merupakan perjuangan TSP yang amat berharga kepada masyarakat irranun dan dikenang hingga keanak cucu dan generasi demi generasi..apakah rasionalnya kerajaan UMNOBN dan DSSK menolak cadangan ini?...sekiranya TSP hilang dalam politik KB ..siapa penggantinya?..maka lenyaplah politik orang irranun..kenapa orang irranun tidak mahu diberi peluang mempunyai DUN sendiri? apa masalahnya? harus diingat..masyarakat irranun adalah faktor pengimbang kepada kemenangan BN di DUN Tempasuk dan Usukan terutamanya DSSK pernah mewakil Usukan dan mendapat undi dari kaum Irranun..memang beliau jenis tidak mengenang budi sama seperti?????? tidak perlu saya ceritakan disini..suku irranun dan pejuang politik veteren tahu perkara ini!!!!!!....Saya merasa kesal dengan kebodohan suku Irranun disebelah DUN Usukan yang menjadi pengundi DSSK...sedangkan mereka tahu DSSK menolak cadangan TSP yang memberikan menafaat besar kepada suku Irranun...baguslah kekalkan kebodohan itu...supaya suku irranun menjadi melukut tepi gantang dalam arena politik kota belud....apa akan jadi sekiranya masyarakat irranun merajuk???? dan menyertai PKR..mampukah BN menang di 2 kawasan ini?....Saya tetap menyokong formula ini demi kesinambungan politik orang irranun..dan sekiranya TSP masuk PKR untuk mempertahankan formula ini dan PKR bersetuju terhadap Formula ini..saya sokong penuh dan undi untuk TSP..biar putih tulang jangan putih mata..wassalam

mambangtiora said...

buat observer....
Janganlah bercakap berlapik2..kononya menjaga keharmonian dan perpaduan....inilah istilah yang menjadi kelemahan orang melayu.....kita terus saja kepada persoalan utama iaitu 2:1:1 bermaksud 2 Kawasan Bajau ,1 Kawasan Iranun ,1 Kawasan Dusun...sangaaaaaaaaaaaaat adil...berbanding 3 kawasan Bajau dan 1 dusun dan 0 irranun sangaaaaaaaaaaaaaat tidak adil..takkan Bajau pajak semua kawasan sampai 3 baru dikira adil dan Dusun 1..kalau dikira dari pengetahuan matematik tahap mudah saudara observer dikira gagal dan sangat lemah...kira paluilah...tu...kalaulah suku irranun tu adalah kaum cina sudah pasti mereka akan dapat 1 kawasan...kenapa saya katakan begitu!!!!..kerana kaum ini adalah jenis yang tidak suka bercakap berlapik-lapik.....mudah bersatu..bijak..susah digula-gulakan dengan pelbagai tawaran menarik..wang kah..projek kah...bangunlah wahai irranun perjuangankan hak kamu......harus dingat memperjuangkan hak bukan berbentuk kekerasan sampai menjejaskan perpaduan,persahabatan dan kekeluargaan..itu kerja bodoh..perjuangankan dengan penuh toleransi bersama TSP dan pengakhiranya ialah UNDI...undi Suku irranun adalah Undi keramatdi Kota Belud...selamat berjuang TSP dan Kelapa Mawar

Observer said...

1Saudara Mambangtiora,
Saya bukan berniat cakap berlapis h.anya sekadar mengingatkan KM jangan terlalu mudah membuat andaian dan melabelkan DSSK dan TPA mula retak menanti belah hubungan mereka.

2.Yang ssaudara terlalu emosiional kenapa?Saudara kita sudah dewasa dan elakkan bersifat keanak-anakkan.Sauadar harus sedari bahawa DSSK dan TPA merupakan pemimpin yang perlu kita hormati.Saudara harus ingat juga suatu ketika TSP pernah dilabelkan hanya untuk milik pemimpin Irranaun sahaja.Tetapi sekarang sudah berubah.TSP adal pemimpin bagi semua kaum di KB terutama suku kaum Irranun dan Samah.Begitu juga DSSK.

3.Dalam Era sekarang kita tidak boleh kita label TSP untuk pemimppin Irranun sahaja.Sepanjang pengetahuan saya TSP banyak telah membantu bukan sahaja Irranun tetapi kaum Samah di Kota Belud.

4.Saya bersetuju degngan formula 2:1:1 di KB.Tapi contohnya jika tiada pemimpin yang berkualiti bagaiama kita ke tengahkan.Saya sarankan kepada Saudara supaya bertanya kepada TSP siapa pemimpin pelapis dari suku Irranun yang perlu kita ketengahkan buat masa ini.Memang ada tapi m asih belum ada yang benar2 berktrampilan.Saya perhati ramai juga berpontesi dan kini mungkin dalam perhatian TSP untuk digilap sebagi pemimpin pelapis dari saudara kaum Irranun.

Saya harap saudara Mambangtiora jangan mudah terlalu percaya kepada persepsi dan mudah mengikut perasaan marah.Saudara.....BIARLAH KITA MENGAWAL PERASAN ITU DAN JANGAN SEKALI PERASAAN ITU MENGAWAL SAUDARA.Maaf jika komen saya menyentuh perasaan saya ikhlas sebagi pemerhati dan ingin melihat dua kaum ini khususnya Irranun dan Sama bersatu dalam satu perjuangan.

joey said...

setiap pemimpin ada pendapat atau pandangan masing-masing. Namun, tidak semestinya wujud keretakan hubungan jika mereka berbeza pendapat.

mandau said...

mungkin formula tersebut dirasakan kurang sesuai diaplikasikan, apapun, hubungan antara mereka tak semestinya akan retak.

Anak Sabah said...

Bersatu kita tegak, bercerai kita roboh.

getah lastik said...

satu pentafsiran dan andaian yang salah.jangan disebabkan pentafsiran yang silap menyebabkan kita menjadi EJEN pemecahbelah antara dua orang pemimpin yang mempunyai pengaruh dan pengikut di daerah kb.kita tak larat lagi utk bercakaran antara satu sama lain

BELUM PENDEKAR said...

Salam sdra KM,

1. Saya faham benar bahawa sdra sebenarnya faham akan maksud DSSK bila beliau berkata bahawa "Beliau tertarik dengan komen DSHTH mengenai pembahagian kerusi KOMPENEN Barisan Nasional". Namun demikian, sdra dengan "sengaja" cuba mengalih maksud beliau dengan mengatakan bahawa kononnya itu adalah "penolakan" kepada cadangan TSP.

2. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran sdra. Barangkali sdra seronok melihat sesetengah blogers yang memberikan pelbagai komen tanpa membuat pertimbangan yang sebaik-baiknya lalu memberikan komen semata-mata bersandarkan "takrifan" yang telah sdra bentangkan di depan mereka. Namun demikian, bagi orang yang tahu hakikat sebenarnya, mereka akan melihat bahawa dengan mengutarakan perkara sedemikian, niat sdra sebenarnya ialah untuk mencari "pembeli". Usaha ini kelihatan berbaloi kerana DSSK mahupun TSP adalah dua orang pemimpin yang tidak dapat dinafikan masih lagi mendapat sokongan kuat dikalangan masyarakat KB. Maka, atas sebab itu, jika tulisan-tulisan sdra disusuri kembali, ianya tidak dapat lari daripada melibatkan kedua-dua tokoh terbilang ini.

3. Saya fikir, sekiranya "andaian-andaian beragenda" seumpama ini sdra teruskan, suatu hari kelak kredibaliti serta imej sdra sebagai penulis yang bersikap profesional akan terjejas. Lalu, kembalilah kepada janji sdra dulu bahawa sdra hanya melemparkan idea untuk perbincangan dan bukan berhasrat untuk menimbulkan salah faham dan persengketaan. Sdra perlu ingat bahawa, tulisan sebegini akan menimbulkan salah faham dikalangan masyarakat dan bukannya di antara pemimpin yang sdra sebutkan. Percayalah, mereka tahu apa mereka lakukan dan mereka telah mempunyai persetujuan yang jelas mengenainya. Mungkin, hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.

4. Kepada rakan-rakan blogers, jangan membuat kesimpulan apatah lagi sehingga ke peringkat "melenting" berdasarkan apa yang "dibentang" di depan sdra-sdra semata-mata. Jangan hanya kerana KM mendakwa bahawa DSSK menolak cadangan TSP maka sdra-sdra fikir "benarlah" DSSK bersikap sedemikian. Itu hanyalah andaian KM yang memang "disengajakan" bagi mencapai niat tertentu.

5. Hakikatnya, impian untuk melihat formula 2:1:1 terlaksana hanya dapat dinilai semasa PRU 13 kelak. Sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar, tidak mungkin DSSK mengambil langkah "menukar" DMJ atau DJA semata-mata ingin membuktikan kepada KM bahawa beliau menerima cadangan TSP tersebut.

Salam dari
BELUM PENDEKAR

Anonymous said...

dalam politik spekulasi dan andaian2 seperti ni sentiasa timbul, kita kena bijak dalam menilainya.

Observer said...

Salam,

1.Saya amat setuju apa yang diutarakan olen BP.Belaiau amat matang megupas persoalan ini tanpa mengikut perasaan dan ada logik dan rasioanalnya.

2. Dalam apa juga tuturkata dan penulisan kita jangan terikut-ikut dengan perasaan yang beremosi.Apa lagi bila menyentuh sukukaum tertentu.Contohnya tiora Saudara Mambang kata..tak semua dipajak oleh Bajau....Ini kenyataan amat memperbahaya dan boleh memechah belahkan perpaduan.Apa pula perasaan sauadara kita kaum Bajau bila sauadar Mambangtiora berkata begitu.

3.Saya tidak pernah menyatakan menolak formula 2:1:1.Semua itu terserah kepada kepimpianan kita termasuk TPA dan DSSK.Cuma saya peringatkan saudara Mambangtiora JANGAN MENGIKUT PERASAAN SAUDARA.Bukan ke kita juga bertanggungjawab untuk memelihara kerharmonian dan perpaduan kaum di KB walaupun kita bukan orang politik sebagai rakyat KB.Cukuplah sebelum ini rakyat KB bercakaran sama sendiri dalam politik.Kita harapkan KB terus maju ke hadapan dalam pembangunan bukan untk kita sebenar tetapi untuk generasi kita di masa-masa mendatang.

Hosie Masie said...

Setiap orang ada pandangan tersendiri tetang formula TSP itu dan tidak salah kita memberikan pendapat dan cadangan yang terbaik untuk formula tersebut. Mungkin betul penulis ini tersalah faham dengan artikel DSSK tersebut. Ini tidak bermakna DSSK menolak formula tersebut tapi mungkin formula itu masih mempunyai kelemahan yang tersendiri maka perlu untuk ditengok kembali oleh TSP untuk diperbetulkan. Andaian dari artikel ini salah dan tidak berpandangan positif. Retak semakin belah?Tidak mungkin. Jadi tidak perlulah membuat andaian sendiri dengan semua ini.

pendekarwati said...
This comment has been removed by the author.
pendekarwati said...

Saudara Observer, SUPRA dan Kekandaku Belum Pendekar,

Salah tafsiran boleh membawa padah... Saya rasa apa yang penting adalah untuk pemimpin kita semuanya bersatu untuk membawa kemajuan di Kota Belud dan di Sabah..

Saudara Kelapa Mawar,

penulis saudara sejak semenjak ini bukan lagi untuk wadah perbincangan sahaja... stetapi rasanya lebih berbau agenda tersirat..

" the POWER of the PEN is ALMIGHTY than the Sword "... oleh itu perlulah digunakan dengan bertanggungjawab.

Salam Hormat,

PENDEKARWATI

Hosie Masie said...

Setiap orang ada pendirian tersendiri. Sekiranya ditolak formula tersebut itu memang mengecewakan, tapi kita mesti menerima pendapat orang lain juga kenapa ini mesti ditolak. Munkin tidak sesuai dengan keadaan sekarang atau perlu untuk diperbetulkan lagi, penerangan yang tidak lengkap. Ini mungkin antara masalah dalam formula tersebut. Oleh itu pandanglah dengan cara positif.

zam said...

setiap pemimpin masing-masing ada pendapat tersendiri. namun tidak perlulah pelbagai andaian dan spekulasi ditimbulkan.

Anonymous said...

biasalah setiap orang ada pendapat yang berbeza..mungkin DSSK meneliti dahulu formula 2:1:1 ini sebelum memberikan pendapat beliau..

Anonymous said...

bagi saya, kuota pembahagian kerusi kepada parti2 komponen BN adalah wajar dikaji semula dan satu sistem kuota yang lebih adil kepada semua pihak adalah perlu ada agar tidak menguntungkan sesetengah pihak dan keciciran bagi sesetengah pihak yang lain.

Anonymous said...

bagi saya, formula 2:1:1 ini tidak relevan dalam semangat 1malaysia..ini kerana suku yang dianggap minoriti akan terus tercicir disebabkan keputusan majoriti berpihak kepada suku yang lebih dominan..ini menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kuasa membuat keputusan demi kepentingan bersama yang seterusnya akan membawa kepada perpecahan..

Anonymous said...

satu formula yang mengambil kira kepentingan semua harus dibentuk..ini adalah bagi memastikan kestabilan dan bukannya penindasan..

Anonymous said...

terpulang kepada para pemimpin bagi membentuk satu formula yang dirasakan relevan dengan keadaan semasa. apa yang diharapkan adalah satu sistem yang dilihat adil kepada semua pihak.

BELUM PENDEKAR said...

Saya merasa gembira semakin ramai rakan-rakan blogers yang memberikan komen yang cukup positif.. Observer, Mandau, Getah Lastik, Adinda Pendekarwati dan sebagainya sentiasa memberikan pandangan yang cukup baik dan ikhlas pada penilaian saya. Saya percaya, pandangan kalian perlu untuk memberi gambaran sebenar pemikiran masyarakat KB. Ia juga perlu sebagai mesej bahawa golongan bijak pandai yang berdiam diri selama ini sudah tidak dapat menerima tohmahan dan andaian songsang yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada masyarakat KB keseluruhannya. Saudara-saudara ku... Marilah bersuara.. nyatakan pendirian kita.. Elakkan anasir-anasir yang ingin melihat suku bangsa Irranun, Bajau, Dusun dan Cina di KB daripada bersengketa. Kita jangan lupa, suku bangsa bukan pemisah lagi sekarang ini.. Lihat saja Irranun ada saudara Bajau dan Dusun, begitu juga Bajau ada saudara Irranun dan Dusun dan Dusun juga ada saudara dikalangan Irranun dan Bajau bahkan Cina... maka, mengapa harus bersengketa?.. Masa depan KB ditangan kita semua.. bukan ditangan seorang atau satu suku kaum saja...

Salam Hormat dari
BELUM PENDEKAR

mambangtiora said...

Salam semua......kah..kah.kah(saya pinjam dulu trademark Hisahmuddin Rais)...balik2 setiap ulasan berkaitan dengan perpaduan,kesepaduan,menjaga hati,mengawal emosi,macam budak-budak dan macam zaman P.Ramlee pula....ini zaman berterus terang alaf 21..perkara pokok perbincangan adalah 2:1:1...sama ada DSSK bersetuju kah tidak itu bukan persoalan(dan saya amat yakin DSSK sampai bila2 pun tidak akan membuat kenyataan umum menyokong Formula ini)...tapi idea 2:1:1 adalah demi keadilan dan keharmonian...Salah kah saya bercakap benar bahawa 3 kawasan adalah bajau dan 1 kawasan Dusun dan O itu Irranun...itu adalah fakta!!!! bukan fitnah???...kenapa pula suku bajau terasa atau marah kerana ini adalah fakta..perlukah saya berlapik-lapik pula 3 itu iranun dan bajau sementara 1 itu Dusun......nilah masalah melayu lemah matematik yang amat mudah...berterus terang adalah penting walaupun pahit kerana demi kebenaran..dan apa pula masalahnya kalau iranun dapat 1 Dun...???? berat sangatkah pengorbanan itu berlandaskan setiakawan dan keadilan...Saya cabar semua pembaca samada bajau,iranun,dusun untuk mengundi mana satu adil 2:1:1 atau 3:1:0 nyatakan pendirian!!!!!.......Teori perpaduan,persahabatan,bergolak,perlu penelitian,diperhalusi kaedah 2:1:1 kerana takut politik KB bergolak sekiranya kaedah ini dilaksanakan adalah retorik kepada penolakan kepada cadangan TSP 2:1:1....Dan saya nyatakan sekali lagi pendirian 2:1:1 sangaaaaaaaaaaat adil...dan saya tetap juga dengan pendirian bahawa untuk mencapai semua ini tidak perlu kekerasaan dan bertindak agresif tetapi penuh berhemah dan yang penting toleransi antara kaum demi keadilan.....berdiri teguh dibelakang TSP mengikut prosedur yang betul..kerana tanpa sokongan daripada kaum irranun maka harapan ini adalah sia-sia...wasalam

Tudung Duang said...

..saya terpanggil untuk beri komen! Sudah lama saya tidak 'cicah'kan tinta saya dalam blog KM ini..bermula dari awal berblog saya meminati segala curahan dan pandangan pemilik blog ini!..tetapi sampai ke satu tahap saya merasakan..akhirnya segala curahan dan pandangan pemilik blog ini bertukar ke arah spekulasi semata-mata..walaupun ada yang juga boleh diisukan namun..namun ia banyak menggunapakai kaedah persepsi, andaian dan 'dengarcakap' semata-mata!

saya kecewa! Pena yang ditarikan oleh pemilik blog ini amat bersifat konotatif!..tidak lain daripada tafsiran tanpa ada fakta asas yang kukuh.. Sayang penulisan sdra KM begini jadinya! yang menggamit blogggers datang bertandang!..gaya penulisan yang menarik tetapi terselit 'sesuatu'..akhirnya saya bertekad hanya membaca blog ini dengan seribu kesalan..tanpa mahu memberi pandangan balas! Saya tidaklah seberani bloggers yang lain!..untuk menyatakan pandangan kontra!..saya cuma pembaca setia yang cinta bangsa, agama dan negara..selebihnya saya sayangkan bidang penulisan!

Sebagai contoh..isu PISBA dan PAGISA! pada saya tidak ada perpecahan pun!..yang penting hanya penjenamaan semula!..namun berjaya diolah oleh penulis blog ini hingga menunjukkan seolah-olah berlaku perpecahan itu yang amat ketara!..bijaknya pemilik blog ini!..

Sehinggalah saya membaca komen-komen sdra Belum Pendekar..yang dapat membuka mata saya semula!..dan akhirnya terdorong saya mencicahkan tinta di laman pemilik blog ini!..

Siapa pun Belum Pendekar! Tidak penting!..tapi sekurang-kurangnya..janganlah kita bertelagah kerana pandangan, spekulasi, tafsiran dari sudut pandang yang bersifat provokasi oleh seseorang penulis! Kita bimbang seorang penulis yang mempuyai gaya penulisan yang baik tetapi akhirnya tulisan itu nanti menjadi "seperti beras yang lembap, dijual tak laku, ditanak tak tuai"..

Observer said...

1. Salam.Saya amat bersetuju apa yang diutarakan oleh BP dalam blog ini.Sesungguhnya kita mempunyai pernaan dan tanggungjawab masing2 dalam membina negara bangssa apa lagi dalam konsep 1Malaysia.Dalam pembangunan negara dan membela anak bangs kita,pearana ini buka hanya boleh dibuat oleh para pemimpin politik sahaja.Tetapi oarang2 yang di luar samada koprat,pejawat awam dan lain2 lagi mempunyai tanggungjawab menwujudkan suasana yang harmoni dan perpaduan di kalnagan masyarakat kita.

2. Syabas kepada paendapat saudara TUdungduang yang saya rasa seorang yang berpandangan futuristik dan meluahkan penadapat yang lahir darai sudut hati yang ikhlas.Saya sepebdapat dengan beliau agar sauadar KM kembali ke tujauan asal penulisan awal saudara dalam blog ini.Elakan terikut-ikut dengan lagu dan tari penulis blog yang lain yang mempounyai agenda sendiri apa lagi suka mengadu domba dan suka membuat presspsi dan spekulasi yang akhirnya membawa pembaca lain keliru dan marah mengikut perasaan.Sebaikanya kita menyumbang dalam membawa mereka berfikir secara kreatif dan invotif dari sudut yang positif dan boleh dikongsi bersama dalam membangun minda masyarakat kita di KB.

Salam Perpaduan.
Observer

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Tudung Duang,

1. Saya fikir pandangan sdra cukup hebat. Ia menunjukkan bahawa sdra adalah seorang yang berpandangan jauh mementingkan survival masyarakat KB secara keseluruhannya.

2. Pesanan saya, jangan takut memberikan pandangan. Pendapat dan pandangan sdra tidak berbeza kualitinya dengan pandangan kita semua. Maka, mengapa harus takut.. Jika kita berdiam diri, golongan yang sentiasa mencari kesempatan untuk "memesongkan" pandangan dan persepsi masyarakat kita akan merasa cukup gembira dan akan bermaharajalela. Cukuplah apa yang mereka lakukan selama ini.

3. Bersuara saudara ku... Kami yang sependapat dengan mu akan sentiasa berada dibelakang mendepani tantangan dari mereka yang menganggap kita sebagai penghalang hasrat mereka.

Salam hormat dari
BELUM PENDEKAR @ HANTU
(HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA)

Antanum said...

Fomula hanya la andaian yang dibuat oleh individu. Tidak kira bagaimana beliau mengandaikan sesuatu perkara ini, bagi saya satu yang sangat penting adalah fakta bagi menyokong ulasan dan formula yang dilakukan.