Thursday, October 7, 2010


Oleh kerana tarikh menentukan Pilihanraya berada di tangan PM, maka demokrasi di negara ini dilihat sentiasa "panas dan bergejolak".Setiap hari, setiap detik dan ketikanya, isu berkaitan dengan politik mewarnai kehidupan masyarakat di negara ini. Bukan sahaja di Semenanjung,bahkan di Sabah situasi sebegini, berlaku dan itu boleh kita sahkan apabila pelbagai isu dikemukakan sama ada dalam dunia media alternatif ataupun media massa lain. Pelbagai isu di sabah menjadi tumpuan para blogger dan wartawan terutama berkaitan dengan spekluasi politik pemimpin tertinggi melibatkan Ketua Menteri dan beberapa ahli kabinet negeri yang dikatakan banyak menimbulkan kontervasi.

Tentunya situasi sedemikian juga berlaku di Kota Belud. Daerah koboi yang disinonimkan oleh kebanyakan penganalisis politik tempatan sebagai "daerah pejuang" lantaran kerana daerah ini banyak mencatat lipatan sejarah politik sejak pasca merdeka lagi hinggalah sekarang, pelbagai spekulasi juga mula bertiup kencang. Isu pengguguran pemimpin tertentu pada PRU 12, nyata menjadi asam garam dalam penyebaran spekulasi ini. Kemudian dari itu, percaturan politik antara Datuk Salleh Tun Said serta Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia juga menjadi "buah mulut" politik dikalangan masyarakat Kota Belud. Ada yang 'berani" mengatakan , bagaimana dua ekor harimau politik Kota Belud ini, boleh 'hidup" dalam satu rimba? Sedangkan kedua-duanya pernah memperlihatkan ketangkasan pencak silat politik mereka di DUN Usukan, suatu ketika dulu yang menyaksikan TSP menjuarai 'pertandingan' itu. Sejak itu dan bermula sebelum itu sebenarnya...TSP dan DSSK dilihat mempunyai 'selera' politik yang cukup berbeza. Hanyasanya apabila berlaku pengguguran keatas mereka pada PRU 12 lepas, maka satu bentuk 'persefahaman" atas nama kepentingan politik peribadi di wujudkan. Dan yang menjadi isu besar dan panas sekarang di Kota Belud ialah, apabila kedua-dua tokoh ini dikatakan mewujudkan satu "pakatan" untuk terus mencorakkan landskap politik di daerah ini.

Walaupun sebelum ini, saya dan beberapa pemerhati politik tempatan meramalkan bahawa TSP akan ';dibersarakan' awal melalui perlantikannya sebagai TYT selepas PRU 13, namun ada tanggapan berbeza , bahawa dari perkembangan politik terkini, tokoh paling berjaya dalam suku Iranun itu dijangka tidak akan menghabiskan sisa-sia politiknya dengan mengorbankannya menerusi penerimaan Jawatan TYT. Lantas diramalkan bahawa TSP akan terus melakukan 'perlobian" menjadi wakil rakyat pada PRU 13 akan datang. desas-desus "pakatan" antara TSP dan DSSK akan menyaksikan TSP berkemungkinan menjadi calon Parlimen Kota Belud untuk membolehkan beliau aktif semula dan menjawat portfolio peringkat pusat sekaligus menyingkirkan penyandang asal Datuk Rahman Dahlan. Manakala menurut beberapa pemimpin masyarakat yang sempat saya temui, menyatakan kebarangkalian begitu tinggi buat DSSK menjadi calon di DUN TEMPASUK, sekaligus 'memusnahkan' harapan Datuk Musbah Jamli untuk di calonkan semula. Begitu juga di DUN USUKAN, yang diramalkan sebelum ini 'bakal' ditandingi oleh Datin Saidatul Badru, tidak lagi menjadi perhatian umum, sebaliknya Ketua Pemuda Umno Kota Belud iaitu Sdr Barur Sawi yang dikatakan ditaja oleh TSP dan DSSK untuk 'Menjahanamkan' politik Tadzul Radim bakal dicalonkan di Usukan, seterusnya 'melengkapkan' strategi dan pakatan kedua-dua tokoh paling berpengaruh di Kota Belud ini.

Percaturan TSP dan DSSK ini nyata tidak menyenangkan beberapa orang pemimpin dalam UMNO Bahagian Kota Belud, kerana bagi mereka seharusnya pemimpin muda diberikan ruang untuk terus menampilkan kualiti kepimpinan mereka. Percaturan DSSK yang dikatakan begitu 'licik',nyata menimbulkan banyak polemik dan spekulasi. Ramai pemimpin kelas pertengahan di daerah ini melihat gelagat DSSK penuh dengan kepentingan peribadi dan cita-cita politiknya. Misalnya keakraban antara beliau dengan YDP PERKASA SABAH, sdr Musli Oli suatu ketika dulu menjadi perhatian masyarakat Kota Belud. Sehinggakan MO dilantik menganggotai barisan kepimpinan BN peringkat daerah. Alasannya cukup mudah, kerana kata mereka pada waktu itu PERKASA dilihat sebagai satu NGO politik yang berpengaruh dan berkecenderungan kepada ideologi UMNO, maka bagi DSSK 'kehadiran" YDP PERKASA ini dalam barisan atau team percaturannya dilihat mempunyai signifikan yang cukup besar. Namun apabila PERKASA peringkat PUSAT mendapat banyak kritikan kerana dilabel sebagai "NGO ultra Melayu" , maka DSSK merasakan YDP PERKASA SABAH ini hanya menimbulkan 'ketegangan' dalam percaturan politiknya. Justeru sdr MO mula disisihkan. Inilah isu yang antara lain diperbincangkan oleh saya dengan seorang pemimpin bahagian UMNO KOTA BELUD beberapa hari yang lepas. sama ada benar atau tidak ianya adalah spekulasi politik yang bertiup kencang di daerah ini.

Jika benar bahawa hayat politik TSP tidak akan berakhir dalam waktu terdekat, maka masyarakat Iranun tentunya terbahagi kepda dua pola sokongan iaitu ada yang menyokong kepimpimpannya sama ada legasi politik TSP diteruskan oleh diri,atau anak dan keluarga terdekatnya dan satu pola pula akan menyaksikan "penentangan" akan berlaku seperti sebelum ini, dimana anak-anak Iranun yang berkecimpung dalam aliran politik pembangkang menunjukkan kontra jelas kepada kepimpinan TSP. Justeru itu jika ini berlaku lagi, perpecahan politik dalam suku minoriti ini tidak akan menemui jalan penyelesaiannya.

Itulah politik namanya, penuh dengan perpecahan, penuh dengan polemik, penuh dengan pertimbangan,penuh dengan ketidakwajaran dan tentunya penuh dengan spekulasi yang mendebarkan.

23 ulasan :

Murai.KB said...

sdr kelapa mawar.

sy setuju dgn kenyataan ini yg berbunyi

"Itulah politik namanya, penuh dengan perpecahan, penuh dengan polemik, penuh dengan pertimbangan,penuh dengan ketidakwajaran dan tentunya penuh dengan spekulasi yang mendebarkan."

sememangnya politik tidak dapat di duga aliran nya.sekejap pelahan sekejap laju.sekejap hangat sekejap suspen dll..

semoga banyak isu yang di pamerkan dapat di kongsikan. isu ini memang penuh kematangan..tggu reponse yang punya badan..

TQ.

Anonymous said...

sememangnya dalam politik pelbagai spekulasi boleh wujud. kadang-kadang sukar untuk memahami dunia politik. tapi segalanya terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan. siapa yang mampu mendapatkan hati dan sokongan rakyat maka dialah yang menjadi pemimpin.

Anonymous said...

spekulasi dikalangan pemimpin politik sentiasa ada dan mungkin tidak dapat dielakkan. namun, yang penting sekali adalah, pemimpin perlu fokus untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Hamdan Hadillah said...

Messti sentiasa ada spekulasi pemimpin. Itu memang adat politik media. bermacam-macam boleh berlaku jadi tidak hairanlah dengan semua ini.

Hamdan Hadillah said...

apa yang penting adalah kejujuran perjuangan sebenar pemimpin itu. Apa pun spekulasi tidak dapat menghalang kesungguhan seseorang untuk berjuang untuk rakyat. maka berilah kepercayaan kepada rakyat dengan kebolehan yang ada.

wata samar said...

Politik sememangnya begitulah seronok bagi orang-orang yang berjaya dalam berpolitik begitu juga sebaliknya pahit serta buruk bagi orang-orang yang berpolitik tapi hanya separuh jalan tidak mendapat apa-apa.
Kita menunggu episod seterusnya kerana kita ini rakyat biasa yang tidak bercita2 seperti cita-cita orang yang keciwa.

maya said...

Memang tidak hairanlah spikulasi politik dikalangan pemimpin. Cuma janganlah asyik berpolitik tapi apa2 benda pun tidak dapat ditunaikan, apa keperluan rakyat perlu diutamakan.

Anonymous said...

dalam politik bermacam macam boleh berlaku dan adakalanya ia tidak dijangka. bagaimanapun apa yang penting dalam politik adalah perjuangan dalam membela rkyat.

Anonymous said...

spekulasi sentiasa muncul dalam politik, kita sebagai rkyat kena bijak dalam menilai hal ini.

Bi said...

Pelbagai spekulasi itu dan ini...tapi kadang2 spekulasi ini la yang menyebabkan pergaduhan sesama mereka....

Anonymous said...

biasalah dalam politik..apa pun boleh berlaku..yang penting kuasa dapat dikekalkan..

Anonymous said...

'habis madu, sepah dibuang' inilah fenomena yang berlaku dalam politik..jika tidak berguna lagi, akan dicari pengganti baru..yang lama akan terus dilupakan.

Anonymous said...

pemerhati dan rakyat hanya boleh membuat spekulasi dan menilai..yang pasti hanya tuan punya badan saja yang tahu perkara sebenar.

Anonymous said...

pemimpin selaku wakil rakyat harus sentiasa fokus kepada isu2 rakyat..mereka yang hanya mementingkan diri sendiri tentu sekali akan disingkirkan oleh rakyat.

Anonymous said...

oleh itu, para pemimpin harus menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat..menjadikan isu peribadi sebagai perjuangan utama tentu sekali akan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati..maka akan timbul pelbagai spekulasi baik/buruk yang akan mempengaruhi kerjaya politik pemimpin berkenaan.

Unknown said...

Pernah dengar 'politik untuk orang yang licik?' Pada mulanya orang2 politik adalah dari kalangan orang yang ingin memperjuangkan nasib kaumnya namun oleh kerana wang, nilai2 murni habis hilang..

Ajin b. Gagah said...

Salam kelapa Mawar
Dalam isu ini, thanks kerana tag saya dalam fb.

Pada pemerhatian saya, sebanyak mana pun isi kandungan artikel ini, akhir nya ia akan berfokus kepada moral cerita yang di tekankan di DAERAH Kota Belud , ia itu;
1) Percaturan politik DSSK selaku ‘Indispensible Political Master',
2) Keberkesanan nya Formula 2:1:1 TSP dalam berhadapan dengan gelombang PRU13.

Dalam apa hal sekali pun , bilamana kita membicarakan secara mendalam hal-ehwal politik yang ada kaitan dengan DSSK, bukan lah begitu mudah untuk kita spekulasi kan kedudukan politik beliau.

Dalam jangkaan saya, beliau ini mempunyai pergerakan yang dinamik dan due-process ‘immunity’ yang agak kental. Susah untuk di persepsikan sejauh mana kah kekuatan dan kelemahan beliau yang sebenar ( itu pendapat saya).

Justru itu, saya akan lebih menyentuh perihal formula 2:1:1 TSP yang mempunyai elemen yang saya rasa lebih menarik dan banyak juga hubungan nya dengan racial/community distribution di daerah Kota Belud.
Dalam kontek yang sama, ada hubung kait nya dengan asas formula yang TSP impikan.

Kepada mereka yang mengetahui dan memahami situasi daerah Kota Belud, memang tidak dapat di nafikan bahawa concentration majoriti etnik di KB terbahagi kepada tiga kawasan DUN; ia itu
1) Usukan – Suku kaum Bajau
2) Kadamaian – Suku Kaum KDM
3) Tempasuk – Suku kaum Iranun
4) Parlimen Kota Belud - ?

So, untuk tidak mengalakan kan phenomenon yang melibatkan unsur-unsur ‘cleansing’ , ada lah amat pratical untuk formula TSP ini di manafaatkan selaras dengan apa yang ada disana.

Walau macam mana pun dalam dunia politik apa-apa pun boleh terjadi. Contoh nya kawasan DUN Tempasuk masa kini di wakili oleh DHMJ; seorang pemimpin dari suku kaum Bajau(sebelum nya diwakili oleh TSP dari suku kaum Iranun).

Isu ini terasa telah mengundang ketidak puasan hati dan controversy di kalangan muda mudi suku kaum Iranun. Sejelas-jelas nya nampak sangat seakan-akan mereka di anak tirikan.

Seada nya, Jika TSP yang di pilih sebagai calon PRU13, pasti nya ia akan mengurangkan ketegangan yang sedia ada. Atau sekurang-kurang nya seorang pemimpin dari suku kaum Iranun yang mengambil tempat TSP selaku pelapis?

Walau pun pada dasar nya BN kini sedang mengamalkan konsep 1Malaysia, namun dalam realiti nya penglibatan suku-kaum dalam proses politik di sini tidak dapat dielakkan.
Contoh nya, ada lah tidak logik kalau kita calon kan pemimpin dari suku kaum yang lain selain dari KDM yang akan bertanding di Penampang dan Tambunan.

At last but not least semuga kalian sukses selalu.

Unknown said...

KM, terima kasih,

prinsip saya berani kerana benar, membujur lalu melintang patah....saya hanya berketua kepada perjuangan bukan individu!
jumpa di Kg Botung esok insyallah.

salam MO

DATU SI RENGIT said...

kasihan politik..tak pasal2 kena hentam...orang lain berak politik yang kena basuh...adik kurang ajar abg pula yg kena tendang.....kerana pemimpin yg tiada otak...politik pula dipandang jijik.....

watasikadi said...

salam KM,
setuju dengan siokoku datu si rengit..politik itu pada dasarnya sesuatu yang mulia dan telus demi membangunkan negara,bangsa,individu dari pelbagai aspek.bilamana pemainnya membuat kotor maka politiklah menjadi kain lap atau mop atas kekotoron pemainnya.harus diingat jika mahu membersihkannya haruslah juga ada cleaner yang berani untuk kotor. bilamana pemainnya tidak mahu mengubah diri mereka kepada bersih maka penonton-penontonnya bisa mengubah pemain dan membersihkan mereka dari padang permainan...

Anak Sabah said...

Permainan politik memang sentiasa ada.

Anak Sabah said...

Saya dah rasa bosan dengan permainan politik. Bila entahnya kita boleh melihat persaingan yang adil?

Lucas said...

Wow...rupanya di Sabah ni Politiknya jg penuh dengan spekulasi & ranjau sana sini...