Saturday, October 2, 2010


Seperkara yang menjadi tanda tanya dikebanyakkan "anak-anak' Sabah tatkala Najib mengumumkan sambutan Hari malaysia tanggal 16 sept. yang lalu ialah, isu "pendaulatan' Hari kelahiran Tuan yang Terutama Negeri Sabah yang "sengaja' jatuh pada tarikh Hari Malaysia itu setiap tahun. Lalu bilamana 16 sept. diisytiharkan Hari Malaysia, maka pada tahun ini Sabah 'kerugian' besar apabila Cuti Umum yang dijadualkan pada takwim negeri pada tarikh itu iaitu sempenan hari kelahiran TYT telah 'ditiadakan' dan diganti dengan Hari Malaysia. Ini bermakna Sabah adalah satu-satunya negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan di Negera ini yang tidak merayakan atau mendapat cuti daripada Hari Jadi TYT . Sekaligus menimbulkan banyak tanda tanya apakah isu "mentiadakan" cuti umum bagi seluruh rakyat Sabah untuk Hari Jadi TYT ini akan menjadi isu besar bagi Pakatan Rakyat dan SAPP di Sabah menjelang PRU 13 akan datang? Maka apakah ada kebenarannya bahawa Najib tidak akan 'melepaskan' sesuatu percaturan politik di Sabah melainkan mendapat "habuan' pada waktu yang sama? Benarkah Najib 'mempersendakan " rakyat sabah dengan akur pada tuntutan pengisytiharan Hari malaysia dan pada waktu yang sama tidak menggantikan hari TYT pada tarikh yang lain?

Lalu pada hari ini, pada sempena hari kelahiran TYT Sabah, seperti biasa majlis penganugerahan pingat telah berlangsung di Istana negeri dan mendahului senaria penerima ialah YDP Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menerima anugerah tertinggi yang membawa gelaran DATUK SERI PANGLIMA. Sekaligus jika bersandarkan kepada idea penganalisis politik tempatan , maka itu satu petanda bahawa TSP semakin dekat denganh Jawatan TYT. Bagi pemerhati politik, mengibaratkan penganugerahan itu sebagai "persiapan rapi' pimpinan negeri di bawah Musa Aman untuk mencaturkan kembali politik di negeri bawah bayu ini.

Jika mengikut skrip politik pemerhati ini, maka setelah Dewan Rakyat di bubarkan pada selewat-lewatnya tahun 2012, maka antara calon paling dekat dengan jawatan TYT ialah TSP, berdasarkan rekod dan pencapaian politik peribadi beliau pada dekad yang lepas. Ini membawa andaian bahawa 'hayat' politik TSP akan berakhir, kerana seorang yang dilantik sebagai TYT adalah berstatus "berkecuali" dalam bidang politik. Bagi masyarakat Kota Belud, andaian bahawa TSP akan kembali menerajui DUN TEMPASUK atau PARLIMEN adalah sangat tipis bersandarkan realiti politik masa kini.

Timbul spekulasi , siapa yang akan meneruskan 'legasi' politik TSP, khusunya masyarakat Iranun yang diwakili oleh beliau berpuluh tahun? Ada yang secara rambang mengutarakan kebarangkalian akan ada pimpinan muda yang ditarbiyah oleh TSP. Namun Siapa?

Sesungguhnya, perkembangan politik dan penganugerahan pingat tertinggi negeri kepada TSP ini telah mecetuskan satu polemik baruy di kalangan masyarakat Iranun. Sama ada mereka sudah bersedia menerima apa juga kemungkinan, atau suku Iranun akan kehilangan 'wakil' dalam politik Sabah dan Nasional. Sejauhmana kebenaran tanggapan awal ini adalah bergantung, sejauhmana anda mencerna spkeluasi terbaru ini.

9 ulasan :

Observer said...

Salam saudara KM.Jika diaplikasikan logik dan rasionalnya memang Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar memang layak dan sesuai dilantik sebagai TYT.Persoalan tentang ketiadaan wakil suku Irranun dalam persada polirik Negeri Sabah sepaututnta tak timbul.Dan inilah masa bagi saudara2 kita Irranun duduk bersama TSPA memikirkan siapa pengganti beliau.Secara ikhlas saya katakan jadikanlah TSPA sebagi MENTOR dalam politik sauadar2 saya dari kaum Irranun.Haruskan sedari bahawa tiada yang akan kekal buat selamanya dalam mana2 organisai sekali pun dalam dunia ini.Inilah relaiti dan hahikatnya erti kehidupan.Saya perhati sauadara2 saya dari kaum Irranun ramai yang berkebolehan dan tergolong dalam kelompok intelek.Cari dan gilap sebaiknya.Saya doakan semoga kalian berjuaya menjumpai bintang yang bersinar mewakili kaum Irranun.Syabas saudaraku KM kadangkala artikel saudara boleh membuka minda untyuk difikir-fikirkan.

Pendekar Tua said...

Saya rasa apa yg diutarakan oleh KM ini adalah ilustrasi politik Sabah yg semakin menemui penghujungnya pada PRU 13 akan datang..kalaulah TSP menjadi TYT ia juga satru rekod peribadi beliau kerana satu2nya suku Iranun menjadi TYT..kita doakan sahaja..

Anonymous said...

Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar mungkin layak menjadi TYT namun, belum dpt dipastikan siapa yang akan menjadi TYT seterusnya. apapun, kita tunggu sahaja siapa TYT seterunya.

Anak Sabah said...

Semoga segalanya berjalan lancar.

zam said...

tidak tahu lagi siapa yang menjadi TYT seterusnya. apa pun yang penting individu tersebut layak dan sesuai..

Mahsiran said...

kita sebagai rakyat akan memdoakan seuatu berjalan dengan lancar. Layak atau tidak, itu terpulang dengan adat perlantikan di negeri ini nanti.

joey said...
This comment has been removed by the author.
joey said...

apa yang terkandung dalam artikel in mungkin hanyalah andaian atau tanggapan awal sahaja. apa pun kita semua belum tahu siapa yang menjadi TYT seterusnya nanti.

Anonymous said...

semua yang kita dgr ini hnylah kabar angin sahaja, jgnlah kita mudah terpengaruh dan keliru dgn kabar2 angin seperti ini. kita akan tahu juga keputusan siapa yang akan menjafi TYT seterusnya.