Thursday, September 23, 2010


Pelbagai helah dan taktik yang dilakukan oleh PR guna menghancur leburkan kubu kuat BN di Sabah. Beberapa bulan sebelum ini pemimpin Lim Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan bahawa suku majoriti KDM di Sabah 'rugi' berada di dalam BN. Andaian 'meletus' bahawa ada kemungkinan suku KDM ini akan terus "kempunan" merasai kerusi Ketua Menteri Sabah, selagi BN di Sabah didominasi oleh UMNO parti dari Semenanjung yang dikatakan 'dihantar' ke Sabah untuk 'menyelematkan' percaturan politik Bumiputera Islam yang akhirnya membawa kepada 'kematian' penuh tragis parti USNO.

Kemudian beberapa hari lepas, dalam satu kenyataan yang cukup menggemparkan oleh ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang DSAI, bahawa jika PR berjaya menawan Sabah pada PRU 13, maka Sabah akan diberikan status "AUTONOMI". Ini juga membawa seribu pengertian buat warga sabah terutama pada golongan muda. Andaian demi andaian diperhalusi kerana dalam apa yang berlaku lewat 47 tahun Sabah yang berstatus "Negara " dan "wilayah" ketika MENYERTAI Gagasan Penubuhan MALAYSIA, banyak kuasa "Autonomi" yang terkandung dalam perjanjian Malaysia yang belum 'tertunai' sepenuhnya. Soal dan Perkara "BORNEOSASI" begitu menghampakan warga Sabah termasuk golongan muda berpendidikan ini.

Ketika"tawaran" pemberian kuasa AUTONOMI ini kedengaran,maka antara yang paling lantang mengkritik dan meraguinya ialah MP KOTA BELUD iaitu Datuk Rahman Dahlan. Konsep dan halatuju serta bentuk Kuasa AUTONOMI itu dipertikaikan oleh DARD. Namun tidak ada pula usaha-usaha penerangan yang dibuat kepada golongan pengundi dan muda di daerah ini.UMNO Bahagian yang diketuai oleh Datuk Salleh Tun Said termasuk PEMUDA yang diketuai oleh Sdr Barur tidak melihat "impak Besar" kepada tawaran PKR ini. DARD pun hanya memberikan ulasan Melalui kenyataan akhbar dan ini sahaja tidak cukup kerana strategi PR di Kota Belud begitu licik dan bersistem. Antara pertaruhan PKR di daerah Kota Belud ialah dengan 'meletakkan' calon dari pemimpin golongan muda untuk menggamit sokongan dari kumpulan ini. Kekuatan Pembangkang di Kota Belud tidak mengganggu "tidur' Para pemimpin UMNO di daerah ini. Mereka masih yakin bahawa Kota Belud tetap menjadi "fixed Deposit" BN di Sabah sepertimana keyakinan Datuk Salleh bahawa Sabah tetap menjadi simpanan tetap BN pada PRU 13 akan datang. Manakala PKR terus-terusan dengan 'penguasaan' kepada golongan muda dan Strategi ini diakui telah berjaya mengkucar-kacirkan BN di peringkat pusat pada PRU 12 yang lepas. Analisis menunjukkan golongan muda telah ramai 'terpedaya' dengan idealisme perjuangan PKR, kerana itu sokongan ini telah menjadi kuasa Autonomi politik mereka.

Oleh yang demikian ada penganalisis politik, merasakan BN dan UMNO di Kota Belud perlu juga meletakkan beberapa calon pemimpin muda di Kota Belud untuk menyimbangkan percaturan PKR ini. Calon bayangan UMNO pada PRU 13 akan datang perlulah memikirkan perihal idealisme dan pendekatan pemimpin muda berkenaan. Termasuk keterlibatan mereka dalam perjuangan UMNO yang lama dan tidak menunjukkan tanda-tanda kontra atau 'mengkhianati' perjuangan UMNO. Sekurang-kurangnya sola pendidikan dan kelayakan juga menjadi 'nadi' kepada pemilihan calon PRU 13 ini. Selain daripada keperluan dari segi pengagihan kerusi mengikut suku seperti Bajau, Iranun dan Kadazan/ Dusun, soal krisma dan kepimpinan juga segera diambilkira. Begitu ramai yang berkelayakan untuk dikedepankan, hanya terpulang kepada pemimpin veteran sama ada bersedia memberikan laluan atau sebaliknya. Bagi golongan muda, adalah sesuatu yang manis apabila kehendak dan aspirasi mereka diwakili...pengorbanan politik pemimpin lama memungkinkan Kota Belud akan terus menjadi "fixed Deposit " BN di Sabah.

26 ulasan :

Pejuang Bangsa said...

Salam Adinda Kelapa Mawar,

BN perlu berubah atau dia diubah atau dengan sendirinya dia rebah. Saya amat setuju perkara ini diambil perhatian oleh pucuk pimpinan BN.

Desakan golongan muda mahu refomasi telah berjaya menaikkan agenda PKR dalam PRU ke 12. Mereka tidak lagi menilai pencapaian seseorang pemimpin sebagai ukuran dalam mengetengahkan seseorang pemimpin. Lihat saja apa yang berlaku kepada negaran kita Tun Mahathir, mereka telah menolak kepimpinan beliau meksipun beliau telah berjasa kepada negara.

Golongan muda sentiasa mahukan perubahan dan pembaruan setiap masa. Keinginan seumpama ini perlu di fahami oleh senua lapisan pemimpin BN, jika tidak padah akan menimpa BN dalam PRU13 nanti.

Anak Sabah said...

Tak kisahlah apa-apa taktik yang PKR mengunakan. Rakyat sedang melihat dan undian terakhir terpulanglah kepada rakyat.

Anonymous said...

dalam politik mmg bermacam janji akan diberikan, hal ini terpulang kepada rkyat untuk mempercayainya ataupun tidak.

Hosie Masie said...

Ini memang adalah mainan politik. Tidak hairanlah ini semua helah-helah ini berlaku. Jadi sebagai rakyat yang berfikiran terbuka, janganlah mudah percaya dengan khbar yang tidak diketahui kebenarannya.

Unknown said...

PKR, biasalah dengan kata seribu kata yang tidak bermakna langsung. Hanya kata-kata cinta untuk meraih pangkat dan kedudukkan. Selepas itu tidak ada lagi kata-kata itu hanya tinggal kenangan.

Kota Belud Ku said...

KM

inti penulisan kali ini begitu menarik..sangat relevan utk masa kini tahniah!

kalau di daerah KB yg sdri KM katakan sbgi Fixed Deposit BN itu..saya setuju pada dasarnya pemimpin muda diberikan peluang..itupun bergantung kepada sama ada pemimpin lama tidak lagi bertenaga atau tiada guna pada kaca mata Najib...

dalam politik semuanya boleh berlaku..misalnya ramai yg menyatakan bahawa TSP akan menjadi TYT Sabah..ertinya kerjaya politik beliau akan berakhir dan kalau ini berlaku..pemimpin muda harus bersedia utk menggalas tanggunjwab di KB..

begitu juga SSK yg dikhabarkan telah menganggotai team Musa Aman..kalau desas desusu benar bahawa MA akan tidak lagi menjadi CM , maka SSK juga mungkin tidak akan ada peluang lagi kearane politik sbgi wakil rakyat..dalam konteks ini pemimpin muida juga harus bersedia...

DARD dlm khabar politiknya ada kebarangklian tidak akan dicalonkan di Parlimen KB...bgantung kepada sama ada MA akan terus menjadi CM atau tidak..ertinya jika ini juga berlaku..pemimpin muda atau pelapis segera kedepan..

Datuk Japlin juga ada kemungkinan tidk tercalon ekoran beberapa kes politik wang yg masih dlm siasatan..untk itu pemimpin muda dri KB juga harus bersedia..

sehingga itu salam manis dari saya bt Kelapa Mawar...dan pengunjung blog sensasi ini..

Mahsiran said...

Apa pun, pengundi adalah penentu fixed deposit dan bukan Sabah dan Sarawak. Harap BN akan tetap memberikan perhatian dan pertolongan kepada rakyatnya agar tetap menjadikan pilihan utama.

azman said...

memberikan janji memang mudah tetapi melaksanakan janji itu yang sukar. rakyat kena bijak dalam membuat penilaian dan jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis.

amy said...

Semakin lama semakin meluat dengan janji-janji manis mana2 parti lah.

2718 said...

Semenjak berlangsungnya Pilihan raya Umum ke-12, jumlah individu atau generasi muda terlibat dalam politik menunjukkan peningkatan yang amat positif. generasi muda di luar sana sangat berminat dengan politik negara kita malah tidak sabar untuk menjadi pemimpin.

Dari sudut teraju kepimpinan, semakin ramai pemimpin muda yang membarisi barisan hadapan sistem politik Malaysia. Tanpa sokongan dan pengaruh pengundi muda dari peringkat akar umbi, pemimpin2 muda ini tidak akan mendapat tempat yang selesa dalam agenda politik yang mereka perjuangkan selama ini.

Kegagalan BN yang lalu harus didorong dengan tindakan yang lebih progresif dan mesti cepat membaca isyarat yang ditunjukkan oleh pengundi terutama pengundi2 muda.

Generasi muda dalam parti sentiasa mencari ikon baru untuk dijadikan pencetus kepada perjuangan mereka. Kita memerlukan proses paralihan dan ia perlu dilakukan secara berstruktur. Kita perlu sedar perjuangan bangsa mesti diteruskan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Pemimpin muda yang berkaliber dan berwibawa perlu diberi peluang untuk terus memberi sumbangan kepada perjuangan parti melalui proses peralihan kuasa yang dilakukan secara berstruktur.

Anonymous said...

bermacam macam janji boleh diberikan untuk mendaptkan sokongan rkyat, namun sukar untuk melaksanakan janji2 tersebut, kali in PKR menjanjikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka menawan Sabah. rkyat kena bijak dalam menilai janji2 ini, jgn mudah terpengaruh.

Anonymous said...

ini mungkin strategi PR untuk mendapat sokongan rakyat Sabah. jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis.

BN perlulah sentiasa bekerja keras untuk mengekalkan sokongan rakyat.

maya said...

Biasalah politik. PR memang sentiasa mencari kelemahan BN tapi kelemahan PR tak kan rakyat tidak tahu. Apa pun tunggulah PRU akan datang nanti.

maya said...

Sabah kan kubu kuat BN dan tak kan tumbang begitu saja.

watasikadi said...

salam KM,
Sebenarnya autonomi yang ditawarkan oleh PR sangat relevan dengan kehendak rakyat sabah sendiri. antara sebab SAPP keluar dari BN juga salah satunya disebabkan AUTONOMI. UPKO melalui senator maijol mahap juga mahukan autonomi dalam jabatan persekutuan di sabah yang juga sebenarnya sudah diutarakan oleh SAPP sebelum keluar BN. Namun bila DSN menjadi PM dan tuntutan senator maijol itu tidak ditolak malahan disokong datuk seri utama dr rais yatim. namun pelaksanaannya mungkin masih dalam pertimbangan. harus diingat tiada menteri persekutuan menyokong SAPP ketika YTL membuat tuntutan yang sama. 8 dari 20 perkara dituntut SAPP belum lagi ditunaikan. maka kini PKR menawarkan autonomi, seharusnya BN-UMNO KB harus menjelaskan apakah pendirian mereka ttentang isu ini. haruskah rakyat sabah terus menjadi pak turut telunjuk orang semenanjung berbanding mempunyai autonomi sendiri? atau haruskah kami orang muda memulakan petisyen keluar malaysia ke seluruh sabah?

wata samar said...

Org muda seperti yg d bayang kan oleh KP ma c lg memerlukan calon org lama...pemilihan Ketua Cabang d KB memilih Sdr Saidil Simoi....menolak Sdr Sukur dan Jalumin....

matt17 said...

TQ banyak KM kerana tajuk yg menarik. PRU12 yg lepas..tanpa kerjakeras pkr & pengetahuan yg jelas dari masyarakat kota belud tentang PKR, pun tlh menunjukan suatu kejutan bilangan pengikutnya. Mungkinkan masyarakat disini masih tercari cari..siapa pembela rakyat utk KB yg terbaik sebenarnya...
Berdasarlah sejarah pemerintahan BERJAYA, telah ramai yg takut/ enggan bersuara lantang/keras menentang kerajaan, sebab akan disiasat/dibawa ke Balai Polis.
Perasaan itu mungkin menghantui hingga hari ini..maka sbb itulah lbh baik berdiam dr banyak cakap..
Dlm ketenangan dan kedamaian kini, sedang BN terlalu meyakini tetap juara PRU13, bilangan ahli2 PKR bercambahbiak dimerata tempat dengan semangat membara untuk menumbangkan BN PRU13 nanti. KB harus ada perubahan untuk dibanggakan!! belum pernah ada pemimpin yg btl2 berjaya membangun kota belud!!!itu hakikatnya.
Baik saudara Saidil atau saudara Md Shukur dan yg lain memimpin PKR itu itu ttp mendapat perhatian kerana penampilan berani mereka.(kita cuma manusia biasa, pasti ada kelebihan dan kekurangan) tapi yang pasti masyarakat KB mahu melihat arus pembangunan/persekitaran yang selesa aman damai sejajar dgn era masakini. Apa kah PKR cuma kempen/janji politik??? cuba kita renungkan sejenak...berapa banyak kah janji yang belum tertunai oleh bn??? Jadi bebaskan genarasi muda untuk bertepuk dada bersama selera menjelang PRU13 !!

Paquin said...

Tak kisahlah apa helah yang digunakan... Yang penting BN harus kukuhkan kedudukan mereka dan buktikan pada rakyat mereka layak utk disokong lagi :)

Paquin said...

Dalam politik ni terlalu banyak ragam. Kadangkala sukar utk kenal pasti hal tu betul atau tak.. So rakyat kenalah hati-hati jangan sampai terperangkap dengan kata2 manis.

Paquin said...

Betul Nurul. Janji tu memanglah manis tapi rakyat harus buka mata sebesar mungkin supaya niat di sebalik janji tu dapat dilihat. Tak lama lagi kan PRU13, so biasalah tu kalau keluar gimik, iklan lah katan. hehe

Paquin said...

Saya tak pro BN, juga tak pro PKR... Bagi saya, saya undi calon yang layak jadi pemimpin. Itu tekad saya :)

Paquin said...

Sebagai rakyat tunaikan tanggungjawab kita. Pergi mengundi dan buat pilihan yang terbaik utk kepentingan rakyat dan juga masa depan negara kita :)

mambangtiora said...

Salam...Kelapa Mawar....posting yang menarik.. secara keseluruhanya hampir kesemua posting kelapa mawar mengajak kita berfikir dan menganalisis tanpa cenderung kepada sesebuah parti..tahniah...dan saya mendapat khabar.. ada individu tertentu menawarkan sejumlah wang puluhan ribu untuk mengetahui identiti sebenar saudara kelapa mawar...mesti ada yang terasa tergugat dengan posting saudara sejak kebelakangan ini...berkenaan isu autonomi yang dijanjikan oleh PKR tu ..saya rasa sangat bagus untuk diperhalusi oleh rakyat sabah..banyak faedah dan kebaikan yang akan diperolehi oleh rakyat sabah sekiranya perkara ini benar2 berlaku....berkenaan komen2 negatif terhadap isu ini,,kerana mereka tidak faham itu "AUTONOMI"..dan kerana sentimen dan ketaksuban politik....pemimpin UMNOBN lagi banyak berjanji..bukan semua ditunaikan....lagipun tiada salah PKR berjanji kerana mereka belum lagi memerintah...dan macam mana kita tahu mereka tidak akan menunaikan janji mereka..selagi kita belum cuba.."belum cuba belum tahu"..Lainlah kalau UMNOBN dah puluhan tahun memerintah dan asyik berjanji...rasa muak pula...jangan butakan mata dan hati kerana adanya rasa taksub kepada UMNOBN...lagipun kalau PKR memerintah dan tidak menunaikan janji mereka kalahkan mereka..kan undi rakyat tu undi keramat...bukanya PKR tu kalau menang akan tetap dan berpencen memerintah Malaysia..buka minda luas2...Amerika yang diperintah oleh parti berlainan saban tahun silih berganti oleh Parti Demokrat dan Parti Konservertif tetap maju dan makin maju ..tidak pula mundur..berfikirlah secara waras..kalau memberi komentar tu biarlah pakai akal sikit..jangan taksub..kerana faktor ketaksubanlah menutup hati dan minda kita berfikir secara empati

Bi said...

Semua terpulang kepada penduduk sabah itu sendiri...Hanya mereka yang mampu mengubah keadaan...

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Mambangtiora,

1. Betulkah semudah itu untuk bertukar parti pemerintah di Malaysia ini?...Benarkah tiada implikasi yang lain?.. Alangkah baik dan bertuah nya negara ini andai benar sedemikian... Namun, sebagai satu contoh... di Perak, bilamana PR memerintah mereka telah menukar status tanah dari 99 tahun kepada 999 tahun... apa agaknya kesan tindakan sedemikian ya?.. tolonglah sdra perjelaskan kerana hanya sdra yang beri komen "pakai akal dan tidak taksub"..

Salam
BELUM PENDEKAR

Gopuk said...

Apapun terpulang kepada rakyat. Semua tingkah laku parti diperhatikan oleh rakyat. Tidak ada gunanya untuk bertikam lidah, kita tunggu pilihanraya yang akan datang.