Sunday, September 19, 2010






Logo PERISA ini di cadangkan oleh http://simuraikb.blogspot.com.

Pertubuhan Iranun Sabah atau PERISA adalah antara nama yang diilhamkan oleh AJK Penaja sebagai memenuhi impian mutlak mewujudkan wadah baru bagi suku Iranun. Dan berdasarkan pertemuan kelmarin, satu bentuk permurnian peringkat akhir telah disempurnakan dan soal-soal bersangkut dengan teknikal, perlembagaan dan Pendaftran Pertubuhan sudah diselesaikan, dan jika tidak ada aral melintang, jika tidak hujan di tengah hari, dan jika tidak gerhana di bulan purnama, maka langkah penghabisan ialah mendaftarkan PERISA sebagai pertubuhan bukan kerajaan atau NGO bagi masyarakat Iranun di daerah ini dan di seluruh Sabah.

Selepas itu satu bentuk pertemuan secara terbuka akan diadakan. Barangkali kalau ditafsirkan hasrat murni ini ia sebagai satu pertemuan "Raksasa" yang melibatkan seluruh pimpinan masyarakat Iranun , termasuk peringkat akar umbi di seluruh pelosok negeri Sabah. Dan sebagai perancangan awalnya, satu rombongan bertaraf AJK PERISA akan membuat kunjungan hormat kepada pemimpin Iranun Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Hj Mulia, sebagai memohon "perkenan" politik dan kelangsungan suku Iranun. Jika rombongan itu mendapat "wadaat" lisan dari Tan sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin, maka akan ada kebarangkalian Pemimpin Iranun itu menjadi Tetamu Kehormat dan Perasmi seterusnya memberikan mandat kepada seluruhnya orang Iranun buat kesekian kalinya.

Antara lain yang diperbincangkan ialah halatuju PERISA ini yang akan diperhalusi kemudian berkaitan dengan soal-soal yang menyentuh aspek ekonomi, sosial, budaya dan Pendidikan. Dalam sedikit waktu lagi jika bersandarkan kepada inti pati perbincangan AJK Penaja itu, satu lagi perancangan 'penerangan dan promosi' bakal di laksanakan, bergantung kepada inisiatif mendaftarkan PERISA.

Justeru itu, apa yang diharapkan ialah agar seluruh jentera tenaga dan buah fikiran yang bermanfaat kepada ummah Iranun dapat disalurkan supaya satu bentuk Pertubuhan dapat direalisasikan mengikut lunas-lunas budaya dan kehendak masyarakat Iranun. Sememangnya pada peringkat awalnya pelbagai cabaran dan rintangan bakal ditempuh, namun jika ada kerjasama dan keperhatinan dari semua pihak terutama para pemikir dan cendikiawan serta aristokrat-aristokrat suku Iranun disemua peringkat, dengan Izin yang Maha Esa, segala nya akan dapat diselesaikan.

Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih, begitu antara bait-bait lagu Tan Sri P. Ramlee yang boleh dijadikan panduan dalam pembentukan wadah Baru ini. Semoga segala yang datang dari akar kejahatan itu dapat dielakkan dan tunas kebaikan akan terus subur untuk bangsa, agama dan negari yang tercinta ini. Buat suku Iranun, wadah baru , PERISA ini adalah jiwa anda, semangat anda, perhitungan anda, peliharalah seadanya, sebagai peninggalan kita kepada generasi seterusnya. Selamat Bersatu dan Berjuang!!!!.

18 ulasan :

Unknown said...

salam KM<

saya rasa singkatan nama wadah baru Irranun haruslah benar-benar menggambar imej suku kaum tersebut..pada hemat saya yg kurang arif ini PERISA merujuk kepada Aji No Moto, gula, garam atau perencah maggi.

Saya tidak gemar jika nama itu jadi bahan lawak dan dipersendakan..SUKU IRRANUN bukannya hanya layak sebagai bahan Perisa?! Irranun boleh berjuangan dengan sendiri...

apa kata cadangkan nama baru seperti PEKEBAR (Pertubuhan Kebajikan Bangsa Irranun Nusantara). atau inggersnya SEDAR!

Anak Sabah said...

Bagi saya, yang penting semangat dan matlamat pertubuhan ini dicapai. Selamat berjuang.

azman said...

semoga niat baik akan mendapat hasil yang baik. teruskan usaha untuk memajukan Iranun. walaupun mungkin akan menghadapi pelbagai cabaran, namun kejayaan boleh dicapai dengan kesungguhan.

tombolo said...

apa yang diharapkan semoga persatuan ini dpt mempertahankan dan membela nasib masyarakat Iranun.

Hosie Masie said...

Pertahankanlah bangsa anda. Semoga berjaya melakukan untuk Irranun.

Hamdan Hadillah said...

Selamat berjuang dan bersatu untuk bangsa irranun. Jadikan sesuatu itu lebih bermakna untuk semua.

Unknown said...

Semangat sebegini seharusnya hadir dalam setiap kaum di Sabah. Namun, jangan sampai perpaduan semua kaum di Sabah terpecah pula. Tunjukkan nilai-nilai murni dengan menghormati antara satu sama lain, antara kaum2 lain. Kuatkan lagi prinsip 1Msia kita.

Unknown said...

Perpaduan Sabah antara kaum harus disemai dari usia muda lagi. PERISA haruslah memanggil anak2 muda untuk menyertai pertubuhan ini. Semoga misi dan visi PERISA tidak lari dari tujuan asalnya.

Murai.KB said...

salam kelapa mawar

logo itu hanya cadangan saya sebagai blogger yang berdarah campuran irranun di koat belud. saya menyokong penuh pertubuhan itu. semoga PERISA terus sukses..!!

mandau said...

semoga dgn adanya persatuan ini, kaum iranun akan semakin membangun dan maju.

Anonymous said...

diharapkan wadah baru Iranun ini akan menjadikan Iranun menjadi lebih maju. semoga berjaya..

Datu pitung said...

salam kelapa mawar

usaha yang baik dan mesti di teruskan. semoga gandingan mantap dari semua dapat merealisasikan impian bangsa iranun. insha Allah.

untuk abg MO, saya selaku generasi belia, berpendapat, tidak juga PERISA di tertawakan. banyak makna PERISA yang tersirat. contohnya, jika makanan tiada bahan perisa, maka nya makanan tersebut tdk sedap.

apa-apa pun, cadangan abg MO sangat bagus(PEKEBAR @ SEDAR). di harap akan di perhalusi oleh ahli jawatankuasa nanti. insha Allah.

membangun bersama islam.


-datu pitung-

Unknown said...

PEKIBAR (Pertubuhan Kebajikan Irranun nusantara) Pekibar merujuk kepada panji-panji sedang berkibar...

mambangtiora said...

saya setuju dengan MO...Tidak berapa mantap kalau PERISA..,,,persatuan melibatkan komuniti haruslah diberikan nama yang memerlukan penelitian yang kritis..demi menunjukan kemantapan,kegagahan,kesepaduan dalam persatuan tersebut...bukan setakan menjadi perisa saja...saya komen bukan untuk tujuan memalukan tetapi demi kemantapan pencipta logo ini...

Unknown said...

Salam Kelapa Mawar

Terima kasih di atas maklumat ini..nampaknya orang irranun ini bijak2 belaka.kaya dengan idea dan rajin menubuhkan pertubuhan/persatuan.

wajar atau tidak bangsa yang diperkasakan ini mungkin akan lenyap dengan arus perubahan yang disebabkan oleh perbalahan dan perpecahan.

kekayaan idea ini adakah didorong oleh sikap pentingkan diri atau benar2 membantu masyarakat irranun di sabah. atau 1 usaha untuk menghancurkan bangsa tercinta ini.

PERISA...WADAH BARU IRRANUN... Mana pula PISBA..adakah Perisa Ini hanya retorik golongan yang inginkan kepentingan. adakah usaha yang tuan2 bina benar2 terancang dan dirancang dengan Rapi.

Sebagai generasi muda agak biadap menyampuk kata2 orang tua tapi hakikatnya timbul tanda tanya apakah matlamat pertubuhan yang begitu banyak ini.

Mati Sudah Kah PISBA.. Tiada Orang yang memainkan peranan kah sudah...Mungkin Kah Nasib Perisa Pun Sama...atau kah PaGisa Puna menerima nasib sama..

PISBA gagal...Apakah Nasib PERISA pun hangat2 taik ayam sahaja..

Tuan2 Rasionalnya saya tidak menghalang malah menyokong dalam usaha kita untuk membangun dan memperkasakan bangsa irranun..tetapi 1 bangsa 3 Pertubuhan.. wajar kah..tidak boleh kah digabungakan persatuan tersebut yang benar2 menggambarkan masyarakat irranun..

Cuba kita lihat Persatuan kadazan dusun..mcam mana mereka memartabatkan pertubuhan tersebut biarpun banyak halangan yang diharungi..

pertubuhan bisaya sabah..dan banyak lagi..

sebenarnya bagi saya kalau dinisbahkan semangat penubuhan persatuan ini tidak sampai pun separuh daripada kesunguhan pemimpinnya..

apakah bukti perisa ini menjadi sepedas lada..

untuk pengetahuan semua..saya mengikuti perkembangan PISAB sejak dari dahulu lagi tetapi langsung tiada apa2 khabar..hanya sign board dilikas plaza sahaja yang kelihatan..kata urang hanya nama PISBA yang nampak tapi orangnya sudah berkubur..

PERISA mungkinkah akan menerima nasib yang sama..kita tunggu sampai mana ia berjaya..jangan jadi projek Gajah putih..jangan hanya hangat2 taik ayam saha, jangan jadi ayam bertelur riuh sekampung.

BUKTIKAN...jangan hanya mengambil nama sahaja..jangan hanya untuk kepantingan politik atau peribadi sahaja.

Fikirkan kita hanya mau menjadikan irranun yang perkasa..apa pun nama tidak kisah tapi wajarkah ada 3 pertubuhan sedangkan matlamatnya sama..kalau tuan2 bijak fikirkan lar..

mambangtiora said...

salam buat papanuk...walaupun saya bukan ahli PAGISA.PISBA.PERISA tetapi saya menyokong penuh usaha persatuan ini demi kebaikan orang irranun khasnya..lagi banyak persatuan ..lagi bagus ..sebab banyak manafaat masyarakat iranun dapat daripada pelbagai program yang yang dianjurkan.Lagipun PAGISA(berfokus kepada graduan irranun untuk mencari jalan membantu anak-anak irranun ke menara gading) bukan ditubuhkan untuk menyaingi PISBA atau mana-mana persatuan iranun lain...kalau diibaratkan PAGISA adalah "perisa" kepada persatuan irranun lain..dengan kata lain pelengkap kepada persatuan irranun lain seperti PISBA...dan dengan penubuhan "PERISA" ...bagi saya ia bukan ancaman kepada PAGISA...PAGISA tetap PAGISA yang berjalan seperti biasa seperti matlamat asalnya....Sementara penubuhan PERISA adalah satu lagi rahmat kepada kaum irranun demi menutupi kelompangan yang terjadi kepada PISBA....saya amat teruja sekiranya PERISA dapat menyatukan suku irranun..dengan pelbagai program yang memberi menafaat kepada suku irranun...cuma permintaan saya kepada pengerusi penaja..jangan cuba melaga-lagakan..PISBA, PAGISA dan PERISA..kerana yang rugi adalah suku iranun.....kerana setiap persatuan mempunyai tujuan yang baik kepada sukunya..dan akhir sekali pereka logo dan penaja harus mengambil nama yang sesuai..sekian selamat maju kepada persatuan PERISA..wassalam..jangan hanya hangat2 tahi ayam seperti papanuk katakan...ataupun sebagai ajinomoto sperti MO katakan juga..

Unknown said...

Mambangtiora

lagi banyak persatuan ..lagi bagus

terima kasih atas komen yang sangat bernas yang dikemukakan oleh tuan.Saya rasa ilu didada tuan cukup luas untuk mengupas dan menghalusi dengan lebih terperinci tentang kesan dan akibat terlalu banyak persatuan atau pertubuhan dalam mana2 organisasi. mari kita perhalusi dalam mana2 negara di dunia ini terdapat berbedaan pendapat yang amat ketara terutamanya bila fahaman yang berbeza berlaku.

saudara yakin kah kalau makin banyak persatuan maka makin baguslar perhubungan bangsa kita ini. saya rasa politik dimalaysia pun bergegar dengan dua fahaman yang berbeza.

apa lagi bangsa kita ini sangat kuat perbezaan sintimen politiknya. bukan niat saya memperkecilkan wadah baru irranun ini. tetapi persoalannya sekiranya terdapat banyak persatuan adakah bangsa ini bersatu atau makin berbalah.

adalah lebih baik suntikkan semula kekuatan kepada wadah lama. kalau pun diwujudkan banyak persatuan bernaung lar dibawa bumbung yang sama. andainya benda ini berlaku saya rasa persatuan ini dapat membentuk satu irranun yang bertamadun.

Bagi pendapat saya penubuhan persatuan yang banyak ini sebenarnya ada agenda dsebalik matlamatnya. mungkin wadah baru ini lahir dari golongan yang kecewa dan gagal dalam percaturan politiknya

fikiran lar...makin banyak persatuan makin berterabur lar idea tapi makin rosak lar bangsa.. kerna seperti yang kita sedia maklum bangsa irranun ini susah untuk di gabungkan.

Anonymous said...

apa pun, yang penting wadah tersebut memcapai matlamatnya untuk memajukan Iranun.