Thursday, September 16, 2010


Walaupun Datuk Rahman dilihat sebagai "ikon politik" golongan muda di kota belud sehingga menjadi tarikan sensasi setiap kali menyentuh percaturan politik pemimpin dari Tuaran ini. Tekad serta impian politik Datuk Rahman menyelesaikan beberapa isu tertunggak di daerah koboi ini termasuk masalah bekalan air bersih adalah antara lain yang begitu melegakan ramai anak-anak muda yang begitu komited untuk menceburi bidang kepolitikan. Namun yang mendukacitakan ialah projek penyelesaian masalah bekalan air bersih tidak menemui penghujungnya. Di kampung-kapung yang berdekatan dengan pekan Kota belud masih lagi menghadapi permasalahan ini. janganlah kita cerita perkampungan yang hanya sekitar 10-12 KM dari pekan kota belud..itupun masih menghadapi masalah mendapatkan bekalan air minuman bersih walhal pemimpin saling berganti dan perkampungan ini adalah perkampungan bumiputera Islam terdiri daripada suku bajau dan Iranun serta dusun Muslim.

Lantaran kelicikan politik Datuk Rahman yang begitu lincah sehingga dapat menggamit beberapa sokongan di peringkat pemuda kepada beliau lebih-lebih laagi bila skuad Parlimen ditubuhkan, maka DARD terus menjadi perhatian. Terbaru ini ialah apabila DARD dikatakan 'gagal' memperolehi mandat rasmi dari Bumiputera Islam di daerah ini. Rekod pencapaian DARD dalam PRU 12 dijadikan sandaran. kerana kata mereka kehadiran DARD di Kota Belud bukan "mengisi kekosongan" yang ditinggalkan oleh pemimpin di daerah ini, kehadiran DARD juga bukan kerana daerah Kota belud begitu ketandusan pemimpin muda dan berwibawa..tetapi kerana kata mereka ada tangan-tangan ghaib dari Kuala Lumpur yang menjadi "sabda politik " berbisa sehingga memaksa pejabat perhubungan negeri merestuai pencalonan DARD di Parlimen kota Belud.

Jika bersandarkan kepada reputasi politik DARD dalam PRU 12, maka sayugia diwar-warkan bahawa prestasi itu nyata begitu hambar jika dibandingkan dengan pencapaian DSSK sebelum itu. ini berkaitan dengan sokongan bumiputera Islam. DARD dikatakan menang tipis dengan majoriti yang jauh lebih keci8l jika dibandingkan dengan DSSK yang sebelum itu sebagai calon Parlimen kota Belud. DARD hanya memperolehi undi kemenangan dari suku bumiputera bukan Islam di kawasan Kadamaian. ramai penganalisis politik tempatan membuat ukuran politik dalam hal ini. Kerana pada hemat mereka, sokongan Puak KDM kepada DARD pada PRU 12 yang lampau adalah disebabkan sebagai signal ketaatan mereka kepada BN, itupun sebagai membuktikan keikhlasan mereka terutama pemimpin dari Parti PBS yang menyertai kembali BN pada waktu itu.

Selainnya ialah kerana puak KDM di Kota Belud tidak punya pilihan lain kerana Parlimen Kota Belud tidak akan 'diberikan' kepada puak KDM atau bumiputera bukan Islam. Tradisi politik itu berlaku sekian lama. Justeru Bumiputera bukan Islam di Kota Belud, mahu atau tidak dan atas kepentingan survival politik mereka, akhirnya memberikan sokongan padu kepada DARD pada waktu itu, dan memungkinkan DARD menjadi ahli parlimen Kota belud. sedangkan DARD nyata telah memperolehi undi yang begitu merosot dari kesemua peti undi bumiputera Islam. maka ada kebenarannya bahawa jika DARD vseklai lagi dicalonkan pada PRU 13 akan datang, ada kebarangkalian sokongan itu terus merudum dan jangka hayat politik DARD di Kota belud akan menemui 'ajal' nya.

Menyedari hakikat bahawa kemenangannya pada PRU 12 yang lepas atas sokongan puak KDM di Kota Belud , maka tindak-tanduk DARD kini lebih mengutamakan kebajikan puak itu. Apakah ini adalah sebagai "timbal balik' kepada jasa dan sokongan KDM kepada DARD ? atau DARD tahu dan arif bahawa undi KDM adalah undi penentu di kota belud?..sekali lagi masyarakat bumiputera Islam begitu mencemburui tindakan DARD yang dikatakan menyalurkan hampir 70% peruntukan Parlimen di kawasan Kadamaian. Projek-projek Parlimen berupa keperluan infrastruktur asas seperti jalan raya, balai raya, sehingga kepada peruntukan belia seperti gelanggang dan keperluan riadah lebih banyak diberikan kepada kawasan Kadamaian dimana puak KDM majoriti di kawasan itu. Ini belum lagi keperluan asas bekalan air bersih yang turut dinikmati oleh kebanyakan perkampungan di kawasan berkenaan berbanding di kawasan bumiputera Islam.

Jika pun DARD dicalonkan semula pada PRU 13, maka pada realitinya DARD akan terus mendapat sokongan KDM di daerah ini. sekiranya DARD dikeluarkan dari Kota Belud, maka rekod dan manis mukanya pada Puak KDM akan terus menjadi ukuran kepada masyarakat di mana beliau dicalonkan. Apa yang menjadi perhatian kepada DARD seterusnya ialah, mentiliti pengundi bumiputera Islam di daerah ini kepada beliau pada PRU 13 akan datang, itupun jika DARD sekali lagi dapat mengenepikan pemimpin -pemimpin di daerah ini.

4 ulasan :

Gambar seksi said...

sdr KM..

Assalamuwalakum dan selamat hari raya..

Bagi saya DARD perlu jujur dgn masyarakat bumiputera Islam di daerah ini..mrk juga mengundi DARD dan wajar bagi DARD mengambil kira kebajikan mereka..

PRU 12 itu sdh berlallu jangan jadi sandaran lagi..teruskan usaha membangunkan kota belud..

Orang Sama said...

KM..

Saya pun rasa DARD perlu berlaku adil dan seimbangkan peruntukan Parlimen ini..

ketika saya minum di restoran kotaraya semalam..saya juga mendengar beberapa orangh menceritakan perkara yg sama..jangan-jangan KM pun ada di sana..hahahahaha..

tapi saya yakin isu ini akan dapat diselesaikan oleh DARD nanti..insayallah..

sebenarnya kita bertuah kerana mempunyai pemimpin saperti DARD ini..orangnya baik dan cergas serta berfikiran terbuka...teruskan memberi sokongan kepada beliau..

Pendekar Tua said...

sesiapa juga yg dipilih menjadi pemimpin harus berlaku jujur dan jangan mengenapikan kepentingan masyarakat lain..tidak kira mereka menyokong atau tidak...dengan cara itu sokongan akan diberikan jika sampai masanya nanti..

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Petang ini saya akan bagi ulasan tentang isu ini...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATHIN.