Walapun pada dasarnya kemeruduman sokongan rakyat kepada BN dan khususnya kepada UMNO pada PRU 12 mempunyai faktor yang banyak, namun tidak dapat dinafikan bahawasanya goloongan muda yang mengubah 'view' politik mereka menjadi asas yang paling kuat kepada 'kejatuhan' pengaruh BN peringkat pusat. Sehingga membiarkan 4 buah negeri jatuh kepada pihak parti pembangkang. Dan Tsunami politik yang diistilahkan oleh PR itu nyata sudah mula melanda kepulauan sabah dan sarawak. Tetapi menghairankan kerana ramai pemimpin BN terutama di kalangan UMNO Sabah masih 'enggan' menerima tsunami politik ini, seolah-olah mereka mampu menjadi bentng kepada ombak besar itu. Datuk salleh beberapa kali menolak andaian bahawa pada PRU 13, akan berlaku perubahan kepada landskap politik sabah. Apabila Najib menjadi tetamu kehormat kepada majlis sambutan hari raya di Sandakan minggu lepas, satu kenyataan yang dibuat bahawa Najib yakin, sabah masih lagi Fixed deposit dengan hanya sandaran kepada kehadiran rakyat yang dilaporkan media mencecah hampir 70,000 orang itu. Bukankan senario 'kehadiran' rakyat pada majlis anjuran parti pemerintah itu juga pernah berlaku pada zaman Pak lah? Bukankah sebelum PRU 12, ramai pemerhati politik Pro kerajaan yang memberikan keyakinan bahawa kejayaan UMNO dan BN pada PRU 11 akan jauh ketinggalan jika dibanding dengan apa yang bakal berlaku pada PRU 12,iaitu satu kejayaan besar-besaran diramal akan berlaku? Namun apa yang terjadi adalah politik menjadi arus perubahan yang deras. Dan UMNO serta sekutunya terkejut dengan apa yang berlaku. Bolehkah situasi 'kejutan' itu dijangka terjadi di Sabah?
Pendirian beberapa pemimpin yang pernah mengetuai parti komponen BN termasuk Tan Sri Pandikar Amin yang juga mantan Presiden AKAR BERSATU sebelum di bubarkan, begitu mengambil berat tentang pengagihan kerusi pada setiap PRU. Di Kota Belud misalnya YDP Dewan rakyat ini dalam blognyua mengutarakan harus bagaimana formula 2:1:1 ini dapat dilaksanakan berdasarkan 'kesefahaman politik" yang dibuat dengan konsep 'toleransi' yang cukup tinggi. setiap suku harus merasa tidak diketepikan. Persenyawaan toleransi ini hanyasanya termakbul apabila setiap pemimpin bersedia mengutamakan kerukunan dan kestabilan politik di daerah ini. termasuk pada hemat saya ialah pemberian peluang kepada golongan muda kehadapan dengan konsep 2:1:1 ini.
Jika pada situasi daerah Kota belud terdapat 3 DUN dan 1 Parlimen, maka kesemua suku mempunyai peluang yang cerah untuk menduduki DUN ataupun Parlimen. ketidakseimbangan dalam perkara ini menimbulkan tabiat mensabotaj dan kedudukan calon BN akan terancam. Bersandarkan kepada ritual politik Najib, bahawa golongan muda diberikan peluang supaya tidak timbul beberapa kesulitan, maka sekurang-kurangnya suku bajau, Iranun dan Kadazan/Dusun di daerah ini berupaya menonjolkan pemimpin muda mereka.
Penonjolan pemimpin muda ini wajar dilakukan supaya tsunami politik tidak melanda daerah ini. Justeru itu para pemimpin BN negeri dan juga Umno harus memlihat punca kepada perubahan sokongan muda di kota belud sebelum membuat keputusan pemilihan calon pada PRU 13 akan datang. Kita takut kalau-kalau sokongan golongan muda yang mewakili 40% pengundi di Kota Belud akan berubah kepada pihak pembangkang. Dan jika itu menjadi realitinya maka calon-calon BN dan UMNO bakal menghadapi kemerosotan undi yang parah, atau mungkin juga bakal menerima kekalahan.
Jika Tan Sri Pandikar menginginkan bahawa suku Iranun mendapat 'tempat' pada PRU 13 akan datang, maka harus sudah bermula sekarang sudah ada "bayangan' siapa dan harus bagaimana? begitu juga dengan suku bajau dan Kadazan. Satu bentuk kajian boleh dibuat untuk melihat populariti calon bayangan itu pada peringkat akar umbi. dalam hal ini 'calon bayangan' tidak terhad kepada hanya individu tertentu sahaja, sebagai jaminan calon yang berkelibar sahaja akan disaring hingga ke peringkat akhir.
Apa-apapun semuanya ini hanya terlaksana jika strategi menawan hati pengundi muda di Kota Belud akan berjaya. Jika sebaliknya ada kemungkinan formula 2:1:1 yang diutarakan oleh Tan Sri Pandikar Amin ini akan menjadi detik hitam dalam politik Kota Belud.
15 ulasan :
Salam Kelapa Mawar,
Bagi saya kali ini KM telah menghuraikan satu pandangan yang agak matang. Walau pun mungkin ada yang tidak setuju dengan hypothesis KM, namun dari sudut yang lain, ia nya mempunyai elemen yang logik, rasional dan menarik.
Formula 2:1:1, cadangan TSPA perlu juga di ambil kira oleh pehak atasan BN. Agak nya daya-usaha beliau dalam menimbulkan formula ini semesti nya berdasarkan scenario masyarakat dan politik semasa di Kota Belud. Bagi saya, kes ini tidak dapat di pertikaikan.
However, saya terarik dengan skop yang meilibatkan peranaan generasi baru di sana. Sejauhmana kah penglibatan mereka nanti boleh mengubah ‘landscape political momentum’ di sana. Mungkin ada juga diantara mereka ini termasuk dalam bilangan 5 juta yang belum berdaftar untuk mengundi (rujukan: http://ajinbgagah.blogspot.com/2010/09/5-juta-rakyat-malaysia-belum-berdaftar.html)
Bila kita membicarakan komposisi belia di sana, suka atau pun tidak ia nya akan disenaraikan berasakan sistem formula 2:1:1 juga bukan? Lebih-lebih lagi ‘marginal boundry’ dikalangan kaum, terutama sekali nya di DUN Tempasuk sangat significant . Melibatkan penggundi muda dari suku kaum Iranun, Bajau dan Dusun.
Dalam artikata yang lain, ada kah belia dari tiga suku kaum ini mempunyai ‘Political Doctrine’ yang sama? Dapat kah mereka bersatu dalam satu payug perjuangan. Atau masing-masing dengan ideologi mereka sendiri?
Dalam kajian saya di sana dan lain-lain daerah yang berdekatan, sebenar nay majoriti belia ini bukan nya beria-ia sangat untuk jadi YB. Bagi mereka tugas tersebut kadang-kadang hanya membeban dan membosankan mereka.
Apa lagi bila di tanya dari kontek minat dan pengalaman mereka dalam menjalankan tugas sebagai YB. (Dimana sememang nya tugas-tugas ini penuh dengan tanggung jawab dan cabaran.)
Dalam kajian, mereka lebih berminat untuk melihat ‘radical changes’ dalam pentadbiran dan pempinan yang sedia ada. Kerana bagi mereka , hingga setakat ini, pemimpin –pemimpin yang ada seakan-akan mengenepikan peranaan dan kebolehan belia-belia ini .
Kadang-kadang mereka terasa sebagai di anak-tirikan dalam banyak hal.
( Dalam pada itu, kajian saya hanya berpusat kepada mereka yang berumor dalam lingkungan 21-35 tahun).
Walau macam mana pun, saya rasa golongan belia ini perlu juga di ambil perhatian dan di beri ruang yang banyak untuk berkhidmat bersama dalam memperjuangkan nasib masa depan masyarakat mereka selaras dengan kebolehan yang ada pada mereka.
Dengan itu, semuga KM sukses selalu.
Diharapkan semua rakyat akan mengundi parti yang betul-betul berkebolehan untuk membantu rakyat dan memimpin negeri kita ke arah kejayaan.
setiap pemimpin perlulah peka terhadap keperluan rakyat jika ingin mendapat sokongan. golongan muda juga merupakan golongan penting dan perlu diambil perhatian.
pemimpin perlu sentiasa mendekati rakyat dan peke dgn keadaa rkyat, dgn ini pemimpin akan disukai dan disokong oleh rakyat.
BN jangan terlalu mengharapkan sesuatu kalau tidak ada tindakkan dan jasa. Memang dahulu Sabah dan sarawak adalah fixed deposit BN. Tapi pemikiran raktyat sentiasa berubah-ubah. Oleh itu pemimpin harus ingat dengan itu. Jangan terlalu yakin.
apa pun, pengundi boleh meikirkan siapa yang perlu untuk dipilih dan layak. Sebagai pemimpin haruslah lebih bijak dan memahami para pengundi. Jangan kita lupa diri kita sebagai pemimpin. Semoga berjasa dengan formula 2:1:1.
Salam kelapa Mawar,
Saya tidak juga mahu memberikan komen banyak tentang Formula ini. Tapi memang baguslah sekiranya pemimpin sedar. Pengundi memang memainkan peranan yang besar kepada kejayaan. So, apa yang kita harapkan disini kita tidak boleh melakukan sesuatu dengan endah tak endah saja. Pastikan pemimpin mendekati hati rakyat dan bukan rakyat yang terkejar-kejar dengan pemimpin dia.
rakyat tidak akan begitu pemikirannya. Siapa yang pandai menambat hati rakyat maka dialah JUARA. Harap Pemimpin faham dengan semua itu. Kita sama-sama memilih yang terbaik untuk kita semua dan bukan untuk satu kaum saja.
BN tk patut terlalu yakin bahwa sabah adalah fixed deposit mereka, BN perlu lebih mendekati rkyat dan membntu rkyat. dgn ini sokongan rkyat terhadap BN akan semakin kukuh.
mana-mana pemimpin pun perlu berusaha untuk mendekati rakyat tidak kira dari pelbagai kaum. golongan muda juga perlu didekati. baik juga jika dapat dilibatkan golongan muda dalam pelbagai program.
Untuk meyakinkan lagi keyakinan rakyat terhadap BN sabah, pemimpin kenalah mendekati rakyat, menunaikan permintaan yang diperlukan rakyat.
Kuasa golongan muda tidak patut dipandang rendah. Benar kata KM bahawa mereka mempunyai 'view' yang berbeza dengan generasa sebelum mereka.
Jika BN tidak berusaha mendapat sokongan dari mereka, kekalahan itu tidak dapat dielakan pada pru 13.
Perluang kerja untuk pemuda Sabah sangat kurang. Kebanyakan pekerjaan adalah pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran dengan menawarkan gaji yang sukar menampung kehidupan di bandaraya Kota Kinabalu.
Pemuda yang hidup kesempitan mungkin tidak puas dengan keadaan dan akan mengundi pembangkang.
Bukankah terlalu awal membincangkan pembahagian kerusi dalam pilihan raya buat masa sekarang?
Pemimpin jgn salah pilih calon PRU13..nti buruk padah nya
Jika kita teliti, golongan Muda tidak begitu peka dengan peredaran politik. Mereka lebih suka "follow the flow".. siapa yang bagi lebih kecenderungan untuk diundi adalah sangat tinggi.
Post a Comment