Tuesday, September 7, 2010



Walaupun kehadiran UMNO di bumi Sabah sejak sedekad yang lampau di anggap sebagai perpindahan perjuangan Bumiputera Islam dari “perahu kecil kepada Perahu Besar”. Namun ‘kebesaran’ yang dimiliki oleh UMNO telah menjadikan pemimpin USNO sebahagiannya mendapat “tulah’ Politik sehingga nama dan pengaruh mereka turut mendapat malapetaka. Mungkin kita masih mengingati beberapa tokoh seperti Datuk Askalani, Datuk Amir Kahar dan Dayang Mahani. Mereka ini adalah antara tokoh penting dalam USNO yang ‘lenyap’ politiknya apabila berlaku pengasimilasian kepimpinan USNO kepada UMNO di Sabah. Namun begitu, penulisan ini tidak berkisar kepada tokoh tersebut tetapi persoalan mengenai apakah benar UMNO telah ‘gagal’ melahirkan pemimpin berkarisma di Sabah seperti yang dilahirkan oleh USNO dengan aura Tun Mustapha, UPKO dengan kelincahan percaturan Datuk Donald Stepehens dan keberanian Datuk Pairin Kitingan yang diasuh oleh idelisme perjuangan PBS? Lalu, apakah juga benar bahawa kegagalan UMNO ini telah menjadi faktor penyebab kepada berlakunya kepincangan kepimpinan BN di Sabah?



Sejak UMNO memasuki era politik Sabah pada tahun 1991, sehingga sekarang, nyata UMNO tidak mempunyai sandaran kepimpinan yang boleh dijadikan sebagai benteng kepada kritikan para pemerhati politik di negeri bawah bayu ini. Seketika asuhan politik UMNO seperti Tun Sakaran Dandai yang diasimilasikan dari tarbiyah USNO, diharapkan menjadi sandaran kepada kepmimpin bumiputera Islam di Sabah, namun ia nampak tidak begitu menjadi, terutama apabila beliau meninggalkan kehidupan politik dan menjadi TYT. Begitu juga dengan Datuk Salleh Tun Said, yang pada mulanya menjadi pemimpin pelapis muda UMNO Sabah juga tidak kesampaian kerana tempoh waktu yang begitu terhad, ekoran sistem penggiliran Jawatan Ketua Menteri yang didukung oleh kepimpinan UMNO. Datuk Uso Sukam kemudiannya berjaya menambat hati para pemerhati politik tempatan apabila tidak banyak kes atau skandal yang membabitkan pemimpin ini sewaktu menjadi KM Sabah. Namun akhirnya isu “judi- enjoy” meranapkan kaerier politik Datuk Uso.



Kehadiran politik Datuk Musa Aman pula dilihat hanya sebagai “nasib’ atau “feng Sui” kerana ketika menjawat KM Sabah, sistem penggiliran itu ditamatkan, dan kelebihan nasib ini menjadikan Datuk Musa mengetuai sebuah parti yang tidak mempunyai ikatan kepimpinan yang benar-benar mantap. Justeru apabila UMNO menjadi “teras’ kepada BN Sabah, maka soal kualiti kepimpinan menjadi isu utama. Sejauhmana pendekatan kepimpinan sedia ada dalam menyelami ‘persaudaran’ politik antara Parti-parti komponen BN di Sabah? Juga, bagaimana UMNO menghadapi tuntutan dan kesangsian politik dalam kesetiakawanan BN, kerana dalam UMNO sendiri berlaku pelenyapan semangat USNO dan penghidupan semangat UMNO?



Justeru itu, UMNO Sabah dilihat sebagai mempunyai ‘kerapuhan’ kepimpinan, sebab itulah ramai pemimpin parti-parti komponen kurang yakin dengan ‘keikhlasan’ UMNO Sabah. Oleh yang demikian banyak isu peribadi dan isu kepentingan suku dicampuradukkan , menjadikan UMNO Sabah semakin tersepit. Kegagalan UMNO hari ini melahirkan pemipin yang dapat diterima oleh BN negeri adalah kerana sistem penggiliran Ketua Menteri yang menghadkan kepada hanya 2 tahun seorang pemimpin itu diberikan peluang. Dalam jangka masa yang begitu pendek, proses latihan dan proses pembelajaran tidak mungkin cukup untuk melahirkan pemimpin yang berkarisma. Justeru itu dilema penurunan sokongan kaum Cina di sabah yang dikatakan sebagai “king maker” akan terus berlaku.Selepas SAPP,kini LDP pula membuat onar.



PM, Datuk Seri Najib sewajarnya memikirkan bagaimana membaiki kerapuhan kepimpinan ini. Jika tidak paling kecil pun natijahnya ialah BN Sabah akan kehilangan anggota lagi, sama ada menjadi parti lawan ataupun pling besar Fixed Deposit akan cair pada PRU 13 akan datang.

23 ulasan :

Anonymous said...

perbaiki keretakan yang berlaku secepat mungkin. sekarang ini BN dan PR masing2 menghadapi krisis dalaman yang mungkin mampu menjejaskan pengaruh masing2.

joey said...

sebarang masalah atau kerapuhan yang berlaku perlu diselesaikan. tambahkan kekuatan yang sedia bagi menjadikan BN lebih kukuh.

Unknown said...

Ini pasti tidak akan berlaku, kami yakin dengan kekuatan parti komponen BN diSabah walaupun berlaku masalah dalaman antara komponen parti BN, tapi perbincangan dan penyelesaian pasti akan dilaksanakan.

mandau said...

kepimpinan UMNO dan BN di sabah masih lagi kukuh. mmg wujud masalah dalam BN SAbah, namun ia tidak menggugat sgt kepimpinan BN. segala masalah boleh diselesaikan dgn cara baik.

Anak Sabah said...

Jika tidak gembira dengan kerajaan sekarang, undilah kerajaan yang diingain bila PRU-13 nanti.

madd said...

masalah yang berlaku perlu diselesaikan. UMNO dan BN masih lagi mempunyai pengaruh yang kukuh di Sabah. namun, UMNO perlu sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat kepada rakyat.

Mahsiran said...

Umno Sabah tidak pernah meminggirkan mana-mana rakan komponen dalam membuat keputusan yang melibatkan kepetingan bersama dalam Barisan Nasional. kepimpinan Umno Sabah sentiasa bersikap terbuka dan menjadikan amalan bermasyuarah sebagai pendekatan terbaik menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat.

Mahsiran said...

Umno Sabah sentiasa mengamalkan sikap berbaik-baik sangka dengan semua pihak kerana kita tahu sendiri bahawa kekuatan BN adalah melalui kerjasama dan persefahaman sesama anggotanya dan parti komponen BN. Harap UMNO sabah akan dapat menyatukan kompenan dengan bersatu dan berkerjasama untuk berjuang bersama-sama untuk membantu rakyat.

Unknown said...

Senang saja, pilih parti mana yang anda mahu dalam PRU13 nanti. Tidak perlu menjatuhkan imej mana man pihak.

Anonymous said...

memang tidak dinafikan memaang wujud masalah dalam UMNO dan BN Sabah, namun ia adalah lumrah dalam parti, semua parti juga akan mengalami masalah seperti ini. bagaimanapun, masalah dalam BN Sabah ni akan dpt diselesaikan dgn cara baik. sokongan rkyat terhadap parti ini takkan terjejas.

Anonymous said...

apapun, pada PRU 13 nnti, kita akan melihat hasilnya. samada BN akan terus disokong rakyat ataupun tidak.

Antanum said...

Datuk Musa boleh bertahan sehingga kehari ini bukan lah kerna bernasib baik semata2... Dari kaca mata saya, kepimpinan beliau yang memberi jaminan untuk terus menjadi KM sehingga ke hari ini. Kalau pun beliau bernasib baik, tapi jika kepimpinan beliau tidak berhasil, beliau juga tidak akan lama bertahan. Saya disini bukan untuk memuji beliau atau membanding2kan beliau dengan pemimpin yang lain, tetapi hanya ingin berkongsi pendapat dengan semua. Secara peribadi saya berharap agar Sabah mempunyai parti yang dominan dan bukan dari SM untuk mengawal segala2nya.

Sekian

Anonymous said...

apabila kita menjadi pemimpin, banyak mata yang melihat kepada kita untuk menilai sejauh mana kreadibiliti kita sebagai pemimpin lebih2 lagi dalam politik. sudah menjadi asam garam dalam perjalanan politik seseorang ahli politik menghadapi kritikan dari pelbagai pihak; secara baik mahupun tidak..ianya satu cabaran untuk membuktikan bahawa kita benar2 layak untuk menjadi pemimpin.

Anonymous said...

jika Musa Aman dilihat hanya sebagai 'nasib' maka sudah pasti pada pilihanraya lalu beliau ditolak oleh rakyat..namun apa yang berlaku, rakyat tetap memberikan sokongan kepada BN negeri di bawah pimpinan Musa Aman. ternyata Musa Aman berjaya membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang pemimpin yang berkreadibiliti, berwawasan serta berkebolehan sehingga Sabah berubah/ membangun seperti sekarang..

Anonymous said...

terdapat banyak perkara/ isu yang harus diperbaiki oleh UMNO..sebagai antara parti politik veteran atau matang dalam politik Malaysia, terdapat 'standard' yang harus dipertahankan oleh setiap ahli..tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama semua ahli UMNO dan bukannya hanya terletak pada pucuk pimpinan parti..

Unknown said...

Satu soalan yang selalu timbul dalam fikiran saya dan ingin saya menanya patukah kita bangga dengan dijadikan "fix deposit' semenanjung atau sebaliknya?

captain said...

Kepimpinan UMNO Sabah tidak rapuh. Semua parti ada masalahnya sendiri, yang penting dapat cara penyelesaian.

Paquin said...

Perbaiki kerapuhan yang berlaku sebelum terlambat.

Paquin said...

Setiap masalah yang timbul pasti dapat diselesaiakan dengan adanya kerjasama di kalangan parti So pastikan kerjasama itu diwujudkan.

Paquin said...

Saya yakin kepimpinan BN akan bertambah baik. Malah saya juga yakin rakyat akan terus menyokong BN selagi BN berkhidmat secara tulus ikhlas :)

Paquin said...

Bagi saya Musa kekal sehingga hari ini kerana mendapat kepercayaan rakyat. Jika kepimpinan beliau dianggap sebagai “nasib’ atau “feng Sui” saya rasa beliau tidak akan bertahan lama.

Paquin said...

Apapun saya harap setiap masalah yang timbul diselesaikan dengan baik. Pastikan kebajikan rakyat terus terjamin dari semasa ke semasa.

Unknown said...

Tak kira apa jua yang berlaku dalam BN, jangan lupa kepentingan rakyat mesti diutamakan.