Friday, September 17, 2010


Belum pun idea penubuhan Wadah baru Iranun menjadi kenyataan, sudah kedengaran beberapa pemimpin tempatan termasuk dalam suku iranun sendiri ataupun pemimpin luar dari suku Iranun yang mula meniupkan kesangsian, hinggakan Setiausaha Penaja yang juga setiausaha Umno KB Sdr Adlan Lonoh 'terpaksa' melepaskan jawatan setiausaha penaja itu..ekoran tekanan dan pendirian dari pelbagai pihak termasuk pemimpin tertentu yang sebelum ini kononnya begitu 'bersedia' untuk melaungkan penyatuan iranun.

Sehingga artikel ini ditulis, ada kebarangkalian tinggal satu hari lagi mengikut perancangan satu lagi perjumpaan peringkat AJK penaja itu untuk satu permurnian termasuk berkaitan dengan perlembagaan Persatuan yang akan diperbincangkan. Adalah sesuatu yang amat menghairankan bahawa proses penyatuan suku iranun di daerah Kota belud yang diwar-warkan melalui satu lagi pertubuhan atau NGO begitu "menakutkan" ramai orang dan ramai pemimpin. Tidak terkecuali perasaan 'takut' itu menyelinap masuk dalam minda-minda luar sedar para cendikawan Iranun. pelbagai tanggapan negatif menyelubungi pemikiran mereka. Ada yang mengaitkannya dengan bencana perpecahan. kononnya orang Iranun tidak memerlukan pertubuhan baru kerana ia mengundang perpecahan yang lebih parah dan rumit. Agak memeranjatkan juga kerana soal penyatuan dan penwujudan pertubuhan baru ini tidak mendapat response positif dari pemimpin Iranun sedia ada, baik pimpinan kelas atasan ataupun pimpinan kelas pertengahan dan peringkat belia. Kegusaran, kegelisahan, ketidakyakinan, dan kekacauan pendirian melanda minda mereka..Mungkin kerana tidak cukup 'promosi' menjadikan situasi ini berlarutan.

Ada yang berkepentingan dalam soal penyatuan bangsa Iranun ini. bagi mereka masyarakat Iranun tidak perlu melalui proses penyatuan kerana dengan itu, kepimpinan mereka akan masih releven, walaupun pada dasarnya sudah mula ditolak oleh golongan muda dan pemikir Iranun atas kegagalan mereka membawa masyarakat Iranun merasai "nikmat" pemberian sokongan yang diberikan kepada mereka puluhan tahun. Masalah keperluan asas perkampungan Iranun gagal diselesaikan meskipun pelbagai kesempatan diberikan..Justeru peninggalan penjajah iaitu konsep "pecah dan perintah" masih diamalkan supaya orang Iranun tidak berpaling jauh dari "naungan' politik mereka. Kerana itu apabila "anak-anak bilis" Iranun ini sudah mula dilanda kesedaran untuk menyatukan masyarakat mereka dalam satu wadah baru..maka pelbagai prasangka negatif dilontarkan.tidak cukup dengan itu...tekanan demi tekanan dilemparkan supaya masyarakat iranun yang masih berstatus "atas pagar' meragui kewujudan wadah baru ini. Mereka ini ibarat cerita 'anjing dengan bayang-bayang" . Tamak haloba dengan 'kuasa' dan pada waktu yang sama 'takut' orang lain mendapat seperti yang diperolehi oleh mereka.

Di sudut pandangan luar kotak iranun, ada juga idea-idea terkemudian yang mula gusar dengan proses penyatuan ini..kerana kata mereka..dalam sejarahnya Iranun memang berdarah pemimpin..lihat sahaja sudah berpuluh tahun Iranun..cuba dipinggirkan dalam arus politik Kota belud dan sabah, namun saban tahun ada sahaja iranun yang cuba melintasi halangan dan benteng itu...mengapa agaknya orang iranun masih dibelenggu rasa ketidakyakinan atas kemampuan bangsanya untuk bersatu? mengapa idea-idea murni yang benar-benar mementingkan suirvival masyarakat Iranun tidak mendapat sokongan dan dokongan dari mereka yang sudah merasa nikmat berada dalam suku minoriti ini? kalaupun tidak kepingin untuk turut serta namun janganlah pula bersengkongkol dengan orang lain untuk mengagalkan idea murni ini.

Dasarnya bukan kerana AJK penaja "orang politik", asasnya bukan kerana AJK penaja tidak berkarisma..tetapi yang menjadi "dalang' nya ialah keraguan dan ketidak ikhlasan untuk melihat suku Iranun menjadi bangsa yang bersatu...Apa rasionalnya menidakkan kewujudan wadah baru ini, sedangkan Wadah lama beringsut untuk menempa kematian. dibiarkan..bahkan dibiarkan dan terus dibiarkan,..walaupun ada orang Iranun yang berupaya untuk 'menjenamakan' kembali "wadah' lama itu..namun tidak berani untuk bertindak.Akhirnya bila wadah baru dicanangkan..maka timbul idea lapuk untuk "mentransformasikan" wadah lama yang telah terbiar puluhan tahun..? Di mana realitinya idea ini? Apa rasionalnya pemikiran seumpama ini? Kemudian ada pula yang melaungkan..benarkah Iranun berpecah? Apa buktinya? perlukah wadah baru diwujudkan? Berikan nafas baru pada wadah lama meskipun sudah bertong-tong oksigen disumbatkan pada "mulut" dan "telinga" wadah lama itu namun masih tidak berupaya menyedut dan menghembus nafasnya.

Aduhai ! orang Iranun, bangkitlah dari perpecahan yang tidak berpenghujung...bersyukurlah ! kerana dalam masyarakat Iranun di daerah ini masih ada yang berdarah pemimpin, masih ada yang berani tampil ke hadapan memperjuangkan penyatuan bangsanya, meskipun mereka ini tidak mendapat habuan berupa pangkat, kedudukan dan wang ringgit..jika ini pun disangsikan..maka sampai bila agaknya orang Iranun akan melihat tunas-tunas baru mekar menguntum menjadi bunga pujaan ramai.
cukup rasanya aduhai orang Iranun... bangsamu tidak mendapat apa-apa selain "nama'..tiba masanya wahai anak muda Iranun memikirkan halatuju bangsanya....jangan takut menyuarakan kepentingan bersama...kerana darah yang mengalir pada tubuh-tubuh anak-anak Iranun adalah darah pahlawan yang tidak basah dek hujan dan tak lekang dek panas .. Aduhai anak-anak Iranun!!! Aduhai!!!

19 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Oii nah Jiwang-jiwang bah pula isi kandongan artikel mu kali ini KM... Seakan-akan mengingatkan saya cerita lama ‘Pangilan Pulau’. Move lama yang di bintangi oleh Arwah P.Ramlee dan Arwah Normadiah. Dimana moral cerita nya ‘Cinta Tidak Kesampaian’.

Walau macam mana pun, pada saya ‘ Yang Betul itu ada lah Benar. Jadi nya, kenapa perlu risau pada sesuatu? kalau perjuangan itu berasaskan kebenaran?

Bagi saya, usaha mu dan kawan-kawan untuk merealisasi kan ‘Wadah baru Iranun’ ini nampak nya ada lah satu perjuangan yang real bukan fantasi. Walau pun pada mula nya mungkin mendapat berbagai-bagai cabaran, cubaan dan tentangan namun sekira nya tujuan itu ada lah murni . tiada sebab ia nya kandas ditengah jalan.

Setakat penubuhan AJK penaja itu bukan nya sesuatu yang unik atau pun rumit untuk di laksanakan. Seada nya, saperti pertubuhan atau persatuan yang sudah ujud ; yang penting ia lah formality untuk mengmaskinikan perlembagaan dan kelulusan ROS?

Rasa nya, kebanyakan pelopor ‘ wadah baru Iranun’ ini terdiri dari mereka yang mempunyai pengalaman, pendidikan dan jiwa perjuangan. So apa lagi teruskan lah. Biar lah ia nya menjadi realiti yang bersejarah. Bukan hanya setakat fantasi yang tidak berkesudahan.

“My friends, let this be like something that moves with miracle through the earth and sky toward the frontier of Heaven”.

Harapan saya, jangan lupa jemput saya kira nya persatuan/pertubuhan ini telah mendapat kelulusan. Saya di fahamkan oleh beliau-beliau dari sana, saya ini pun ada darah Iranun juga..so to speak.

Apa-apa pun, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk mu dan krew ‘Wadah Baru Iranun’ .

Saperti biasa saya doakan semuga kalian sukses

Gambar seksi said...

Aduhai Kelapa Mawar..

isu wadah baru ini sdh pun reda..teruskan sahaja..memang ada halangan tetapi kalau kuat insyallah halangan itu dapat diatasi..jangan mudah putus asa..buktikan kepada sesiapa jua yg menentang itu bahawa wadah baru berupaya menjadi wadah penyatuan suku sdr..

kami hanya dapat melihat dan menonton sahaja. betul juga kata sdr solymone kalau menurut beliau-beliau di sana..saya pun ada darah Iranun..jadi berjuanglah aduhai kelapa Mawar..

semoga berjaya.

Pejuang Bangsa said...

Salam Adinda Kelapa Mawar,

Semacam penubuhan Wadah Baru Iranun ini tidak disenangi oleh setengah pihak. Justeru itu saya mengandaikan bahawa mereka ini punyai agenda tersembunyi. Mungkin Antaranya.

1. Melihat masyarakat dilihat sebagai kaum yang tidak kuat kerana tiada satupun persatuan yang berjuang untuk kaum ini.

2. Dalam politik pecah dan perintah, mereka lebih suka ini berlaku supaya politik mereka lebih terjamin.

3. Tidak ikhlas membela bangsa. Kenapa selama ini apabila tiada orang yang berusaha menonjolkan bangsa Iranun di seluruh dunia, mereka turut diam. tetapi bila ada yang mengambil insiatif menonjolkan bangsa Iranun, mereka dapat pula merasakan bahawa ianya satu ancaman kepada mereka. Apa ba yang mereka mahu ini?.

4. Kononnya PISBA masih releven kepada masyarakat Iranun, persoalannya sejak belasan tahun yang lalu, bila? PISBA mengadakan mesyuarat Agong. Kalau adapun hanya kaum kerabat Salisi saja, itupun dibuat di dalam kelambu.

Jusetru itu kesimpulannya kepada saya, sebenarnya mereka yang menentang penubuhan WBI ini adalah mereka yang tergolong kepada kategori ini.

1. Dengki
2. Irihati
3. Takut terpinggir
4. Munafik
6. penipu
7 Dll lagi.

Anak Sabah said...

Diharapkan semua ahli akan bekerjasama untuk matlamat bersama. Semoga segalanya berjalan lancar.

mantra said...

kaum iranun seharusnya bersatu, mereka harus mempunyai perjuangan yg sama. bersatulah jika ingin maju dan kuat.

madd said...

jika penubuhan wadah baru Iranun bertujuan baik, maka ianya perlu diteruskan. apa pun yang dilakukan pasti ada cabarannya, yang penting sentiasalah bersedia.

Unknown said...

sdr kelapa mawar

TSPA yg menentang kuat sebenarnya penubuhan wadah baru iranun(WBI) ini, dengan alasan nya, WBI ini akan mampu mengugat kariar politik nya jika WBI ini menjadi satu persatuan iranun yang kuat suatu hari nanti.

di kerjaan pusat kuala lumpur, hanya seorang sahaja dari suku iranun yang berjaya mencipta nama, iaitu TSPA. tapi kerajaan pusat tidak nampak pn ada golongan muda iranun yang menjejaki TSPA kerna TSPA sendiri yg menyelimuti mereka2 supaya tidak kelihatan akan kepimpinan mereka.

teruskan WBI bagi suku iranun..!!!

Unknown said...

Yang penting, jangan saja ada sifat perkauman di dalam Sabah sendiri. Jangan.

Anonymous said...

bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. oleh itu, bersatulah.

Unknown said...

salam KM,

Daripada pengalaman saya bergaul dengan ramai tokoh-tokoh Irranun samada dalam politik mahupun kerjaya yang lain, mereka capai kejayaan bukan kerana faktor bangsa atau sukunya Irranun tetapi kerana kebolehan semulajadi individu tersebut.

Tan Sri Pandikar yg kerap jadi rujukan, melonjak nama dalam persada politik negeri dan nasional kerana kualiti tertentu yang ada pada dirinya. Barangkali faktor suku menyumbang kepada kejayaannya itu, tetapi sukunya bukan merupakan faktor utama!

Begitu juga tuan Alimudin Kaida, yang menaiki hirarki kepimpinan PBS daripada Ketua Pemuda kepada Timbalan Presiden. Saya tidak nampak kejayaannya itu kerana faktor suku Irranunnya jadi asas ahli-ahli PBS seluruh Sabah memilih dan mengundi beliau.

Alimudin ada quality yang tersendiri, seorang yg berani bersuara dan pemidato yg baik! Beliau juga tidak pernah memburuk-buruk nama orang lain dibelakang..

Disamping kedua-dua tokoh ini, ramai lagi sahabat dan saudara mara saya yg berjaya dalam politik dan karier mereka masing-masing, bukan kerana faktor suku mereka. Mereka2 ini tidak pernah menjadi pemimpin tertinggi PISBA dan persatuan-persatuan yg dikaitkan dengan suku "Irrannun".

Saya kenal sdra saya arwah Talikop Lamsin, yg disukai dan popular kerana suka menolong orang, tidak kira bangsa Bajau atau Irranun dan bangsa bumiputera lain sewaktu menjadi Pegawai Kanan dalam perkhidmatan kerajaan.

Malah saya tidak nampak ada sentimen kesukuan langsung yg ditunjukkan Arwah Talikop!

Begitu juga adiknya, juga sahabat saya Saleh Lamsin. Dia berjaya dalam karier kerana kebolehannya..lulusan ekonomi dari Universiti Malaysa dan undang-undang dari London.

Sahabat saya Kibin Hj Samad, yg langsung tidak pernah menunjukkan sentimen kesukuan. Pensyarah OUM dan berjaya dalam karier kerana kebolehan tersendiri.

Saya sokong Wadah atau apa juga pertubuhan utk satukan bangsa Irranun. Wadah seperti ini amat baik utk satukan bangsa Irranun. Namun mengharapkan wadah seperti ini menjadi satu "batu loncatan" pihak atau individu tertentu hanya akan mengecewakan mereka, kerana the bottom line is the "quality" dan "leadership" akan jadi kriteria utama untuk menjadi pemimpin dan kunci kepada kejayaan.

Saya doakan kejayaan kepada WBI untuk bangsa Irranun bukan utk individu-individu yang ada agenda yang tersirat!

Salam Aidil fitri dari MO sekeluarga.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Paquin said...

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih... Jadi tepuk dada, tanya selera lah!!! hehehe

Paquin said...

Setuju Johnson. Itu yang paling penting tu. Jangan sampai timbul sikap perkauman di kalangan Sabahan sendiri :)

Paquin said...

Betul zaimi. Jika benda baik, teruskanlah. Apa salahnya kan. hiihi

Paquin said...

Bagi saya kekalkan semangat dan teruskan perjuangan bagi memastikan wadah Iranun ni dapat mencapat matlamatnya:) Halangan yg timbul tu, anggap saja sebagai pendorong :)

Paquin said...

All the best dan semoga semua perancangan berjalan lancar.

gambir said...

perjuangan yang ikhlas, jujur dan berdedikasi adalah lebih dihormati!

gambir said...

apapun kaum sesebuah parti tersebut samada iranun, dusun, murut dsbnya harus berlandaskan matlamat yang sama iaitu untuk menyatupadukan dan kebahagiaan rakyat!

gambir said...

harap-harap parti ni tidak suka bertelagah..kerana rakyat benci dengan ahli-ahli politik yang menunjukkan sikap kepimpinan yang sikit-sikit suka melenting!