Sejak penubuhan PERKASA dua tahun selepas PRU 12, yang menyaksikan BN dan sekutunya hanya memperolehi simple majoriti dalam Dewan Rakyat, Pertubuhan itu sudah mual diragui akan keberkesaannya dalam memantapkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak. Pelbagai kesangsian dan kecurigaan politik bersarang dalam benak Datuk Najib. Pertama kerana Najib curigai dengan penubuhan PERKASA yang memberikan gambaran bahawa UMNO telah gagal sebenarnya dalam memelihara hak-hak Orang Melayu dalam perlembagaan. Kedua, kerana Najib tahu di belakang PERKASA adalah Tun Mahathir yang telah memainkan peranan dalam "menjatuhkan' Pak Lah sehingga memberikan ruang kepada Najib untuk menduduki kerusi nombor satu negara itu. Ketiga kerana juga Najib tahu Presiden PERKASA adalah "ahli" UMNO yang dipecat. Ertinya kesalahan yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali, adalah satu kesalahan Besar yang tidak bisa 'terampun' oleh UMNO. Najib nampak agak tersepit dalam dilema PERKASA ini. Kerana itu barangkali Jarang benar kita dengar Najib membuat komen mengenai gelagat PERKASA. Menjaga hati orang tertentu, tetapi pada waktu yang sama menguris perasaan sendiri.
Hanya yang begitu lantang mengkritik ialah Khairy Jamaluddin (KJ) ketua Pemuda Umno. KJ menyelar tindakan PERKASA yang dilihat terlampau ekstrem hingga UMNO dan BN kehilangan sokongan kepada orang bukan Melayu. Tuntutan dan kritikan PERKASA terutama berkaitan dengan dasar penliberalan Ekonomi, ternyata tidak menyenangkan kaum Cina. Bahkan gesaan dan pendekatan yang melampau yang dilakukan oleh PERKASA bila berhadapan dengan isu hak dan keistimewaan Orang Melayu boleh mencetuskan salah faham dan perkauman yang tragis.
Tengku Adenan Mansor dalam satu kenyataan memberi amaran kepada PERKASA supaya memperlahankan gerakan dan aktiviti mereka supaya tidakmencetuskan perang saudara di negara ini, sekaligus pada waktu yang sama UMNO katanya tidak akan berkompromi dengan Datuk Ibrahim ali dalam PRU 13, berkaitan dengan calon di kawasan Parlimen Pasir Mas. Berdasarkan kenyataan setiausaha UMNO ini, jelas bahawa tanggapan awal KJ ada asasnya.
Penubuhan PERKASA SABAH pada ogos 2009 tidak banyak mengubah "world view" masyarakat Bumiputera di Sabah terutama berkaitan dengan hak dan kedaulatan mereka yang termaktub dalam Perlembagaan. YDP PERKASA SABAH, Sdr Musli Oli, bukan sahaja ahli UMNO tetapi juga seorang aktivis sosial dan politik di negeri bawah bayu ini. Pada awalnya, ramai pemerhati politik tempatan menjangkaan PERKASA di Sabah akan menjadi 'hero' NGO dalam waktu terdekat, dengan berdasarkan beberapa sebab. Pertama kerana PERKASA adan NGO politik yang Pro-Kerajaan. Kedua, kerana PERKASA dilihat satu-satunya NGO politik di sabah yang ingin membela hak masyarakat Bumiputera yang sudah sekian lama tercalar. Ketiga kerana berdasarkan Rangking semasa bahawa PERKASA dapat menghimpunkan keahlian seramai lebih 50,000 orang, berbanding dengan NGO-NGO yang lain.
Namun apa yang mendukacitakan ialah PERKASA SABAH, yang sudah dilahirkan setahun lalu, telah gagal menyerlah sebagai penahan atau benteng membela hak-hak bumiputera di Sabah. Malahan pelbagai isu yang berleger seperti pencabulan hak sijil anak Negeri, Tanah adat, dan PATI telah gagal disuarakan oleh PERKASA SABAH. YDP nya hanya 'bising' setakat dalam FCB sahaja. Blog PERKASA SABAH juga tidak di up date. Malahan perlantikan Musli Oli sebagai setiausaha BN Kota Belud juga memungkinkan beliau menjaga kepentingan politiknya daripada mengutamkan matlamat penubuhan PERKASA untuk mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam perlembagaan. Apatah lagi bila menyentuh isu nasional berkaitan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia. Info tentang PERKASA SABAH terhenti, ibarat hidup segan mati tak mahu.
PERKASA SABAH telah gagal menjiwai isu-isu pencabulan hak bumiputera di Sabah. Kerana itu dalam senario politik di negeri ini, kehadiran PERKASA SABAH tidak akan memberikan kesan mendalam dalam sokongan kaum Cina. Hanya terkadang ada kemungkinan sintemen PERKASA di Semenajung akan memberikan impak negatif kepada UMNO. Kaum Cina akan memandang bahawa UMNO juga "gagal' Mengekang kemaraan PERKASA. Justeru jika itu yang diambilkira, ada benarnya sokongan masyarakat bukan bumiputera di Sabah kepada BN akan terhakis.
37 ulasan :
Perjuangan PERKASA diperingkat nasional dan Sabah jauh berbeza...saya tidak bergiat aktif kerana beberapa isu dibangkitkan Perkasa pusat bercanggah dengan prinsip saya..
dalam mesyuarat Dewan Tertinggi baru-baru ini saya juga bercakap supaya Perkasa fokus kepada prinsip asal penubuhannya bukan bertelegah dengan semua orang termasuk pemimpin Melayu dalam UMNO.
soal membela hak2 pribumi di Sabah, itu bukan utk Perkasa mencari publisiti tetapi sedang melakukan banyak kajian sebelum sebarang susulan.
Mengata dan mengkritik ada satu kerja yang mudah...melakukannya satu perkara lain.
Salam aidil Fitri. Maaf zahir batin dari MO sekeluarga
PERKASA PUSAT jangan terlalu memaksa untuk semua itu sekiranya isu yang dibangkitkan Perkasa pusat bercanggah dengan prinsip PERKASA SABAH. PERKASA ini memang bertujuan untuk membangkitkan hak orang melayu. Tapi perkasa haruslah ingat bahawa Melayu tidak semudah untuk diperdayakan. Biarkan mereka fikir yang terbaik untuk mereka.
Tak dinafikan kebanyakan rakyat bukan Melayu tidak begitu gembira dengan perbuatan Perkasa yang banyak kali telah mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Cina dan India. Perkasa sebuah NGO yang memperjuagkan hak orang Melayu tapi diharapkan mereka janganlah melampaui batas sehingga mengungkit kemarahan rakyat lain. Ini akan menjejaskan perpaduan.
itulah masalahnya kalau kerbau ditarik hidungnya.....mengikut sajalah kerjanya...
saya terkejut juga KM posting yg bertajuk "PERKASA SABAH MENGHAKIS SOKONGAN CINA KEPADA BN"
Saya heran dengan kenyataan itu kerana selama ini Perkasa Sabah tidak pernah membuat kenyataan yang menyebabkan kaum Cina di Sabah membenci BN.
Malah saya sebagai YDP Perkasa Negeri mempertahankan parti kaum Cina dalam beberapa isu dalam negeri.
seperti saya kata, Perkasa Sabah tidak 100% mengikut telunjuk Perkasa Pusat. Ada ketikanya Perkasa Sabah mempunyai pendirian yang berbeza. Umpamanya dalam isu kalimah Allah.
Perkasa Sabah mempunyai pendirian berbeza dengan Pusat dalam isu tsb kerana menjaga hubungan bumiputera Sabah yang terdiri dari pelbagai agama. Begitu juga dalam isu-isu yang terlalu dipolitikkan, Perkasa mengambil sikap berkecuali.
Penubuhan Perkasa kerana masalah kehilangan sokongan bangsa Melayu kepada BN di negeri-negeri di tanah besar,selepas PRU 12, bukan masalah di Sabah. Kerana itu saya dan MKT Perkasa negeri amat berhati-hati dalam kenyataan dan tindakan kerana kita tidak mahu merosakkan keharmonian kaum dan agama di Sabah semata-mata untuk champion kaum tertentu!
Hujah KM terlalu bersifat provokasi terutama tajuk posting ini...bagaimanapun saya tidak terkilan kerana biasanya begitulah diperingkat awal menulis, perasaan akauntibiliti terhadap tulisan masih kurang...
diharapkan suatu ketika nanti KM akan menjadi seorang penulis yang lebih bertanggungjawab terhadap tulisannya.
salam MO
Salam KM,
Apabila sesuatu pertubuhan yg berpusat di Semenanjung Malaysia dan membuka cawangan di Sabah dan Sarawak maka ada diantara peraturan/syarat-syarat yg terkandung didalam pertubuhan tersebut perlu diubah khasnya yang melibatkan perkataan Melayu ( contoh)sebab di Sabah dan Sarawak bangsa Melayu agak kurang bilangannya, sama lah seperti pertubuhan PERKASA, seperti yang kita semua dapat lihat sekarang ini bahawa PERKASA Sabah agak kurang mendapat sambutan daripada rakyat di kedua-dua negeri ini,dari segi mentaliti politik dan pengaruh kehidupan harian ada perbezaan yang ketara diantara penduduk Malaysia Timur dan Malaysia Barat, disebabkan ini pengaruh atau sokongan masyarakat Cina kepada BN khususnya di Sabah dan Sarawak bukan berpunca daripada PERKASA semata-mata tetapi ada golongan-golongan tertentu yang memesungkan pemikiran pengundi Cina yang menjurus kepada percambahan ekenomi Malaysia di masa akan datang yang belum pasti di mana kedudukannya, maka dgn ini masyarakat Cina yang terkenal dgn " pegangan Ekenomi " merasa risau dan sering tertanya-tanya mampu kah pemerintah yg ada sekarang ini menerajui ekenomi Negara Malaysia ke tahap yang mereka harapkan demi untuk menjaga taraf kehidupan harian yang kian mencabar ini..
PERKASA Sabah harus memainkan peranannya secara efisen dan efektif..ada benarnya sebelum mengemukakan sesuatu isu, terlebih dahulu kita harus atau wajib mengkaji isu tersebut terlebih dahulu untuk kefahaman kita agar tidak menjadi 'tin kosong' dan memalukan diri sendiri..
saya juga tidka pernah mendengar PERKASA Sabah membuat sebarang kenyataan berhubung dengan tajuk posting ini daripada KM.. diharap KM tidak keliru dengan pendirian serta perjuangan PERKASA Sabah dengan PERKASA di semenanjung..
harap PERKASA Sabah akan terus berdiri di atas prinsip perjuangannya untuk mempertahankan hak-hak rakyat tempatan Sabah yang dilihat seakan-akan 'tidak wujud'..
juga diharapkan agar PERKASA Sabah tidak terikut-ikut dengan pendekatan yang dilihat agak melampau oleh PERKASA di semenanjung..harus diingat bahawa situasi yang kita hadapi berbeza dengan apa yang berlaku di semanjung..
diharap agar hak rakyat tempatan Sabah (bumiputera) akan terus dipertahankan untuk diwariskan kepada generasi akan datang demi kesejahteraan/kebaikan mereka..
Salam Sdr YDP Perkasa Sabah..
selamat hari raya maaf zahir dan batin..
sebenarnya isi artikel ini berkaitan dgn PERKASA PUSAT..namun saya cuba mengambil senario di Sabah...PERKASA di Sabah memang berbeda dgn di Semenanjung..namun apakah Perkasa Sabah juga tidak mendapat bahang populariti dri Perkasa Pusat?
Senario kaum cina di Sabah sarawak sekarang sudah terikut2 dgn stail pengundi Cina di semenanjung....lihat saja apa yang berlaku di Sibu..dan begitu juga dgn apa yg berlaku dgn SAPP dan LDP sejak kebelakangan ini..
sebab memang banyak mengapa senario sokongan kaum cina beralih arah...faktor kepartian danfaktor peribadi main peranan..
di semenanjung skrg Kaum Cina mengeluarkan rasa tidak puas hati terutama pada Perkasa Pusat yg begitu ekstrem..
jika kita ambil kira perkembangan terbaru ini..apakah kewujudan Perkasa Sabah yg juga anak kepada perkasa Pusat tidak akan menakutkan kaum Cina di Sabah sarawak pada PRU 13 akan dtg..
sebab itu saya melihat jika senario ke ekstreman Perkasa ini tidak diredakan..ada kemungkinan kaum Cina di sabah juga akan turut merasa tidak puas hati kepada perkasa Sabah,,apatah lagi ahli perkasa Sabah termasuk YDP nya adalah ahli UMNO..
jika ini menjadi kenyataan, maka tidak mustahil sokongan kaum Cina juga akan terhakis...(walaupun banyak faktor) bukan disebabkan oleh perkasa sabah sahaja..
ma kasih atas response YDP Perkasa Sabah..
salam hormat semoga sentiasa sukses.
Tu lah, orang kata kerana mulut badan binasa.. Tengok kan dah karau kejadiannya. huhu
Kalaulah setiap perkara dilaungkan dalam cara yang lebih baik rasanya takkan timbul soal ketidakpuasan hati/tersinggung ni.. hhmmmm
hmm pa boleh buat la kerana nila setitik rosak susu sebelanga...
Semoga PERKASA Sabah dapat membuktikan pada rakyat sabah bahawa PERKASA sememangnya pertubuhan yang boleh dipercayai dan tidak bersikap rasis :)
Setuju mike. PERKASA harus mempertahankan hak rakyat tempatan Sabah (bumiputera) demi masa depan generasi Sabah :)
Berdirilah di landasan yang betul dan tak perlu ikut telunjuk PERKASA di sjung kalau merasakan perkara itu tak bersesuaian di Sabah. Saya yakin jika rakyat pasti akan mempercayai PERKASA sekiranya mereka mampu jalankan t/jawab dengan baik :)
Good Luck!!!
Kepentingan negara seperti pembangunan dan perpaduan antara kaum lebih penting atau pembelaan hak kaum lebih penting?
Perkasa semenanjung yang lantang dan aktif membangkitkan isu perkauman telah menjejas teruk serta menghakis sokongan bukan bumputra terhadap BN.
Lain sekali Perkasa Sabah yang kurang aktif.
Saya rasa pendirian saudara Musli Oli patut dipuji kerana berpegang kuat dengan prinsin diri. Saya rasa isu yang dibangkit Perkasa pusat yang bercanggah dengan prinsip saudara Musli adalah isu perkauman.
Saudara Musli patut meletak jawatan dalam Perkasa Sabah jika cara perjuangan Perkasa adalah bercanggah dengan prinsip beliau.
apa kriteria hak-hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera sabah berbanding bangsa-bangsa lain di Malaysia? kena faham semua tu barulah dapat menjiwai Perkasa..
bukankah BN kepunyaan rakyat berbilang bangsa? apa salahnya cina menyokong BN? UMNO+MIC+MCA=BN
keharmonian dan keamanaan yang harus diutamakan dalam apa-apa juga perancangan, menyatupadukan semua kaum adalah amalan yang baik dan harus diutamakan.
Saudara Musli, lebih baik saudara menumbuhkan sebuah NGO yang berjuang membela hak dan kepentingan rakyat. Perkasa itu untuk Malayu bukan untuk kaum peribumi Sabah.
perkasa jika nak mempertahankan hak2 orang melayu sekalipun, jgnlah terlalu ekstrim hingga menyinggung perasaan kaum lain. jgn menjejaskan hubungan baik antara kaum ni negara kita.
PM wajar bersikap berani menangkis segala tekanan dari Perkasa dan melangkah besar membawa negara bertransformasi.
Jika tidak gagah mempertahankan prinsip dan pendirian, transformasi akan trebantut.
Apa kata tajuk artikal ini diubah sedikit seperti "Sejauh mana Perkasa Sabah menghakis sokongan Cina kepada BN" atau " Benarkah Perkasa Sabah menghakis sokongan Cina kepada BN".
Saya suka PERKASA...tertarik dengan peranan dan fungsi ngonya dalam sistem pemerintahan demokrasi berpelembagaan dalam konteks melayu dan bumiputera..bagus sekali! Tapi sayang bangsa lain prejudis! obsesi!..baik PERKASA sabah fikirkan satu lagi ngo alternatif yang boleh memberi manfaat kepada bumiputera sabah!!..sekadar pandangan.
salam,
petikan ulasan sdr. MO,
"saya tidak bergiat aktif kerana beberapa isu dibangkitkan Perkasa pusat bercanggah dengan prinsip saya.."
Andai ini yang dijadikan alasan, sdr. juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Dengan kata lain kalau betul bercangah dengan "PRINSIP SDR" letak jawatan sajalah sebab tiada gunanya saudara memegang YDP PERKASA SABAH sekiranya mendatangkan liabiliti kepada NGO ini
"BERBAHASA PERLU ADA RASA
BERKATA2 MESTI BENAR SUMBERNYA
BERSUARA BIAR BERPADA
BERDIRI BIAR GAGAH"
Betul kata Bean dan Anri. Saudara MO patut leteka jawatan sebagai YDP Perkasa Sabah jika cara perjuangan Perkasa adalah bercanggah dengan prinsip beliau.
Perkasa Sabah memang kurang aktif. Tetapi Perkasa pusat yang terlalu ego sedikit banyak akan menyinggung perasaan bukan Melayu di Sabah ini.
Perkasa Sabah ditubuh untuk membela siapa? Saudara Musli patut menimbang cadangan-cadangan yang dibuat oleh beberapa pengomen disini meletak jawatan dalam Perkasa Sabah.
Perkasa Sabah belum pernah buat kenyataan yang menyinggung perasaan bukan bumiputra.
saya jadi YDP Perkasa bukan atas permintaan sesiapa. Oleh itu saya juga tidak letak jawatan kerana desakan orang-orang yg saya tidak kenal pun...Aa beberapa isu saya tidak setuju kerana prinsip seperti isu kalimah Allah..bukan semua saya tidak setuju.
Perkasa Pusat hormati pendirian saya kerana saya jelaskan bahawa di Sabah isu perkauman tidak perlu digembar gemburkan kerana keharmonian kaum telah lama ujud.
Namun beberapa isu yg dibawa kepada pengetahuan saya seperti pemberian biasiswa dan pinjaman kepada anak negeri, saya sampaikan kepada pihak yg berkenaan dalam surat rasmi dan melalui telepon. InsyAllah pihak yg berkenaan ambil perhatian. ada yang rayuan pemohon di pertimbangkan dan diberi kelulusan atas campurtangan Perkasa Sabah!
Banyak lagi isu-isu lain seperti kes tanah di Lahad Datu, Sandakan, Kota Belud, Perkasa juga buat siasatan dan tindakan susulan.
Perkasa Sabah tidak suka over publisiti dalam semua kerja yg dilakukan1
Kepada yg desak saya letak jawatan, terima kasih kerana ambil tahu mengenai Perkasa,
Salam dan Selamat Hari Raya dari MO
saya hairan bin ajaib.. apakah kita selaku warga sabah selamanya akan 'menumpang' populariti nama/pertubuhan/ngo/parti politik dll dr rakan2 di smjng utk membela nasib rakyat kita. Tdak boleh kita berdiri atas kaki sendiri tubuhkan 'pembela rakyat tempatan' tanpa mengharap ehsan dari saudara2 kita di smnjung?? kita sudah merdeka 47 tahun.. mana suda semangat SABAH BOLEH suatu ketika dahulu yg kita canang2???
salam semua
PETIKAN KATA-KATA SDR. MO
"saya jadi YDP Perkasa bukan atas permintaan sesiapa. Oleh itu saya juga tidak letak jawatan kerana desakan orang-orang yg saya tidak kenal pun"
Sdr. MO,
Menurut Teori Ekonomi, PERMINTAAN DAN PENAWARAN saling berhubung kait. Jadi kalau sdr. tidak minta atau melobi Jawatan YDP PERKASA Sabah, sdr. tidak akan ditawarkan dengan jawatan tersebut.
Jelas sekali sdr. cuba sekali lagi menyalahkan orang lain kerana menawarkan jawatan tersebut kepada sdr.
SAYA AMAT KESAL SEKALI
Salam semua..
kegagalan PERKASA SABAH di bawah pimpinan sdr MO sudah jelas dan terang..gagal membela hak peribumi dan hak bumiputera seperti yang telah dihuraikan oleh kelapa mawar..
oleh itu sdr MO harus berani menghadapinya....jika tidak bersetuju dgn banyak hal berkaitan dgn isu nasional maka kita cadangkan supaya sdr MO mengundurkan diri..tumpukan pada hal berkaitan dgn politik sbb dia setiausaha Bn KB..
jangan banzirkan masa dan tenaga serta buah fikiran utk sesuatu badan NGO yg tidak boleh pergi jauh,,,
saya mencadangkan supaya PERKASA SABAH keluar dari kepompong politik...lihat apa yg berlaku di semenanjung...UMNO sdh buat keputusan tidak akan bersama PERKASA...
saya setuju dg pendapat sdr anri mengenai hal ini..
Jika menyedari PERKASA hanya menyemak disini kenapa tidak halau keluar sahaja?????
Post a Comment