Semua orang tahu bahawa Pentadbiran Putrajaya sekarang ini adalah bukan kehendak Datuk Seri Najib tetapi pentadbiran yang diwarisi dari Pak Lah. Keseluruhan sistem kerajaan dan parti BN kini adalah lahir dari "naluri" politik Pak Lah. Datuk Najib belum dapat 'mandat' sepenuhnya dari rakyat. Kerana itu ada pemerhati politik yang berpendapat, Najib harus segera membubarkan Dewan Rakyat dan mengadakan PRU 13, jika ingin membuat Transformasi dalam kerajaan dan Parti..supaya idea dan 'naluri' politiknya sebati dengan konsep yang diperkenalkan oleh beliau.
Lihat sahaja apa yang berlaku di Sabah, BN semakin berantakan kerana situasi politik ini adalah "warisan' dan bukan 'mandat' mandatori yang diberikan kepada Najib, tetapi kepada Pak Lah. Kudis yang hanya bermula pada hanya setakat 'panau' pada BN Sabah kini telah mula bernanah. Datuk Musa Aman yang ADA adalah "warisan' dari Pak Lah, semakin hari, semakin kehilangan sokongan dari parti-parti komponen BN di Sabah. Walaupun Najib beberapa kali memberikan isyarat bahawa akan hadir 'mimpi indah 'politiknya di Sabah terutama dalam menyelesaikan pelbagai tuntutan pemimpin parti-parti komponen, namun nyata mimpi itu terputus di tengah lena yang panjang. Satu demi satu insiden politik mencemaskan berlaku di Sabah terutama melibatkan beberapa parti yang mewakili orang Cina.
Dalam era Pak Lah, SAPP telah keluar dari BN, atas alasan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pak Lah pada waktu itu. BN Sabah pada waktu itu mula dilanda penyakit kulit ala-ala Panau, tetapi hanya disapu dengan ubat" Cap Tiga Kaki". Musa Aman nyata 'gagal' mendapat sokongan dari parti-parti Cina di Sabah. Datuk Ramyond Tan yang dipertahankan pada mulanya oleh Datuk Musa Aman telah keluar dari SAPP dan menyertai GERAKAN.
Isu Pembinaan patung Mazu di Kudat dalam era Tan Sri Chong Kah Kiat presiden LDP, tidak diselesaikan dalam suasana mesra antara parti-parti komponen BN Sabah, sebaliknya kerajaan Negeri di bawah pimpinan UMNO lebih suka menyelesaikannya di Mahkamah. walaupun kemenangan berpihak kepada UMNO dan kerajaan Negeri tetapi ia membawa 'kekalahan kekal' dari sudut kerjasama dalam BN Sabah. Satu demi satu parti-parti komponen BN menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan warisan Pak Lah ini. PBS sendiri menggesa supaya masalah PATI dan beberapa isu tanah adat dapat diselesaikan. Presiden UPKO pula menyelar tindakan UMNO Sabah yang disifatkannya gagal menyelami dan merealisasikan gagasan 1Malaysia tajaan Najib. Pada hemat pemerhati politik, ada kemungkinan UMNO gagal menghayati konsep 1Malaysia dalam ruanglingkup politik Sabah, kerana pemimpin Umno Sabah sekarang ini adalah "warisan' dan bukan 'kelangsungan' politik Najib.
Beberapa hari lalu, Pemimpin kanan LDP sebuah parti komponen BN Sabah yang didominasi oleh kaum Cina mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah tidak boleh bekerjasama dengan Datuk Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi BN negeri. Malahan kenyataan LDP bahawa Musa Aman membuli parti-parti kecil dalam BN di sabah wajar diberikan perhatian.Sekaligus memperlihatkan bahawa sistem kepimpinan "warisan' ini jika tidak diselesaikan oleh Najib akan membuatkan Sabah bukan lagi Fixed Deposit bagi BN. Lalu wayang kulit mula pula didendangkan kononnya ada pakatan mahu menggulingkan kepimpinan Musa Aman dan LDP dituduh bersengkokol dengan pihak ketiga dalam hal ini.
Apakah pemerhati politik tidak melihat bahawa dari awal lagi Datuk Musa Aman sememangnya bukan mesra dengan pemimpin Cina di Sabah. SAPP DIBIARKAN tanpa ditarbiyah dengan semangat kesetiakawanan BN, begitu juga LDP.Bah kan dalam PRU12 yang lepas atas 'kerelaan' Datuk Musa Aman maka beberapa pemimpin veteran UMNO disingkirkan. Dan yang paling menggemparkan Najib ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar dari parti Parti Liberal Demokratik (LDP) dan meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk sebagai naib presiden berkuat kuasa serta-merta. Sekaligus menghumban parti Cina itu dalam kemelut politik seperti SAPP.
Najib harus segera mentransformasikan kepimpinan BN di Sabah dengan melakukan beberapa rombakan supaya sistem warisan ini dapat dijelmakan kepada kehendak dan nadi kepimpinan baru di bawah beliau sendiri. Jika tidak adalah besar kemungkinan kawasan PRU yang majoriti pengundi cina seperti Kinabalu,Likas, Karambunai dan Tanjung Papat dan beberapa lagi akan jatuh ke tangan pembangkang. MIMPI YANG INDAH BUAT BN AKAN TERPUTUS.
25 ulasan :
Najib perlu mengadakan PRU13 secepat yg mungkin kalau dia mahu menyelamatkan BN dan negara dari terus jadi Singapore!
Jika ada yang tidak berpuas hati. Hanyalah boleh tunggu sehingga PRU-13.
Apa yang berlaku baru-baru ini Datuk Musa dan LDP, Datuk Musa tidak pernah membuli parti kecil sekali pun. tapi sebagai Parti kita harus lebih faham dengan keadaan. Tapi saya yakin yang BN tetap akan menjadi pilihan rakyat dan penentuan pada PRU 13 akan datang ini nanti. Harap semua pemimpin haruslah berkerja sama tidak kira dari mana asal mereka Sabah, Sarawak dan juga semenanjung.
walau pun terdapat beberapa pekara yang timbul kebelakangan ini namun sokongan terhadap BN Sabah masih lagi kukuh. ini kerana rakyat masih lagi menyokong kepimpinan BN Sabah.
mmg byk perkara yang berlaku dalam BN Sabah akhir2 ni. namun BN Sabah tetap kukuh dan menjadi pilihan rakyat. ini kerana kepimpinan KM Sabah bijak. BN akan tetap menerajui negeri Sabah.
yang paling penting sekarang selesaikan konflik ini agar tidak berterusan dengan lebih lama. dalam kegairahan semua parti di Malaysia menghadapi PRU13, konflik seperti ini tidak patut berlaku, lebih2 lagi sebagai sebuah parti yang membentuk kerajaan.
Datuk Musa sudah membuat yang terbaik untuk Sabah. Saya percaya, Datuk Musa mesra dengan semua bangsa dan kaum. Tidak kira bangasa cina dan apa kaum sekali pun. Apa yang berlaku tetang LDP itu adalah disebabkan oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Chin Su Phin yang beliau tidak lagi mahu berkerja dengan Datuk Musa Aman. Sebenarnya Datuk Musa hanya menegur supaya jangan membuka isu yang telah diselesaikan iaitu isu Mazu Kudat.
Musa aman sebagai Ketua Menteri Sabah telah melakukan yang terbaik sepanjang ia menerajui pemerintahan negeri Sabah. ia mencapai kejayaan besar dalam karier politiknya, hal yang berlaku dalam politik Sabah akan dpt ditangani beliau.
Najid tidak payah risau sekiranya Najib telah melakukan sesuatu rakyat dan menjaga kepentingan mereka rakyat tetap akan menyokong Kerajaan tapi begitu juga sebaliknya. Sekiranya kerajaan membuat tidak peduli dengan rakyat dan tidak mustahil rakyat akan berpaling tadah dari kerajaan. Oleh itu, Kerajaan buat yang terbaik untuk rakyatnya untuk meraih sokongan rakyat. 1 Malaysia pasti boleh.
slm KM
datuk najib kan ada bik mama
BN Sabah masih lagi kukuh dan yang penting masih menerima sokongan rakyat. apa pun yang penting setiap isu yang timbul perlu diselesaikan dengan cara yang baik.
Ada kebenaran juga dari penulis. Tetapi risikonya tinggi jika membubar dewan buat masa ini kerana banyak isu-isu hangat yang melanda Malaysia buat masa ini belum lagi reda.
BN Sabah dapat menyelesaikan masalah yang timbul buat masa ini.
Cabaran dan rintangan amalan hidup. Yang penting jangan putus asa. PM mampu menangani cabaran yang dihadapi BN Sabah.
Semoga komponen BN akan bersatu dan kembali fokus kepada t/jawab menjaga kebajikan rakyat.
Soal mimpi Najib terputus tu no komen lah... Tapi saya yakin era pemerintahan Najib pasti menjanjikan sesuatu yang cerah :)
Soal pilihan raya pula, relax lah.. Masanya pasti akan tiba.
Setiap persoalan pasti terjawab next GE nanti, so sabar lah ya. Saya yakin BN pasti menyerlah nanti.
Semoga PM dapat menanggani perkara ini dengan baik. BN harus berdiri kukuh dan buktikan pada rakyat BN mampu buat yang terbaik utk rakyat.
All the best!!
Satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan penuh muslihat
Meletakan Ketua Menteri dalam keadaan serba salah
Kalau nak letak jawatan biarlah lepaskan semua jawatan termasuk ADUN
"BERDIRI BIAR GAGAH"
Hebat panulis kerana beliau tahu apa mimpi PM Malaysia.
Kerja PM akan diteruskan tidak kira apa yang berlaku di Sabah. Denan ubahnya situasi, stratigik juga turut berubah.
Jangan panik, ini cuma pekara biasa. Perdana Menteri dapat 'handle' pekara kecil ini.
saya ingin melihat perubahan positif Sabah dan bukannya perbalahan yang tidak berhenti. harap pada suatu hari nanti pihak kerajaan dan pembangkang akan mengambil langkah berdamai, duduk dalam 1 meja dan cuba untuk menyelesaikan masalah2 negara. adakah itu hanya 1 mimpi?
Pilihanraya sudah mau sampai, jadi ada yang membuat sesuatu supaya orang dapat dengar suara mereka dan menyedari kewujudan mereka.
Post a Comment