Sunday, August 29, 2010


Selepas sahaja PRU 12 melabuhkan tirainya, Politik Sabah terus bergolak. Banyak sebab yang dapat diberikan. Antaranya ialah penyingkiran beberapa orang pemimpin di Sabah yang dikatakan 'berpengaruh', ketidakpuasan hati pemimpin parti-parti komponen dan juga "dasar' dan "stail" kepimpinan Musa Aman. Ramai ahli politik di Sabah,merasakan bahawa peluang dan ruang mereka untuk menyusun strategi politik musnah dengan beberapa tindakan Musa Aman termasuk beberapa skandal melibatkan pembalakan hutan simpan Yayasan Sabah, penggubahan wang haram di luar negera, isu kroni dan proksi dan banyak lagi yang sudah 'tidak larat' dilaporkan oleh media massa arus perdana, melainkan hanya melalui media ketiga yang mula mendominasi ruang penyebaran maklumat di negeri bawah bayu ini.

Isu yang paling menarik untuk dikedepankan ialah isu penyingkiran pemimpin pada PRU 12. Kerana bagi KM inilah yang menjadi asas kepada segala bentuk masalah yang dihadapi kini oleh BN Sabah di bawah kepimpinan Musa Aman. Antara pemimpin yang terlibat disingkirkan ialah Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta Datu Amir Kahar, yang kemudiannya bergabung dalam satu wadah sosial iaitu USBO.

Walaupun USBO diberikan nafas baru kononnya bukan untuk tujuan politik, tetapi ia sebagai signal kepada Musa Aman pada waktu itu bahawa pemimpin yang disingkirkan itu adalah dari rumpun bangsa majoriti. Bahawa mereka ada upaya untuk mencorakkan landskap politik di Sabah. Sekaligus kononnya pemimpin ini sewajaranya diberikan ruang untuk turut sama dalam mengharungi badai politik Sabah.

USBO akhirnya, tidak kemana, lebih-lebih lagi apabila DSSK dan TSPAM mendapat tempat dalam kabinet dan juga status politik yang baik. DSSK dilantik sebagai penasihat Sains kepada Ketua Menteri bertaraf menteri, manakala TSPAM dilantik sebagai YDP Dewan Rakyat, jawatan bukan politik tetapi jawatan atas sebab pengiktirafan politik.

Sejak kes PRU 12 ini, pelbagai 'virus' mula merebak dalam politik Sabah. Rasa tidak puas hati sentiasa hinggap dalam benak pemimpin parti komponen. Rasa sentiasa "terancam' sehingga segala tindak tanduk Musa Aman adalah 'ibarat hempedu" politik yang sangat pahit bagi mereka. Kes pembahagian kerusi PRU adalah antara yang menjadi agenda parti-parti komponen BN di Sabah beberapa bulan mendatang ini .Mereka takut kalau-kalau parti dan pemimpin mereka disingkirkan. Sedangkan pemimpin UMNO yang begitu 'advance' di peringkat negeri dan nasional bisa disingkirkan oleh Musa Aman pada PRU yang lepas, apatah lagi pemimpin Parti Komponen BN ini yang rata-rata mula kehilangan taring setelah mereka berpecah dalam beberapa aliran parti politik yang berbeza.

"Rampasan 'kuasa oleh Datuk Shafie Apdal sengaja diperbesarkan, supaya memberi tekanan kepada Musa Aman, apatah lagi DSA adalah 'anak' emas Datuk Najib diperingkat persekutuan. Kini apabila isu itu berlalu, Presiden UPKO pula membidas kepimpinan UMNO di sabah, kononnya tidak membawa semangat 1Malaysia. DSSK yang kini menjadi 'penasihat ' kepada Musa Aman, melenting dan membidas kenyataan itu dalam blognya. Sebelum inipun beberapa pemimpin parti komponen BN membuat desakan dan tuntutan supaya beberapa isu tertunggak seperti PATI dan pengundi Hantu diselesaikan.

Apa yang menjadi tumpuan pemerhati politik sejak seminggu yang lalu ialah tindakan LDP membuat kenyataan terbuka enggan berkompromi dengan Musa Aman tetapi menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib. Beberapa isu seperti pembinaan patung Mazu di Kudat hanya dijadikan 'topeng' kepada ketidakpuasan hati itu. Kerana selang sehari selepas itu, DSSK mengeluarkan kenyataan pula kononnya ada komplot menjatuhkan dan mneyingkirkan Datuk Musa Aman. Yang peliknya DSSK lebih duluan mengetahui perkara ini daripada setiausaha Bn sabah, Datuk Rahman Dahlan. Ramai yang mempertikaikan kenyataan DSSK ini kerana kata mereka, sebelum inipun DSSK bukanlah politikus yang setia kepada ketua. Bukankah ketika dalam USBO, DSSK turut memberi 'tekanan'kepada Musa Aman. ?

Ramai pemerhati politik, ingin mencari jawapan , kepada persoalan, apakah sebenarnya Motif DSSK mengeluarkan kenyataan itu? Apakah sebagai 'pembersihan' noda politiknya kepada Musa Aman, kononnya dia adalah pelindung kepada politik Musa Aman di Sabah? Apakah benar ada konspirasi menjatuhkan Musa Aman..atau sekadar propaganda untuk 'mengurangkan'perhatian media dan orang awam kepada isu skandal dan tuntutan pembahagian kerusi parti-parti komponen. Apakah nilai 'kesetiaan' yang ditunjukkan oleh DSSK ini?

Apa yang nyata ialah, Musa Aman di sabah sudah kehilangan kepercayaan dikalangan pemimpin rakan dalam BN Sabah. Dan jika itu benar tentunya DSSK akan kehilangan tempat berteduh . Justeru itu segala macam strategi politik akan dilaksanakan untuk memastikan kepercayaan keatas Musa Aman oleh pucuk pimpinan pusat tidak akan surut. Sekaligus 'kesetiaan' DSSK yang baru "menetas" kepada Musa Aman akan terbukti.

Bagi Najib perkembangan terbaru ini akan menjadi satu lagi isu yang bakal dipertimbangkan untuk membuat sesuatu yang terbaik buat Sabah. Jika tidak"tekanan' politik akan mencairkan Fixed Deposit BN ini pada PRU 13 akan datang. Dan jika benar bahawa adanya komplot tentunya ia hanya akan berakhir bila KETUA MENTERI Sabah yang baru akan mengangkat sumpah.



18 ulasan :

RakyatKB said...

SSK dan MA sdh jadi kwn baik...mrk ada rancgn. utk trus jadi Cm dan timb. Cm di Sabah...jadi tidak salah bah itu..politik kan namanya..

watasikadi said...

salam KM,
posting kali ini agak menarik untuk diulas. namun mereka yang lebih layak dan berpengalaman dalam politik seharusnya yang akan memberi ulasan yang lebih bermakna. namun sebagai pengundi muda saya turut tertarik dengan ulasan KM namun agak kurang bersetuju dengan pendapat KM sendiri. posting ini lebih kepada ulasan menunjukkan DSSK bakal tiada tempat berteduh, namun pada saya langkah-langkah DSSK ini bukan membuatkan dia kehilangan tempat berteduh malah akan menjadikannya tempat pemimpin berteduh. bagi saya segala apa yang terjadi kini adalah desakan meletak jawatan oleh komponen BN yang dari dulu lagi tidak menyebelahi DMA. situasi ini mungkin boleh diterjemahkan sebagai permainan wayang kulit bertajuk 'menarik rambut dari dalam tepung,rambut terkeluar tepung tidak berselerak'. situasi ini boleh menguatkan lagi cengkaman BN di sabah sebenarnya. peristiwa peralihan kuasa Pak Lah kepada DSN bakal diulangi dalam kancah politik sabah kini. bagaimana DSN bisa menyahkan Pak Lah tanpa menyelerakkan tepung harus diambil iktibar oleh DMA. permainan politik halus dan licik bakal mengambil alih kepimpinan sabah. bagi saya DSSK bukanlah orang yang mudah dipujuk hatinya hanya dengan memberinya pelbagai jawatan,jawatan diberi bukan pun levelnya. akhir kalam PAS tatap dihati.fikir2kanlah...

ROJOKOBOG said...

Salam KM,

Satu posting yg menarik dan akan menjelmakan berbagai-bagai polimek dan gimik politik dikalangan rakyat dan pemimpin negeri Sabah, dari segi apakah gandingan Musa-Saleh ini dicuriga, siapa pula yg meragui mereka ini, tekanan bagaimana pula yg akan dirasai oleh Dato Najib, adakah BN akan kehilangan deposit pada PRU-13 nanti akibat keraguan ini.

Jika Datuk Musa aman diragui oleh PM, mungkin kah jawatan KM akan beralih kpd org lain, dan Datuk Saleh Said akan berputih mata akibat bossnya turun takhta, siapa pula yg merasa lega akibat revolusi politik Sabah ini, adakah LDP akan ketawa terbahak-bahak, atau mereka telah keluar dari rumah BN ketika itu, bagaimana pula kedudukan SAPP yg di pimpin oleh Datuk Yong Teck Lee, mungkin kah mereka akan bergabung dgn LDP, kesemua ini mungkin bakal akan terjadi dan menjadi kenyataan satu hari nanti, apa pun yg bakal akan terjadi ini adalah adat resam dlm dunia politik, hanya satu harapan kita agar BN terus menerajui tampuk pemerintahan negara kita dibawah teras 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, HIDUP DATO NAJIB..............

Sanih Alias said...

Salam KM,

bagi saya mungkin itu adalah pandangan DSSK itu sendiri, kerana mungkin beliau hairan kenapa Chin tiba-tiba mengaitkan tentang isu yang sudah selesai. Tapi yang memgembirakan saya ialah, apabila DSSK membantu Datuk Musa dan seolah-oleh mereka menjadi kawan walaupun sebelum ini ada perselisihan faham. Harap DSSK dan MA dapat berkerjasama dengan semua ahli komponen dan juga ahli Bn untuk rakyat. Ini satu petanda bahawa Sabah akan menjadi sebuah negeri yang kuat apabila ahli bersatu bersama.

Sanih Alias said...

saya sebagai rakyat begitu senang hati sekiranya semua pemimpin bersatu untuk sabah. Seperti DSSK dan DMA adalah cerita yang baik untuk semua. HArap BN akan tetap kuat dan teguh walaupun banyak cerita buruk yang datang, anggap itu semua dugaan untuk semau pemimpin BN. Yang penting, BN cuba untuk memguatkan parti sendiri dan bersatu hati untuk membantu rakyat sabah. Datuk Najib tidak perlu ridau, DMA dan DSSK akan melakukan yang terbaik untuk sabah dan DSA tidak perlu untuk menggantikan DMA keran beliau tidak layak untuk menggantikannya.

Anonymous said...

tak salah jika Datuk salleh mengeluarkan pendapat seperti itu, lagipun adalah perkara baik jika Datuk Salleh teleh menunjukkan bahwa beliau benar2 setia dan menyokong kepimpinan Musa Aman, Musa Aman sememangnya pemimpin yang sentiasa mendapat sokongan akar umbi daripada pemimpin2 lain. harap beliau akan terus menerajui negeri Sabah.

BELUM PENDEKAR said...

Salam,

1. Sebagai rakyat daerah KB, kita sepatutnya turut berbangga dan merasa gembira sekiranya pemimpin dari daerah kita mempunyai tempat di dalam kepimpinan negeri. Dan, buat masa ini, pemimpin kita belum lagi mempunyai tempat yang dimaksudkan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita sebenarnya untuk membantu meletakkan pemimpin kita di dalam barisan yang sepatutnya.

2. Tetapi, semacam sudah menjadi sikap dan amalan kita di KB ini, kita semacam tidak suka melihat pemimpin kita naik. Rakyat ditempat, daerah dan negeri lain menghargai dan menghormati pemimpin dari KB tapi orang kita sendiri tidak pernah mahu melihat kelebihan mereka. Maka, siapakah yang bermasalah sebenarnya?.. Orang lain tidak pernah meragui pemimpin kita tapi, orang kota belud yang meraguinya... apa semua ini...

3. Pada saya baik DSSK mahupun TSP, mereka adalah dua pemimpin kita yang belum ada gantinya buat masa ini. Mereka telah berada pada liga yang setanding dengan pemimpin negara yang lain. Maka, sebagai seorang yang rasional, sudah tentu kita tidak mahu pemimpin kita lebih junior dari pemimpin negara yang lain kerana terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang kita sebagai rakyat perolehi.

4. Maka, berhati-hati dalam mengeluarkan komen apatah lagi cemuhan kepada pemimpin sendiri... Ibarat meludah ke langit, ianya akan terpercik ke muka sendiri...

Salam dari
BELUM PENDEKAR

Mahsiran said...

Salam Kelapa Mawar,

Datuk Musa berganding dengan Datuk seri salleh keruak, ini sangat baik. DSSK mesti percaya dengan Datuk Musa dan itulah sebab mereka mahu berganding untuk mengguatkan parti BN. kenapa harus diragui lagi bukankah ini pertanda yang baik untuk sabah kerana pemimpin bersatu dan berkerjasama. Najib mesti gembira dan suka dengan khabar ini dan tidak akan memberikan tekanan kepada PM ini. Kerana PM percaya akan pemerintahan sabah dibawah datuk Musa. Bagi Najib perkembangan terbaru ini akan menjadi satu lagi isu yang bakal dipertimbangkan untuk membuat sesuatu yang terbaik buat Sabah. harap sabah akan kekal dengan orang yang berjasa kepadanya.

Anak Sabah said...

Walaubagaimanapun, diharapkan semua ini tidak akan menjejaskan pentadbiran negeri kita.

Anonymous said...

Musa Aman dan Salleh Said bersatu adalah perkara baik, ia tak perlulah nak dijadikan isu pla. kenyataan Salleh mungkn ada benarnya dan mungkin tidak. apapun sokongan pemimpin BN terhadap Musa masih lagi kukuh. rasanya Musa akan terus menerajui Sabah.

Anak Sabah said...

Jika ada yang tidak berpuas hati, tunggulah PRU-13. Buat masa ini, saya berharap kerajaan akan berfungsi dengan baik supaya kebajikan rakyat tidak akan terjejas.

azman said...

DMA dan DSSK bersatu adalah merupakan sesuatu yang baik. memamg wajar jika pemimpin-pemimpin kita bersatu demi kebaikan semua.

azman said...

kerjasama dikalangan pemimpin sebenarnya amat penting bagi memastikan apa yang dirancang berjalan dengan baik. yang paling penting adalah keperluan rakyat dapat diberikan.

Unknown said...

Dalam politik tiada kawan atau musuh selama-lamanya, cuma kepentingan samada diri atau parti diambil kira.

Unknown said...

Saudara saudari sekalian, lihat pemimpin-pemimpin negara maju, siapa pemimpin mereka yang bertekad-tekad menduduki kerusi pemimpin?
Kenapa kita amat merindui kisah-kisah lama yang lapuk?

kb girl said...

Barangkali PM sudah ada idea macam mana hendak mengatasi situasi politik di Sabah.
BN masih mengawasi keadaan semasa dan komponen BN Sabah masih sokong pimpinan PM.

Unknown said...

Musa dan Salleh akan berganding bahu demi kebaikan BN dan masa depan Sabah.

Unknown said...

Saya berpendapat tiada tekanan buat PM.