Mungkin ada baiknya saya memulakan penulisan ini dengan perkongsian betapa cabaran "terbesar" dalam proses penyatuan sesuatu bangsa itu ialah dalam diri sendiri. Sejauhmana kita berupaya 'melunaskan' hati nurani dan membersihkan hati dari segala remuk redam kesumat dan prasangka, maka sejauh itu jugalah 'harapan penyatuan semakin' jelas.
Bermula dengan hanya cakap-cakap kosong di sebuah Restoran, kemudian disusuli dengan cadangan betapa Iranun perlu keluar dari kepompong minoritinya, dan perlunya satu wadah baru diwujudkan, merangkumi segenap aspek, maka satu pertemuan awal bertarikh 7.08.2010 telah dirancang dan direalisasikan. Pertemuan kedua petang tadi 14.08.2010, di tempat asal sebagai permurnian tuntutan idea penyatuan suku Iranun itu telah berjalan dengan baik dan lancar. Kehadiran masih seperti pertemuan awal sekitar 22 orang tetapi ada sudah muka-muka baru yang sebelum ini tidak berkesmpatan untuk menyelami intipati pertemuan pertama. Syukur alhamdulilah saya begitu berkeyakinan bahawa satu "harapan Baru" bagi suku Iranun akan semakin jelas setelah apa yang kita lalui selama ini, betapa menjadi pengajaran dan seperti kata sdr Alimudin ia wajar dilupakan.
Pertemuan petang tadi telah sebulat suara membentuk satu Jawatankuasa penaja yang berperanan untuk merangka satu wadah baru yang pada pertemuan ini belum lagi diputuskan, namun lebih kepada PERSATUAN.
Maka Pengerusi Penaja dimandatkan kepada SDR ALMUDIN KAIDA, Timbalan Pengerusi: SDR ROSLAN HJ MANSHOR, Naib Pengerusi : SDR ROSLAN AKIK, Setiausaha : SDR ADLAN LONOH, Bendahari : Tuan Haji Mayur, serta beberapa AJK lain termasuk Sdr Razak Rakunman, sdr Musram Rakunman, sdr Andaman, sdr Asli Bukaria dan beberapa nama lagi.
Lalu satu lagi pertemuan yang dijangka pada 28.hb ini akan diadakan di Kota Kinabalu oleh kesemua AJK Penaja ini termasuk memutuskan NAMA , Urusan Pendaftaran serta Perlembagaan Persatuan yang dibentuk.
Maka jika realiti yang diambil kira..Suku Iranun sekali lagi akan mempunyai satu wadah perjuangan yang merentasi fahaman politik dan darjat kepolitikan. Walaupun pada asasnya, AJK Penaja ini terdiri daripada "orang politik" namun atas dasar penyatuan "baju politik" mereka telah dilucutkan. Peranan dan idea mereka bukanlah atas landasan parti yang dianuti tetapi berdiri pada satu nama iaitu IRANUN. Kerana itu saya berpendirian bahawa mereka harus diberikan peluang secukupnya supaya AJK serta Wadah baru ini mendapat sokongan dan dokongan dari semua masyarakat Iranun. Ingat dan ingatlah bahawa 'BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI PASTI KITA AKAN ROBOH"
18 ulasan :
Salam KM.
Usaha murni bagi membawa msykt minoriti ke wadah perjuangan baru.Tetapi asasnya adalah mentaliti perlu berubah.
KM yg dihormati..
memang saya sudah menjangka bahawa pertemuan itu akan menjadi fokus penulisan KM sbb KM berada dlm majlis itu.
beginilah saja KM..kalau saya di minta memberikan pandangan tentng perlu atau tidak wadah baru bagi suku Iranun..saya katakan ndak usah lah..hidupkan saja PISBA.
PISBA masih releven utk menyatukan kembali Iranun. Sbb PISBA sudsah lama ditubuhkan dan sinonim dgn suku ini..apa yg kita nak tubuhkan wadah baru sedangkan PISBA adalah pertubuhan utk semua suku Iranun...ada budayanya, pendidikan dll.
Tengok PAGISA yg konok ditubuhkan utk IRANUN dan w/pun sdh disertai oleh anak-anak lepasa U tetapi gagal menyerlah sbb tidak ada pemimpin yg membantu..
UMNO dulu pun pernah diharamkan tahun 1988 kemudian didaftarkan semula kerana nama UMNO itu sendiri lebih senang bagi org Melayu utk menjadikannya sbgi wadah penyatuan..begitulah juga PISBA..kalau sudah mati, hidupkan kembali, dafttar semula..kalau perlu tukar nama , tukar sedikit...
jadi PISBA BARU kah atau apa-apalah yg patut.
Assalamuwalakium pagariku KM..
selain dr pada perkara menubuhkan persatuan baru bagi org IRANUN..ada juga isu kritikan thdp blogger dan FCB yg memberikan komen dan penulisan yg tidak wajar...utk didedahkan..?
Apa komen pagariku KM?
semua yang didasari dengan niat yang baik, pasti akan mendapat rahmat dan pahala, apatahlagi jika ia bersangkutan dengan usaha menyatukan bangsa.
memperjuangkan sesuatu perkara itu sebenarnya menuntut jutaan rintangannya...selaku belia muda saya amat menyokong penuh perancangan ini.
Usah menoleh lagi kebelakang andai segala pengalaman tidak memberikan ruang utk kita mendapa kan tangan menyambut kehadiran mangalukus pagari kita....usaha kita bercakap andai hanya menghunus keris lalu menikam dada bangsa kita...biarlah kehadiran kita membawa keuntungan bukannya kerugian....
Tahniah semoga berjaya...teruskan dan jelmakan roh perjuangan agar orang lain melihat dengan mulut terganga....biarkan lalat memasuki mulut mereka...!1IRANUN: PENYATUAN DIDAHULUKAN...KEIKHLASAN DIUTAMAKAN..
Salam KM,
Adakalanya Allah akan sembunyikan matahari dan akan hadirkan petir, ribut dan hujan, hilang sinaran buat kita..rupa-rupanya Allah jelmakan Pelangi yang cantik dan indah.
renung-renungkan lah....
Saudara KM,
saya setuju dgn Ali Kemad, PISBA perlu dihidupkan dan diberi nafas baru. PISBA paling sinonim dan releven dalam memartabatkan suku Iranun.
usaha untuk penyatuan sesuatu masyarakat adalah baik. penyatuan itu akan membawa kepada keamujuan masyarakat. namun, persefahaman yang tinggi diperlukan dalam pekara seperti ini.
usaha penyatuan seperti ini perlu diteruskan, mmg pelbagai halangan dan cabaran akan dihadapi, namun sgn usaha yang berterusan, penyatuan ini akan berjaya, dgn bersatulah sesuatu kaum itu akan menjadi kuat.
samada menghidupkan yang lama atau mencipta pertubuhan baru, yang paling penting adalah kandungan.. segala yang terbaik dalam pertubuhan sebelum ini atau kelemahan2 yang dikesan dan telah diperbaiki perlu diserapkan kedalam wadah baru.
Satu langkah yang baik dan menggalakan....semoga apa yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar...Bila sudah berjaya bantulahn orang lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama..
Salam KM,
Ini satu pelunag yang cerah dan baik kepada Irranun dengan tertubuhnya persatuan ini. Sesuatu yang ditujukan untuk perkara yang baik, insyaallah akan mendapat balasan yang baik, semua rintangan adalah dugaan. Oleh itu, tabah dan bersabarlah menerima dugaan.
usaha untuk menyatukan bangsa iranun ini harap akan berjaya, walupun ia bukan begitu mudah, tp dgn kerjasama dan usaha berterusan, insyallah, ia akan berjaya.
Ini memerlukan sokongan dari semua masyarakat Iranun bukan hanya AJK yang bertungkus lumus tapi masyarakat juga perlu. Ingat dan ingatlah bahawa 'BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI PASTI KITA AKAN ROBOH"
usaha ini amat baik dan diharap dapat menjadikan masyarakat Iranun menjadi lebih maju. setiap ahli masyarakat perlulah bersatu agar matlamat yang dirancang menjadi kenyataan.
Sekiranya ingin maju ke depan dengan jayanya, perlu ada perubahan terhadap minda, mentaliti dan pemikiran. Kena fikir yang positif dan bukan yang negatif untuk berjaya.
Salam Kelapa Mawar,
In general, untuk bertemu dan berbincang sesuatu yang baik untuk sesebuah organisasi ; termasuk mengemas kini struktur persatuan yang sedia ada itu, sepatut nya di terima dengan hati yang terbuka oleh setiap ahli kumpulan atau golongan. Dalam kes ini penyatuan semula kaum IRRANUN.
Dari apa yang saya baca, pertemuan yang KM maksudkan dalam artikel itu dan seterusnya komen awalan oleh mereka –mereka yang terlibat ada lah amat jelas dan ‘straight forward’.
Pendek kata mereka bertemu, berbincang dan kalau perlu melantik jawatan kuasa penaja yang bertindak?
Sama ada mereka mahu mengubah suai persatuan yang sedia ada atau pun memberi nafas baru dengan mengubahkan nama dan barangkali perlembagaan persatuan demi untuk penyatuan, agak nya terpulang kepada keadaan?
Dalam soal jawatan, siapa-siapa pun layak menerajui persatuan tersebut. Isu ini bukan lah masaalah pokok, ya?
Justru itu apa lah salah nya kalau pertemuan serupa ini di bagi ruang untuk di teruskan berkembang ? Dalam pada itu, para peminat luar dan dalam kena lah bersabar menunggu dan melihat kesimpulan nya nanti.
Namun, saya agak ‘surprise’ juga bilamana melihat banyak juga komen yang saya rasa telah menjangkau matlamat sebenar nya tujuan penubuhan persatuan ‘Wadah Baru ‘ ini. Agak nya ?
Pada pemerhatian saya, nama TSPA tidak pun disentuh dalam program yang di rancangkan atau pun nama beliau diperkecil-kecilkan. Apa yang penting kehadiran semua suku kaum IRRANUN yang ada masa untuk turun padang bersama kumpulan ini untuk membincang hala-tuju suku kaum tersebut dimasa kini dan dimasa akan datang.
Dalam Hal ini, saya tidak nampak bahawa TSPA di halang untuk turut hadir (kira nya beliu ada masa). Atau pun unsur-unsur yang jelas untuk menidakkan kewibawaan beliau selama ini.
Harapan saya TSPA sebagai seorang ‘Ultimate Superior Leader’ dapat memahami perkara ini. Seterus nya memberi sokongan moral dalam isu-isu yang di ketengahkan oleh kumpulan yang ‘proaktif’ ini..Demi untuk penyatuan dan kekuatan suku kaum IRRANUN ( yang mungkin kini dirasakan dalam keadaan yang tidak menentu)
Dalam sessi yang begini awal dan maseh lagi dalam tahap yang kecil , ada lah lebih baik kumpulan ini di beri galakan positif untuk meneruskan aktiviti mereka.
Sama ada untuk menyuarakan pendapat dan buah fikiran mereka sehingga satu hari nanti mereka berjaya menimbulkan ayat – ayat ‘ IRRANUN TIADAK AKAN HILNG DI DUNIA’.
Semuga kalian sukses
Semua masyarakat Iranun perlulah bersatu untuk mencapai matlamat bersama.
Post a Comment