Friday, August 20, 2010


Penulisan saya sebelum ini yang memperkatakan tentang keperluannya menubuhkan satu wadah baru bagi suku Iranun di Kota Belud dan Sabah amnya,mendapat banyak kritikan dari segenap pimpinan Iranun. Sama ada datangnya dari peringkat akar umbi sehinggalah kepada peringkat pimpinan tinggi suku ini. Dalam blog Tan Sri Pandikar Amin, masih membincangkan betapa "Wadah Baru' ini menjadi pilihan penulisan pemimpin yang berkelibar ini. sebagai pemerhati politik Iranun yang lebih 30 tahun melihat, mendengar, membaca, mentafsir dan menghitung percaturan politik Iranun dan kemudian memikirkannya betapa untung atau ruginya orang Iranun atas percaturan itu, maka saya mengambil keputusan untuk 'mempersembahkan' kepada seluruhnya orang Iranun bahawa zaman telah berubah, masalah suku bukan lagi masalah kesukuan yang ideal semata-mata tetapi telah melibatkan keseluruhannya masyarakat majmuk di Sabah.

Ada yang begitu sangsi dengan beberapa penulisan Kelapa Mawar. Kononnya Kelapa Mawar telah melakukan 'penderhakaan luar biasa' kepada suku Iranun kerana menceritakan akan kepincangan terutama kepincangan politik dan peringkat pimpinan dalam suku ini. Apa yang menghairankan Kelapa Mawar ialah selama ini, orang-orang yang berfikiran begitu ..sanggup melihat masalah perpecahan di kalangan suku Iranun terutama dalam soal kepolitikan dan idealisme penyatuan bangsa berakar umbi dan hanya 'membiarkan' ia menjadi "duri dalam daging'. Mereka yang bercakap adalah mereka yang punya pendidikan, daya fikir serta imaginasi kepimpinan yang tinggi. Bagi mereka 'kudis' di badan Iranun harus disembunyikan sekalipun sudah berbau dan bernanah. Di manakah kesilapan ini?

Bila dalam FCB saya paparkan beberapa gambar melibatkan pimpinan Iranun, orang ini juga memberikan komen dan ulasan menyerang pimpinan tertentu. Ada yang mempertikaikan kewujudan wadah baru ini. Ada yang merasa dialah yang sepatutnya merintis penyatuan masyarakat Iranun. Ada juga yang pura-pura tidak tahu..apakah benar Iranun sekarang nampak berpecah oleh aliran politik yang berbeza? Kerana kata mereka perkara ini biasa kerana orang Melayu juga nampak punya parti yang banyak . Namun bila pula mahu diwujudkan wadah baru kata mereka, terlalu banyak pertubuhan, nanti Iranun nampak berpecah dan akan tambah berpecah. Benarkah? Sedangkan pertubuhan sedia ada ibarat "hidup segan mati tak mahu".

Persoalan yang ingin saya lontarkan ialah..berapa ramai di kalangan kita Iranun yang cuba untuk mencari jalan penyelasaian dalam soal penyatuan suku Iranun? ..Namun Kalau ada idea sebegini tidak diperhalusi malahan di curigai. Malahan Kelapa Mawar pula yang ingin dimusuhi...,dipersenda dan diperlekehkan. Allah hu Akbar.!!! Dalam banyak penulisan saya selalu menyatakan bahawa saya tidak punya apa-apa 'agenda' dan kepentingan baik dari segi meterial, baik dari segi keupayaan pangkat dan kedudukan apatah lagi soal menyentuh kepentingan politik. Tidak ada. !!! langsung tidak ada!!!!. Cuma saya mengambil jalan tengah memaparkan isu suku ini, (walaupun saya rasa, kelapa mawar tidak pernah mendedahkan keaiban suku Iranun) kalau ada sila nyatakan. Namun jika kemahuan bahawa sekalian orang Iranun untuk menghentikan penulisan ini,maka saya akan berhenti...

Kelapa mawar hanya membawa seluruh masyarakat dan ahli fikir Iranun termasuk Tan Sri Pandikar Amin supaya merenung kembali hala tuju suku kita dalam semua soal termasuk politik, ekonomi dan sosial. Apakah keterlibatan suku ini alam politik negara secara serius sejak zaman Pinjaman Hassin sehingga sekarang telah 'mencatat' keberuntungan yang tinggi? Jika ya, maka satu bentuk penerusan kepimpinan dilakukan dengan melatih "kader-kader" atau 'pelapis muda supaya kepimpinan itu dapat diteruskan selepas kepimpinan sedia ada. Banyak sebab supaya keberuntungan itu dapat dikecapi oleh generasi akan datang, juga supaya generasi pelapis atau pimpinan muda tidak akan terpesong dan tersasar dari landasan kepimpinan terdahulu. Jika kebersediaan ini berlaku, justeru peralihan politik dan idealisme itu akan lebih tersusun dan berpanjangan.Dan jangka hayat politik Iranun akan berpanjangan.

Namun jika keterlibatan suku Iranun dalam politik di sabah tidak mencatat keberuntungan yang lumayan, maka kita perlu membuat satu bentuk "post mortem" untuk mengenal pasti kelemahan dan kesilapan yang berlaku. Jangan pula , bila saya bercakap demikian, maka saya dituduh mencurigai kepimpinan yang ada.Ini bukan mustahil kerana Iranun punya cerdik pandai yang ramai. Iranun punya pegawai tinggi kerajaan, Punya intelektual dan pemikir bertaraf profesional. Peguam, ahli Farmasi, wartawan, pegawai kerajaan, kontraktor , Jurutera, dan ramai lagi yang berkelulasan peringkat master dan PHD. Persoalannya ialah kenapa mereka ini tidak digerakkan! kalau bukan mereka, siapa lagi? Apakah keadaan ini terus dibiarkan begitu sahaja?

Lalu saya terfikir jika beginilah sikap kita yang semuanya hanya "kosmetik" belaka...maka inilah kesudahannya. PISBA tidak digerakkan. PAGISA tidak memberi signifikan kepada suku Iranun. Mungkin ramai yang marah dengan saya. tetapi cuba kalian duduk sebentar..dan fikirkan apa yang saya nyatakan ini...jika salah mohon maaf dari saya...dan jika benar...kita terima sebagai satu kewajipan.

Yang baik itu datangnya dari Allah yang tidak baik itu datangnya pada saya sendiri yang sudah tidak tahan melihat bangsanya bercakaran!


13 ulasan :

Unknown said...

"apakah mungkin "Wadah Baru" ini adalah seperti "virus" komputer - perosak kepada sistem "filing" yang sedia teratur dan tersusun dengan rapi?" Ini kata2 Pa'min....

"Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat" Ini kata2 saya....

"PENDEKAR CHAHAYA: PEJUANG BANGSA TIADA HAD UMUR DAN MASA" Ini Slogan Pa'min...

"PENDEKAR KEGELAPAN: BILA TIBA MASANYA KITA HARUS TERIMA HAKIKAT, KITA IBARAT SANG HARIMAU TUA YANG HARUS PASRAH" Ini Slogan saya...

ROJOKOBOG said...

Salam KM,

Pemimpin pelapis Iranun masing-masing ingin bersaing tapi bukan persaingan yang sihat, mendabik dada, keegoan menyelubungi diri, tidak percaya diantara satu dgn yang lain, sifat dan saling mengecam diantara kelompok dgn kelompok yang lain..sering kali menuding jari pada yang lain, kononnya si polan tidak layak jadi pemimpin kami sebab mempunyai rekod kurang baik di masa lalu, hindari semua sifat ini, keikhlasan dan kejujuran adalah arus yang mesti mengalir deras dan menjiwai setiap benak pemikiran seseorang yang bakal menjadi pemimpin..percaya lah tidak akan lenyap bangsa di bumi bertuah ini, semangat juang yang tinggi dan keperihatinan diantara satu dgn yang lain, kerjasama di sulami pendekatan yang luhur dan harmoni pasti akan berjaya dan menyemarakkan tiupan semangat bangsa yang tulin...sekian

BELUM PENDEKAR said...

Salam KM,
1. Semua kita tahu bahawa semasa Hang Tuah dan rakan-rakannya masih kecil, mereka telah memutuskan untuk menjadi pahlawan yang terbilang di negeri Melaka. Lalu, mereka memutuskan untuk mencari seorang pahlawan yang terbilang waktu itu iaitu Adiputera untuk menuntut ilmu.
2. Adat berguru, maka Hang Tuah dan rakan-rakannya telah menunjukkan sikap, sifat dan kebolehan yang selari dengan keperluan untuk menjadi seorang pahlawan yang terbilang. Mereka berlima juga telah menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada mahaguru mereka Adiputera.
3. Ini jelas menunjukkan bahawa jika kita ingin berguru maka kitalah yang sepatutnya mencari guru. Andai tidak, maka itu adalah kesalahan kita sendiri.
4. Dalam kes suku Iranun, nampaknya “mahaguru” yang dipersalahkan kerana kononnya tidak mencari anak murid. Lebih teruk, ada yang sampai mengeluarkan kecaman bahawa “mahaguru” ini mementingkan diri sedangkan dia kononnya tidak akan hidup sampai bila-bila dan ibarat sang harimau tua kononya, kita harus pasrah.
5. Saya fikir, semua orang sedar akan hakikat bahawa mereka tidak akan hidup sampai bila-bila. Namun, jika calon murid yang ada tidak datang berguru kepada yang lebih arif, itu bukan salah “mahaguru” berkenaan. Dan, setakat ini belum ada pada pandangan saya yang benar-benar datang berguru agar mereka boleh menjadi pahlawan bangsa pada masa depan. Yang ada hanyalah mereka yang ingin menunjukkan kehandalan dan suka mencabar “mahaguru” yang ada kerana kononnya mereka juga telah mempunyai cukup ilmu di dada. Kalau beginilah sikap kita, saya tidak hairan jika suatu masa kita akan ketinggalan.
6. Masalah yang paling besar ialah, kita suka bersaing sesama kita walhal persaingan kita yang sebenar adalah yang ada diluar sana. Kita ingin melihat Iranun terlibat secara aktif dalam politik Negara pada masa depan namun pada masa yang sama kita sendiri saling tekan menekan antara satu dengan yang lain.
7. Iranun sebenarnya telah ada pemimpin yang baik, maka mengapa kita tidak berikan segala sokongan kita kepada pemimpin ini untuk menjadikan iranun lebih stabil dan mantap. Jika semua ahli suku iranun member sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin sediada, saya percaya kita akan menjadi lebih kuat. Soalnya, terlalu ramai yang ingin menjadi pemimpin dan sikap kita sendiri yang meragui kepimpinan yang telah terbukti kemampuannya.
8. Saya berpendapat bahawa pada masa ini, focus kita sepatutnya diberikan kepada pembentukan iranun yang kukuh dengan menyokong kepimpinan sediada. Namun, kita lebih mengutamakan perjuangan untuk mengujudkan pemimpin pelapis walhal fasa berkenaan sepatutnya hadir kemudian. Pemimpin sediada masih boleh berkhidmat untuk beberapa puluh tahun lagi. Maka apa perlunya tergesa-gesa mencari pemimpin pelapis kalau bukan kerana ada yang sudah tidak sabar untuk menjadi ketua?..
9. Kalau inilah sikap kita, saya tidak hairan kalau kita terus ketinggalan..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam

para blogger, diharap jangan bertikam lidah antara satu sama lain kerana kita semuanya sedarah dan sikap buruk ini menggambarkan ketidakmatangan kita mengendalikan isu. saya bersimpati dengan kelapa mawar kerana beliau sering dihujani dengan tohmahan yang sedemikian, ini tidak baik bagi kita sesama iranun.saya tidak semestinya betul dan anda tidak semestinya salah.

saudara kelapa mawar,
kita semua mahukan penyatuan, ianya harus. tidak ada sesiapa yang mahukan kosmetik mahupun penyakit kulit seperti yang anda katakan. perkara ini amat besar, kita harus menyusunnya secara sistematik serta menyeluruh dan melibatkan semua pihak.

saya faham maksud anda dan komitmen anda membantu untuk mewujudkan wadah baru tersebut.ianya amat baik jika itu tujuannya. jika ianya berhasil, ianya sedikit-sebanyak mampu membangunkan masyarakat iranun dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. saya tidak perlu ulas perkara ini kerana anda juga faham maksud saya.

tetapi, untuk mencapai matlamat tersebut, anda harus lihat 3 komponen utama yang perlu diberi perhatian di dalam wadah baru ini iaitu Kewangan, Komitmen dan Kepimpinan (3K).
Kewangan: dimanakah sumber kewangan diperolehi bagi membentuk dan menjadikan wadah baru ini mencapai matlamatnya. anda harus memikirkan perkara ini sebelum membentuk wadah baru, bukan ketika wadah baru telah dibentuk kerana ianya amat penting. jika tidak, anda silap.

Komitmen: bagaimanakah caranya anda memastikan setiap ahli komited dalan wadah baru untuk mencapai matlamat dan bagaimanakah caranya anda tahu bahawa setiap ahli komited dengan ikhlas, bukan dengan niat tersendiri. jika niat tersendiri menguasai keikhlasan, kemunduran gagal dielakkan.

kepimpinan: anda tahu majoriti individu-individu yang menginginkan pembentukan wadah ini adalah orang-orang penting di dalam pisba dan pagisa. tidakkah anda terfikir kenapa mereka tidak mampu untuk menggerakkan entiti-entiti tersebut. mereka gagal dalam itu. apa yang memberi jaminan bahawa mereka akan mampu untuk menggerakkan wadah baru ini.

kelapa mawar, saya melihat bahawa adalah teramat penting bagi pendekar cahaya untuk dijadikan ketua didalam wadah baru ini kerana tanpa kehadirannya, saya melihat kepincangan didalam kepimpinan wadah baru tersebut. hanya Pendekar cahaya sahaja yang mampu mengawal beberapa individu-individu yang sukar dikawal didalam wadah baru ini. tetapi mampukah anda menjemput pendekar cahaya? saya memberi cadangan kepada anda supaya tidak mengetengahkan isu pemimpin muda jika ingin menjemput Pendekar Cahaya. konsep ini dipanggil situasi menang-menang dimana setiap pihak yang terlibat harus menerima kurang sedikit dari yang dikehendaki bagi mengelakkan 'kerugian' kepada pihak lain. tetapi ianya tidak menjanjikan bahawa pendekar cahaya akan menerima pelawaan anda kerana pendekar cahaya amat berpandangan jauh, lebih jauh dari yang kita fikirkan.

jika perkara-perkara yang saya sebutkan tadi dapat dicapai, maka ianya sangat baik. jangan anggap saya pengkritik anda. Kenyataan ini juga tidak menggambarkan bahawa saya menyokong wadah baru ini. Ianya cuma saranan saya sahaja untuk membantu anda dengan ikhlas wahai saudara.

kelapa mawar, saya tidak mengatakan bahawa anda mengaibkan masyarakat iranun kerana mendedahkan kepincangan masyarakat ini, saya kagum anda berani. tetapi sekali lagi saya berkata, amat tidak bagus dipandangan masyarakat lain jika kita memperkatakan perkara yang tidak betul, dalam kes ini adalah penggunaan anugerah darjah-darjah kebesaran serta emosi. dalam bangsa yang maju, pernahkah anda terdengar orang memberi gelaran secara suka-suka. contohnya di England, pernahkah anda dengar orang yang mengaku atau menyebut Duke, atau Sir kepada orang lain. tidak pernah. hanya iranun sahaja yang melakukan perkara seperti ini. anda tidak boleh menggalakkannya. jika orang lain tahu hal ini, amat tidak baik. kita harus buang tabiat yang buruk.

saya meminta maaf jika penulisan saya kurang difahami oleh para pembaca.. salam..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam saudara belum pendekar

anda memang betul bahawa orang-orang muda harus bertemu dengan pendekar cahaya dan pertemuan itu haruslah bertujuan untuk menuntut nasihat, bukannya untuk menunjuk kehebatan didepan pendekar cahaya.

tetapi ianya tidak boleh terlalu disamakan dengan konsep menuntut ilmu persilatan. didalam ilmu persilatan, murid yang bertemu guru. tetapi didalam dunia kepimpinan, sesekali pemimpin sebolehnya turun bertemu dengan rakyatnya. bukan semua orang muda berpeluang dapat bertemu dengan pendekar cahaya kerana seringkali kita mendengar keluhan orang-orang muda yang tidak selesa dengan orang-orang kuat pendekar cahaya ini yang menyebabkan mereka 'lari'. mungkin perantara adalah diperlukan, dan saya melihat Pinjaman Hassin adalah yang terbaik sebagai perantara.

belum pendekar, bukan niat untuk lari dari topik, tetapi mengapa tulisan anda agak feminin? saya memuji kerana ianya baik bagi bahasa dan kepelbagaian.

salam..

Milus bin Hj. Abd. Wahad said...

terima kasih KM, saya terharu dengan artikel ini, jangan pedulikan mereka yang sentiasa mengkritik, seorang penulis kena berani mempertahankan pandangan dan ideanya. Sebenarnya kalau responnya ramai, maka saudara KM telah berjaya menyedarkan mereka....saya pun mahu tulis respon yang panjang dalam blog saudara ini tapi terlalu panjang...oleh sdr. Kelapa Mawar sila lihat blog saya: abuhilmie.blogspot.com...berkaitan artikel saudara ini, komen saya panjang sangat tak boleh muat di sini...

S/U PAGISA

SAMBAL BELACAN said...

Sdri Puteri Kelapa Mawar

Saya tertarik dangan kata Pa'min dalam ulasan pada blognya "Tidak ada sesiapa manusia yang boleh di atur oleh sesiapa sekiranya manusia yang berkenaan tidak mengatur dirinya sendiri ATAU ringkasnya sedar diri"...

Unknown said...

Adinda Kelapa Mawar,

"saya pun mahu tulis respon yang panjang dalam blog saudara ini tapi terlalu panjang...oleh sdr. Kelapa Mawar sila lihat blog saya: abuhilmie.blogspot.com...berkaitan artikel saudara ini, komen saya panjang sangat tak boleh muat di sini" Ini kata Milus Alu S/U PAGISA

Saya sudah baca ulasan sdra secrectary, namaun mohon ruang untuk memberi sedikit pandangan mengenai PAGISA yang merupakan persatuan 'hidup segan, mati tak mahu'...semuanya mengaku intelektual tapi hasilnya mana???? konon bagi alasan tak perlu dihebahkan, alasan budak sekolah tadika...pun manaya mapia pen maling sawalai mamiala tanu ban sa karuk, sambalan agu su palapa yan, isedah sa ubi...

BELUM PENDEKAR said...

Salam Sdra Illanun,

1. Saya terbaca komen sdra mengenai saya. Saya tidak tahu samada sdra mengatakan tulisan saya sebagai Feminin itu satu pujian atau sebaliknya. Apapun, perlu saya perjelaskan bahawa saya agak bertoleransi dalam penulisan kali ini kerana saya dapat merasakan bahawa sdra KM agak sedikit "down" dengan segala mcm komen yang telah diberikan sebelum ini. Maka, saya cuba menyampaikan pandangan saya dengan lebih "diplomatik" kerana apa yang penting ialah sdra KM dan rakan-rakan yang lain memahami maksud yang ingin saya sampaikan.

2. Cuma, saya tertarik juga dengan komen sdra bahawa kononnya orang-orang muda ramai yang mengeluh tidak dapat berjumpa dengan Pa'Min kerana tidak selesa dengan orang-orang kuat Pa'Min dan seterusnya menyebabkan mereka lari. Sepegetahuan saya dari rakan-rakan yang biasa dengan orang-orang Pa'Min, beliau amat senag dan mudah didekati dan tiada siapa yang menghalang andai sesiapa juga ingin berjumpa beliau. Jangankan suku Irranun, bahkan bajau, dusun dan sebagainya juga saya dengar bebas dan mudah bertemu beliau ketika beliau "free". Dan, jika perkara ini benar, ia perlulah pada hemat saya dibisikkan kepada Pa'Min agar tiada yang tersalah faham akan beliau.

3. Harap sdra dapat melakukan ini demi kebaikan semua.

Salam Hormat
BELUM PENDEKAR

Unknown said...

Salam KM.
Biarpun sejuta persatuan diwujudkan oleh kaum Iranun tidak akan mengubah landskap suku kaum ini. Pertindihan pendapat dan cemuhan yang berpanjangan di kalangan pemimpin di kalangan suku kaum ini akan sentiasa berterusan. Inilah hakikatnya.

sekian wassalam.