Jika pun secara umumnya istilah “wadah” itu dimengertikan, maka ia menjurus kepada satu wacana atau platform yang membawa kepada kebaikan. Jauh dari mencetuskan perkelahian, jauh dari manipulasi dan jauh dan persengketaan. “ Wadah” adalah landasan atau “tapak asas” untuk tujuan kebajikan. “tempat” untuk mencanang idea. Melontarkan buah fikiran dengan semangat musyawarah dan kekitaan. Tempat mencanai idea –idea baru dan segar untuk tujuan penyatuan, kesatuan dan paling dekat dengan tujuan “reform” dan kemajuan. Ia lebih singkat ditafsirkan sebagai “ a raised floor or stage for people to stand on when they are making a speech”.
Beberapa faktor kepada penwujudan satu ‘wadah’ baru bagi sesebuah kelompok, organisasi, bangsa, syarikat ataupun badan-badan kepartian. Namun “wadah’ ini seperti yang saya terangkan dari awalnya membawa kebaikan, membawa penyatuan dan bukan menghancurkan dan menjahanamkan organisasi atau pertubuhan lain.Peri penting satu wadah baru yang segar diwujudkan sama ada dalam bentuk NGO atau pertubuhan ialah kerana dengan pertubuhan bukan politik, maka suara dapat dilaungkan dengan lebih bebas, rangka pembaharuan dapat dilaksanakan dengan tuntas tanpa birokrasi dan segala macam ragam pengurusan. Dapat melahirkan ahli yang lebih pragmatis dan berupaya mencerna idea dan pemikiran untuk tujuan apa juga termasuk soal-soal penyatuan bangsa.
Kalau kita menyoroti sejarah bangsa Yahudi yang kini menguasai sosiopolitik dan ekonomi dunia, maka kita dapati bahawa bangsa Yahundi ini bergerak dalam satu ‘wadah’ sama ada dalam bentuk NGO, syarikat atau pertubuhan radikal. Bangsa Yahundi tidak punya apa-apa kekayaan material, tidak ada keupayaan persenjataan yang canggih hatta tidak punya negara sekalipun. Tetapi Bangsa Yahudi menggunakan ‘wadah’ atau pertubuhan mereka untuk ‘memperdagangkan’ idea dan buah fikiran mereka dalam semua bidang. Jururunding dan bijak pandai mereka ditempat kan dalam hampir semua organisasi penting. Mereka menjual idea sebenarnya. Kerana itu, kehadiran mereka diperlukan. Kehadiran mereka sebagai ‘juru runding politik dan juru runding ekonomi ‘ sangat-sangat penting. Justeru tidak hairan jika 1/3 daripada dunia ini dikuasai oleh pemikiran mereka. AS dan hampir kesemua negara di dunia mengggunakan khidmat dan kepakaran mereka.
Jika kita ‘perkenankan’ idea wadah baru ini dengan masyarakat Iranun, maka beberapa sebab kepada keperluannya mewujudkan satu bentuk atau platform ke arah penyatuan masyarakat Iranun. Wadah baru yang bakal ditubuhkan ini, jauh dari persepsi negatif dan bebas dari cengkaman politik kepartian. Jauh sekali ditubuhkan untuk menjatuhkan kepimpinan seseorang sama ada dari orang Iranun sendiri ataupun dari luar Iranun. Wadah baru ini bergerak sebagai satu pertubuhan sosial setelah kegagalan beberapa pertubuhan Iranun sebelum ini. Misalnya PISBA walaupun sudah lama ditubuhkan seawal tahun 1978 lagi, tetapi banyak kali terjebak kepada percaturan politik. Malahan sampai satu ketika, ramai pemimpin PISBA membuat gesaan untuk menyerahkan kepimpinan kepada bukan ahli politik. Setelah diserahkan kepada para pemikir Iranun, PISBA akhirnya mati, dan sejak tahun 1999, PISBA hilang dalam kamus dan jiwa generasi muda Iranun.
Setelah itu PAGISA pula ditubuhkan dan dianggotai oleh para graduan Iranun. Dan seperti nasibnya PISBA , ternyata PAGISA juga gagal menjadi platform untuk ‘memperdagangkan idea penyatuan”. Akhirnya PAGISA jadi lesu, tidak bermaya dan tidak banyak Aktiviti dapat dijalankan. BKI juga begitu, walaupun unsur-unsur bahasa dititikberatkan, namun BKI tetapi dipandang sebagai ‘gagal’ merealisasikan harapan generasi muda dan akan datang untuk melihat Iranun menjadi bangsa besar dan disegani. Dalam soal ini..kelemahan PISBA,PAGISA dan BKI sewajarnya dijadikan pengajaran untuk membina satu wadah baru yang lebih kemas dan teratur.
Oleh itu penwujudan satu wadah baru harus dilihat dari sudut positif. Walaupun Wadah baru ini dipengerusi oleh orang politik ( Pengerusi Penaja) tetapi orang Iranun berpeluang dan malahan berhak untuk menolak mereka dalam satu mesyuarat agung yang menyaksikan jawatan Presiden dan ke bawah dipertandingkan. Apa yang berlaku ialah kesanggupan untuk ‘menanggalkan’ topeng politik mereka nanti. Jangalah disalah tafsirkan kewujudan wadah baru ini kononnya untuk mengekang kemaraan politik seseorang, atau tujuan untuk memecahbelahkan masyarakat Iranun. Berilah keyakinan dan dorongan, mudah-mudahan wadah baru ini nanti akan lebih segar dan mampu menjadi paltform penyatuan masyarakat Iranun.
14 ulasan :
semoga usaha untuk memajukan bangsa Iranun dapat menjadi kenyataan. ini perlulah disertai dengan usaha yang gigih dan memerlukan komitmen daripada semua masyarakat Iranun.
pembentukan satu wadah perlu bagi memaju dan meyatukan kaum iranun. dengan ini kau iranun akan menjadi semakin kukuh dan kuat.
"WADAH BARU IRANUN : JANGAN DISALAH TAFSIRKAN"
Tajuk artikel ni pun sudah cukup menjelaskan apa yg ingin saya komen. hehe
Setuju jieah. Jika semua pihak bagi komitmen, saya yakin hal pasti selesai dengan cepat :)
Betul supra. Pembetukan wadah baru pasti akan mengukuhkan lagi kaum Iranun :)
pembentukan wadah perlu dibentuk sejak dulu lagi, bukan sahaja bagi kaum iranun, tp juga pada kaum lain.
Diharapkan wadah ini boleh digunakan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat menyatukan bangsa Iranun.
Salam KM @ RHM,
Saya ingin bertanya pada KM @ RHM, selama saya mengikuti blog ini, rasanya tidak pernah KM membuat ulasan khas tentang kepimpinan dan percaturan politik kaum Bajau, Dusun,dan Ubian khususnya yang memainkan peranan dalam senario politik Kota Belud, kecuali USBO....tetapi penekanan dan membincang halatuju kepimpinan kaum Irranun rasanya kerap kali di paparkan oleh KM...Kenapa? adakah kaum Irranun terlampau ketandusan pemimpin?, adakah kaum Bajau di Kota Belud mempunyai pemimpin yang boleh menerajui barisan yang mantap untuk masa hadapan? Adakah Kaum Irranun mempunyai ramai pemimpin hingga kan terlalu rumit untuk memilih siapa yang layak? begitu juga kaum Dusun, adakah mereka cukup selesa dengan kepimpinan yang ada sekarang? kaum manoriti Ubian tiada peluang kah untuk mereka menonjolkan bakal pemimpin di kalangan bijak pandai dan antilektuel???
fikir perkara yang positif tujuan sebenar wadah baru ini tercipta. Yang nyata adalah tujuna utama Wadah baru ini untuk menyatukan masyarakat Iranun dan bukan mahu memecahbelahkan. Jadi masyarakat Iranun haruslah memberikan sokongan orang Irranun.
Bersatulah bangsa Irranun dan sokonglah wadah baru ini untuk semua bangasa Irranun dan bukan untuk orang lain. tujuan mereka adalah untuk menyatukan bangsa ini menjada satu bangsa. Bukan untuk memecahbelahkannya tapi untuk tujuan yang baik.
telah diterangkan dari awalnya lagi Wadah ini sebenarnya untuk membawa kebaikan, membawa penyatuan dan bukan menghancurkan dan menjahanamkan organisasi atau pertubuhan lain. apa yang penting satu wadah baru yang segar diwujudkan sama ada dalam bentuk NGO atau pertubuhan ialah kerana dengan pertubuhan bukan politik, maka suara dapat dilaungkan dengan lebih bebas, rangka pembaharuan dapat dilaksanakan dengan tuntas tanpa birokrasi dan segala macam ragam pengurusan.
Commitment and teamwork is the key to succeed.
Salam KM,
1. Saya fikir tiada siapa yang cuba untuk menyalahtafsirkan wadah baru yang sdra cuba perjuangkan dalam tulisan sdra sejak kebelakangan ini. Oleh yang demikian, sdra dan sesiapa juga yang cenderung kepada wadah yang sdra maksudkan ini juga perlulah jangan menyalahtafsirkan pandangan yang barangkali sdra rasakan bertentangan dengan ideologi yang sdra cuba pasarkan.
2. Sudah terang lagi bersuluh, lontaran pemikiran yang bertentangan dengan pemikiran sdra adalah jelas bertujuan untuk mengingatkan bahawa jangan sampai kita terpedaya dengan ungkapan-ungkapan manis, indah dan mengkhayalkan. Harus dingat bahawa perkara-perkara sebegini biasanya membawa racun yang lebih besar dan dikhuatiri kita akan menyesalinya hingga akhir hayat.
3. Mengajak masyarakat iranun untuk mempercayai dan meyakini bahawa perjuangan ini adalah suatu perjuangan yang tidak mempunyai agenda lain, sesungguhnya merupakan propaganda yang agak licik pada saya. Kalau benar wadah baru ini bertujuan untuk menggantikan peranan yang pernah dimainkan oleh PISBA dan PAGISA kerana kepimpinan yang ada sekarang begitu lemah, mengapa tidak gantikan saja barisan kepimpinan persatuan berkenaan jika benar barisan "penubuh" wadah baru ini bisa memainkan peranan dengan lebih baik. Apa perlunya "wadah baru" jika tidak ada muslihat lain yang tersembunyi.
4. Saya fikir, dengan menubuhkan wadah baru, ianya akan menimbulkan persaingan dengan pertubuhan sediada yang akhirnya akan memecahbelahkan lagi suku Iranun. Lalau bagaimana mungkin hasrat untuk menyatupadukan suku Iranun tercapai?..
5. Perlu juga diingat bahawa orang-orang yang mendepani wadah baru ini adalah orang-orang politik yang masih aktif. Dan, oleh sebab itu saya cukup percaya bahawa mereka tidak akan beria-ia memperjuangkan sesuatu jika ianya tidak memberikan keuntungan politik kepada beliau. Perlu juga diingatkan bahawa hanya "pencuri yang tahu tindak tanduk pencuri, maka hanya orang politik sahajalah yang faham dan tahu tindak-tanduk orang politik". Justeru itu, sebelum memberi sokongan dengan membabi buta, nilai dulu pandangan dan cadangan berkenaan dari sudut yang sepatutnya kerana dikhuatiri ia akan membawa kerugian kepada suku bangsa pada masa depan.
6. Saya sesungguhnya amat khuatir, masyarakat saya tersesat oleh kata-kata indah, manis dan berbunga yang sebenarnya membawa racun yang sangat berbisa.
7. Masyarakat ku, fikirkan dengan sedalam-dalamnya dan jangan menilai perkara berdasarkan luaran semata-mata.
Salam dari
BELUM PENDEKAR
Lain orang lain pandangan, dan saya rasa jika ada yang mentafsir wadah itu dengan cara/pemikiran apapun, itu pendapat masing2 tapi jangan la pula pentafsiran itu melebih2 dan dan lari dari landasan yang sebenarnya...
Post a Comment