Penulisan kali ini saya dahulukan dengan ungkapan bahawa "POLITIK ITU ADALAH KUASA DAN KUASA ITU ADALAH POLITIK" Ini membawa makna yang mendalam, sebab itulah kita lihat di serata dunia 'perebutan' KUASA' ini berlaku. Yang belum berkuasa akan mencari KUASA. Yang sudah berkuasa akan mempertahankan KUASA. Banyak pertumpahan darah, kerosakan harta benda hatta kehilangan nyawa berlaku lantaran kerana POLITIK dan KUASA. Negera-negara luar seperti Thailand, Filipina, Indonesia..malahan keseluruhan negara di dunia bergolak, kerana isu yang sama.
Apa yang saya cuba utarakan pada penulisan ini, ialah betapa POLITIK itu memecahbelahkan, betapa politik itu memudaratkan banyak pihak, betapa politik itu menindas sebilangan yang majoriti atau pun minoriti. Kerana itu juga politiklah ,maka sesuatu golongan minoriti dan majoriti itu dikenali. Selagi POLITIK itu dipelihara mengikut lunas-lunas kemanusiaan dan hukum ketuhanan, maka selagi itu penolakan akan berlaku kepada idea asal yang nyatakan bahawa POLITIK itu memusnahkan.
Apakah ada yang berani tampil menawarkan idea bahawa pecah dan belah suku Iranun itu adalah kerana POLITIK?. Mungkin boleh dihujahkan. tetapi berapa kerat yang menerima situasi dan kenyataan ini? Sejak dari zaman ayahanda Pinjaman Hassin sudah ada tanda-tanda menunjukkan ketidakserasian percaturan politik Tan Sri pandikar dengan beliau..? Mungkin disebabkan dengan pendidikan dan situasi..tetapi itupun sudah cukup 'melemaskan' politik Iranun.
Dan kini setelah 3 dekad TSP berada dalam persada politik negara, pelbagai kejayaan politik peribadi telah dapat dikecapi..tetapi yang cukup menghairankan ialah ramai daripada generasi yang lahir selepas perjuangan TSP memertabatkan Iranun dalam persada politik nasional yang menunjukkan sikap kontra kepada pemimpin Iranun ini. Sama ada mereka yang berwajah politik atau pejuangan sosial, mereka ada alasan yang tersendiri dalam hal ini. Antara pemikir Iranun yang bukan kecil sumbangannya dalam kelangsungan budaya Iranun ialah arwah Datu Bandira Datu Alang yang juga berjuang dalam landasan kepartian yang berbeza dari TSP. Selepas itu sdr Razak Rakunman juga menunjukkan pola perjuangan yang sama dengan berdiri sebagai calon BEBAS.
Seperti apa yang dikatakan oleh TSP bahawa ketika muda, hati ingin mengubah dunia..adakah boleh dijadikan sebagai penghujahan dalam senario ini?...Apakah benar bahawa ramai pemikir,pejuang, aristokrat Iranun yang tidak sealiran dengan TSP terlalu ingin cepat bergelar pemimpin? Atau Apakah perlu TSP sendir melihat kembali pendekatan dan strateginya dalam 'menyempurnakan' kelangsungan politik Iranun? Atau barangkali sudah sampai masanya idea-idea baru boleh disenyawakan dengan kepimpinan TSP sekarang supaya lebih utuh dan menyeluruh terutama dalam hal-hal berkaitan dengan Bangsa Iranun?
Seorang pejuang Iranun yang sama-sama memperjuangkan TSP ketika era politik USNO dan BERJAYA yang sempat saya dengar penjelasannya menyatakan bahawa kejayaan TSP adalah kejayan politik peribadi dan bukan kejayaan politik suku Iranun? Alasannya yang diberikan kerana hingga kini, katanya kepimpinan Iranun masih berpaksi kepada TSP tanpa ada pelapis yang boleh meneruskan legasi kepimpinan Iranun di masa depan. Katanya lagi, kerana adalah mustahil sehingga kini tidak ada tunas baru yang bol;eh digilap oleh TSP? Tetapi kenapa tidak ada? Atau belum bersediakah TSP secara peribadinya berganding dengan pimpinan baru Iranun?
Kalau menurut tulisan Sdr Milus Alu dalam blognya, menyatakan berdasarkan fakta sejarah, bahawa suku Iranun asalnya sudah berkerajaan awal di Tempasuk dengan beberapa nama di sebut antaranya Raja Ismail dan raja Sa Tebok. Saya tidak menceritakan kisah sejarah ini. tetapi apa yang benarnya bahawa suku Iranun mewarisi darah pemimpin dari sebuah kerajaan yang hebat di Tampasuk.
Kerana itu, biarpun suku Iranun adalah minoriti tetapi POLITIK telah mengangkat seorang tokoh Iranun menjadi antara pemimpin yang disegani di sabah dan di Malaysia. Tokoh yang saya maksudkan ialah Tan Sri Pandikar Amin Hj. Mulia. setakat artikel ini ditulis, tidak ada satupun anak Iranun rasanya pada pengamatan saya yang sebegitu berjaya dalam dunia kepolitikkan dan kerjaya sebagai politikus , selain daripada Tan Sri Pandikar. Saya harap kenyataan ini dipersetujui kebenarannya.
Tan Sri Pandikar diangkat sebagai PEMIMPIN IRANUN dengan linangan air mata dan tumpahan merah darah menyala moyang -moyang kita yang terdahulu. Tan Sri Pandikar "dimuliakan" oleh bangsanya kerana sedikit kelebihan yang dimiliki oleh beliau. Beliau adalah ibarat pelita yang menerangi bangsa Iranun setelah berdekad lamanya.Tanpa IRANUN, rasanya Tan Sri Pandikar Amin juga tidak akan kemana. Hakikat ini juga kita akui.
Lalu, bilamana berdengung isu penyatuan suku IRANUN, rasa saya, Manusia IRANUN yang pertama harus melaungkannya ialah Tan Sri Pandikar. Kemudiannya di susuli oleh laungan dari rakyat kebanyakkan dari suku Ini. Biar bergema, nusantara ini dengan laungan "HIDUP IRANUN", biar bergelora laut sepanjang Marampayan, Nanamun, Pintasan, Tamau dan Pantai Emas menyambut kegermersikan laungan itu. Asalkan apa yang dikatakan sebagai PENYATUAN itu akan termakbul.
Pengwujudan Wadah Baru Iranun, harus disegerakan dengan melalui beberapa sumpah bangsa. Menghadap Tan Sri Pandikar dalam suasana hiba menceritkan perihal keaiban bangsa, rasanya beradat dan bermaruah.Kunjungan perlu dilakukan supaya jalan semakin terang. Dan atas bangsa sekalian , Mohon agar Tan Sri Pandikar juga menyatakan pandangan dan pendirian..supaya yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.
26 ulasan :
benar TSPA hanya berjaya secara peribadinya...tapi dengan bangsanya hampeh...
seorang pemimpin setidaknya sentiasa mementingkan kebajikan sukunya..bukan main lompat sana lompat sini hingga pengikutnya pun ikut sama lompat..
jadilah macam cerita katak si katak lompat..lompat lah tinggi tinggi kalau nak ikut lompat
pastikan dulu poket kita berisi..
kalau ngam dri pendkatan pemimpin rakyat tidak akn bising..
kalau banyak tentnagan dan bantahan dri masyarakat ertinya ada sesuatu yg tak kena..
cek dan pastikan hubungn dgn tuhan dan hubgn dgn manusia..
Salam KM..
dlm isu ini memang benar TSP adalah clon pemimpin Iranun 1 yg blm ada pggantinya setakat ini...dia bkebolehan dan ada aura sampai dia dilantik sbg YDPDR..tahniah utk itu..
saya juga tertanya-tanya kenapa ada org Iranun yg tidk mau ikut dgn dia..apa sebab?
Ramai pemimpin Iranun yg ambil jln sendiri sbb tidak mahu bguru dgn dia...sedangkan ramai jug yg bguru dgn TSP ini berjaya ...kenapa ya?
Saya ada mmbaca blog TSP dia mmptikaikan wadah baru yg ingin diwujudkan..sbb mungkin ada agenda tersirat..utkmenentang dia atau mau lawan dia..
Saya juga tidakpasti kalau sebelum ini TSP aa membuat pjumpaan dgn pemimpin2 ini..sbg pemimpin tunggal dia mesti memanggil mereka..jangan rasa malu atau takut hilang bisa..sbb demi penyatuan bangsa kamu..semua boleh difikirkan..
kalaulah ada yang sanggup jadi orang tengah mempertemukan mrk2 ini..saya yakin krisis iranun akan selesai..
di pihak PISBA pula..saya juga hairan kenapa TSP tidak mahu tahu selama ini..walhal di abekas presiden PISBA kan..jangan kasi biar bgitu saja...mungkin TSP sibuk bah..kau tahulah Kelapa Mawar..YDPDR tu bukannya calang2 tugas..
jangan2 TSP pun tidak tahu PAGISA?
Salam...tumpang lalu cik kelapa mawar,
Datu Si Rengit...sdra telah mengakui TSPA berjaya secara peribadinya tanpa bantuan datu-datu sekalian...jadi apa masalahnya, soalnya wahai datu-datu sekalian bangsanya menikam dari belakang bagai gunting dalam lipatan bukankah begitu wahai Datu Si Rengit
Salam Kelapa Mawar,
Saya keliru... Tolong perjelaskan pernahkan TSP membantah untuk penyatuan orang orang Iranun??
Tidak semestinya klu wadah baru Iranun dipersoalkan, maknanya dia tidak mahu Iranun untuk bersatu..
Cuba fikirkan lah sejenak
Salam semua..
pendekarwati...saya jgk tidak pernah ckp TSP membantah..kita mahu pendiriannya supay jelas dgn para datu-datu sekelian yg ada..terutama datu-datu muda ...baca sekalilagi artikel saya..
salam saudara sambal belacan...
rakyat tikam belakang sebab raja suka tikam blkg...depan....atas...bawah...kiri...kanan..Datu ama ah baragir pun susah mau mengelak...
mcmana peribahasa itu tuan SB...guru kencing berdiri...pelajar kencing berlari....
pun den manaya a kabolosan na mapia den akih sanggur kanu sa opis, a tumbuk c Pandikar sa opis, daah den a lakit lamba tanu sa langun a panggumbalennya, sekayan agu su ginawa yan
Salam Ramadhan.....
....kalau penaja WBI setuju, saya cadangkan selepas meeting 28 Ogos 2010 ini, ambil ketetapan beberapa pandangan daripada rakan FB yang saya kira wajar juga dipertimbangkan untuk menghadap atau berjumpa dengan TSPA menyatakan hasrat dan tujuan penubuhan secara direct dengan beliau. Saya rasa tidak menjadi masalah sekiranya kita membuka ruang untuk rundingan demi merealisasikan wadah baru ini. Sekiranya kita berpolimek sepanjang masa, maka ianya boleh membawa kepada pergeseran yang akan berterusan dan tidak berpenghujung. Saya lihat penubuhan ini bertujuan menyatupadukan Iranun, oleh itu kita tidak boleh ketepikan TSPA begitu saja kerana dia juga orang Iranun dan mempunyai pengalaman politik yang luas serta berhak dalam penyatuan ini (WBI).
....saya rasa sikap berlapang dada adalah perlu kepada masyarakat Iranun terutama bakal2 pemimpin WBI. Jangan dipersempitkan ruang ini, lihat masa depannya serta agenda yang menjadi asas kepada penubuhan ini. Kita perlu antara satu sama lain, soal berbeza bukan perkara pokok, yang utamanya adalah penyatuan yang sifatnya menyeluruh.
Kita lupakan sengketa lama,
di bulan mulia ini kita ikhlaskan hati, betulkan niat, maaf memaafi, hilangkan dendam yang terpendam, suburkan persaudaraan, tinggikan akal budi, jauhkan hasad dengki, bina jiwa pertiwi.
Itu pun kalau dipersetujui.....
Terima kasih.
sdra milus WBI adalah wadah yang bukan berbentuk politic so yg you bagaimana mahu kaitkan dengan politc?
kalau begitu pandangan sdra milus ada baiknya direct kepada point bahawa kita mahu tubuhkan parti politic!!
Anda pandai pula menasihati mereka, akan tetapi apa you buat sebagai mr secrectary pagisa dalam soal penyatuan masyarakat iranun?
you banyak bercerita lawatan sana sini akan pakaidsa aku mambu, langun ah pingulaula ka anan antuna a manfaat yan sa penyatuan a bangsa, pun ka den midsarita daah den ah tau ah matau kalalagan na sekah den a mama yan, nyakadsagit kanu buh ki musli, sekah agu su mastar ka damikian ambuh si musli agu su penulisannya nyaka telu puluh ragun.
ogaig manaya den dih ta pakalenduen su sarita, su pagisa a tunjuk bahawa sekayan langun ka tarpalajar a laksana yan, gini sumbari sodsokan sa jubur baru ambuh panguay-kuay.
sa parjumpaan ah wbi, pagilainku kiadtayan aya daah ka makauma, pangaku ka man malandi mama, a sabut ka langun kami ghalek ami c tspa sumbari ka pagunutan, paka ghala aku ukoy sa raked ka, dih magosor ah malaikat ka
Salam,
Ramai sungguh orang Iranun yang berpendidikan tinggi, BERSATULAH supaya yang dikejar pasti dapat yang dikendung tidak cukup dua tangan
Buktikanlah bahawa Bangsa Iranun itu sebenarnya bangsa yang sangat utuh dan masih teguh bersatu.
Marilah kita berpimpin tangan MENUJU KEJAYAAN DENGAN LEBIH CEMERLANG
Dalam membina atau menambahbaikan persatuan "e lambeg u su lebug, kua an u su malingau"
SEBIJI LADA AKAN HILANG RASA PEDASNYA...!
salam...
secara peribadinya saya bersetuju dengan cdgn saudara Milus. Namun pro dan kontranya terlalu banyak..jadi disini lah kebijakan perlu digunakan...
bersama kita fikirkan....
TSPA sebagai pemimpin Iranun yang paling berjaya seharusnya mengambil peranan penting untuk menyatukan kaum Iranun, beliau kini telah menjadi idola kebanyakan penduduk Iranun kerana kejayaan beliau, pemimpin seperti beliau amatn diperlukan dalam menyatukan penduduk2 Iranun.
untuk memajukan Iranun semua pemimpin perlu bekerjasama. TSPA dan pemimpin Iranun yang lain perlu sama sama merangka strategi bagi menjadikan kaum mereka lebih berjaya daripada sekarang.
salam pendekar kegelapan...yang sentiasa gelap....berani dalam gelap...utk PAGISA...
PERSATUAN GRADUAN IRANUN SABAH (PAGISA).
AHLI TELAH MENGISI ORANG
STATUS: GRADUAN ADA (DIPLOMA, IJAZAH, SARJANA DAN PHD),
BAYARAN YURAN RM50.00 SETAHUN
KEAHLIAN RM100.00
AKTIVITI KHAS UNTUK AHLI SAHAJA...KALAU PUN GRADUAN TAPI TIDAK AHLI, MAKA DIA TIDAK BOLEH MENGUNDI.
sekiranya pendekar kegelapan belum menjadi ahli, sekiranya layak, maka sila ambil borang dengan saya supaya dapat menyalurkan idea...
kalau pendekar kegelapan mahu mengutuk, menghina terserlah 'Allah SWT jadi pengadilnya'
sekiranya pendekar kegelapan berminat menjadi setiausaha dan boleh mengaktifkan PAGISA silakan, saya rela serahkan untuk kebaikan... saya tak tahu lagi apa aktiviti lagi yang mampu dilakukan oleh PAGISA dengan jumlah ahli tidak sampai 50 orang X RM150.00 = RM7500.00. Hari pelancaran sahaja PAGISA belanja hampir RM10,000.00. Sekarang kewangan hampir kosong.
Minta pendekar kewangan, kalau seorang jutawan sumbangla supaya boleh buat aktviti yang besar-besar jemput perdana menteri atau yang dipertuan agung, kita jadikan mana-mana kampung iranun jadi bandaraya... atau buat projek angkasa lepas, iranun naik ke bulan, atau kita serang Amerika Syarikat....
Salam Perjuangan,
Tatkala membaca ulasan datu-datu sakalian, agak malu saya untuk mangulas dalam basa melayu, biarlah saya ulas dalam basa irranun...
kiabologan karangit su mangadatu pun den midsarita na sambatan ku run dapai su tai ah manuk na pedtidaun, na pun su meja pun pun piapag ah mangatu sambatan aken run maupak,
Pagari ku Milus, sabar ka ban, pakatengau su atai karna dapai su pendekar cahaya, langun pedtaruen run ah mangatau, pembabasaan ah iran na sabar ban,karna pun ka den pembaloi ah pamimpin gian den, karna parlu pagilain irranun aya dih boli praintaan, langun pangaku katua karna sekayan langun mangadatu,
ugaid su cadangan ah pangadap su pendekar cahaya, saken satuju sa parkara anan, maklumen tanu su pagumbalen supaya mapia ah bolus yan.
cuba bantu untuk bangsa kita. kerana kita adalah harapan untuk mereka dan pemberi semangat kepada mereka. Jadi sebagai pemimpin dari irranun sendiri haruslah mencuba yang terbaik untuk mereka. Tidak ada orang lain lagi yang dapat membnatu melainkan orang mereka sendiri.
Pandikar Amin sebagai pemimpin Iranun yang berjaya seharusnya mengambil perana penting dalam menyatukan bangsanya. bangsa yang kuat dalah bangsa yang bersatu.
Salam sdra KM,
1. Kalau dapat diperjelaskan dengan terperinci, apakah dan bagaimanakah sebenarnya
"perpecahan" dikalangan Irranun yang dimaksudkan ini?.. Adakah Iranun telah berpecah kepada beberapa puak dan saling tindas-menindas antara satu dengan yang lain sehingga jika tidak dibendung akan berlaku peperangan saudara?..
2. Saya bertanya sedemikian kerana gambaran yang diberikan seolah-oalah perpecahan Iranun sekarang ini sangat-sangat serius dan memerlukan ubat mujarab yang segera untuk menyembuhkannya..
3. Atau, perpecahan yang dimaksudkan itu sebenarnya hanya berlaku dikalangan orang-orang politik atau yang berminat menjadi ahli politik dan kemudiannya digambarkan bahawa orang Iranun itu sedang berpecah-belah supaya ia lebih menarik untuk diperkatakan?.. Andai pertembungan antara ahli politk yang dimaksudkan, maka pada saya itu soal biasa... dan, kita tidak boleh mengatakan bahawa Irranun yang berpecah... Yang berpecah hanyalah mereka yang berpolitik itu dan itu juga lumrah... Orang politik memang selalu begitu. Maka, mengapa menjadikan Iranun keseluruhannya sebagai alasan..?
4. Andai telahan saya salah bahawa yang berpecah itu adalah orang politik, Maka saya ingin bertanya kepada sdra KM yang bijaksana, secara jujurnya apakah status sebenar perpecahan di kalangan Iranun sekarang? kalau boleh tolong berikan saya statistiknya.. Adakah bukti-bukti yang jelas mereka ini sedang berpecahbelah.. Saya dan yang lain juga ingin tahu, apa yang telah menyebabkan perpecahan ini.. Adakah kerana kemiskinan, pendidikan, sosial, agama atau sekali lagi politik?..
5. Mohon penjelasan sdra KM..
Salam dari
BELUM PENDEKAR
Salam Semua,
TSPA harus memajukan bangsa mereka supaya berjaya. Satukan semua bangsa Irranun dan jadikan bangsa ini menjadi sebutan orang ramai dan tidak seperti sekarang yang masih ketinggalan dan tidak ramai yang berjaya di era zaman moden ini. Oleh itu, banggulah bangsa irranun bantulah negara dan jadikan bangsamu menjadi lebih terkenal. Harap TSPA sebagai pemimpin tunggal Irranun bantulah mereka bangsa kita untuk lebih berjaya.
semua pemimpin Iranun termasuklah TSPA perlu berusaha untuk menjadikan Iranun lebih berjaya. hanya dengan kerjasama dan usaha dari semua barulah kejayaan lebih mudah dicapai. semoga usaha yang baik membuahkan hasil yang baik.
Salam semua...
saya mahu response ulasan sdr Belum pendekar..
ma kasih kerana membawa isu perpecahan Iranun ini dalam soal bersandarkan kepada kajian ilmiah...apakah metedologinya? sama ada secara dapatan data ataupun melalui pemerhatian itu juga adalah meteodologi kajian?
Jika sdr S/U PAGISA yang secara terbuka membuat pengakuan bahawa kajian yg dibuat berkaitan berkaitan dgn Politik Iranun adalah secara ilmiah..maka apakah hujah yang boleh diketengahkan yang menyatakan bahawa IRANUN dalam politik tidak berpecah..
Politik memang memecah belahkan..kemudian perpecahan itu berlaku peringkat pimpinan masyarakat...Justeru soal-soal pendidikan, ekonomi turut terlibat...
Politic has never been known to have a good side for real.
Meneliti tulisan KM dan beberapa ulasan rakan blogger, rasanya saya terpanggil untuk melontarkan idea atas nama bangsa ini.
Secara peribadi tidak bersetuju dengan pandangan KM bahawa "Tan Sri Pandikar Amin Mulia Pemimpin Tunggal Iranun"Mungkin keraana KM melihat bahawa setakat ini hanya TSP bergelar datu atau Tan Sri maka KM mengemukakan pandangan ini sebagai tajuk penulisannya.
Saya mempercayai dan meyakini bahawa ramai dalam kalangan bangsa ini yang memiliki ketokohan tetapi tidak dapat diketengahkan.Ramai dalam mereka adalah golongan muda.
TSP sendiri lebih maklum dan arif tentang keujudan mereka ini.Sikap tidak kepedulian TSP terhadap golongan ini,maka mereka terpaksa menyertai ideologi yang bertentanga dengan TSP.Maka akan kelihatanlah TSP satu-satu pemimpin tunggal Iranun sebagaimana dakwaan KM.
Sebab itu kita minta jangan sama sekali untuk melebelkan bahawa golongan ini melakukan penentangan terhadap kepimpinan TSP.Saya mengambil satu teori bahawa perkara ini sengaja dilakukan agar apa yang KM anggap sebagai yang betul ataupun ianya satu permainan politik.Hampir 20 tahun kita lalui ini semua.Kalau andaian saya ini maka bersedialah bahawa satu penentangan yang dahsyat akan berlaku terhadap TSP.
Oleh Saya mencadangkan atas nama bangsa ini.Dan kepada TSP kalau masih ada sisa-sisa rasa kasihanmu terhadap bangsa ini lakukan sesuatu untuk bangsa ini.Tq
saya banyak mendengar pendapat rakan-rakan cedikiawan suku kaum iranun, semuanya benar secara relatif walupun tidak benar dengan sendirinya, kerana yang benar dengan sendirinya itu milikNya. Namun demikian pada hemat saya merujuk kepada kenyataan bahawa Tan Sri Pandikar adalah Pemimpin Kaum Iranun, saya anggap salah kaprah, kerana pada hemat saya Tan Sri Datuk Seri Utama adalh pemimpin bertaraf antarabangsa, kerana beliau mampu sebaris dengan kluster kepimpinan Malaysia yang kini dianggap bertaraf dunia. Meganggap beliau hanya pemimpin iranun bermaksud memperkecilkan kemampuannya yang selama ini kita sedari telahpun diiktraf oleh semua bangsa di Negara ini. Saya percaya sesiapa yang tidak menyuakainya akur dalam hati bahawa dia adalah hebat dan memiliki karisma yang sukar ditandingi oleh pemimpin muda iranun masa kini yang masih perlu mendalami pengertian Politik yang sebenarnya. Politik sebenarnya dikaitkan dengan kebijaksanaan untuk merungkai pelbagai persoalan
yang menjadi penghalang kemajuan bangsa ditinjau dari pelbagai aspek
tanpa ada sempadan, ianya dilandasi dengan pola bersikap dan pola bertindak pemikiran yang positif. Pemikiran positif,sentiasa mengambil iktibar, bahawa didalam kebaikan ada keburukan dan didalam keburukanpun ada kebaikan. Kita berfikir positif dengan mengambil diantara keduanya. terima kasih saudara ku Kelapa Mawar, semoga kelapa mawar yang muda sentiasa sedap airnya, bila tua pula banyaklah santannya.
Yang penting semua masyarakat Iranun bersatu.
Post a Comment