Keadaan politik di sabah sekarang boleh diistilahkan sebagai "tension but stabil". Iaitu penuh dengan tekanan tetapi masih boleh dikawal dan pengawalan itu berlaku secara semulajadi berlandaskan undang-undang sedia ada. Keadaan politik sama ada di pihak pemerintah atau pembangkang di Sabah, mecetuskan pelbagai tanggapan dan impian. SAPP selaku parti pembangkang tempatan masih menyuarakan beberapa tuntutan perubahan, walaupun Presidennya Datuk Yong Teck Lee, dikaitkan dengan kemeruduman serta kerugian teruk Amanah Saham Sabah semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sabah yang dilahirkan melalui sistem penggiliran Ketua Menteri. Isu ini menjadi perhatian umum, sekaligus beberapa orang pemimpin dari SAPP menggesa kerajaan negeri melakukan siasatan, kerana mereka beranggapan bahawa perseiden mereka perlu dibersihkan dari tuduhan liar itu. sehingga kini belum apa-apa lagi tindakan dari kerajaan negeri.
PKR juga begitu kemaruk dengan gerak sarafnya. Dilaporkan daerah Tenom menjadi sasaran parti ini sebagai usaha mendapatkan sokongan dari suku kadazanmurut di kawasan berkenaan. beberapa cabang PKR ditubuhkan dan mereka optimis untuk merampas daerah Tenom dari genggaman BN.
Manakala dari parti pemerintah, BN Sabah masih dengan kemelut hitam mereka. retak yang pada mulanya agak kecil kini semakin besar. Beberapa tuntutan dari parti-parti komponen masih belum dipenuhi. PBS selaku sayap kiri dalam BN Sabah masih meluahkan kehendak mereka supaya kerajaan yang diterajui oleh UMNO dapat merealisasikan hasrat pembenterasan PATI yang dianggarkan mencecah ratusan ribu orang. sekalipun sudah lebih 10 tahun Umno bertapak di negeri ini, namun isu PATI gagal diselesaikan.
Terbaru timbalan Presiden UPKO Datuk Wilfred Bumburing menggesa UMNO bersikap adil dalam pengagihan kerusi pada PRU 13 akan datang. Beliau menyuarakan kebimbangan atas sikap pemimpin UMNO negeri yang dengan suka hati menyusun peruntukan kerusi berdasarkan parti-parti Komponen dengan tidak mengambil kira sensitiviti pemimpin parti komponen berkenaan. Ini kata beliau akan menjurus kepada ketidak adilan dan ketidakpuasan hati. Sikap bongkak pemimpin sebegini akan merugikan BN di sabah.
20 ulasan :
masalah yang dihadapi oleh BN bukanlah masalah besar, ia boleh diselesaikan dgn mudah. BN tetap kukuh di sabah.
BN Sabah masih lagi kukuh kerana BN Sabah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik kepada rakyat Sabah.
jika ada masalah pun, ianya boleh diselesaikan. apa yang penting ialah BN Sabah tetap menjaga kepentingan penduduk Sabah.
jangan hanya sekadar menutup rekahan supaya tidak dilihat orang kerana ia tetap akan roboh. tetapi rekahan itu perlu dibaik pulih supaya ia tetap kukuh. oleh itu parti pemerintah wajib memperbaiki kelemahan serta memulihkan kepimpinan BN di Sabah bagi mengukuhkan parti supaya tidak musnah dilanda Tsunami PRU13 kelak. buat persediaan awal sebelum terlambat.
BN Sabah tetap pilihan rakyat Sabah asalkan mereka mengutamakan kepentingan rakyat. Sebarang masalah yang dihadapi BN boleh diselesaikan jikalau mereka memperbaiki kelemahan mereka.
Kukuh Tidak Kukuh Kita lihat masa Pilihan Raya nanti...
BN sendiri mestilah mencari penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tetangan yang mendatang dari Pembangkang. Jangan mudah putus asa dan cari jalan untuk menanganinya.
setiap isu atau masalah perlulah diselesaikan dengan sebaiknya. BN Sabah masih lagi menjadi pilihan rakyat asalkan terus menjaga kepentingan rakyat.
selesaikan dahulu masalah dalaman, ini kerana masalah dalaman inilah yang melambatkan dan merodakkan keadaan nanti. jadi BN haruslah bersat dan berjasa kepada rakyat.
Where there is a will, there is definitely a way to repair the foundation. Don't let it cracked until it's too late.
keretakan....tanpa matrial yg berkualiti,ia akan terbelah/runtuh. tanpa kesepekatan para pemimpin dlm bn, kekuatan bn dalam teka teki.. kekuatan bn juga pada sayap komponennya,bayangkan komponen parti dlm bn bertukar arah!! tetap mantap kah bn?? saya cuma buat andaian untuk bn lebih berhati hati...sebab politik sabah apa pun boleh jadi..tq km.
bah tunggu lah next GE nanti...
Semoga BN akan terus memperbaiki kelemahan dan berusaha utk jadi lebih baik lagi.
Ya betul tu Jason... rakyat pasti akan terus menyokong jika BN berjaya buktikan mereka mmg layak utk disokong :)
sejauh manakah keretakan dalam kerajaan BN sabah seperti yang digembar-gemburkan? bagi saya, hal ini adalah untuk memperbaiki lagi 'governance' kerajaan negeri demi kepentingan rakyat..
apa2 masalah perlu diselsaikan dgn segera, tumpukan kepada tangungjawab sebenar.
Salam KM dan sahabat sekelian,
1. Isu penting yang berkaitrapat dengan masalah "keretakan" ini ialah hilangnya hak kita dalam menentukan pucuk pimpinan negeri. Saya hairan, mengapa pemimpin-pemimpin yang kita pilih untuk menjadi wakil rakyat begitu lemah sehingga terpaksa menyerahkan kepada Kuala Lumpur untuk menentukan siapa dan siapa yang akan menjadi ketua setiap kali berlaku krisis politik di Sabah. Pada saya, ini samalah seperti menyerahkan kepada orang luar untuk menentukan siapa yang patut menjadi "Ketua Kampung" kita sendiri.
2. Barangkali kesemua mereka ini begitu tamak dan mementingkan diri sehingga tidak mahu duduk berbincang (antara mereka) bagi memilih siapa dikalangan mereka yang paling sesuai untuk dipertanggungjawabkan bagi memikul amanah menjaga kesejahteraan rakyat dan membangunkan negeri. Jika tidak, mana mungkin Kuala Lumpur yang menentukan siapa pemimpin yang sesuai untuk kita. Dengan mengutarakan persoalan ini, bukanlah bermakna saya anti KL.. saya cuma tertanya-tanya, mengapa kita begitu lemah sehingga tidak berupaya menentukan nasib kita sendiri?..
3. Barangkali ramai yang akan bertanya, jadi apa masalahnya jika KL yang memilih siapa menjadi pucuk pimpinan negeri?.. Sebelum saya memberi pandangan ke atas perkara ini, saya serahkan kepada sdra KM dan rakan-rakan blogers untuk menilainya..
Ketua kampung harus dipilih oleh orang kampungnya sendiri dan bukan orang kampung lain...
pemimpin di Sabah mudah diperkotak katikan..sampai mengurus kampung mereka sendiri pun perlukan bantuan orang lain..bila dah berjaya jadi ketua kampung..kampung pula dibiarkan...banyak pembangunan yang boleh dibawa tetapi tidak diusahakan..cerita siang malam asyik politik..di depan masyarakat kg bukan main lagi..tetapi bila berhadapan dgn orang luar..terkencing keran takut hilang jawatan...
sejak zaman USNO dan BERJAYA..merebak pada zaman PBS dan kemudian UMNO..Sabah terlalu goyah dengan kempimpina yang berjiwa sabah..
Keadaan di Kb begtu tension..sbb mcm na org luar ble diangkat mjadi pemimpin edangkan emimpin di Kb tidak cukup ruang utk duduk..terlalu ramai..
org KB mudah sangat hanyut..tiada pendirian..gelap mata nampak duit...oleh itu jgn salahkan pemimpin luar kalau mrk menujukkan khebatan di depan pemimpin KB sbb mereka sendiri yg tidak pandai meletakkan diri di mana yg sepatutnya..
hanya mereka yang buta mata, pekak telinga dan buta dan kelam hati yang mengatakan BN sabah kukuh dan tegap berdiri megah seperti bangunan Yayasan sabah.... Tiada benda yang palsu boleh disembunyikan buat selama2nya...Semua kita nampak...dengar....menilai dengan hati yang terpimpin....benar atau tidak....
Apappun tahniah kepada Datuk Bung...hidup Datuk Bung....
jika dilihat sekarang BN Sabah makin kukuh, ia dpt dilihat daripada keputusan PRK Batu Sapi.
Post a Comment