Thursday, August 19, 2010


Bismillahhirahmannirahim


Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Penyayang. Yang mengatur alam ini dengan begitu sempurna.Mentakdirkan malam mengambil alih siang dan siang ditutupi malam. KepadaNYA kita menyerahkan jiwa dan raga. Mengharapkan agar Datuk Seri dan keluarga sentiasa dalam RahmatNYA.



Pertama sekali saya memohon maaf kerana mengutus surat terbuka ini kepada Datuk Seri…Terbuka kerana sesiapa pun boleh membacanya.Tidak mengandungi paparan sengketa lama dalam bangsa. Tetapi ini sekadar catatan penglipurlara, seorang puteri pejuang bangsa ,membawa cerita-cerita lisan masa depan bangsa kita. Mungkin Datuk seri lebih arif dan perkasa dalam cerita bangkit dan rebahnya bangsa .Kerana MUNGKIN Datuk seri punya Ilmu Kebalnya. SEDANGKAN kami generasi muda sudah semakin SESAT dan kembali mentelaah buku dan catit,penghujungnya entah ke mana. Andainya itu berlaku..surat terbuka ini adalah renteten darinya..Andai Datuk Seri sibuk banyak perkara…surat ini sekadar mengingatkan semula..



Datuk Seri…


Saya hanyalah manusia biasa, bersendirian mengutus surat kepada Datuk Seri membawa pesan, membawa rintihan, membawa keluhan generasi belia kita sebangsa…mengingatkan semula Datuk Seri sudah sedekad lamanya kita tidak mendengar laungan PISBA. Sudah sekian lamanya juga kita sudah tidak merasa hembusan nafas PISBA, juga sudah sedekad ini mungkin akan menjadi sekurun kalau pencaindera PISBA ditutup sekian lama. Kerana Datuk Seri seingat saya, PISBA ditubuhkan sudah seusia dengan saya. Seorang manusia sudah cukup dewasa mencecah umur 35 tahun, barangkali sudah separuh perjalanannya. Cukup matang menghadapi gelombang. Cukup dewasa menghadapi badai samudera. Bagaimana dengan PISBA kita Datuk?



Datuk Seri..


Kalau di susur semula ‘kehebatan’ PISBA, ia menjadi salur darah bangsa kita. Bermula dari mufakat pemimpin yang lahir dari jerit laung bangsa Iranun…pemimpin kita mula mendaki bukit-bukit kuasa. Terima kasih kepada mereka..kerana merekalah bangsa kita mencipta nama…kerana merekalah kita disegan kawan dan lawan..Tetapi datuk…setelah hampir begitu lama..Di mana sudah Generasi kita?..Di mana sudah janji-janji pemimpin kita?..Di mana sudah pemufakatan kita..? Di mana Datuk, pertubuhan kita? Di mana sudah PISBA? Tempat generasi muda bergurau senda.. tempat sekalian orang tua kita mencanai dan menggilap tunas pemimpin muda…



Datuk Seri…


Andainya PISBA sudah lama meninggal dunia…Tunjukkanlah kami mana pusaranya? Sampaikan pada kami bila kendurinya..? supaya kami datang menangisi kematian pejuang bangsa…supaya kami hadir membacakan Fatihah…supaya kami berkumpul membacakan doa..Dan sekiranya PISBA berkahwin dua..mana bunga manggarnya..bunyi gong dan keulintangangan tak sampai di telinga. Janganlah generasi muda menjadi anak tiri kepada isteri kedua…janganlah kami-kami ini tak cukup makan di keramaiannya…Janganlah kami dicerca di majlis renjis mawarnya.



Kami tidak punya apa Datuk seri…kami sudah yatim piatu..tidak menentu.. matinya PISBA, gelitalah kami, Nisannya PISBA kenangan bagi kami…Hancurnya PISBA mengkucar-kacirkan kami..Berilah kami tanda Datuk Seri….Andainya PIBSA dijangkiti wabak bahaya..kita bersemuka daripada bercengkarama di hujung telinga…kita berusaha mencari penawarnya. Biar tak larat berlari..kita merangkak.., biar tak boleh merangkak …kita mendengus tanda masih bertenaga. Kerana PISBA adalah bapa-bapa pejuang kita..kerana PISBA adalah ibu-ibu mengandungkan pemimpin kita…,



Kami ini generasi muda..perlu dibakar semangatnya..kerana Datuk seri..ramai lagi adik-adik kami yang tidak pernah mendengar PISBA, malahan langsung tidak mengenali Datuk Seri…Tidak Nampak jalan yang dilalui bangsanya…masih ramai yang terkurung dalam gua-gua gelap yang dibina tatkala musim hujan dan panas. Ada yang teraba-raba mencari idealisme perjuangan bangsanya. Sampai ada yang menangis melihat ego, dendam kesumat ,dan politik haprak membakar bangsanya. Nenek moyang kita jua pernah berkata…biarkan kita binasa, biarkan kita terbakar seluruhnya namun kalau itulah syarat anak-anak kita megecapi bahagia…



Datuk seri..


Andainya surat terbuka ini tidak sampai ke mata Datuk seri…saya pasrah ,kerana sebagai puteri bangsa..saya sedar .saya hanyalah sebutir pasir di tepi pantai…nilainya TIDAK SEBERAT segenggam garam dilautan..Bagi yang menatapnya…mohon dengan seikhlasnya, sampaikan ke pengetahuan Datuk seri supaya kita tidak dirundung malapetaka.



Salam kasih sayang yang berpanjangan dari saya puteri bangsa..

Seikhlasnya..


KELAPA MAWAR

9 ulasan :

Unknown said...

salam sejahtera.
Kelapa mawar, anda adalah seorang blogger yang menjadi tumpuan masyarakat kota belud dan bukan setakat iranun sahaja, malah bajau dan kadazandusun turun mengikuti perkembangan blog anda ini. anda sendiri tahu bahawa adalah menjadi kewajipan anda untuk cuba mengangkat maruah bangsa iranun seperti mana anda berusaha secara tidak langsung untuk membangunkan masyarakat iranun melalui artikel-artikel anda. adalah sesuatu yang tidak ideal sekiranya anda sebagai seorang yang terpelajar memaparkan artikel yang kurang tepat dari segi fakta dan agak kurang rasional kerana ianya mampu menjatuhkan martabat masyarakat iranun. saya menyatakan pendapat ini atas tindakan anda mengeluarkan artikel 'surat terbuka kepada datuk seri dr. selisih ukoh'. ini adalah kerana, kita semua tahu bahawa anugerah Datuk Seri yang diberikan itu adalah tidak benar dan gelaran Dr. itu juga disangsikan serta tidak mendapat pengikhtirafan sistem pendidikan negara Malaysia. kita tidak boleh bermain dengan perkara tersebut. selain daripada itu, surat anda ini turut terlalu emosional dari segi penggunaan ayat yang menggambarkan seolah-olah individu yang anda rujuk itu adalah satu-satunya harapan bangsa dan mempunyai jasa yang terlalu besar kepada iranun.sekiranya benar sekalipun, adalah lebih baik jika anda menggunakan bahasa yang tidak emosional. seterusnya kelapa mawar, iranun memiliki pemimpin-pemimpin veteran yang banyak idea, pengalaman serta terbukti, tetapi anda tidak cuba untuk bertanya pendapat mereka. sebaliknya asyik menceritakan idea-idea orang muda sahaja. cuba bertanya dan siarkan artikel dari pemimpin2 senior. Tan Sri Pandikar adalah satu contoh, begitu juga abang kepadanya iaitu Pinjaman Hassin. bagi saya, mereka adalah pemimpin iranun yang sulung dan senior. pemimpin-pemimpin besar sabah amat menghormati mereka. saya pernah teringat kisah dimana ketika Pinjaman Hassin aktif dalam bidang politik, beliau pernah memberi pendapat dengan pemimpin-pemimpin di semporna, di hujung sudut meja perbualan itu adalah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang masih remaja ketika itu. mendengar cerita-cerita beliau. jika pemimpin besar seperti Shafie Apdal boleh mendengar nasihat dan cerita beliau, mengapa orang-orang muda iranun yang ingin menjadi penerus kepimpinan iranun tidak berani bertanyakan nasihat-nasihat kepada pemimpin-pemimpin senior yang saya maksudkan. adakah kerana mereka takut bertanya atau mereka menganggap mereka mampu berdiri sendiri, jik tidak, maka pegilah bertanya. Pinjaman Hassin pernah berkata bahawa 'adalah sia-sia bagi orang muda yang ingin menjadi pemimpin sedangkan mereka bukan berada di landasan yang betul'. nasihat-nasihat seperti ini amatlah berguna. begitu juga dengan nasihat-nasihat dari Pendekar Cahaya. anda tidak perlu menyiarkan komen ini sekiranya anda mahu. tetapi saya berharap agar kelapa mawar melakukan apa yang saya cadangkan. sekali lagi, saya minta maaf jika bahasa yang saya gunakan terlalu kasar dan menyakiti hati kelapa mawar. minta maaf juga kepada en. selisih ukoh kerana bukan niat saya untuk memalukan beliau. salam.

RakyatKB said...

Satu pandangan yg baik dan wajar diberikan perhatian oleh kelapa mawar...

kunyit said...

Assalamualikum KM,

Gelaran Datuk Seri Dr adalah gelaran yang tidak benar dan tidak mendapat pengikhtirafan sistem pendidikan negara???, ini adalah sesuatu yang memalukan, ini kah yang dikatakan Presiden PISBA, patut lah persatuan tersebut tidak berjalan lancar dan tiada keberkatan. barangkali Kelapa Mawar ini kurang pengetahuan dari segi penganugerahan pingat-pingat dan darjah kebesaran.

BELUM PENDEKAR said...

Salam Semua,

1. Saya setuju benar dengan saranan sdra Illanun mengenai perlunya pandangan pemimpin lama yang masih releven dengan keadaan semasa diperolehi.

2. Pun begitu, saya kira untuk mengatakan bahawa sdra KM kurang pengetahuan dari segi penganugerahan pingat-pingat dan darjah kebesaran hanya kerana KM menggunakan gelaran dan darjah kebesaran tertentu kepada seseorang, pada saya perlu juga difikirkan semula. Ini adalah kerana, penggunaan gelaran dan darjah kebesaran berkenaan oleh KM sudah tentu mempunyai sebab yang "besar" disebaliknya. Kita harus faham bahawa KM ini bukan sembarangan orangnya. Dan, sebagai seorang yang cukup arif tentang perkara-perkara sedemikian, beliau sudah tentu juga amat faham akan makna yang tersirat dan tersurat setiap perkataan yang digunakan oleh beliau dalam menyampaikan sesuatu.

3. Maka itu lah, saya selalu mengajak semua pihak agar tidak mudah atau terus membuat kesimpulan atas luaran sesuatu perkara semata-mata. Kadang-kadang, kita perlu menilai dan memahami makna sesuatu perbuatan atau perkataan jauh lebih dalam daripada makna yang tersurat di luar sahaja.

4. Umpama bidalan lama, air yang tenang, jangan di sangka tiada buaya. Maka, berhati-hatilah dalam setiap langkah terutamanya dalam memberi sokongan kepada pihak tertentu yang masih belum terbukti keikhlasannya.

Yang Ikhlas,
BELUM PENDEKAR.

Pendekar Tua said...

Salam sdr illanun...

saya rasa sdr silap jalan..sbb pkataan illanun itu sdh tidak dipakai lagi...jadi jgn menimbulkn kembali nostalgia lama yg buat org meluat pd sdr...penggunaan pkataan itu membawa prejudis yg besar..berhati-hati..tidak ada illanun yg ada IRANUN.


isi surat ini bagi saya biasa-biasa saja..tetapi menusuk kalbu..cukup dgn rintihan yg dalam..kalah filem "batu belah batu bertangkup'

saya harap isinya dan harapan penulis akan sampai kp yg ditujukan..

WATA AH MAMA said...

Ukoi Ku si kelapa mawar


ayau ka aki pagunut tan su atai ka..engkinu manaya kiabulusan sa rekitanu...anda den su panglima tanu..sanggur ran aki..embi tiara mapia-pia...ugaid tuna-tuna aki...mimbitiara..

anda den su PAGISA tanu..kalalagun anan manga pupuru eskol...kinu dibalui ah tau ah bara akal...?

sudah tanun manga itu, manaya pen e kia sudah an run...

kunyit said...

Salam semua,

Memang benar pun KM kurang arif tentang penganugerahan darjah kebesaran kpd seseorang, sepatutnya beliau sebagai seorg kakitangan kerajaan yg pernah berkhidmat dgn kuasa tempatan, berumur 35 tahun dan sekarang menjadi warga Jabatan Pelajaran/Pendidikan harus mengetahui adakah Encik Selisih Ukoh pernah menerima pingat kebesaran tersebut daripada mana-mana pembesar negara kita...dan tidak dpt diterima oleh akal yg waras jika ada maksud yg tersirat disebalik penggunaan Datuk Seri kpd seseorang jika penama tersebut belum disahkan mempunyai gelaran tersebut..kerja sia-sia saja.

DATU SI RENGIT said...

Salam adinda KM...

Rintihan dan luahan ini mengimbau sejarah silam kehidupan sebagai penulis Si Rengit...Walaupun Si Rengit sekarang sudah bergelar Datu Si Rengit namun semua itu tidak mudah untuk dilupakan...Pada Datu Si Rengit sekarang bukan persoalan gelaran atau mahkota..tetapi leluhur baru dalam penyatuan Bangsa tercinta kita....

Ya...sudah lama DSR tidak berkarya namun jangan dilupa itu hanya seketika....bila musuh datang menjelma...na...tantangan DSR pasti datang menjelma......sekalipun mapaittantu kebenaran tetap ditegakkan...hanya masa dan waktu jadi taruhanya...

Suara Rakyat said...

salam km. menitis airmataku membaca warkah terbuka ini.