Mana-mana pun bangsa di dunia ini, tidak kira majoriti atau minoriti, pasti akan selalu memikirkan soal penyatuan, soal kelangsungan, soal survival dan soal keberdayaan mengharungi tekanan tamadun dari bangsa lain. Dilema bangsa sebegini bukan sekejap hatta memakan masa yang lama. Tiada bangsa yang ingin berada di tahap kebejatan. Tiada bangsa atau suku juga yang rela menjadi hamba kepada bangsa lain. Itu, semua orang tahu, dan semua orang pasti kebenarannya.
Sejak 3 hari yang lepas, apabila beberapa orang pemimpin Iranun menyuarakan perihal “penyatuan” dalam satu majlis pertemuan di sebuah restoran di Kota Belud, maka isu “penyatuan” ini mula menitirdari satu bibir ke satu bibir. Pelbagai pandangan diberikan, terutama bagi mereka yang tidak berkesempatan menghadiri majlis itu. Walaupun pertemuan itu disifatkan sebagai antara “udang-udang kecil” ditengah-tengah ikan paus di laut samudera, oleh segolongan pemimpin dari suku ini yang ‘nakal’ , namun ternyata ia mengundang pelbagai spekulasi. Ada yang mempersoalkan, apa daya dan upaya ‘udang-udang kecil’ ini tanpa “udang” besar (lobstar) yang merujuk dengan tanpa kehadiran Tan Sri Pandikar Amin.
Beberapa ahli akademik dari suku ini, mula memikirkan bagaimana membuatkan emosi suku Iranun “meletus” melangkaui pemikiran sempit dan tertekan? Akan ada dan betapa perlunya satu lagi ‘pertemuan’ wajar dilakukan, walaupun oleh ‘udang-udang kecil” ini. Kemudiannya, bila ada kesepakatan dan permurnian unsur-unsur penyatuan berlaku, maka satu rombongan pemikir harus “mencemar duli” menemui Tan Sri Pandikar Amin. Itu kata dan harapan mereka.
Lalu, tidak sampai sehari, pertemuan udang-udang kecil itu, sudah ada rombongan pemikir politik menemui “lobstar” dan khabarnya, sedang memurnikan hasrat serta tujuan pertemuan kali kedua itu dirancang.
Selamat dan harmoni buat pemimpin Udang-udang Kecil yang mahu menghidupkan sesi penyatuan ini. Terutama kepada sdr Almudin Kaida, sdr Adlan Lonoh, Sdr Roslan Hj. Manshor, dan sdr Razak Rakunman. “udang-udang” kecil ini mempunyai aura sehingga membuatkan pemikir dan ahli akademik Iranun bingkas dari lena yang panjang.
Ada juga beberapa idea yang diutarakan menyatakan bagaimana perlunya isu penyatuan ini digembar-gemburkan tatkala PRU 13 semakin dekat. Isu penyatuan ini kata mereka tidak dibatasi oleh politik tetapi atas dasar ‘mengusung’ bibit-bibit perpecahan jauh dari hati dan sanubari suku Iranun. TSP yang dikatakan sebagai udang besar ini perlu melunakkan hati, menyusun semula barisan kepimpinan pelapis Iranun yang mendapat tarbiyah terus daripada beliau. Mungkin tidak ramai yang bersetuju mengenai hal ini..tetapi apakah tidak pernah terlintas dalam hati Iranun, kemana Tan Sri Pandikar selepas ini? Apa yang menjadi dilema Iranun, sehingga nampak begitu berpecah dan retak di sana sini? Sebagai permulaan awal, penulisan ini hanya bersifat sebagai ‘mukadimah’.
14 ulasan :
sdri KM..
dialu-alukan juga sumbangan pemikiran dri org-org ini:
1. Datu Jamigul dt. salin ( ketua sektor kemanusiaan JPNS)
2. Dt. Matlan Dt Unjong ( pengetua)
3. Milus Alu ( mstr)
4. Rupilin Alik (peguam)
5. Fadli Hj Manshor (peguam)
6. Akiah barabag ( farmasi Aslam )
7. Mustal mahmud ( ILP KK)
8.Hj Madli Hj Manshor ( Imam daerah )
9. serta beberapa org lagi di sekitar Peladok, Nanamun, Rampayan dan tapokan yg tidapt dpt disenaraikan ...
harap dpt hubungi mrk...
kaum iranaun perlu bersatu dan bangkit untuk membangun dan maju seiring dngn kaum2 lain.
tidak kira kepada mana-mana kaum sekali pun, semangat untuk bersatu perlu ada. sentiasalah bekerjasama agar menjadikan kaum anda dihormati dan dipandang tinggi. keinginan untuk maju juga perlu ada dan sentiasa disemai.
sesuatu kaum akan jadi maju dan kaut jika ia bersatu. jika ia berpecah ia akan menjadi lemah. oleh itu, bersatulah!
itu yang penting bersatu dan berkerjasama untuk membangunkan bangsa sendiri.
Salam KM<
Saya komen dalam posting terdahulu dimana KM copy paste komen dari Facebook. saya pelik juga tuduhan kata saya serangan peribadi kerana dalam posting itu langsung nama Musbah saya tidak sebut...
This kind of problem shouldn't be left unsolved. Wondering where Tan Sri Pandikar is too.
Musli kita skg sudah berada di zaman IT dan abad ke 21, siapa kamu maksud itu semua orang tahu.Jgn kamu fikir kamu pintar semua orong bodoh, semua orang tahu siapa kamu dan siapa Musbah. Saya anak petani dan penternak,baru skg bapa saya terasa pembelaan dari seorg pemimpin yg benar-benar berjuang untuk kepentingan kami. keluarga kami tdk pernah meminta-minta dan berjumpa dengan pemimpin. Kami hanya harapkan seorang pemimpin yang ikhlas membela kami. Jangan hancurkan masa depan kami hanya kerana kepentingan kamu.
Sdra KM,
1. Saya tertarik dengan petikan tulisan saudara yang berikut:-
"...Apa yang menjadi dilema Iranun, sehingga nampak begitu berpecah dan retak di sana sini?
Pada hemat saya, persoalan yang ditimbulkan oleh Km sebenarnya bukanlah berlaku kepada suku Iranun sahaja. Bahkan ianya juga berlaku kepada suku dan bangsa yang lain termasuk Melayu, Cina, Bajau, Kadazan, Dusun, Siam, Yahudi dan sebagainya. Ringkasnya, isu ini adalah merupakan masalah global yang bukan baru bahkan telah berlaku sejak dahulu kala lagi iaitu selepas pemerintahan Khulafak ur rasyideen.
2. Sebab dan puncanya ialah kurangnya sikap taat dan kesetiaan segelintir ahli suku kepada pemimpin sediada disamping perasaan tamak dan haloba akan kedudukan dan pangkat. Dengan sedikit pengalaman dan pengetahuan, atau hanya dengan alasan telah mempunyai ijazah sarjana muda atau sarjana (master)atau PHD, mereka mula merasa telah lengkap dan kononnya bersedia untuk menjadi pemimpin dan tidak sabar-sabar untuk mendapatkannya.
3. Dulu, semasa kita baru merdeka datuk nenek dan ibu bapa kita berusaha sedaya-upaya untuk menghatar anak-anak ke sekolah supaya kita menjadi pandai dan perpaduan bangsa kita akan menjadi lebih baik. Tidak sangka, setelah begitu ramai suku kita yang berjaya dalam bidang pelajaran, kita malah menghadapi masalah perpecahan. Rupa-rupanya, ilmu pengetahuan telah membuatkan kita tidak mampu melihat dan menilai kualiti kepimpinan sebenar yang terbaik untuk bangsa kita.
4. Ironinya, semua orang yang teringin menjadi pemimpin ini mendakwa bahawa mereka berjuang untuk masyarakat. Namun, saya tertanya-tanya, hanya dengan menjadi pemimpin tertinggi sajakah baru kita dapat berjuang untuk kepentingan suku bangsa?. Walhal, kita sebenarnya boleh memainkan peranan walau diposisi mana sekalipun. Malah, dengan ilmu yang ada kita mungkin boleh memainkan peranan membantu kepimpinan tertinggi dengan lebih baik lagi.
5. Pada saya, jawapan kepada persoalan di atas sungguh mudah, Tepuk Dada Tanya Selera...
Sdr KM dan Sdr Belum Pendekar..
saya rasa sdr KM dan yang lainnya perlu mengambil perhatian atas komen sdr BP ini yg menyatakan tentang sebab berlaku keretakkan perpaduan dlm suku Iranun..
Saya setuju setelah ramai dr suku Iranun yg berpendidikan..nampak semakin berpecah..tiada kesepakatan..ilmu yg diperolehi tdk dpt myatukan para pemimpin di kalangan mrk..sedih !
kalaulah mrk ini bole bgerak dlm satu kumpulan..alangkah baiknya..
soal taat setia kp pemimpin itu juga penting..kerana bagaimana pemimpin mmebawa pembaharuan jikia tidak mendapat kerjasama..tentu rumit bukan? misalnya jika seorang bapa tidak dihormati oleh anak-anaknya..maka bagaimana dia boleh bertindak sebagai ketua keluarga..itu perumpaan dlm satu entiti kecil..
mungkin kita bertanya, adakah TSP sudah tidak dipercayai? jawapannya bukan semua...hanya segelintir yg dikatakan oleh sdr BP ini sebagai tamak dan haloba mahu menjadi pemimpin...kemudian propaganda dicanag..kononnya Iranun harus berubah dan bersatu..
cuba kita fikirkan mengenai hal ini..
Saya dengar ada lagi perjumpaan pada bulan Ramadan ini..semua kita saya rasa boleh membezakan mana satu pertemuan utk perpaduan, dan mana satu untuk dialog penyataan masalah...
saya mencadangkan supaya pihak pengajur terlebih dulu mencari punca kepada perpecahan..kemudian barulah mencari cara mengatasi..
apakah masalah2 yg dihadapi oleh generasi suku ini pada sekarang?
Apakah bentuk penyelasaiannya?
Siapa yang patut dilibatkan?
SALAM
KAEDAH, CARA DAN PERLAKSANAAN BERPOLITIK perlu perubahan dan penambahbaikan
Ramai sungguh orang Iranun yang berpendidikan tinggi, BERSATULAH supaya yang dikejar pasti dapat yang dikendung tidak cukup dua tangan
Menurut istilah, Iranun bermaksud BERKASIH-KASIHAN. Marilah kita berpimpin tangan MENUJU KEJAYAAN DENGAN CEMERLANG
SEBIJI LADA AKAN HILANG RASA PEDASNYA...!
*Benar ada pertemuan susulan pada 14hb pukul 4pm bertempat di restoran citarasa KB.
tapi rasa terkilan kerana ada kg yang mempunyai kaum iranun tiada wakil dalam pertemuaan yang dirancang itu. Pengerusi penaja perlu fikirkan perkara ini demi keutuhan yang mahu dibina semula tetap teguh dan ampuh sepanjang zaman
Bersatulah untuk mencapai matlamat bersama.
Post a Comment