Mendasari penulisan ini adalah semangat yang terkandung dari kata-kata seorang tokoh agung dalam politik Dunia, Abraham Lincon yang menyatakan bahawa Pemimpin yang sebenar adalah mereka yang berfikir setiap detik tentang kemashlatan rakyat, politikus pula ialah mereka yang sentiasa memikirkan kemenangan setiap kali pilihanraya . Sewajarnya pandangan ini diambil kira oleh para pemimpin Kota Belud dalam menentukan ‘status’ mereka di mata rakyat. Program yang dirancang jika untuk rakyat, maka segala kebaikkanya harus dipulangkan kepada rakyat.
Beberapa hari lepas apabila Program Pemimpin bersama Rakyat diadakan di kota Belud, maka antara kedaifan awal yang sangat memalukan ialah berkaitan dengan “kehadiran” rakyat yang dikatakan program itu diadakan untuk mereka? Apa yang kelihatan ialah ‘kebanjiran’ pemimpin politik Umno Kota dari semua peringkat kepimpinan. Dan itu pada asasnya adalah perlu dan sangat-sangat di tuntut. Program Anjuran Kementerian Pertanian Industri Asas Tani itu bersama Biro ekonomi Umno Kota Belud menyaksikan kehadiran menteri berkenaan Datuk Seri Noh Omar yang juga timbalan perhubungan Umno Selangor. Barisan kepimpinan Kota Belud, menyaksikan YB MP Parlimen, Datuk Rahman Dahlan, YB Datuk Musbah Hj. Jamli, YB Datuk Japlin Akim, Timbalan.Presiden PBS Almudin Kaida.
Hanyasanya yang tidak kelihatan ialah Ketua Umno Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said yang juga penasihat kepada Ketua Menteri. Walaupun dalam FCB nya beliau mengupload gambar Datuk Raya iaitu isterinya yang dikatakan menjalani pembedahan tetapi ada sumber-sumber terdekat yang menyatakan bahawa pembedahan itu telahpun berlangsung 3 hari yang lepas sebelum majlis berkenaan. Ini menimbulkan banyak tanda tanya kerana sebelum inipun iaitu ketika majlis makan Malam Umno KB yang waktu itu juga dihadiri oleh Datuk Noh Omar, kelibat Datuk salleh juga tidak kelihatan. Sedangkan Umno KB dikhabarkan adalah anak angkat kepada Datuk Noh. Apakah percaturan politik DSSK ini menguntungkan orang Kota Belud dan masyarakat UMNO di daerah ini?
Jika diimbas kepada kehadiran pimpinan Umno dan Masyarakat di daerah ini ketika majlis itu,hanya Ketua Umno Bahagian Kota Belud yang tidak kelihatan, walaupun timbalannya En. Awadnir Matanggal turut menyertainya. Seorang pemimpin UMNO KB menyatakan kepada saya mengenai keperluannya DSSK berada dalam majlis berkenaan, namun seakan satu bentuk “pemulauan” politik dilakukan oleh DSSK terhadap apa juga aktiviti yang melibatkan YB Datuk Musbah selaku pembantu menteri pertanian sedangkan majlis itu turut ditaja oleh Biro ekonomi Umno KB. Begitu juga majlis yang dihadiri oleh MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, jarang kelihatan DSSK bersama sekalipun atas landasan parti dan keperluan masyarakat Kota Belud.
Siapakah yang dimaksudkan oleh DSSK dalam blognya sebagai “parasit” dalam perjuangan parti. Apakah tindakan beliau memulau aktviti ‘seteru’ politiknya ini bukan “parasit” namanya? Bukankah tanda tanya dan peremahan masyarakat Kota Belud atas tindakannya itu umpama “mambang” politik yang berpanjangan.? Rakyat harus melihat hal ini sebagai satu kriteria dalam memberikan sokongan kepada sesiapa juga pemimpin di daerah ini.
15 ulasan :
mungkin ada alasan tersendri Datuk Salleh tidak menghadiri majlis tersebut. hal ini tk perlu diprbesarkan
Saya rasa terpanggil dengan isu ini kerana saya ada di majlis itu..memang benar apa yg sdr KM katakan..kehadiran orang KB sangat mendukacitakan...barangkali promosi tidak cukup agaknya..ramai yang masih tidak tahu..
ketua cawangan dan JKKK harus memainkan peranan sbb program itu utk rakyat..
banyak maklumat yg diketahui...apa yang berlaku adalah sebaliknya..pemimpin UMNO kB macam kesukaan dgn majlis seumpama itu..
sola kehadiran SSK saya juga rasa ada sesuatu yg tidak kena dari awal lagi..pemimpin UMNO KB yg lain tahubenda ini tetapi mrk biarkan sahaja kerana mereka tahu sudah siapa sebenarnya SSK dan siapa DatukMusabh..siapa juga Datuk Rahman? lebih baik mendaimkan diri utk menyelamatkan politik mereka tapi sampai bila????
pertelingkahan SSK dengan DHMJ bukan satu cerita yg dongeng..nampak saja mrk itu baik tapi masing2 ada strategi..mau menguasai UMNO KB..
bagi SSK DHMJ adalah siangan sbb DHMJ juga banyak duit...kalau mau tabur itu duit blm tau sapa menang lagi...
janganlah bah buat macam tu..cuba2 lah SSK murnikan diri..hadir saja bukan juga tidak dijemput...yg anjur juga orang umno KB biro ekonomi..lagipun rakyat macam saya ini hampa lihat SSK tiada waktu tu..
pemimpin perlu bekerjasama, jika ada permasalahan, ia perlulah diselesaikan dngn segera. utamakan kepentingan rakyat.
mungkin terdapat pekara yang tidak dapat dielakkan menyebabkan, DSSK tidak menghadiri majlis tersebut.
harap setiap pemimpin perlulah bekerjasama dan mendahulukan kepentingan rakyat.
Pemimpin yang sebenar adalah mereka yang berfikir setiap detik tentang kemasalahan rakyat dan bukan hanya untuk memenangi pilihanraya. oleh itu, kerjasama haruslah diberikan untuk semua.
Usaha 'merakyatkan' umno tidak akan berjaya jika perkara ini dilakukan oleh ketua Umno Kb...apakah berangkali SSK begitu 'kebal' dengan apa jua salah laku dlm mentadbir parti ..apakah Musa Aman sudah menutup mata dgn gelagat ini?
Apakah prestasi atau KPI SSK selama menjadi Ketua umno ini begitu cemerlang..?
Khabarnya hampir semua lapisan pemimpin umno Kb tidak berpuas hati dgn gaya dan pendekatannya..zero..
tidak ada usaha menarik minat golongan muda..tiada usaha merapatkan perpaduan dikalangan parti..tiada usaha mengiktiraf kepimpinan pemuda..dan banyak lagi...
yang ada ialah memulau dan terus memulau...itulah pendekatan SSK kerana biarpun begitu buruk dia yakin pasti akan menang kerana dia punya wang yg boleh ditabur kepada perwakilan utk memilih dia..
Percaya;ah wahai sdr KM bahawa selagi perwakilan tidak mahu berubah dan menolak pemimpin yg pentingkan diri..maka selagi itulah masalah umno Kb dan masyarakat di daerah itu akan berlarutan..
lama-kelamaan umno akan busuk hingga ke hujungnya..seperti yg dikatakan oleh Tun Mahathir...
Kenapa SSK dengan suka hati tidak mempedulikan majlis yg dihadiri oleh datuk Noh?
ada beberapa sebab..:
1. Kerana mungkin ada persengketaan dgn Datuk Noh..
2. sebab mungkin itu program masa DHMJ menjadi Ketua Bahagian
3. Tidak mahu atau segan sebb dia bukan wakil rakyat..
bagai ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul....kalau ahli politik tidak dapat menjadi contoh yang baik kepada rakyat bagaimana rakyat boleh yakin dengan kepimpinannya?
segan pada pemimpin yang sentiasa berfikir dengan bijak, menjaga tata susila, tidak melenting bila difitnah, sentiasa menghormati rakyat, sentiasa rendah diri dan sentiasa berusaha memajukan diri dengan lebih baik demi untuk kepentingan bersama
hubungan antara pemimpin kota belud rasanya tidak mempunyai masalah. hal ini tak perlu nak dibesarkan.
KM dan sdr mantra..
memang pada luarnyanya nampak baik..tetapi dalamnya penuh dgn rasa curiga yang mendalam..
rakyat melihat semua apa yang berlaku..ketika SSK dan UMNO KB mengadakan gotong royong..Datuk Musbah juga tidak kelihatan..ketika makan malam bersama Datuk Noh seperti yg didakwa oleh penulis blog ini SSK juga tidak hadir..begitu juga bila adakan program bersama rakyat...SSK juga tidak ada..
SSK mempunyai cara politik yg tidak berapa menyenangkan banyak pihak..dia hanya menggunakan jwtn ketua Umno Kb sbgi batu loncatan utk menaikkn namanya..begitu juga USBo...mana janji dan tekad SSK utk membela nasib rumpun USBO?
Tidak ada..saya sedih juga dgn sikap perwakilan Umno KB yg senang utk dijualbeli...sedih dan mengharukan..jangan salahkan SSK kalau dia juga memulau aktiviti berkaitan dgn rakyat.
Orang sama..
saya sangat bersetuju dgn ulasan sdr mengenai hal ini...rakyat tahu dan semua tahu apa yang berlaku..lebih baik SSK dan DHMJ mendamaikan perasaan mereka supaya kita untung dan membangun/
Salam KM,
Untuk memperkuatkan parti UMNO kita hendak lah tunjukkan kpd parti komponen BN yang lain bahawa UMNO adalah payung/tonggak utk BN, bersatu, bersetia, berkhidmat adalah cogankata UMNO, tapi jika UMNO masih lemah dari segi perpaduan maka ianya adalah melambangkan masih ada perpecahan dan tidak sekata dalam UMNO itu sendiri, bagaimana utk kita menyeru agar parti-parti dlm BN bersatu dan tunjukkan perpaduan sedangkan UMNO sendiri berkocak didalam...kita lihat saja LDP yg mulai menunjukkan belangnya walaupun ianya merupakan parti komponen BN, KENAPA?? sebab LDP nampak dgn jelas bahawa pemimpin UMNO masih tidak sehaluan.
Siapa sebenarnya maksud Ketua bhg parasit?? hanya dia yg tahu jawapannya, hendak di jawap dgn itu ini, nanti dinafikan, lebih baik mendiamkan diri tentang parasit ini, ketidakhadiran Datuk Saleh dalam program bersama rakyat yg dimaksudkan oleh KM ini mungkin ada sesuatu disebaliknya atau beliau ada acara yg telah dijadualkan dahulu dan ada perkara URGENT yg mesti diselesaikan pada ketika itu...banyak kemungkinan yg boleh terjadi...Allahwalambisawab.
Salam Sdra KM,
1. Membaca tulisan sdra kali ini, saya merasa seolah-olah ada sedikit "kemarahan" dihujung pena sdra terhadap DSSK. Apapun, itu hak dan persepsi sdra.. samada benar atau salah itu juga isu yang lain.
2. Pada saya, isu ketidakhadiran ini bukanlah sesuatu yang menguntungkan untuk diperbesar-besarkan. Kita harus ingat, sebagai seorang pemimpin yang cukup berpengalaman, DSSK pada hemat saya tidak mungkin untuk tidak hadir ke majlis berkenaan hanya kerana kononnya "mengelak" atau "memulaukan" DMJ atau Noh Omar. Bertindak tdak hadir dgn tujuan untuk "memulau" seperti yang digembar-gemburkan oleh sebilangan rakan-rakan blogers pada saya hanya akan dilakukan oleh ahli politik "kedai kopi". Ahli politik yang sebenar, akan berhadapan dengan siapa saja hatta seteru utama sekalipun. Lihat saja, mcm mana PM kita boleh duduk minum dengan DSAI dsb. Oleh kerana DSSK adalah orang lama dan berpengalaman dalam arena politik peringkat tinggi, beliau tidak akan melakukan perkara seperti andaian sesetengah pihak. Malahan, mengandaikan "sedemikian" pada saya sebaliknya menunjukkan setakat mana daya pemikiran dan daya analisis kita sendiri.
3. Justeru, jangan mudah membuat andaian hanya kerana kita tidak suka pada seseorang...
hal seperti ini tk perlu nk diperbesarkan.
Post a Comment