Ilustrasi idea ini saya panjangkan, bermula bila YDP PERKASA SABAH yang juga penggiat politik UMNO KB, mengeluarkan satu kenyataan dalam FCB nya yang mengundang banyak idea pertentangan dan tidak kurang juga idea yang menyokong. Namun yang lebih menarik perhatian saya ialah ayat yang digunakan oleh SdrMusli Oli ini :
.."jika saya ada keberanian Pandikar Amin, aura Tun Mustapha, visi Harris Salleh, Kesetiaan Shafie Afdal, kedegilan Chong Kah Kiat, determination Jeffry Kitingan, kepintaran Salleh Keruak, kewarakan Sakaran Dandai dan kewangan Musa Aman. Saya boleh jadi KM Sabah yg terbaik!!..
Apa yang berlegar di fikiran saya waktu ketika membaca kenyataan dan ayat ini ialah,mengapa ada dua pemimpin Kota Belud yang dimasukkan oleh Sdr Musli Oli? Mereka yang saya katakan ialah Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin. Dan lebih memeranjatkan saya ialah apabila Datuk Salleh dikaitkan dengan ayat " KEPINTARAN" . Apakah tidak ada tokoh politik Sabah yang lebih menonjol percaturan politiknya dengan mengenepikan soal emosi , sebaliknya mengetengahkan kebijakkan dan kepintaran dalam menjamin kelangsungan ideologi dan idealisme perjuangannya? Saya tidak mempertikaikan ayat Sdr Musli Oli tetapi mungkin 'isi' atau kandungan ayat itu boleh dihujahkan. Kerana itu saya memberikan satu contoh dalam FCB sdr Musli Oli bahawa jika 'KEPINTARAN' politik yang dimaksudkan, rasanya Datuk Pairin lagi menyerlah dan wajar dimasukkan dalam kenyataan itu, kerana percaturan,pertimbangan, gagasan serta keberanian mempertahankan hak-hak peribumi dan hak perundangan Sabah termasuk isu PATI dan sebagainya. Sehinggakan, walaupun PBS bertindak keluar dari BN, namun aura dan kepercayaan rakyat Sabah tidak pernah goyah. Terbukti melalui sokongan rakyat. PBS jatuh bukan kerana atas'penderhakaan" rakyat tetapi petualang politikus yang liar.
Saya tidak kontra kepada SSK tetapi saya menunjukkan sikap kontra kepada kenyataan YDP PERKASA SABAH ini. Begitu juga dengan "kesungguhan Datuk Musbah" dalam memberikan perhatian kepada masyarakat Kota Belud juga ditolak oleh sdr Musli sebagai prasyarat untuk menjadi pemimpin dan dalam angan-angannya menjadi Ketua Menteri. Lihat kenyataan beliau ini :
"..jika seorang pemimpin yg di "hadiah" jawatan Ketua UMNO Bahagian secara percuma. dan dgn jawatan itu dia jadi YB dan menteri. Bila tiba pemilihan dia dapat pula sokongan penuh KM Sabah, masih juga gagal dapat pertahan jawatannya sebagai Ketua UMNO, maka pemimpin itu tak layak dibincang dalam perbahasan ini!!! Peluang telah diberi, mana janji bangunan UMNO Kota Belud ketika lobi projek kerajaan dulu? Semua dah berlalu, dapat projek yg dapat bangunan sendiri bukan bangunan UMNO. Sehari selepas kalah, arah UMNO keluar dari pejabat peribadi yg dijadikan pejabat parti!!.."
Kenyataan ini saya anggap sebagai serangan peribadi dan bukan satu hujah kuat untuk mengetengahkan idea politik yang baik. Apakah kaitan kenyataan ini dengan sikap serta "KESUNGGUHAN" yang dimiliki oleh wakil rakyat Tempasuk ini? Sekali lagi saya mengingatkan sdr sekalian bahawa saya juga bukan pro dan kontra kepada pemimpin tertentu atau sesiapa sahaja, tetap kenyataan yang harus dikeluarkan dalam FCB harus lebih bertanggungjawab. Ertinya, boleh diperjelaskan supaya ia tidak menjadi satu kekaburan. Dan hujah diberikan harus menggambarkan pendirian dan tidak bersifat goyah.
lalu 'KEBERANIAN' yang dimaksudkan oleh Sdr Musli Oli itu saya, ilutrasikan dengan "KEBERANIAN" yang dimiliki oleh Tan Sri Simon Sipaun yang berani menyanggah idea pembentukan Malaysia kepada Tun Mohd Stepehens...walaupun Sdr MO menolak idea ini dengan alasan beliau bukan politikus..tetapi apakah 'pengangkatan' KEBERANIAN itu hanya terhad kepada golongan Politik? Bolehkah KEBERANIAN O.T.JOHN GHANI bertanding sebagai calon BEBAS dengan mengenapikan kehendak pucuk pimpinan UMNO dan BN Sabah, sehingga memenangi kerusi Kuala Penyu itu tidak boleh dikatakan sebagai satu KEBERANIAN?
Apakah muslihat kepada kenyataan MO ini? Apakah gambaran bahawa hanya pemimpin tertentu yang berada di Saf idealisme nya, maka itu yang menjadi idola kepimpinan ideal? Sedangkan yang berada di luar dan punya kredibiliti serta sejarah politik matang boleh sahaja diketepikan.
15 ulasan :
Saudari Kelapa Mawar,
Pasal MO ini saya malas nak cakap pasal orang perogol ini. Tapi terpanggil juga saya nak masuk campur untuk ini kerana MO sebenarnya tidak layak jadi pemimpin. Pemimpin sebenarnya seorang yang boleh dijadikan tauladan dalam semua segi. Kalau macam dia ini yang hampir merogol sepupunya macammana agaknya ah. Hari-hari antam Musbah kemudian puji salleh dan pandikar. Dari situ dia ini sudah jelas pro kedua-dua pemimpin ini. Tak payah dihuraikan apa yang dia cakap memangnya puji salleh sebab salleh kasi gaji. Kalau perogol itu tetap perogol juga
Sdr BRUCE LEE..
saya setuju dgn kenyataan KM kalau boleh dlm dunia cyber ini jangan ada yg menyerang peribadi..kalau sdr BL ada bukti lapor sahaja dengan pihak berkuasa..
dalam perkara ini..MO juga membuat serangan peribadi keatas Datuk Musbah..mungkin BRUCE LEE ini penyokong Datuk Musbah sebab itu dia membela..
apa yg diutarakan oleh Kelapa mawar ialah mengenai idea dan pengiktirafan MO kepada dua pemimpin KB..w/pun itu hanya pandangan nya tetapi ia didedahkan kepada umum dan kenyataan keras yg dibuat oleh MO bagi saya keterlaluan..
Salam KM,
Hanya rakyat yg dapat memartabatkan seseorang itu utk jadi pemimpin dgn cara pilihanraya, ini bermakna proses
demokrasi telah dijalankan atau pun pada pemilihan satu orgnasasi dan persatuan..ternyata suara manoriti tiada hak
utk menentukan seseorg itu jadi pemimpin.
Pada pandangan saya, sewaktu kekalahan Datuk Haji Musbah sebagai Ketua Bahagian ketika itu beliau seakan-akan tidak
percaya dgn keputusan tersebut atau lebih jelas lagi tidak boleh terima hakikat bahawa beliau bukan lagi Ketua Bhg
UMNO KB, termasuk juga para penyokong beliau, tapi perasaan ini tidak lah begitu lama tersimpan dalam benak fikiran
mereka dan akhirnya mereka akur juga.
Mungkin kawan-kawan baru kenal dgn Datuk Musbah, satu contoh yg paling jelas ketika Tan Sri Pandikar terpilih
menjadi calon DUN Tempasuk, pada ketika itu Datuk Musbah telah menghilangkan diri buat seketika entah kemana, frust
lah konon, tapi sebenarnya dia bukan frust tapi tidak terima hakikat, politik beliau ketika itu tidak matang
seperti sekarang...pada ketika itu Dewan milik beliau di Taun Gusi Padang pun di kunci, pada hari mengundi beliau
turun TAPI tidak mengundi pun, saya perhatikan sendiri sejak beliau tiba di pusat mengundi SK Taun Gusi hingga lah
beliau beredar dan tidak masuk utk membuang undi, agaknya dia mahu Tan Sri Pandikar sebagai calon BN ketika itu
kalah atau kurang majoritinya, ini hakikat yang harus Datuk Musbah tidak boleh nafikan..sebelum ini saya pernah
mengulas bahawa Datuk Musbah baru saja kenal apa itu erti TURUN PADANG kalau dulu dia selalu TURUN KK saja..tapi
Alhamdullilah setiap manusia ada perubahannya, sekarang ini beliau telah semakin sedar akan keperluan pemimpin
turun padang dan mendengar rintihan rakyat, yg mana patut di bantu dan yg mana mesti di tolong.
Sebagai orang lama menjadi pemerhati politik di KB, secara terus terang saya katakan bahawa Datuk Hj Musbah memang
belum ada AURA yg mendalam sebagai seorang pemimpin, itu pun jika anda amat mengenali beliau, tapi kalau anda baru
mengenalai beliau mungkin bagi anda dia lah pemimpin yg anda puja...Datuk Saleh Tun Said pula ada aura tapi hasil
peninggalan bapa beliau Tun Said Keruak, seperti dakwaan MO bahawa SSK memiliki kepintaran dlm berpolitik ada juga
kebenarnya sebagai contoh beliau telah berjaya merampas kembali jawatan Ketua Bhg UMNO, sepanjang pengetahuan saya
SSK hanya pernah sekali saja bertanding merebut jawatan Ketua Bhg UMNO ini iaitu sewaktu penaja dahulu dan
perebutan antara beliau dan Sdra Lamsil Amidsor dan di menangi oleh SSK juga, tapi dalam Pilihanraya SSK pernah
kalah sebanyak 2 kali di DUN Usukan ini menandakan bahawa SSK juga tidak memilik kepintaran yg hakiki, ada juga
strategi beliau yg salah dan tersasar jauh. Pada pilihanraya ke 13 nanti kita akan dapat saksikan kepintaran SSK
sekali lagi samada beliau terpilih utk jadi Calon dan seterusnya menjawat jawatan Menteri di peringkat Negeri atau
persekutuan, setakat saat ini SSK tidak pernah mendapat habuan Timbalan Menteri mahu pun Menteri Penuh di peringkat
persekutuan, ini juga menandakan bahawa kepintaran SSK belum teruji sepenuhnya dan masih ada kepincangan politik yg
beliau miliki walaupun beliau pernah menjadi AMT UMNO Pusat satu ketika dahulu.
Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia pada dakwaan MO memiliki keberanian dlm dunia politik, ini adalah fakta yg harus
kita terima tapi keberanian TSP hanya utk peribadinya kalau kita amati dgn betul, tapi kalau TSP telah gunakan
keberaniannya utk melobi satu jawatan dan beliau berjaya, Insyallah seluruh umat akan beliau tolong sebaik yg
mungkin, ini adalah kelebihan yg ada dgn TSP tapi tidak dimiliki oleh pemimpin yg lain, walaupun pada asasnya kaum
yg beliau wakili iaitu Irranun amat ketandusan pemimpin pelapis ketika ini, kita juga harus menyalahkan TSP kenapa
beliau tidak secara ikhlas menjelmakan pemimpin pelapis dari bangsanya Irranun, tapi kesilapan itu bukanlah 100
peratus terletak ditangan TSP sendiri, kesedaran utk menjadi pemimpin pelapis hendak lah lahir dari jiwa yg
mempunyai ketahanan mental utk menempuh ranjau duri khususnya senario politik di Kota Belud yg boleh dianggap
sebagai gelanggang politik yg paling mencabar di alaf ini....sekian
pada pendapat saya, serangan peribadi terhadap mana-mana pemimpin haruslah dielakkan.
apa yang patut dilakukan adalah menyumbangkan idea yang membawa kemajuan kepada kita semua. TQ
tak perlulah nak membaut serangna peribad ikepada orang lain, tumpukan kepada tanggugjawab masing2.
semua mempunyai kelebihan tersendiri, jadi apa yang penting sangat ialah memberikan jasa kepada masyarakat. Itulah perkara yang terpenting untuk para pemimpin.
semua pemimpin seharusnya tumpukan kepada tanggungjawab mereka terhadap rakyat. hal2 peribad perlu diketepikan.
Salam KM....Saya ingin memperbetulkan fakta yang dikatakan olh Musli Oleh berhubung dengan sejarah Politik KB yang melibatkan Datuk Musbah.
1. Datuk Musbah tidak pernah menang free dalam pertandingan jwt Ketua Umno Bahagian. Tahun 2004 beliau bertanding dengan Datuk Yahya Lampu dan menang dengan mejoriti 200 lebih undi.
2. Pertandingan 2008 beliau cuma tewas 47 undi dng Datuk saleh walaupun datuk Musbah dipusingan pertama menang dalam pencalonan 140cwg berbanding Datuk Saleh cuma dapat 70 cawangan. Ini jelas memperlihatkan Datuk Musbah masih mempunyai sokongan akar umbi lebih daripada Datuk Saleh cuma apa bolih buat perwakilan yang dihantar oleh cwg tidak amanah.
3. kekalahan Datuk Musbah ketika itu di sebabkan taktik politik kotor seperti mengunakan fitnah, pembohongan, wang saya difahamkan lebih 10 juta utk menjatukan Datuk Musbah.
4. Dari segi perjuangan Datuk Musbah membawa JELAPANG PADI KB & PROJEK AGROPOLITAN, Untuk kepentingan rakyat beribu-ribu berbanding Datuk Saleh berjuang untuk kepentingan jawatan sangup melabur wang berjuta dan menaburkan fitnah untuk menjatukan orang lain demi kepentingan kuasa. DISINILAH LETAKNYA KEPENTIRAN DATUK SALEH dalam Politik.
5. Wahai Musli Oli ingatlah Abangmu Jamlidi Oli mati dalam perjuangan menentang Datuk Saleh di Usukan keran menindas kaum Bajau. Jangan sampai kamu mati sebagai penghianat bangsa yang kini menderita kerana stretigi PECAH DAN PERINTAH DAN MISKIN DAN PERINTRAH.
tidak kira kepada mana-mana pihak pun, serangan bersifat peribadi tidak harus dilakukan, lebih baik bersatu dan bersama-sama melakukan kemajuan. bersatu juga menjadikan kita lebih dihormati.
kenapa mahu mengaitkan hal peribadi dengan hal ini. Itu tidak penting, yang penting ialah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
Begini la sikap manusia yang sentiasa dengan penyakit HD (hasad Dengki)... bermacam2 cara untuk memperlihatkan krtidakpuasan hati, dan yang tidak mengetahui hal sebenar hanya mampu mendengar dan membuat andaian sendiri....Jadi terpulang kepada individu untuk menilai...
KM< adakah dalam posting saya dalam FB itu ada sebut nama MUSBAH?? Hati-hati buat tuduhan!!
Oleh itu MO perlu baca selalu blog MuraiKB kerana blog inilah paling matang dan jujur dalam penulisan
Sabaiknya mengelakkan serangan peribadi.
Post a Comment