Pergolakan politik dalam daerah Kota Belud sejak kebelakangan ini, membawa satu gambaran akan berlaku perubahan besar-besaran pada PRU 13 akan datang. Perubahan corak sokongan pengundi terutama golongan muda yang diistilah sebagai "non-Partisan " ini telah bermula pada PRU 12 lagi. Namun agak menghairankan kerana Pemimpin Kota Belud yang terdiri daripada 3 buah DUN ( DUN TEMPASUK, USUKAN DAN KADAMAIAN) dan 1 PARLIMEN yang diwakili oleh Datuk Rahman Dahlan, sehingga artikel ini ditulis, masih belum nampak kesungguhan untuk 'melayan" selera politik golongan ini. Jika berdasarkan daripada persepaktif pimpinan sayap Pemuda UMNO KB yang diterajui oleh Sdr. Barur Sawi, golongan 'atas pagar' ini masih belum dapat didekati sepenuhnya. Malahan dengan komposisi 40% pengundi di daerah ini terdiri daripada golongan muda, maka apakah pemimpin Kota Belud, begitu yakin benar sokongan golongan ini memihak kepada mereka?
Menyoroti kembali landskap politik Kota Belud pada PRU 12, maka didapati kemenangan yang diperolehi oleh kesemua calon BN secara puratanya menyaksikan penurunan. walaupun mencapai kemenangan tetapi ia bukan 'lambang' bahawa kemenangan itu bisa bertahan. Strategi dan percaturan yang tidak berhati-hati akan menyebabkan PRU 13, sokongan golongan ini akan beralih arah.
Dalam konteks ini, pembicaraan golongan non partisan ini tidak perlu dirujuk berdasarkan suku dan kaum tetapi secara holistik. Dan sejak PRU12 sudah kedengaran rasa tidak puas hati golongan ini di sana sini. Kawasan Usukan misalnya, masih lagi ditahap kemiskinan dan inti pendapatan golongan petani dan nelayan masih tidak terbela. Sedangkan, para petani dan nelayan inilah yang mempunyai anak-anak 'non-partison' ini. Apakah ADUN kawasan itu, tidak memikirkan bahawa apakah jaminan sokongan pengundi muda ini yang rata-rata telah berpendidikan dan terdedah kepada media alternatif akan memberikan sokongan kepada calon BN /UMNO di kawasan itu?. Senario anak-anak muda bukan lagi seperti tahun 70an dan 80-an yang membiarkan " orang tua" terlibat dalam politik, manakala mereka lebih suka tidak mengambil tahu. Memang benar non partisan ini, mendiamkan diri tetapi diam mereka umpama dia ubi yang berisi. sejauhmana peranan dan pembaharuan yang dibawa oleh wakil rakyat, itulah yang menjadi 'sajian' dan 'kudapan' mereka saban hari.
Kawasan Tempasuk juga tidak kurang hebatnya. Malahan inspirasi mereka melonjak-lonjak untuk mengikuti perkembangan ADUN di kawasan itu. seorang pemuda dari suku Iranun pernah menyatakan bahawa di bulan ogos inilah, tersematnya sejarah keruntuhan penempatan Iranun di Tampasuk, dan adakah bulan ogos ini juga akan menyaksikan 'kebangkitan" pimpinan muda dari Suku ini? Memang benar Projek jelapang padi membawa impak besar dalam ekonomi para petani di kawasan itu. tetapi apakah impak dan keperluan golongan muda di DUN TEMPASUK sudah dan boleh dipenuhi? Inilah persoalan yang wajar diselesaikan oleh Datuk Musbah, selaku ADUN TEMPASUK jika ingin golongan non partisan ini memberikan sokongan padu atas kepimpinannya.
Kawasan Kadamaian, dalam setahun ini, seakan dilimpahi oleh pembangunan. Jalan Raya ditar, keperluan air bersih dipenuhi dan taraf hidup rakyat semakin meningkat walaupun terdapat beberapa perkampungan yang masih sukar dihubungi. DUN KADAMAIAN yang diwakili oleh Herbat dari PBS, lebih dilihat sebagai 'tradisi' kerana kawasan Dusun. Maka kerana terlalu kepingin mendapatkan sokongan suku KDM di Kota Belud, memaksa MP PARLIMEN Datuk Rahman Dahlan menyalurkan hampir 60% peruntukan dan projek di kawasan ini. Apakah Datuk Rahman lupa bahawa golongan non partisan ini juga terdapat di kawasan DUN TEMPASUK dan USUKAN? Malahan sudah dengar keluahan di kalangan anak-anak muda, kononnya Datuk Rahman Dahlan sudah cenderung di kawasan Kadamaian.
Sesungguhnya, golongan muda memang sukar diramal. Sukar untuk ditarbiyah. Sukar untuk dimanipulasi. tetapi dengan startegi dan pendekatan yang sesuai, maka golongan ini akan memberikan sokongan dan buah fikiran untuk pengangkatan seorang pemimpin di daerah ini. Jangan kerana golongan ini lambat makan garam,.maka perhatian tidak diberikan dan suara mereka ditenggelamkan oleh janji-janji yang tidak kesampaian.
18 ulasan :
Anaknda Kelapa Mawar,
Dah lama saya tidak dapat meng"update"kan kandungan blog saya dan tak dapat mengikuti perkembangan baru bloggers KB atas sebab kesihatan badan yang kurang baik. Pada hari ini saya berkesempatan untuk menjengok paparan-paparan anaknda sejak akhir tahun lalu. Saya ucap terima kasih atas keperihatinan anaknda terhadap kesihatan dan kerjaya politik saya.
Saya dapati anaknda tidak bosan-bosan menulis tentang kisah politik saya yang lampau, masa kini dan halatuju politik saya untuk masa hadapan. Anaknda sungguh imaginatif membuat andaian-andaian dan spekulasi politik sehinggakan dapat menggamit minat ramai bloggers setempat untuk melempar komen menurut agenda dan selera masing-masing.
Kadang-kadang saya tersenyum apabila membaca komen-komen dan idea-idea bloggers KB yang berwarna-warni. Tetapi saya merasa sedih apa bila terbaca komen-komen bloggers yang "menyerang" secara peribadi rakan "seblog" mereka.
Isu "pengundi muda" yang anaknda bangkitkan ini amat releven untuk dibahas dan ditangani. Bagi saya isu ini amat berat dan saya tak berani buat komen panjang-panjang selain dari komen yang pernah saya buat dulu iaitu, "sewaktu kita di dalam alam remaja, kita hendak merubah/mengubah dunia, tetapi apabila kita berada di dalam alam dewasa, kita pula hendak merubah/mengubah belia".
Sebelum mengundur diri, saya ucap terima kasih kepada semua bloggers KB yang telah berdoa dan sembahyang hajat untuk saya sewaktu saya sakit beberapa bulan yang lalu.
Selamat menunaikan ibadat puasa dan selamat berblog!
Terima kasih anaknda Kelapa Mawar atas segalanya.
Pa'Min
Saudari Kelapa Mawar,
Walaupun ramai rakan FB saya menuduh saudari ini adalah saya. Persoalanya kenapa mereka menyangka demikian. Rupanya setelah saya meneliti penulisan saudari, ayat dan cara saudari mengolah sesuatu isu seolah-olah seakan-akan kita mempunyai persamaan. Wal hal kita mempunyai perbezaan, antaranya saudari seorang perempuan sementara saya seorang lelaki, saudari sukar dikenali sementara saya berpijak dibumi yang nyata.
Justeru itu saya menyarankan kepada rakan-rakan supaya berhenti sahaja meneka siapa Kelapa Mawar. Saya menyarankan kepada Kelapa Mawar agar meneruskan menulis menyingkap politik KB dan Tanah Air amnya. Semoga Blog ini menjadi medan percambahan pemikiran kearah kebaikan bersama.
Sekian, Selamat Berpuasa Untuk Semua.
Salam Kelapa Mawar, TSPA dan Sdra Roslan .. selamat berpuasa.
Bilaman kita membicarakan peranaan golongan muda di KB, terasa bahawa isu ini berlaku dimana-mana di Negeri Sabah khas nya dan seluruh Malaysia am nya.
‘Pertaining to incoming’ PRU13 bagi saya satu perkara yang jelas di sini, ia itu kalau dulu kita selalu menyatakan bahawa undian dari bangsa cina yang akan jadi ‘balancing’ dan penentu kemenangan dalam pilihan raya atau pun penentu dalam pembentukan kerajaan.
However, masa kini dengan bilangan golongan belia yang layak menggundi sebanyak 30% - 40% ini lah yang akan jadi penentu hala tuju kemenangan seorang pemimpin atau pun komponen pari-parti di Malaysia ini.
Justru itu, saya amat setuju agar golongan ini diberi perhatian bermula tahun lalu(bukan hanya sekadar sekarang). Itu pun kalau Pemimpin dan Komponen Parti ini mahu ingin terus memerentah.
Saperti KM, saya pun heran kenapa kebanyakan pemimpin masa kini, maseh lagi kurang menumpuhkan perhatian mereka kepada golongan muda ini. Mungkin kah mereka segan dan takut .. kenapa?
Bagi saya, bukan nya susah sangat untuk berdamping dengan golongan ini. Yang penting ia lah kita ada niat murni, telus dan ada masa untuk mendengar suara-suara hati mereka.
Dengan itu, semoga kalian sukses
Saudari Kelapa Mawar..
isu peranan golongan muda ini, saya setuju utk diberikan perhatian. tetapi jangan melampau sehingga membelakangkan kerja-kerja lain utk kebajikan golongan tua pula.
kalau di semenanjung, penyisihan golongan ini dalam parti memang berlaku. Bukan sahaja di dalam parti pemerintah tetapi juga di dalam parti pembangkang juga berlaku. Dalam MIC misalnya, rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti yg diterajui oleh Datuk Samy.Mungkin Kelapa mawar masih ingat sehingga ada GERAKAN ANTI SAMY (GAS). Dalam PPP juga berlaku. MCA pun bergolak juga mengenai pelapis kepimpinan sehingga membawa kepada mesyuarat tergempar parti itu.
PAS dan PKR pun begitu juga. Namun yg menjadi tumpuan kelapa mawar mungkin dlm umno kb.
Secara peribadi, saya bersetuju supaya golongan ini diberikan peluang supaya mrk dpt mengasah bakat kepimpinan. Mungkin suatu hari kita tak akan susah mencari ganti atau pelapis bar..kerana kita sudah mencari dari awal.
Mencari mutiara bukannya senang ia memerlukan kemahiran yang pengorbanan yg besar. Semoga semuanya selamat dan Kb menjadi daerah yang makmur.
salam ramadan
salam km dan semua
saya juga sependapat dengan sdr solymone. pemimpin mesti pandai dampingi org muda.
salam KM,
salam juga kepada pemimpin kita tersayang TSP, saudara RHM uncle solymone serta saudara pendikar.selamat berpuasa.
posting kali ini sekali lagi berkenaan orang muda seperti saya. sudah beberapa kali perkara ini seingat saya sudah dibincangkan oleh KM, antara permasalahan orang muda kini adalah dilema pekerjaan terutama siswazah-siswazah menganggur. perkara ini harus diambil berat dan masalah pengangguran ini saya pasti disokong oleh uncle solymone sendiri. dalam politik KB khasnya golongan muda seperti kami ini biasanya cuma bisa menjadi pemerhati dan pengundi sahaja, kerana cubaan untuk meningkat dalam parti UMNO terutamanya pasti cuba dihalang oleh mereka yang lebih senior.orang muda juga biasanya diperlekehkan bila kami cuba mengutarakan sesuatu kerana masih kurang makan garam namun dalam diam ada juga idea kami digunapakai.saya yakin dan pasti kami golongan muda pasti akan cuba merubah landskap politik KB dalam PRU13 nanti. walaupun tidak dapat menewaskan BN namun pasti undi akan terus kurang sementara dibeberapa kawasan di sabah pasti berlaku perubahan contohnya dari parlimen sepanggar hinggalah penampang mungkin hanya tinggal satu atau dua kerusi BN. harus ada pemimpin yang memberi RUANG DAN PELUANG kepada pemimpin muda kini dan bukan WANG UNTUK SUAPAN kerana orang muda kini bukanlah seperti orang tua ataupun orang lama yang ada diantara mereka menganggap berdosa jika tidak mengundi mereka yang memberi wang kepada mereka. orang muda kini diberi seribu hingga sepuluh ribu pun belum tentu mengundi si pemberi wang. pendekatan yang halus dan telus harus digunakan. jangan hanya buat ekspo kerjaya dan bila ditanya ada tidak kekosongan kerja jawapannya 'tahun ni kiteorang tak ambik lagila dek'.. ro buatan semananjung bakas tu ngogo pitu ngembisan sin rakyat jo nembirang..hehehe..akhir kalam amun aku pesut tigad ku betisku.TATAP PAS!
pengundi muda pada masa kini lebih suka berada diatas pagar, mereka tidak cenderung untuk berpihak kepada mana-mana parti, mereka akan memilih parti yang bagi mereka boleh diharap. walaupun golongan muda kurang diberi perhatian masa kini, namun harus diingat bahawa golongan inilah yang akan membawa perubahan dan tranformasi dalam senario politik di Malaysia.
pengundi muda perlu didekati oleh pemimpin jika mereka ingin mendapat sokongan daripada golongan ini. sokongan daripada golongan muda amat penting kerana satu hari nanti merekalah yang akan menjadi pemimpin dan menentukan halatuju politik negara.
untuk mendapat sokongan golongan muda pemimpin juga perlu merancang program tertentu untuk golongan ini. contohnya, menyediakan peluang kerja bagi golongan muda di sesuatu kawasan.
pemimpin juga boleh merancang program yang melibatkan golongan muda. ini akan membolehkan mereka mengetahui dan sedar apa yang dilakukan oleh pemimpin.
golongan muda inilah yang perlu diberi perhatian kerana mereka yang bakal menentukan hala tuju negara kita.
Jangan memperlekehkan 7 juta pengundi muda yang diyakini bakal menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan BN atau parti pembangkan dalam PRU-13 akan datang. Pengundi muda kini lebih berpandangan terbuka dan membina dan mereka tidak menilai sesuatu isu berdasarkan ideologi politik. Sokongan mereka mudah berubah atau bertindak kepada situasi pada bila-bila masa.
Sebagai golongan muda, saya amat mengharapkan parti pemerintah menggubal dasar bersesuaian dengan keperluan generasi muda negara ini. Bagi memenangi hati pengundi muda, BN tidak mempunyai masa tetapi sebaliknya perlu mempunyai rancangan drastik bagi mengejar usaha pembangkang mendaftar pengundi baru. Jika kita kaji selidik keperluan golongan muda pada masa kini, kita akan dapati kecenderungan tuntutan mereka lebih kepada pekerjaan, keselamatan, kualiti hidup yang lebih baik dan urus tabir yang cekap.
bagaimanapun, masih ada banyak cabaran bagi pihak pembangkang dan pemerintah dalam menghadapi karenah pengundi muda khususnya di Sabah. sebaik-baiknya tampilkan pemimpin muda kerana mereka lebih mudah mendekati golongan belia ini dan mudah menjiwai suara hati mereka.
.....komposisi 40% pengundi di daerah ini terdiri daripada golongan muda. 40% adalah jumlah yang sangat besar. BN berfikirlah sebaik-baiknya untuk PRU13 nanti. Cubalah untuk menarik perhatian anak MUDA KB itu. Jangan samapai anak muda ini beralih arah. harap pemimpin BN cuba buat yang terbaik.
salam sejahtera semua,
ini ditujukan kepada para pemimpin kota belud. jumlah 40% anak muda itu sangat besar. adakah anda yakin 60% dari bukan anak muda itu memang sudah menjadi milik sendiri. mungkin tidakkan para pemimpin. jadi 40% anak muda inilah penentu kepada para pemimpin untuk menang dan terus kekal di KB sebagai pemimpin mereka.
Jadi, nasihat kepada para pemimpin jangan telalu yakin dengan apa yang ada sekarang. Masa berubah-ubah, muda jadi tua..jadi tidak mustahil juga sekiranya pemikiran juga akan berubah dari masa kesemasa. Jadi, pemimpin haruslah selalu turun padang untuk membuktikan yang pemimpin tetap untuk rakyat dan menolong mereka.
Salam KM,
Pengundi muda/belia yg ingin mengisi masa lapang dgn aktiviti kemasyarakatan, sila join SKUAD 169.
Pengundi sekarang tahu apa yang mereka mahukan selepas pilihanraya ke-13. Mereka sekarang tahu siapa yang layak menjadi pemimpin KB.
selamat berblog kembali TSPA...teruskan kependekaran kamu dengan gelaran Pendekar Cahaya Lampu Minyak Tanah...nyasempel aaa girong mangatau aaa kampung kiagoyan sapalitaan sampai dih den pakanapas den ambuh nighidah ka run TSPA...pun manaya aden pen e kapia yan dih pakailai...tangkaan ka dih ka den pakanapas...miatai kami pun manaya
Setiap parti cuba nak mendapatkan sokongan daripada pengundi muda sekarang.
Post a Comment