Monday, November 11, 2013

"ANWAR BANYAK MELAKUKAN KESILAPAN DI SABAH"! begitulah antara kesimpulan awal yang dapat dikatakan terhadap kegagalan PR  menumbangkan kerajaan BN di Sabah pada PRU13 yang lepas. Walaupun sokongan rakyat Sabah menjelang PRU13 begitu membuak-buak, bergelegak dan membuar-buar mahu menukar kerajaan BN, namun percaturan akhir Anwar Ibrahim dalam pemilihan calon meranapkan harapan beliau untuk menjadi Perdana Menteri setelah di saat-saat akhir rakyat Sabah membuat keputusan menolak beberapa calon yang diketengahkan oleh Anwar selaku mastermind PR di Sabah.

Kesilapan Anwar memberi laluan kepada beberapa personaliti calon yang bukan ahli PKR yang hanya berstatus sebagai "pelarian" akhirnya memakan tubuh Anwar apabila bukan sahaja gagal menyumbang kepada pertambahan kerusi Parlimen kepada PR tetapi juga ada yang mula berpaling tadah setelah bergelar YANG BERHORMAT di kawasan masing-masing pasca PRU13.

Bermula dengan ADUN KADAMAIAN kemudian sekarang ADUN MATUNGGUNG, dan khabarnya beberapa orang lagi akan bertindak sama meninggalkan PKR setelah memikirkan kemashalatan rakyat di kawasan masing-masing.Kononnya bila berada di team PR, tidak akan ada peruntukan pembangunan yang diperolehi, edang janji dan aspirasi rakyat yang menyokong mereka ketika 'mengemis' dalam gabungan PR tidak diperhitungkan.

ANWAR sebenarnya banyak melakukan kesilapan dari awal lagi apabila pemilihan calon PKR dibuat bukan untuk tujuan melakukan perubahan kepimpinan negeri sebaliknya hanya memikirkan calon boleh menang untuk menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri. Ramai yang percaya Anwar mengulangi kembali kesilapannya ketika PRU12 di semenanjung, apabila selepas PRU12, beberapa calon PKR bertindak keluar parti dan menjadi wakil BEBAS yang berkecenderungan kepada BN.

Sekalipun Anwar banyak kali mengadakan roadshow menemui pengundi di Sabah, namun ANWAR tidak pernah mengambil peduli sentimen masyarakat Sabah dalam soal pemilihan calon. Anwar menggunakan kepakarannya mencongak dan mendarab nombor-nombor kegemaran politiknya. Aspirasi rakyat di kawasan tertentu diabaikan. Akibatnya di Sabah, pemimpin yang bukan ahli PR mula menguasai percaturan gabungan pembangkang itu. Inspirasi dan pengorbanan beberapa pemimpin asal PKR tidak dipedulikan. Penghormatan diabaikan. Justeru selepas pasca pengumuman calon-calon PKR di Sabah bukan sahaja mengejutkan tetapi sudah ada ramalan jikapun PR memerintah Sabah tidak akan bertahan lama, beberapa personaliti calon pilihan ANWAR memangnya diramal akan melakukan lompat parti.

Jika ANWAR terus mendominasi percaturan PR di Sabah, dijangka PRU14 akan tidak ada apa-apa yang besar boleh dilakukan melainkan melihat didepan mata BN terus menerajui kerajaan di Sabah.

Sunday, November 10, 2013


Saintis Switzerland dilaporkan telah menemui bahan bukti yang menunjukkan bahawa Allahyarham Yasser Arafat mungkin diracun dengan bahan radioaktif.

Pegawai Palestin sudah lama menuduh Israel sebagai pihak bertanggungjawab dalam meracuni Allahyarham sehingga membawa kepada kematiannya, namun Israel menafikan tuduhan tersebut.
Allahyarham Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Perancis pada 11 November 2004, selepas sebulan jatuh sakit di kediamannya di Tebing Barat, yang bersempadan dengan Israel.
Doktor Perancis sebelum ini berkata beliau meninggal dunia ekoran serangan angin ahmar.
Stesen televisyen satelit AlJazeera kelmarin melaporkan penemuan kajian itu bakal menjadi bahan bukti dalam penyiasatan ke atas kematian Allahyarham Arafat, yang diusahakan isterinya, Cik Suha.
Tahun lalu, Institut Radiasi Fizik Switzerland menemui bahan polonium-210, satu unsur radioaktif yang terdapat pada beberapa barangan milik Allahyarham Arafat, termasuk pakaiannya.
Ekoran penemuan itu, sampel tanah dan tulang kemudian diambil di kubur Allahyarham Arafat di Tebing Barat untuk kajian tersebut.
Kelmarin, stesen televisyen Al-Jazeera menyiarkan laporan penuh penemuan pasukan saintis Switzerland setebal 108 muka surat itu, berdasarkan sampel tanah dan tulang tersebut.


"Keputusan itu menyokong bahawa kematian tersebut ada kaitan dengan racun daripada bahan polonium-210," kata laporan berkenaan.
Cik Suha memberitahu AlJazeera bahawa beliau sangat terkejut dan sedih dengan penemuan itu.
"Saya tidak mahu menuduh sesiapa, tetapi berapa banyak negara yang mempunyai reaktor atom yang boleh menghasilkan polonium?" tanya beliau.
Israel mempunyai pusat penyelidikan nuklear dan dipercayai mempunyai senjata nuklear meskipun ia tidak pernah mengesahkannya.
Sementara itu, seorang pegawai gerakan Fatah, Encik Abbas Zaki, berkata pihaknya mungkin merujuk kes itu kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Encik Raanan Gissin, yang merupakan jurucakap pemerintah Israel semasa Allayarham Arafat meninggal dunia, kelmarin sekali lagi menafikan Tel Aviv bertanggungjawab terhadap kematiannya.
"Pemerintah ketika itu telah memutuskan untuk tidak menyentuh Arafat sama sekali," katanya. - AP.
Hari ini isu besar yang kita dengar ialah isu kewibawaan Peguam Negara, Gani Patail. Isu salah laku Gani Patail berhubung dengan isu kehadiran dua orang agen CIA di pejabat Peguam Negara menjadi hangat apabila salah seorang dari dua bekas Perdana Menteri kita telah bertindak merundingkan apa yang perlu di lakukan terhadap Peguam Negara di atas beberapa isu yang telah di timbulkan oleh beberapa pihak terhadap Gani.


Diantara isunya, selain dari isu terbaru iaitu tentang kehadiran dua orang penasihat kepada Peguam Negara dari AS itu, ialah isu yang sering di timbulkan oleh bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim sejak beberapa tahun yang lalu. Bekas Ketua CID, PDRM itu telah menulis beberapa surat terbuka dan begitu lantang menzahirkan apa yang beliau anggap sebagai salah laku seorang Peguam Negara yang sepatutnya mempunyai kewibawaannya untuk melihat salah laku yang dilakukan kepada pengadilan terlaksana.


Datuk Mat Zain telah menunjukkan bukti kukuh yang Peguam Negara telah menyalahgunakan kuasa dengan menutup isu dan kesalahan besar pimpinan dan mendiamkan isu yang sepatutnya di ketengahkan. Jika kita ingat berbagai-bagai isu telah tidak di ambil tindakan semata-mata mereka adalah dari kumpulan berkuasa dan berpengaruh. Tidak salah tuduhan setengah pihak jika kesalahan dilakukan oleh mereka yang mempunyai otot politik maka Gani akan mengambil tindakan membenamkan sahaja isu mereka yang bersalah itu.


Semuanya ini tidak ada tindakan yang di ambil oleh pimpinan khususnya oleh Perdana Menteri dan sebahagiannya berlaku semasa pimpinan Dr Mahathir sendiri. Tindakan Dr Mahathir untuk mengetengahkan isu ini amatlah baik tetapi Dr Mahathir juga perlu bertanggungjawab kerana banyak juga isu terhadap Gani ini telah di ketahui umum semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.


Malahan banyak tindakan Gani semasa Dr Mahathir menjadi PM dahulu menunjukkan yang Gani itu hanyalah ‘conduit’ kepada kemahuan dan kehendak Dr Mahathir sendiri.


Sekarang isu terhadap Gani semakin hari semakin menggunung tetapi Perdana Menteri Najib tidak mengambil apa-apa tindakan susulan terutama dalam isu kehadiran dua pegawai tinggi AS dalam pejabat Peguan Negara itu sekarang. Walaupun Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menjadi sasaran intipan AS tetapi Gani tetap bersama dua pegawai kanan AS di dalam Pejabatnya itu.


Bukan sahaja Najib, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan Negara sendiri hanya mendiamkan diri dan tidak nampak tindakan yang di lakukan beliau sehingga hari ini. Isu ini bukannya isu yang kecil untuk di diamkan begitu sahaja. Apa masalah yang mereka hadapi sehingga mereka tidak berkata-kata langsung di dalam rakyat sedang memerhati tindak laku pimpinan yang rakyat begitu tidak meyakini sekarang ini.


Bagi orang ramai Gani sepatutnya tidak lagi perlu berada di sana dan sebaik-baiknya ialah dengan berehat dan seterusnya mengundurkan diri sementara penyiasatan di lakukan ke atas beliau dalam semua tuduhan terhadap beliau itu. Jawatan itu adalah jawatan penting untuk sebuah demokrasi kita. Jika tidak di lakukan apa yang sepatutnya, maka tidak lagilah berhak untuk kita mengaku yang negara kita sebagai negara demokrasi.


Najib dan Zahid sepatutnya keluar dengan tindakan yang jelas untuk menyelesaikan isu ini. Berdiam diri adalah pengakuan terhadap berlakunya isu-isu itu. Bagi pihak ramai sekarang ini jika perkara seperti ini tidak dapat di selesaikan oleh pucuk pimpinan kita, desakan untuk mereka meletakkan jawatan sememangnya sudah lama kita dengari. Mereka sepatutnya mengangkat tangan kepada rakyat tanda menyerah diri di atas kelemahan mereka menghadapi isu yang begitu besar bagi negara ini.


Percayalah nasib dan keselamatan negara bergantung kepada ketokohan pimpinan menangani isu yang sangat besar kepada rakyat dan mana-mana negara sekali pun. Jika pimpinan tidak mempunyai tulang belakang, mereka sepatutnya bersara. Jangan menyusahkan rakyat kerana ketidak-mampuan mereka memimpin kita. Walaupun dalam barisan kepimpinan Tertinggi UMNO sudah tidak punya kepimpinan, ramai lagi pemimpin UMNO dan dari luar UMNO boleh mengambil alih untuk menyelesaikan semua masalah yang kita hadapi sekarang.
Pelakon Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib pada Ahad.


Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini.


Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.


"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.


"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.


Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak.

Monday, November 4, 2013

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Jeremmy Malajad umum keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan mengisytiharkan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional..

sebelum ini memang sudah kedengaran desas desus Jeremmy akan menyertai salah satu komponen parti BN.
Jika khabar angin ini menjadi realiti bahawa ADUN N.7 KADAMAIAN EN UKOH @ JEREMY MALAJAD akan menyertai sebuah Parti PRO Kerajaan maka satu sejarah baru bagi Kawasan ADUN N7 KADAMAIAN dan Seorang ADUN baru dari Parti Pembangkang ( KEADILAN - PAKATAN RAKYAT ) berpaling tadah dari perjuangan asal Partinya, Kebenaran khabar angin ini juga menjadi bualan dikalangan beberapa pemimpin di daerah Kota Belud mala seperti " Pisang Panas " cakap-cakap di meja minum.

Encik Ukoh @ Jeremy ( PKR ) memenangi PRU 13 di Kawasan ADUN N.7 Kadamaian dengan mojiriti 889 sahaja mengalahkan calon BN mantan ADUN terdahulu Datuk Herbert Timbun Lagadan dan Peter Marajin ( SAPP ), Rubbin Guriba ( STAR ), Sejarah PRU 13 adalah diumpakan sebagai Tsunami kepada mana-mana parti yang bertanding, Keputusan PRU 13 ini juga menjadi satu kejutan mengurangkan mojiriti 2/3 Parlimen 133 ( BN ) Kerusi berbanding 140 ( PRU 12 ), juga menambahkan Calon ADUN dari Pembangkang di Negeri Sabah.



Perkhabran ini juga menjadi senyuman kepada para pemimpin sayap Parti PBRS di Kawasan Kota Belud dan menambahkan ADUN dari Kalangan parti ini di Dewan Undangan Negeri Sabah, kerana Parti PBRS menjadi pilihan kepada ADUN N.7 Kadamaian menurut berita tersebut jika fantasi ini menjadi realiti maka parti yang bercirikan KDM terutama di Kadamaian akan menarik nafas kerana diwakili oleh ADUN di Kalangan PRO Kerajaan namun disebalik kegembiraan ini juga akan menjadi tamparan kepada Parti PBS yang masih mengintai mewakili calon PRU 14 di Kadamaian akan datang , sementara itu adakah tenaga kerja Pejabat UPKR Kadamaian turut bertukar atau ditukar ?

Disebalik isu ini, bagaimanakah respon dari kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat Kota Belud , seperti Munirah Majilis , Mustapha Sakmud dan Laiman Ikin yang sama-sama melaungkan perjuangan Parti semasa PRU 13 juga ADUN kawasan lain ?, bagaimana hati dan suara Presiden Parti Keadilan Rakyat menjawab perkara ini nanti ?, " tranformasi " ini adakah 15 ribu pengundi di Kawasan Kadamaian terutama penyokong tegar PKR merestui hal ini ?.

Spekulasi ini tiba-tiba menjadi hangat disaat Pakatan Rakyat terus berusaha mendakwa membawa keputusan PRU 13 ke mahkamah untuk membatalkan keputusan atas sebab penipuan besar berlaku di sebalik penggunaan dakwat kekal , juga baru tiga bulan bergelar YB mewakili PKR di Dewan Rakyat Negeri Sabah , disebalik semua ini dan perkara sebenar hanya pada yang terlibat terutama YB Ukoh @ Jeremy M yang boleh menjawab , jikalau perkara ini demi kebaikan rakyat yang diwakilinya sudah tentu agenda tranformasi ini akan membawa kabar baik kepada semua masyarakat Kampung di Kadamaian.

Mengimbas pada sejarah dan merujuk kepada fakta politik di Sabah isu melompat parti di negeri ini dan memetik insiden ahli politik Sabah yang melompat parti pada sekitar 1994 terutama kalangan KDM menerima hukuman daripada masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) itu sendiri pada pilihan raya negeri 1999, adakah suasana ini masih menjadi ukuran pada PRU akan datang ?.

Menurut desas-desus penyertaan YB Ukoh dijangka akan membuat mengumumkan dalam masa terdekat sudah tentu keputusan ini realiti atau fantasi dalam wancana politik di Negara kita.
.

Tuesday, October 29, 2013

Datuk Salleh mungkin naama yang tidak asing lagi di kalangan politkus di negara ini. Selain daripada pernah menduduki kerusi ketua menteri pada era penggiliran, DSSK juga adalah anak kepada Tun Said mantan TYT negeri Sabah. dari segi percaturan politik, mungkin ramai yang menganggapnya sebagai 'tahan hati' dan pandai mencari peluang atau " Opportonis". Itu terpulang kepada penilaian masing-masing. Namun pada kali ini saya membawakan satu isu berkaitan Datuk Salleh ini.

Isunya ialah keperluan meningkatkan tahap akademik seseorang politikus. Memiliki sekadar degree mungkin tidak lagi sesuai bagi seorang yang dilantik sebagai pemimpin dalam oreganisasi besar. Keadaan dunia dan perkomersialan dunia pendidikan menuntut seseorang pemimpin itu memiliki pengetahuan dan kemahiran mengurus diri dan masyarakatnya. dengan berbekalkan pengetahuan itu, dijangka ia akan menjadi pemimpin yang berwawasan dan memandang ke hadapan. Datuk Salleh mengambil langkah awal ke arah itu.



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak adalah antara 7,149 graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima diploma, ijazah dan PhD sempena konvokesyen ke-37 baru-baru ini.
Majlis penganugerahan disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Canselor UPM.
Ketika ditemui, Salleh yang dilantik penggal kedua sebagai Speaker DUN Sabah, berkata tercetusnya semangat untuk menyambung pengajian bermula pada 1996 iaitu selepas tamat tempohnya sebagai Ketua Menteri.
"Waktu itu, menerjah dalam fikiran alangkah baiknya jika saya menyambung pengajian bagi mengkaji mengenai budaya politik masyarakat Bajau Sabah dari sudut kehebatan dan keunikannya, lalu saya mendaftarkan diri menyambung pengajian di peringkat sarjana.
"Tamat pengajian (sarjana) pada 2004, berlaku pula tsunami politik dalam pilihan raya umum...ia mendorong saya menyambung pengajian di peringkat PhD pula," katanya.

Wednesday, October 23, 2013

Permilihan UMNO seluruh negara telah berakhir. bermacam,-macam pandangan ditimbulkan ekoran daripada keputusan pemilihan itu. Ada yang berpendapat, UMNO sekali lagi gagal diremajakan. Ada yang berpandangan bahawa UMNO mengekalkan pemimpin lama hampir di semua peringkat kerana mereka memunyai idea baru selaras dengan idea transformasi Presiden parti. Daripada ketua pemuda, wanita dan puteri juga naib-naib presiden, semuanya adalah muka lama dan pemimpin pilihan presiden.

Di kota belud, wajah UMNO KB, begitu-begitu juga. Kepimpinan Bahagian itu, hanya menyaksikan wajah lama dipilih semula. Ketua Pemuda , wanita dan puteri juga adalah calon pilihan ketua Bahagian. Hanya yang menjadi tumpuan ketika pemilihan berlangsung ialah tiga orang bersatatus "DATUK" yang berpengalaman dalam kerajaan juga tokoh korporat ternama Gagal meyakinkan perwakilan untuk memilih mereka menganggotai  senarai 20 AJK bahagian itu.

Datu Tiga Belas dan juga Datuk Abdullah Sibil serta dato Jenar Lamdah bukan sahaja ditolak oleh perwakilan tetapi juga idea-idea mereka tentunya gagal diterjemahkan dalam UMNO Bahagian itu apabila perwakilan menolak total supaya mereka berada dalam senarai terpenting Bahagian Kota Belud.

Datuk Abdullah Sibil dalam laman FCb menyifatkan kegagalan mereka berada dalam AJK Bahagian UMNO KB disumbangkan oleh beberapa faktor, antara lain kerana sikap perwakilan itu sendiri yang lebih senang mengatur antara meraka calon-calon pilihan.



"Tahniah kepada mereka yang berjaya mewakili UMNO bahagian kota belud dan kepada Dato' Haji Jenar Lamdah dan Datuk D Tiga Belas DZA yang tidak terpilih jangan putus asa. Kerana tujuan kamu hanya ingin menyumbang kerana pengalaman kerja sebagai peg tinggi kerajaan negeri selama dekat 40 tahun itu boleh di perguna.
Kedua dua tokoh ini bukan pilihan perwakilan sebab mereka berangkali kurang mantap jika dibsndingkan dengan tokoh2 dalam senarai di bawah.
Yang baiknya mesyuarat pemilihan bermula jam 9 pagi 19hb Okt habis jam 9 pagi 20hb Okt. Walaupun tiada ucapan, pengesahan minit, pengesahan laporan, pengundian dibolehkan dibawah pokok2 dan pengundi boleh diberi petunjuk oleh orang lain melalui tingkap, ia masih juga lewat sehingga lampu elektrik pun padam seketika. Selamat maju jaya rakan2"


Apakah UMNO KB akan terus berada ada wajahnya sebelum ini?
Daripada 25 Ketua Bahagian, hanya seorang yang gagal mempertahankan jawatan, iaitu MP Silam Datuk Nasrun Mansor. Beliau kalah kepada adik Datuk Shafie Apdal- Datuk Yusof Apdal. Yusof adalah ADUN Lahad Datu yang baru.


Senarai Ketua Bahagian Umno Sabah bagi 2013-2016
Datuk Seri Musa Aman-Libaran
Datuk Yahya Hussin-Putatan
Datuk Anifah Aman-Kimanis
Datuk Hajiji Noor-Tuaran
Datuk Masidi Manjun-Ranau
Datuk Faisyal Hamdan Diego-Kota Kinabalu
Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan-Tawau
Datuk Rubin Balang-Tenom
Datuk Sapawi Ahmad-Sipitang
(Semua di atas menang tanpa tanding)


Datuk John Ambrose-Penampang
Datuk James Ratib-Beluran
Datuk Abdul Ghapur Salleh-Kalabakan
Datuk Salleh Tun Said-Kota Belud
Datuk Sairin Karno-Keningau
Datuk Abdul Rahim Ismail-Papar
Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin-Pensiangan
Datuk Bolkiah Ismail-Kudat
Tan Sri Ampong Puyon-Sandakan
Datuk Wetrom Bananda @Mohd Fikri-Kota Marudu
Datuk Jumat Idris-Sepanggar
Isnin Aliasneh-Beaufort
Datuk Samsudin Yahya-Batu Sapi
Datuk Mohd Shafie Apdal-Semporna
Datuk Bung Moktar Radin-Kinabatangan
(Menang Melalui Pertandingan)


Timbalan Ketua Bahagian (baru dipilih)
Datuk Rahman Dahalan-Tuaran
Datuk Musbah Jamli-Kota Belud
Annuar Ayub-Keningau
Hussein Oyong-Kota Marudu
Mohd Fazlee Abdullah-Beaufort
Datuk Raime Unggi-Tenom
Abi Wednes Gagamboi-Pensiangan
Datuk Awang Kadin Tang-Sandakan


Timbalan Ketua Bahagian (Tanpa Tanding)
Datuk Juslie Ajirul-Libaran
Datuk Syed Abas Syed Ali-Tawau
Arsit Sedi-Putatan
Datuk Seruji Nawawi-Kota Kinabalu
Datuk Kamarlin Ombi-Sipitiang
Datuk Ghulam Haidar Khan-Papar
Datuk Mohd Arifin Mohd Arif-Kimanis
Datuk Hasnul Ayub-Penampang


Timbalan Ketua Bahagian (Dipilih semula)
Datuk Suhaili Mohd Said-Silam
Datuk Muis Pichu-Kalabakan
Yakubah Khan-Sepanggar
Ariffin Asgali-Batu Sapi
Jaimin Samitah-Ranau
Datuk Mijul Unaini-Kudat
Datuk Nasir Sakaran-Semporna
Jafry Arifin-Kinabatangan


Naib Ketua Bahagian (muka baru)
Mohamad Alamin-Kimanis
Ahmad Bujang-Sipitang
Datuk Nilwan Kabang-Silam
Datuk Ulin Pamiang-Pensiangan
Akram Ismail-Kudat
Abdul Kassim Jali-Tuaran
Adrian Sikawah-Penampang
Pg Jaafar Pg Osman-Beaufort
Amir Jani-Keniangau
Juli Hussin-Tenom
Mohd Arifin Pachuk-Beluran
Pg Ruslan Pg Nasrun-Batu Sapi
Abdul Aziz Damcha-Kinabatangan
Jaujan Sambakong-Semporna


Naib Ketua Bahagian (Penyandang-Dipilih Semula)
Datuk Juil Nuatim-Papar
Datuk Japlin Akim-Kota Belud
Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor-Kota Kinabalu
Datuk Alipudin Puyon-Sandakan
Haji Nizam Abu Bakar Titingan-Tawau
Anang Bin Ating-Kota Marudu
Zaitun Datuk Mohd Kassim-Sepanggar
Michael Yahya Dunggi-Ranau
Ismail Ait-Kalabakan


Pencalonan Naib Presiden-14 Bahagian-Zahid-Hishamuddin-Shafie; 6 bahagian-Zahid-Shafie-Mukhriz; 2 bahagian-Hishamuddin-Shafie-Mukhriz; 1 bahagian-Zahid-Hishamuddin-Ali Rustam

Sumber: OneKB

Tuesday, October 22, 2013



Inilah kenyataan Sdr Jawawi Jaafar dalam laman fcb beliau:

Akhirnya Penantian NKP UMNO Malaysia berakhir. Saya menerima keputusan perwakilan gelang patah dan sabak bernam yg tidak memihak kepada saya.. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini... Saya akur dan menerima keputusan ini kerana saya seperti "Seorang Matador yang dipaksa berdepan dengan 10 lembu ganas". Saya akan sentiasa berkhidmat kpd Institusi Pemuda UMNO/BN dalam memastikan kemenangan BN dalam PRU14. Pemerhati Politik berkata saya Tewas Bermaruah kerana pelbagai cara diguna utk menghalalkan cara. Satu pencapaian yg terbaik dari anak kampung jauh di Pedalaman Sabah dalam pesada politik negara..


Mesyuarat pemilihan parti UMNO Bahagian Kota belud telah dilaksanakan di SMK Pekan 2 Kota Belud. Keputusannya :

KETUA BAHAGIAN  : DATUK SALLEH SAID KERUAK
TIM. KETUA BAHAGIAN : DATUK MUSBAH JAMLI ( menang Tanpa tanding)
NAIB KETUA BAHAGIAN: DATUK JAPLIN AKIM

AJK :

1. MATLI JOHARI
2. SDR TADZUL RADIM
3. ROSLAN AKIK
4. IDRIS KISAB
5. AWANG SALLEH MAKMUD
6. TONGKING KATIONG
7. PARDAN MAJI
8. AWANG SAMAD RAJAB
9. ROSLAN DURAMAN
10. ROSLAN HAJI MANSHOR
11. IDRIS NANTI
12. JENAL JAITIL
13. HALIM SEMAT
14. MATIN DUALIS
15. ZULKEFLI MANANG
16. RAFLAN AMIN
17. SAIKUL MANUNG
18. JANUIN SUDAH
19. LONGGIT GISAS
20. DULAMIT RUDIN

Thursday, October 17, 2013



TRANSFORMASI PARTI seperti yang diharapkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib, Nampak gayanya tidak kesampaian pada pemilihan parti Oktober ini jika scenario pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri parti berkenaan dijadikan penanda aras keberjayaan Trnasformasi parti tersebut. Ini kerana kerana walaupun perlembagaan parti dipinda bagi membolehkan ruang besar kepada penyaluran suara akar umbi dalam parti ketika pemilihan pimpinan dan AMT UMNO, namun itu hanya berlaku diatas kertas. Realitinya, ahli-ahli parti dan juga pimpinan pertengahan dalam parti nyata tidak mendukung idea transformasi tersebut.

Perletakkan Jawatan 14 orang AJK Wanita yang baru dipilih di UMNO Bahagian Kalabakan yang diketuai oleh Datuk Ghafur Salleh atas alasan berlakunya campurtangan pemimpin bahagian dalam pertandingan sayap wanita adalah petanda berlakunya kepimpinan songsang dalam parti. Bahkan ia bukan sahaja berlaku di Sabah, malahan rata-rata pemilihan pemuda, wanita dan puteri di seluruh bahagian UMNO seluruh Negara mengalami dilemma yang sama. Tindakan Ketua Pemuda Khairy Jamaludin yang memepertikaikan pemilihan Naib Pergerakan itu berdasarkan undi popular setelah dua calon iaitu Jawawi Jaffar dari Sabah dan Khairul Azwan mendapat undi seri seperti yang diumumkan oleh AJK pemilihan parti sepatutnya tidak berlaku dan ini menunjukkan memmang benar berlakunya campur tangan pemimin tertantu pada pemilihan parti kali ini.

Di Kota Belud scenario campurtangan pemimpin bahagian dalam pemilihan pemuda, wanita dan puteri juga dikatakan berlaku. Selepas pemilihan sehingga artikel ini ditulis masih kedengaran ketidakpuasan hati para perwakilan pemuda yang mendakwa sistem pemilihan tidak telus, politik wang berlaku secara berleluasa, penculasan demokrasi juga berlaku dan terdapat campurtangan pimpinan bahagian sehingga perwakilan pemuda dikatakan tidak bebas memilih calon mengikut kehendak mereka.



Kelapamawar menerima pelbagai response daripada perwakilan pemuda bahawa kemenangan Sdr Arshad Bistari sudah diatur terlebih dahulu dan mendapat restu daripada dua gergasi politik di Kota Belud. Malahan ada yang mendakwa dengan nada yang sinis bahawa proses pengiraan undi dilakukan tanpa mengambilkira naluri demokrasi. Walaupun kemenangan Sdr Arshad Bistari seperti yang diumumkan oleh media memperoleh sebanyak 381 undi, menewaskan dua calon lain iaitu Khalid Jikal yang memperoleh sebanyak 192 undi manakala Mohd Ghazali Mohd Azim mendapat 84 undi, namun penentuan kemenangan itu dipertikaikan kerana ketika proses pengiraan undi wakil-wakil calon tidak dibenarkan berada di dalam untuk memantau dan melihat proses pengiraan tersebut. Sedangkan dari maklumat yang diperolehi, majoriti kemenangan Sdr Arshad adalah lebih rendah daripada itu.


Menurut maklumat yang diperolehi ketika proses pengundian berlaku, wakil calon sdr Arshad pula dibenarkan masuk ke dalam untuk kempen.Malahan terdapat 25 orang perwakilan dari Tambulion yang mendakwa terdapat kertas undi yang di fotostat. UMNO PUSAT seharusnya mengambil keputusan awal menghantar pemantau dalam beberapa pemilihan yang dilakukan.

Ekoran daripada itu, kelapamawar mendaat maklumat satu bantahan telah dibuat di Pejabat UMNO Pusat oleh beberapa perwakilan pemuda termasuk mengutus surat bantahan berserta bukti-bukti penyelewengan semasa pemilihan dilangsungkan.

Wednesday, October 9, 2013



Kerajaan Selangor buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini akan memberi elaun berjumlah RM8,620 dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor sebagai pengiktirafan kepentingan jawatan tersebut dalam sebuah kerajaan demokrasi.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) dalam kenyataannya hari ini.

Khalid berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang semalam meluluskan keistimewaan tambahan kepada Katua Pembangkang Dewan Negeri Selangor yang akan dilaksanakan mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira Ketua Pembangkang adalah komponen penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi untuk menjalankan peranan semak dan imbang (check and balance) kepada kerajaan pemerintah sedia ada.

Beliau berkata, kepentingan Ketua Pembangkang dapat dilihat seperti keutamaan yang diberikan untuk berhujah selepas sesuatu Rang Undang-Undang dibacakan dan keutamaan membahas usul Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor selepas Datuk Menteri Besar pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Kelulusan ini akan dikuatkuasakan selepas usul ini dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Ke -13 yang dijangka mula bersidang pada 19 November depan," katanya.

Ketua Pembangkang bakal menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun setiausaha kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun-elaun lain yang berjumlah RM8,620 sebulan.

Pembayaran elaun ini sejajar dengan imbuhan yang diberi kepada Ketua Pembangkang di Parlimen mengikut Akta Ahli Parliem (Saraan) 1980.

"Keputusan ini selari dengan hasrat kerajaan Pakatan Rakyat untuk menanam dan menyuburkan demokrasi tulen di negara ini yang memberi kesamarataan hak demi memperjuangkan kebajikan rakyat," katanya. – 10 Oktober, 2013.

Tuesday, October 8, 2013

Minggu lepas (02.10.2013) DKM Sabah bersama beberapa orang sahabat telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Sabah (Ust. Hj. Bungsu). Partama kali menjejakkan kaki ke pejabat beliau, kami disambut dengan penuh keramahan oleh beliau sendiri. Pertemuan yang berlangsung tanpa dirancang tetapi berjalan lancar meskipun Mufti sendiri sibuk dengan tugasan beliau, namun masih sanggup memperuntukkan sedikit masa beliau untuk melayani kunjungan kami.


Di awal perbualan kami sempat menanyakan adakah kami merupakan orang pertama yang datang bertemu beliau untuk bertanyakan berhubung kenyataan beliau pada "Simposium Mendepani Agenda Asing Melayu Dalam Krisis Kepimpinan". Ust. Bungsu menjawab telah ramai NGO Islam yang datang mengunjungi beliau dan bertanya apa perkara sebenar yang cuba disampaikan olehnya pada simposium berkenaan.


Berikut beberapa soalan yang sempat pihak DKM Sabah ajukan dalam masa yang agak terhad (Susunan soalan ini adalah mengikut kesesuaian kerana soalan yang dikemukakan pada ketika itu adalah tidak tersusun , spontan dan berdasarkan sedikit bacaan di saat-saat akhir):


1. Apakah maksud sebenar yang cuba disampai oleh mufti melalui konsep "Memelayukan rumpun Melayu". Adakah Mufti ingin orang-orang muslim mendahulukan agama daripada bangsa atau sebaliknya?.


"Bukan soal Islam dahulu atau bangsa dahulu. Ia dalam konteks kita di Malaysia ini, kaitan antara bangsa Melayu dengan Islam itu amat rapat. Malah jarang-jarang bangsa di dunia ini yang dikaitkan dengan Islam, secara bertulis. Takrifan Melayu dalam perlembagaan (1. Beragama Islam, 2. Bahasa Melayu, 3. Budaya Melayu)".


"Oleh kerana takrifan itu cantik, bila kita bercakap soal perpaduan umat pada simposium itu hasil daripada perbalahan politik dan akhir-akhir ini perbalahan fahaman akidah (sudah ada orang Melayu Syiah, sudah ada orang Melayu Kristian, sudah ada Melayu Liberal, plural) belum masuk lagi ajaran sesat dan lain-lain, jadi kacau bilau Melayu kita".


"Dari segi undang-undang Perlembagaan kita, kedudukannya cantik, ada kolerasi dengan Islam jadi bukan soal siapa dulu siapa kemudian".


"Dalam simposium itu saya sebut dari sudut syiasah syariah “kepintaran kita dalam menangani masalah perpaduan ini macam mana?". Perpaduan memang NAS yang jelas “Wajib” seorang Islam itu melaksanakan perpaduan".


(Seperti dalam Surah Ali Imran ayat 103)








Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamubercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat pertunjuk hidayahNya.




"Dalam konteks isu yang timbul ini (Memelayukan bangsa lain) tiada juga isu misal kata orang memahami ilmu antropoligi (Tahu asal usul bangsa), etnografi (tahu susur galur bangsa) danSejarah".


"Istilah yang saya timbulkan MEMELAYUKAN RUMPUN MELAYU etrinya, dari segi etnografi dan antropologi kita semua ini adalah rumpun Melayu yang berada di Malay Archipelago(Kepulauan Melayu) ini rumpun Melayu yang katanya lebih 200juta".


"Dalam konteks kita di Borneo ini, apapun suku bangsa mengikut sarjana bukan mengikut saya (Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar) adalah rumpun Melayu".


"Sebab itulah saya menyeru perpaduan Islam dalam konteks Sabah (oleh kerana orang Sabah, bukan semua suku bangsa mengaku dia Melayu tidak seperti di Semenanjung). Maka itulah saya mencadangkan, sebagai penyelesaian kepada perpaduan ini (mungkin ada juga cara lain), suku-suku yang rumpun Melayu ini mesti mereka menganggap mereka sebagai orang Melayu, bukannya menukar identiti (Kalau Dusun hilang sudah Dusunnya, tidak boleh sudah makan inava, tuhau), tukar nama jadi Melayu, cakap Melayu…,tidak, itu kekal sebab itu Allah S.W.T telah kurniakan dan ianya akan kekal".


"Tapi rumpun itu, biar dia berasa berada di bawah rumpun (payung) rumpun Melayu. Sebab itu fakta dan itu sebenarnya yang saya cuba ketengahkan".


"So bila yang Islam ini, etnik muslim ini tapi dia merasa dia ini Melayu berada di bawah rumpun Melayu. Suku dia kekal ("kalau Dusun, Dusun la ba…kalau Rungus, Rungus la ba… kalau Tidung, Tidung la…, kalau Bajau, Bajau la ba… tapi ada ikatan Melayu.... Itu saja").




2. Adakah pandangan Mufti ini berdasarkan pendekatan yang diambil oleh Nabi Muhammad SAW yang menyatukan Muhajirin dan Ansar?


"Secara langsungnya tidak, tetapi secara dasarnya “Apapun yang kita buat memang dasarnya adalah Islam”. Pertama kita mahu umat Islam bersatu, dasarnya apa…? (al-Quran dan Sunnah). Al-Quran suruh kita bersatu (Ayat dalam Surah Ali Imran ayat 103). Jadi caranya yang kita ada di sini, Melayu itu sudah ada tapak yang bagus dan ada kaitannya dengan Islam (dari segi kesusahteraan, istilah arab yang di Melayukan) sampai kepada budaya kita dia sudah jadi perkataan agama".


"Saya melihat potensi Melayu itu sudah rapat dengan Islam, jadi suku-suku yang ada, oleh kerana mereka itu memang rumpun Melayu “Why not we return back to the track” (kembali semula ke landasan yang umum/ asal yang global, iaitu kita ini rumpun Melayu, jadi cadangan itu timbul di situ".




3. Bagaimana pula pandangan Mufti bila ada pihak menganggap cadangan mufti ini sebagai usaha untuk menghapuskan etnik lain (Penghapusan Etnik)?



"Penghapusan etnik seperti di Bosnia?, jauhnya diorang berfikir. Macam mana saya mahu menghapuskan etnik, contohlah mahu menghapuskan etnik Dusun menjadi Melayu, Saya pun separuh Dusun (aina, macam mana saya mahu menghapuskan keDusunan yang ada dalam diri?...) saya bukan orang semenanjung saya orang Brunei campur Dusun, jadi macam mana saya mahu buang Dusun (dahulu, orang Brunei makan ambuyat) jadi macam mana saya mahu paksa diri saya jangan makan ambuyat dan makan nasi sahaja kerana orang Melayu makan nasi?. Ertinya budaya ini, Allah SWT sudah berikan dan tidak boleh dibuang. Maka tidak wujud etnik cleansing".




4. Bagaimana pula Mufti melihat konteks perpaduan di Sabah, adakah sama dengan suasana di semenanjung atau berbeza?


"Mungkin ada sedikit perbezaan tapi asas Melayu dan Islam itu mungkin ada relevannya. Saya bukan bermaksud jangan kamu mengaku Bajau, jangan kamu mengaku Dusun, jangan kamu mengaku Brunei.. mengaku kamu Melayu, IC pun ditukar, suku bangsa tiada suda, semua pun jadi Melayu….itu semua tidak betul, bukan itu maksudnya, dan kalaupun saya cadangkan itu, maksudnya saya sudah bingung".


"Saya sendiri separuh Brunei dan separuh Dusun"… orang Dusun bilang, adih-dih dia bilang, macam mana mau buang?".



"Jadi isu ini lebih Menjurus kepada Perpaduan Islam. Jadi akan datang, selagi usaha untuk berpadu itu masih ada dan umat Islam belum bersatu, kita akan terus bercakap mengenai perpaduan umat Islam".





5. Bagaimana pula dengan respon mufti berhubung tindakan dan tuntutan segelintir pihak yang mendesak agar mufti minta maaf?


"Tidak timbul isu minta maaf, ini hanya untuk orang yang buat salah. Ini sebenarnya dorangmain radak (Hentam Kromok) saja ba ni".



"Istilah Memelayukan itu, kalau orang hadir di situ dia akan faham apa yang saya maksudkan.Memelayukan Rumpun Melayu. Saya pun "sebut" Rumpun Melayu, ertinya kita semua ini rumpun Melayu dan bukannya menukar etnik. (Macam mana mau tukar etnik?) apa lagi di Sabah. Saya faham ba tu, sebab saya bukan orang semenanjung, saya lahir di Sabah".




6. Harapan mufti berhubung isu ini “adakah Mufti berharap isu ini akan terhenti di sini ataupun mungkin ada perbincangan lain atau mufti sendiri akan membuat kenyataan akhbar agar isu ini tidak dimanipulasi”.


Manipulasi sukar dielak, “Mulut tempayan boleh ditutup, mulut tangki juga bleh ditutup tapi mulut orang walaupun lebih kecil daripada mulut tangki itu, susah kita mahu tutupapatah lagi sekarang komunikasi semakin canggih”.


"Harapan kita, oleh kerana tujuannya tadi untuk perpaduan Islam, selagi tidak berpadu selagi itu tidak terhenti. Memang kita kena berkerja untuk menjadikan orang Islam ini bersatu-padu dan dalam masa yang sama menghormati orang bukan Islam (kepercayaan masing-masing) apa yang saya lontarkan ini bukan isu politik, bukan juga isu agama".



"Sebenarnya orang bukan Islam tidak berapa kena bila dorang respon sebab saya fokus kepada suku-suku Islam, tapi kalau ada orang bukan Islam respon, dia ada hak untuk respon tapi macam tiada kena mengena la, (macam kita marah Obama, dia kenakan cukai berlebihan di US, biarla bah Negara dia juga, yang kita sibuk buat apa?….lebih kurang macam tu) tapi oleh kerana kita hidup ada juga kaitannya (kita hidup satu Negara), tapi pada saya ini Isu untuk orang Islam Sahaja, untuk menyatukan orang Islam".




7. Usaha/ Inisiatif Mufti untuk menyelesaikan isu ini?


"Isu ini biarla ba… macam kita ni budak-budak ba… kalau dia marah-marah kita dalam blog, biarkan saja, biarkan dorang keluarkan dorang punya pandangan, sebab susah kita mahu sekat…. Sebab bagi kita orang beriman yang ada pertimbangan rasional ini, nasihat saya yang pertama, tanya dulu yang betul, jumpa saya sebab saya terbuka (Tompinai apa ba kau sakap ini…) jadi saya boleh terangkan. Siapa-siapa pun boleh datang berjumpa saya tidak kira apa bangsa dan agama".





Sedikit info: bagi mereka yang melabel Mufti sebagai mufti UMNO. Jika tidak faham prosedur pelantikan seseorang mufti, sebaiknya jangan sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan. Pelantikan mufti tidak akan sama dengan politik. Seorang pemandu teksi pastinya boleh menjadi ahli politik/ YB walaupun tahap pendidikannya tidak setinggi mana, tetapi pelantikan mufti jauh berbeza. Info pelantikan Mufti >>>KLIK


Sekiranya ada kemusykilan, mohon berjumpa sendiri dengan mufti dan bertanya. Berjumpalah, dan bertanyalah, itu jauh lebih baik dari sekadar melemparkan tohmahan.

Aku cukup yakin dan pasti, jika anda semua bertemu mufti, pastinya anda semua akan tertarik dengan cara beliau mengolah ayat, buah fikiran dan cara beliau melayani pertanyaan tetamu beliau.

Sumber: D.K.M

Wednesday, October 2, 2013



Setelah bersidang sehingga jam dihentikan pada pukul 11.59 malam, Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah 2013 (Pindaan dan Pemerluasan) yang menyaksikan kuasa menahan tanpa bicara dikembalikan akhirnya diluluskan pada pukul 12.53 pagi.

Rang undang-undang yang diluluskan itu juga telah menolak beberapa Fasal yang diusulkan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Perbahasan pindaan Rang Undang-Undang ini mendapat perhatian ekoran tindakan ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat yang berusaha untuk menolak pindaan yang dibuat.

Alasan yang diberikan, pindaan ini merupakan cubaan untuk menghidupkan kembali undang-undang tahanan tanpa bicara selepas dihapuskan ketika akta yang sama dipinda pada 2012.

Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) pula menyokong pindaan ini atas alasan keselamatan dan mengembalikan kuasa polis yang didakwa ‘hilang taring’ selepas pindaan dibuat pada 2012.

Awal minggu ini beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyatakan bantahan mereka terhadap pindaan rang undang-undang ini dengan mengadakan demonstrasi aman di hadapan pintu masuk parlimen.

Mereka juga turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perbahasan pindaan peringkat dasar berlarutan hingga lewat petang dan ia diluluskan dengan undi belah bahagian dengan 115 menyokong manakala 66 undi menolak untuk rang undang-undang tersebut dibacakan kali kedua.

Hampir kesemua ahli parlimen BN hadir termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum undi belah bahagian dijalankan.

Sesi perbahasan kecoh beberapa kali apabila ada antara ahli parlimen yang cuba mengukuhkan hujah mereka dengan membuat dakwaan tertentu.

Antaranya ahli parlimen Batu, Tian Chua yang mendakwa anggota polis diperalatkan untuk membunuh.

“Ada masanya anggota polis diperalatkan untuk melakukan pembunuhan,” katanya.

Dakwaan Tian Chua itu bagaimanapun disangkal oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malah Ahmad Zahid turut menyindir Tian Chua dengan mengatakan anggota polis tidak diperalatkan untuk membunuh sebaliknya digigit telinga.

“Tuduhan itu melampau, anggota polis tidak diperalatkan tetapi dizalimi dengan digigit telinga,” katanya ketika menggulung perbahasan.

Sementara ahli parlimen Gombak, Azmin Ali pula dalam perbahasannya menegaskan rang undang-undang yang diluluskan itu akan turut dimusuhi oleh pemimpin dan ahli UMNO yang menyokongnya sekarang.

Bagaimanapun, hujah Azmin dinafikan ahli-ahli parlimen BN antaranya anggota parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden dan anggota parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Ketika menggulung perbahasan, Ahmad Zahid turut memberi jaminan bahawa rang undang-undang akan menjaga hak asasi manusia.

Sebelum diluluskan untuk bacaan kali ketiga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim telah membawakan usul ‘memberhentikan jam’ untuk membolehkan perbahasan diteruskan melepasi pukul 12 tengah malam.

“Tuan Yang Dipertua, menurut arahan 90 (2), saya mencadangkan usul untuk menghentikan perintah Arahan Tetap 12 bagi membenarkan mesyuarat menyelesaikan semua perkara yang harus diselesaikan hari ini,” katanya.

Sebaik saja usul tersebut disokong, jam di Dewan Rakyat dihentikan tepat jam 11.59 malam dan perbahasan diteruskan sehingga usul Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah 2013 dibacakan kali ketiga seterusnya diluluskan pada pukul 12.53 pagi.

Arahan Tetap 12 menyatakan setiap sidang Dewan Rakyat dibenarkan bersidang hingga mencecah tempoh 5.30 pagi bagi melengkapkan perbahasan pada hari tersebut.

Arahan Tetap 12 ini pernah dilaksanakan sebelum ini iaitu pada 2012 dan 1977.


Permasalahan utama yang tidak dapat dinafikan dalam Laporan Ketua Audit Negara semalam adalah rasuah, pembaziran dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah sehingga atas.


Bukan hanya rakyat perlu bimbang terhadap ahli politik yang rasuah tetapi juga penjawat awam daripada atas hingga ke bawah yang terlibat sama.


Bagaimana mahu dijelaskan terhadap hampir RM200 juta yang dibelanjakan bagi mesin pelupusan sampah tanpa mengetahui cara mengendalikannya atau RM3,000 untuk jam dinding atau kasut yang tidak boleh digunakan kerana pembuatannya tidak memenuhi spesifikasi.


Wang dibelanjakan dan disia-siakan begitu sahaja. Dan penyakit ini menjangkiti setiap kementerian, syarikat berkaitan kerajaan dan institusi di seluruh negara.


Mungkin ia tidak dapat dielakkan kerana penjawat awam menyaksikan bagaimana ahli politik licik menipu sistem untuk selama beberapa dekad dan melepaskan diri.


Jadi apa salahnya mereka juga melakukan perkara sama? Lagipun ia adalah dana awam milik mereka dan patut dibazirkan sesuka hati.


Lebih membimbangkan ialah tiada seorang pun dihadapkan ke muka pengadilan sejak bertahun-tahun kebelakangan ini bagi setiap pembaziran dan rasuah yang berlaku.


Bilakah kali terakhir seseorang dipertanggungjawabkan kerana membuat pembelian mesin cetak, dakwat, kasut, jam dan pengimbas yang lebih mahal daripada harga pasaran?


Menteri, ketua setiausaha, ketua pengarah dan ketua kerani mana yang mengakui kesilapan mereka dan meletakkan jawatan untuk bersikap tanggungjawab atas kecuaian tersebut?


Adakah mereka prihatin mengenai anggota polis yang hilang senjata atau kereta polis hilang tanpa ada seorang pun yang dipertanggungjawabkan?


Atau wang yang masih dibayar kepada orang mati? Malah tidak mustahil juga mereka yang sudah mati ini masih berada dalam daftar pemilih.


Adakah mereka tidak malu jam tersebut dibeli dengan harga tidak masuk akal? Atau wang tersebut dibelanjakan tetapi hasilnya tidak nampak?


Jawapan paling mudah adalah tidak.


Jika kakitangan kerajaan boleh menuntut RM300,000 untuk lawatan empat hari bagi mengkaji penggunaan sistem kecemasan 999, tiada sesiapa pun peduli, apatah lagi berjuta-juta dibazirkan atas nama rakyat.


Laporan Ketua Audit Negara hanya satu lagi kad laporan tahunan untuk kerajaan terus merungut dan berjanji untuk melakukan yang lebih baik, ia tidak lebih daripada satu penyesalan sia-sia untuk rakyat Malaysia amnya.


Kerajaan boleh mendakwa mereka melakukan yang terbaik dan menubuhkan lebih banyak panel mengkaji pembaziran tersebut, ataupun meminta Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) untuk menganalisis Laporan Ketua Audit Negara tetapi jika tiada tindakan diambil, kepercayaan orang ramai akan terhakis.


Tidak ada gunanya meredakan kemarahan rakyat dengan bantuan tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau perumahan mampu milik jika kerajaan masih memandang sebelah mata terhadap rasuah dan pembaziran Putrajaya, jabatan kerajaan, agensi awam atau firma negeri.


Barah rasuah sangat mendalam sehingga ia diinstitusikan dan apa yang boleh kita semua lakukan adalah hanya membaca mengenainya.


Persoalan sekarang ialah masih adakah orang jujur dalam kerajaan atau perkhidmatan awam yang sanggup bertanggungjawab atas Laporan Ketua Audit Negara itu? - 2 Oktober, 2013.
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) ditutup buat pertama kali dalam tempoh 17 tahun semalam sekali gus memaksa sehingga satu juta kakitangan awam bercuti tanpa gaji manakala banyak projek awam turut tergendala.


Penutupan itu berpunca daripada Kongres yang gagal mencapai kata sepakat tengah malam kelmarin untuk meluluskan bajet bagi membiayai perbelanjaan dan hutang negara.


Kongres AS terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Senat diterajui oleh Parti Demokrat pimpinan Presiden Barack Obama manakala Dewan Perwakilan pula didominasi pembangkang daripada Parti Republikan.


Dewan Perwakilan menolak bajet tersebut kerana enggan menyokong pelan kesihatan Obama yang disifatkan sebagai satu pembaziran. Pelan itu juga didakwa menyekat kebebasan rakyat untuk memtidak mengambil perlindungan insurans.


Pelan tersebut bertujuan untuk memberi perlindungan insurans kesihatan kepada sekitar 50 juta penduduk berpendapatan rendah dan miskin di AS.


Parti Republikan yang mendominasi Dewan Perwakilan mahu pelaksanaan pelan itu yang berjalan semalam ditunda selama setahun.


Namun, Ketua Majoriti Senat, Harry Reid menolak usul Republikan.


"Parti Demokrat tidak akan berunding dalam keadaan kami diberi tekanan untuk bersetuju dengan Republikan semata-mata bagi mengelakkan penutupan kerajaan berlaku," kata Reid.


Susulan operasi kerajaan AS lumpuh semalam, banyak pejabat dan perkhidmatan awam ditutup manakala bayaran kepada kontraktor ditangguhkan.


Situasi itu menyebabkan pengaliran tunai bagi menjana ekonomi negara yang mencecah ratusan juta dolar sehari disekat.


Namun, sebahagian perkhidmatan penting termasuk rondaan sempadan, pemeriksaan daging dan kawalan udara dan mahkamah beroperasi seperti biasa.


Jabatan Negara memberitahu, pihaknya akan terus menerima dan memproses permohonan visa warga asing, begitu juga dengan operasi kedutaan dan konsulat AS di luar negara.


Namun, kelewatan dalam pemprosesan visa dan pasport memang dijangka ekoran krisis tersebut.


Menurut Pejabat Pengurusan Kakitangan Awam, kerajaan persekutuan menggaji hampir 2.8 juta kakitangan awam setakat September 2012.


"Separuh daripada 670,000 ahli kami diberitahu untuk duduk di rumah manakala sebahagian yang lain akan bekerja tanpa gaji," kata jurucakap Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam Kerajaan Persekutuan, Tim Kauffman.


Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin Parti Demokrat dan Republikan saling menuding jari kerana masing-masing tidak mahu menjadi sasaran kemarahan rakyat kerana mencetuskan situasi tersebut.


Jika Kongres dapat mencari kata sepakat tentang isu itu, kerajaan AS dijadual beroperasi semula sehari dua lagi.


Sebaliknya, operasi kerajaan mungkin ditutup lebih lama jika kebuntuan itu gagal diselesaikan.


Dalam pada itu, beberapa pakar politik melihat Kongres sekali lagi akan bercakaran berhubung usul Obama yang mahu menaikkan had siling hutang negara melebihi AS$16.7 trilion (RM54.7 trilion). - Agensi - 2/10/13

Tuesday, October 1, 2013

Dalam menganalisis percaturan isu politik yang menarik, seseorang penulis harus sentiasa mengingatkan dirinya bahawa Politik adalah muslihat yang terpendam. Tindakan politikus yang diambil tentu lebih awal memikirkan strategi yaqng menguntungkannya.

Walaupun dikatakan para penyokong Datuk Musbah Jamli dalam UMNO KB sedikit merasa kecewa dengan tindakan ADUN TEMPASUK itu yang tidak bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian KB, walaupun rata-rata meramalkan, peratusan untuk datuk Musbah menang adalah sangat besar, Namun keputusan untuk bertanding hanya Timbalan ketua UMNO KB itu mengundang pelbagai spekulasi liar dan jinak yang boleh dikongsikan bersama.

Sebelum proses pencalonan bermula, dua minggu sebelum itu sudah kedengaran khabar-khabar angin bahawa jawatan utama dalam UMNO KB telahpun 'dibincangkan dan dipersetujui". Antara yang dikatakan terlibat adalah Datuk Salleh dan Datuk Musbah. Ini kata mereka untuk mengelakkan pertarungan dua gajah seperti yang berlaku sebelum ini yang memberi kemenangan sangat tipis kepada Datuk Salleh. Kedua-dua pe mimpin ini dikatakan telah mengatur perjalanan pencalonan dua jawatan utama iaitu Ketua Dan Timbalan. Dilaporkan bahawa keduanya bersetuju supaya jawatan Ketua Bahagian 'dikekalkan' kepada Datuk Salleh dan timbalan akan ditandingi oleh Datuk Musbah.

Akhirnya apabila proses pencalonan berakhir, keadaan itu benar-benar berlaku seperti yang diceritakan dikedai-kedai kopi. Datuk Musbah Jamli diisytiharkan menang tanpa tanding apabila Awadnir bertindak tidak mempertahankan jawatan berkenaan sebaliknya mencabar Datuk Salleh selaku Ketua bahagian. Di peringkat ini tindakan Datuk Musbah Dan Awad sangat manis dianalisis. Apakah kedua pemimpin Bahagian ini sudah merencanakan lebih awal senario pemilihan kali ini?? atau mungkin Datuk Musbah merasakan, detik hitam perebutan ketua bahagian antara beliau dan datuk Salleh akan berulang jika beliau bertanding ketua bahagian? Selain itu, apakah benar juga bahawa datuk Salleh meminta tolak ansur politik kepada Datuk Musbah supaya beliau kekal dan tidak dicabar?

Apakah untungnya, Datuk Musbah dengan tidak memncabar Datuk Salleh? Tentunya Datuk Musbah mahukan situasi selamat dan itu telah beliau perolehi. Datuk Musbah mengambil jalan paling selamat dengan tidak mencabar Datuk Salleh, dan bertolak ansur dengan sdr Awad sehinga Awad pula tidak mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan. Awad sesungguhnya tahu bahawa mencabar Datuk Salleh bukan satu tugas yang mudah. Namun mengapa Awad bertindak sebegitu? apakah kekalahan Datuk Musbah lampau ditangan Datuk Salleh tidak menjadi pengajaran berguna kepada Awad? Tentu ada kemungkinan  muslihat politik yang sengaja dipendamkan oleh Awad dan Datuk Musbah.

Ada yang berpendapat bahawa tindakan Datuk Musbah adalah untuk kepentingan parti. Bagaimana pula dengan tindakan Datuk Salleh yang tidak berundur? Apakah juga dibuat atas perhitungan parti? Bagaimana pula tindakan Awad yang bertanding Ketua Bahagian, apakah juga itu bukan dibuat atas kepentingan parti? Sesiapa pun boleh mendakwa bahawa pencalonan mereka adalah untuk kepentingan parti, walaupun ramai yang tahu bahawa kepentingan parti menjadi kepentingan nombor dua.

Siapakah team Datuk MUSBAH? Datuk Salleh atau Awad?

Datuk Salleh dilihat umpama sultan silam yang bertahkta di singahsananya.Beliau ada banyak kelebihan. Namun perisis dalam filem purbakala, kadang-kadang panglima perang bersengkongkol dengan pemimpin luar untuk merampas kuasa. Siapakah pemimpin luar dari UMNO KB yang terlibat dalam percaturan kepimpinan parti itu di daerah ini???Walaupun ada beberapa nama yang disenaraikan dalam benak saya, namun seakan tidak serasai untuk saya ulas satu persatu.
Pertempuran 19 Oktober menyaksikan mantan timbalan UMNO KB sdr Awadnir Matanggal akan menentang penyandang ketua Bahagian Datuk Salleh Tun Said, setelah seorang calon bertindak menarik diri dan mengisytiharkan sokongan kepada Awad iaitu Sdr Rosmin Kasan.

Pertembungan Awad-Salleh disifatkan oleh pemerhati politik KB sebagai tidak 'mengancam' sekalipun ia digambarkan sebagai pertarungan antara ketua dan timbalannya. Awad walaupun dikatakan orang lama dalam UMNO , namun beliau bukanlah pilihan yang paling ideal untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua UMNO KB menggantikan Datuk Salleh. Awad dari segi pendekatan pada lantai demokrasi parti boleh dibanggakan tetapi dari sagi menjunjung transformasi kepimpinan dengan galasan idealisme baru dan menyakinkan, nyata terlalu jauh untuk dijadikan sandaran.

Di KB, setakat ini tidak ada calon yg paling afdal dan ideal untuk mencabar DATUK SALLEH, setelah Datuk MUSBAH dikatakan rela menduduki kerusi TIMBALAN sahaja.

Dijangka, Datuk Salleh akan menang dengan mudah, dengan berbekalkan beberapa jawatan penting, walaupun itu bukan prasyarat utama menggoda minda perwakilan di KB, namun diramalkan, Datuk Salleh akan menjadi pemenangnya jika dibandingkan dari segala aspek kelengkapan perang yang beliau miliki, TERKECUALI jika Awad menggunakan 'senjata ala kimia" yang boleh menghancur leburkan sanubari para perwakilan dan ketua-ketua cawangan UMNO di KB.

Sebelum ini calon ketua Bahagian UMNO KB yang menarik diri Sdr Rosmin mendakwa bahawa UMNO KB tidak punya pelan strategik menarik golongan belia dan golongan Y untuk menyertai parti itu. Beberapa cawangan dikatakan tidak dapat bersidang/ mesyuarat ekoran kekurangan ahli pemuda dan wanita.

Apakah petembungan AWAD-SALLEH ini adalah petanda umno kb semakin ketandusan pemimpin masa depan?

Friday, September 27, 2013



Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Rahman Dahlan terkejut apabila penyandang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Aliasgar Basri (gambar) mengumumkan menarik diri dari bertanding jawatan itu di masjid Likas baru-baru ini.

Menurut sumber, Aliasgar telah menunaikan solat jumaat di masjid tersebut dua minggu lepas.

Beliau bersalam dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman selepas menunaikan solat. Tiba-tiba beliau ternampak Rahman ada di belakang Ketua Menteri.

“Datuk, saya tak jadi mempertahankan jawatan. Saya beri laluan kepada Datuk,” kata Aliasgar kepada Rahman. Rahman terkejut dengan pengumuman spontan Aliasgar itu. Apatah lagi pengumuman tidak rasmi itu dibuat dalam masjid.



Pada pemilihan Umno 2009, Aliasgar mencabar ahli parlimen Kota Belud itu dalam pertandingan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tuaran di mana Aliasgar menang dengan majoriti 79 undi.

Sumber itu menambah, jika Aliasgar mempertahankan jawatannya itu beliau tetap dapat mengalahkan Rahman.

“Tetapi oleh kerana Rahman adalah menteri pusat, maka Aliasgar beri laluan kepada Rahman. Tambahan pula beliau mahu bertanding kerusi ahli majlis tertinggi Umno,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu ketika dihubungi FMT, Aliasgar mengesahkan bahawa beliau tidak bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan 19 Oktober ini.

“Oleh kerana Rahman adalah menteri pusat, maka saya beri laluan kepada beliau supaya beliau menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Ketua Bahagian,” katanya.

Beliau menghormati Rahman yang ada jawatan dalam kerajaan dan beliau berharap Rahman dapat menggunakan peruntukan kementerian untuk membangunkan kawasan Tuaran.

Wednesday, September 25, 2013

Calon Ketua Bahagian UMNO Kota belud, Sdr Rosmin Kasan telah mengesahkan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan. Ini bermakna pertandingan antara dua penjuru dengan penyandang Datuk Salleh Tun Said dan mantan Timbalan Ketua Bahagian Sdr Awadnir Matanggal.

Tindakan sdr Rosmin Kasan itu mendapat reaksi pelbagai pihak di laman FB. termasuk komen secara sinis sdr Musli Oli dengan perkataan "a'la Inaku" dalam melayunya 'ala mak ku" sebagai manifestasi keterkejutan dan kesinisan terhadap tindakan Rosmin Kasan yang sebelum ini sering mencuri tumpuan dengan posting yang dibuatnya di wall FB berkenaan keteguhan niat dan tekd beliau mencabar datuk Salleh selaku ketua UMNO KB.

Selain daripada itu, Rosmin dilihat mempergunakan strategi lapuk dengan mengaitkan kemunculan Awadnir matanggal sebagai satu team seperjuangan kononnya. Sebelum ini beliau mengecam kepimpinan UMNO KB yang dikatakan memerlukan transformasi baru dari segi paradigma kepiminan, dan penawarannya sebagai pencabar datuk Salleh kononnya untuk memperbetulkan kepincangan itu. Manakala penulis blog Sdr Musram Rakunman awal-awal lagi sangsi dengan niat Rosmin berbuat demikian dan menyifatkan sebagai tindakan bukan atas kepentingan parti melainkan atas kepentingan peribadi

Penarikan diri Rosmin Kasan ini bukan sahaja memberi impak negatif atas kepercayaan perwakilan kepada kepiminannya di masa depan , tetapi juga ia memberi kesan kepada kemunculan pemimpin berdarah suku Iranun. Rosmin adakah telah memikirkan perkara ini atau strateginya sangat memalukan?


Lihat kenyataannya dalam wall FB milik peribadinya ini:


UMNO KOTA BELUD SABAH-Setelah berbincang dgn sdr Awadnir calon Ketua Bahagian yg juga merupakan Pengerusi kontraktor Melayu Sabah,maka kami membuat keputusan,UMNO wajib d dahulukan,rakyat&ahli UMNO kota belud perlu d beri keutamaan.Dengan ini saya Rosmin Kasan memberi laluan kpd sdr Awadnir untuk bertanding jawatan Ketua UMNO kota belud,sekali gus saya akan menjadi penggerak utama dlm memastikan sdr Awadnir menang dlm pemilihan 19hb okt ini.Saya menyeru dgn penuh rendah diri agar seluruh perwakilan mengundi sdr awadnir&terus bekerja.Demi masa depan UMNO kota belud


Senarai calon :

Ketua Bahagian UMNO.
1. DS Salleh Said keruak(penyandang)
2. Rosmin Min.
3. Awadnir matanggal

Timb Ketua bahagian.
1. Datuk Musbah Jamli
2. Baharuddin Pinah.
3. Randaan.
4. Ridin Tagoh.

Naib
1.Datuk Japlin Akim
2.Datin Saidatul Badru Tun Said
3. Haji Nain

Ketua Wanita.
1. Eyung Latun(penyandang)
2. Syarifah Gundah.
3. Halimah Sibil.

Naib ketua wanita.
1. Jenas Atong.
2. Suriani Samnu
3. Haslinah Oleh
4. Salmah.

Ketua Pemuda.
1. Arshad Bistari.
2. Sebelas.
3. Khalid Jikal
4. Muhd Sah Juanis
5. Ghazali Azim.

Naib ketua Pemuda.
1. Awang Juanas
2. Nazaruddin Rashkin.
3. Shafie Sital.

Ketua Puteri.
1. Masnatu Satong(penyandang)
2. Irna Huzaimah mensuin.

Naib Ketua Puteri.
1. Tiyam Lamsun.
2. Siti Anisah Ripin.

Mampukah timbalan Ketua UMNO Bahagian KB, Sdr Awadnir Matanggal menundukkan 'gergasi' UMNO KB iaitu Datuk Salleh Tun Said?.Benarkah kepimpinan UMNO Kb sekarang gagal mentransformasikan parti itu?

"Sudah sampai masanya saya bertanding setelah sekian lama berjuang di dalam UMNO dan sudah banyak memberi laluan kepada pemimpin lain," tegas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Awadnir Matanggal ketika ditanya mengenai keputusannya bertanding jawatan ketua yang dipertahankan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Selain Awadnir terdapat dua lagi calon menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi peringkat bahagian tersebut iaitu Amsor Tuah dan Rosmin Kasan.

Awadnir yang bersama UMNO sejak kemasukan parti itu pada 1991 dengan menjadi penaja UMNO bersama Allahyarham Tun Datu Mustapha berkata, keputusan menawarkan diri itu adalah selaras dengan sistem demokrasi dan tidak akan memecahbelahkan perpaduan parti.

"Saya melihat banyak perubahan perlu dilakukan termasuk menambah lebih banyak ahli UMNO selain memastikan kebajikan ahli seperti mewujudkan bangunan UMNO sendiri dan melibatkan ahli-ahli UMNO dalam koperasi supaya dapat meningkatkan taraf hidup mereka.



"Saya yakin semua ahli UMNO mengenali saya dengan dekat dan sebelum ini pun saya pernah menawarkan diri bertanding tetapi dibatalkan atas sebab tertentu. Jadi saya percaya perwakilan sebenarnya sudah ada pilihan terbaik," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang pencalonan pemilihan parti di Bangunan UMNO Sabah di sini semalam.


Wednesday, August 28, 2013



 Datuk Rahman Dahlan yang akan bertanding jawatan AMT UMNO pada pemilihan parti itu Oktober ini, adalah antara pemimpin muda yang diramal akan mudah menaiki tangga jawatan dalam pemilihan parti itu. MP Kota Belud ini,dilaporkan oleh media telah menyatakan sokongan keada pencalonan Musa Aman selaku Naib Presiden UMNO.Kenyataan itu disiarkan oleh Malaysiakini..

Seorang lagi tokoh Umno Sabah hari ini tampil menyatakan sokongan kepada ketua perhubungan Umno negeri Datuk Seri Musa Aman untuk merebut jawatan kerusi naib presiden parti dalam pemilihan Oktober depan.


Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga setiausaha BN negeri menyatakan sokongan tersebut kerana menurutnya Umno Sabah kini dianggap sebagai salah satu negeri kubu kuat Umno di Malaysia.


"(Musa Aman) belum mengumumkan secara rasmi akan bertanding kerusi naib presiden tetapi lebih ramai (bertanding) lebih bagus.

"Saya fikir beliau ada peluang yang baik untuk menang salah satu kerusi memandangkan Umno Sabah pada masa ini adalah salah satu Umno negeri yang paling kuat," katanya kepada pemberita pagi tadi.

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata demikian ditanya sekiranya beliau menyokong seruan untuk Musa Aman bertanding kerusi itu yang dilaporkan dibuat 22 bahagian Umno Sabah.


Naib Presiden Umno dari Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sebelum ini mengesahkan akan mempertahankan kerusi tersebut dan pendirian yang sama turut dinyatakan dua lagi naib presiden lain - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Abdul Rahman turut membidas gesaan agar para menteri Kabinet tidak bertanding bagi jawatan ahli Majlis Tertinggi dalam pemilihan kali ini.


"Saya tidak fikir (gesaan) itu betul kerana (jika gesaan itu diikuti) siapa yang akan jadi ahli majlis tertinggi?

"Biar ahli tentukan perkara ini kerana ahli-ahli Umno adalah sekumpulan orang yang bijak," katanya.

Beliau mengulas gesaan naib ketua Umno bahagian Pulai, Datuk Tengku Putra Aminurrashid Tengku Hamid Jumat yang dilaporkan akhbar Sinar Harian semalam.


Menurut Tengku Putra, langkah itu bagi mengelakkan kekeliruan dan percanggahan bidang kuasa para pemimpin terbabit. (Malaysiakini)

Monday, August 26, 2013

Pelantikan Ketua Pembangkang Sabah Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua Parti Keadilan Rakyat Sabah oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak disenangi oleh beberapa anggota lain khususnya empat ADUN PKR Sabah.


Adun Matunggong Jelani Hamdan berkata, walaupun mereka menghormati keputusan Anwar melantik Lajim, yang dipercayai baru sahaja menyertai PKR baru-baru ini, mereka tidak berpuas hati kerana mereka tidak dibawa berunding atau mendapatkan pandangan mereka.


Menurutnya, beliau dan tiga lagi wakil rakyat PKR, Terrence Siambun (Moyog), Jeremy Malajad (Kadamaian) dan Christina Liew (Api-api), telah menyerahkan usul kepada kedua-dua Anwar dan Lajim berhubung isu-isu tertentu.


"Jika cadangan ini tidak diberi pertimbangan, kami tidak akan menerima mana-mana jawatan dalam sebarang jawatankuasa atau dalam parti," katanya pada Ahad.


Beliau juga berkata, mereka mungkin akan mencontohi pendekatan oleh rakan sejawat Adun Luyang (DAP), Hiew King Cheu dengan melepaskan semua jawatan mereka dalam parti ketika ini.


Walaupun mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan drastik seperti meninggalkan parti, katanya, mereka tidak akan terlibat dalam mana-mana aktiviti parti jika Anwar dan Lajim tidak menimbangkan usul mereka.


Usul berkenaan katanya, yang telah dipersetujui oleh Adun PKR Sabah, diberikan kepada Anwar semasa Rumah Terbuka Hari Raya yang diadakan oleh PKR di sebuah hotel, bulan lepas.


"Datuk Lajim tahu tentang usul ini kerana kami juga memberikannya satu salinan," katanya.


Bagaimanapun, empat wakil rakyat itu akan menunggu pelantikan Majlis Pemimpin PKR Sabah sebelum melakukan tindakan seterusnya.


"Kami akan menunggu siapa yang dilantik oleh Lajim ke dalam majlis itu nanti dan juga sama ada beliau akan menimbang dan menghormati usul kami," kata Jelani.


Katanya, Lajim menggantikan bekas Ketua PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini, ekoran petisyen oleh kira-kira 16 atau 17 Ketua atau pemangku Ketua Bahagian agar Thamrin berundur.


"Mungkin mereka mahu muka baharu (untuk mengetuai PKR Sabah)," katanya.


Beliau menyuarakan kebimbangan akan berlaku "kecederaan" dalam PKR Sabah sama seperti apabila Lajim dilantik sebagai Ketua Pembangkang Sabah.


Beliau merujuk Hiew sebagai "kecederaan" itu kerana menyokong Adun Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Bumburing sebagai Ketua Pembangkang negeri.


Anwar berkata pelantikan Lajim sebagai Ketua PKR Sabah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi parti.

Sunday, August 25, 2013

Pemerhati politik Kota belud, meramalkan pemilihan parti UMNO oktober ini akan hangat dari biasa. Bukan sekadar kehangatan ekoran pindaan perlembagaan parti itu yang menyaksikan lebih 150 ribu perwakilan layak mengundi untuk memilih pemimpin, tetapi juga penghapusan kouta pencalonan jawatan PRESIDEN dan Timbalan PRESIDEN. Ini bermakna kedua-dua jawatan utama dalam parti itu 'terbuka' untuk ditandingi.

Di peringkat Bahagian fenomena ini juga turut berlaku, ketua Bahagian akan tersedia kepada ahli-ahli parti untuk memikirkan sama ada berlakunya pertandingan atau sebaliknya. Di peringkat UMNO KB, awal-awal lagi jawatan berkenaan dipopularkan dengan pencabaran akan ditandingi oleh beberapa orang ahli UMNO yang berkedudukan kelas pertengahan. Setakat artikel ini ditulis sudah kedengaran 3 calon menawarkan diri bertanding Jawatan Ketua UMNO Bahagian, seorangh mantan AJK UMNO KB, seorang lagi Kontraktor berjaya, dan seorang lagi juga pemimpin kelas pertengahan. Namun penawaran diri itu hanya berlaku dalam dunia maya iaitu Fb, sahaja. Setakat ini belum ada roadshow yang dibuat dari cawangan ke cawangan oleh calon-calon yang manawarkan diri ini secara lebih teratur dan bertujuan untuk kempen.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah mantan Ketua UMNO KB, Datuk Musbah Jamli yang juga ADUN TEMPASUK merangkap pembantu menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri Sabah. Datuk Musbah yang sebelum ini dicabar oleh Datuk Salleh dan kalah dalam pentandingan itu, masih berteka teki sama ada akan menawarkan diri mencabar Datuk Salleh atau sebaliknya. Perwakilan juga masih mengharapkan agar jawatan ketua Bahagian itu diperbincangkan, iaitu sama ada mengekalkan Datuk Salleh untuk penggal kedua ataupun Datuk Salleh memberikan laluan kepada calon yang difikirkan boleh menggalas jawatan berkenaan seperti yang dilakukan oleh beliau kepada Datuk Musbah dahulu.

Walau pun begitu, sumber-sumber terdekat membisikan bahawa Datuk Salleh bersedia untuk mempertahankan kedudukannya itu. Ini bermakna sesiapa juga yang berhasrat mahu kan jawatan Ketua Bahagian akan menyaksikan pertandingan. Pada hemat penulis, ketaringan politik Datuk Salleh bukan mudah untuk dilumpuhkan hanya Datuk Musbah yang sedikit sebanyak boleh mencabar kedudukan Datuk Salleh.

Dan jika berlaku pertandingan antara Datuk Salleh dan Datuk Musbah, calon-calon yang beriya-iya menawarkan diri dalam Fb harus memikirkan untuk mengundur diri sebaliknya memberikan sokongan kepada antara dua calon popular berkenaan supaya proses pemilihan pemimpin parti dapat berlangsung dengan meriah dan praktikal.

Sama ada Datuk Musbah akan mengulangi pertandingan merebut ketua UMNO Bahagian atau tidak, bersama kita tunggu
Setiap manusia ada kelebihannya begini juga berlaku pada kanak-kanak ini.

Manusia memerlukan cahaya untuk dapat melihat sesuatu dengan jelas, terutamanya di malam hari. Namun tidak bagi Nong Yousui. Budak yang berasal dari Dahua, China, ini dilahirkan dengan mata biru cerah dan boleh melihat jelas di dalam gelap sekalipun, seperti mata kucing.
Mata biru cerah Nong tak hanya membuatnya kelihatan unik, gurunya juga mendakwa bahawa mata Nong berubah menjadi bersinar dan berwarna hijau neon ketika disuluh dengan lampu.
Seorang wartawan tempatan dari China menyiapkan satu set untuk menguji kemampuan Nong. Ia diminta untuk duduk di dalam bilik gelap gelita. Nong menyelesaikan seluruh ujiannya dan membuktikan bahawa penglihatannya di malam hari sama dengan penglihatan di hari siang pada kebanyakan orang.
Para saintis mendedahkan bahawa hal ini sukar dipercayai. Penglihatan malam atau night vision ini biasanya dimiliki oleh haiwan tertentu, seperti kucing dan harimau. Keadaan ini dimungkinkan oleh adanya lapisan tipis sel yang dikenali sebagai tapetum lucidum. Masih belum diketahui secara pasti bagaimana boleh lapisan ini boleh dimiliki oleh manusia.


seorang doktor pakar mata kanak-kanak di State University of New York, ada mutasi genetik tunggal yang mungkin boleh membentuk tapetum lucidum sepenuhnya pada manusia dan berfungsi dengan baik walaupun sangat jarang berlaku. Sebab kemampuan semacam ini akan memerlukan beberapa mutasi dari generasi ke generasi dan tidak boleh terjadi dalam mutasi tunggal.
"Kira-kira 2 minggu selepas ia lahir saya diberitahu bahawa matanya berbeza. Kami kemudian membawanya ke rumah sakit dan doktor mengatakan kepada saya untuk tidak bimbang kerana seiring pertumbuhan usia matanya akan berhenti bersinar dan akan berubah menjadi hitam seperti kebanyakan orang China, tapi kenyataannya tak ada yang berubah, "ungkap ayah Nong, seperti dipetik dari Daily Mail.





Tuesday, August 20, 2013

 Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak menggesa Kementerian Pendidikan untuk memberikan kuasa lebih kepada Jabatan Pelajaran Sabah.

Ketika membuat gesaan itu, beliau berkata usaha ini perlu untuk mempercepatkan pelaksanaan pelbagai projek dan program meningkatkan taraf pendidikan di negeri ini, terutamanya di kawasan luar bandar yang mencapai keputusan kurang memberangsangkan dalam peperiksaan pusat.

"Perwakilan kuasa perlulah disokong dengan dana mencukupi dan mengurangkan proses birokrasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran guru-guru di sini hari ini.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata banyak usaha pembangunan pendidikan di Sabah terjejas berikutan amalan kini yang gemar merujuk ke Putrajaya berkaitan perkara-perkara remeh.

"Banyak bangunan sekolah di negeri ini memerlukan usaha penambahbaikan dan projek pendidikan tidak dilaksanakan secara sistematik kerana amalan ini," katanya sambil menambah, kuasa yang lebih kepada Jabatan Pelajaran Negeri adalah selari dengan transformasi bidang pendidikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kementerian Pendidikan sebelum ini telah bersetuju untuk mewakilkan kuasa kepada setiap Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan Sarawak bagi menguruskan pemberian projek pembangunan pendidikan di kedua-dua negeri berkenaan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Konvensyen Tahunan ke-26, Parti Bersatu Sabah (PBS) di KDCA, Penampang dipetik sebagai berkata, ia adalah munasabah untuk mewakilkan kuasa itu, memandangkan Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang besar dari segi jumlah mahupun saiz sekolah.

"Saya melihat kesesuaian dalam mewakilkan kuasa ini kepada Sabah dan Sarawak. Satu cara adalah mewakilkan kuasa itu kepada Pengarah Pelajaran negeri untuk melihat bagaimana sesetengah projek yang kita laksanakan di peringkat negeri boleh sama-sama diuruskan," Muhyiddin dipetik sebagai berkata.

Dalam hal ini, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri berharap Kementerian Pendidikan dapat menyegerakan pelaksanaan perwakilan kuasa kepada Jabatan Pelajaran Sabah demi rakyat, negeri dan negara ini.

Monday, August 19, 2013

Jika khabar angin ini menjadi realiti bahawa ADUN N.7 KADAMAIAN EN UKOH @ JEREMY MALAJAD akan menyertai sebuah Parti PRO Kerajaan maka satu sejarah baru bagi Kawasan ADUN N7 KADAMAIAN dan Seorang ADUN baru dari Parti Pembangkang ( KEADILAN - PAKATAN RAKYAT ) berpaling tadah dari perjuangan asal Partinya, Kebenaran khabar angin ini juga menjadi bualan dikalangan beberapa pemimpin di daerah Kota Belud mala seperti " Pisang Panas " cakap-cakap di meja minum.

Encik Ukoh @ Jeremy ( PKR ) memenangi PRU 13 di Kawasan ADUN N.7 Kadamaian dengan mojiriti 889 sahaja mengalahkan calon BN mantan ADUN terdahulu Datuk Herbert Timbun Lagadan dan Peter Marajin ( SAPP ), Rubbin Guriba ( STAR ), Sejarah PRU 13 adalah diumpakan sebagai Tsunami kepada mana-mana parti yang bertanding, Keputusan PRU 13 ini juga menjadi satu kejutan mengurangkan mojiriti 2/3 Parlimen 133 ( BN ) Kerusi berbanding 140 ( PRU 12 ), juga menambahkan Calon ADUN dari Pembangkang di Negeri Sabah.



Perkhabran ini juga menjadi senyuman kepada para pemimpin sayap Parti PBRS di Kawasan Kota Belud dan menambahkan ADUN dari Kalangan parti ini di Dewan Undangan Negeri Sabah, kerana Parti PBRS menjadi pilihan kepada ADUN N.7 Kadamaian menurut berita tersebut jika fantasi ini menjadi realiti maka parti yang bercirikan KDM terutama di Kadamaian akan menarik nafas kerana diwakili oleh ADUN di Kalangan PRO Kerajaan namun disebalik kegembiraan ini juga akan menjadi tamparan kepada Parti PBS yang masih mengintai mewakili calon PRU 14 di Kadamaian akan datang , sementara itu adakah tenaga kerja Pejabat UPKR Kadamaian turut bertukar atau ditukar ?

Disebalik isu ini, bagaimanakah respon dari kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat Kota Belud , seperti Munirah Majilis , Mustapha Sakmud dan Laiman Ikin yang sama-sama melaungkan perjuangan Parti semasa PRU 13 juga ADUN kawasan lain ?, bagaimana hati dan suara Presiden Parti Keadilan Rakyat menjawab perkara ini nanti ?, " tranformasi " ini adakah 15 ribu pengundi di Kawasan Kadamaian terutama penyokong tegar PKR merestui hal ini ?.

Spekulasi ini tiba-tiba menjadi hangat disaat Pakatan Rakyat terus berusaha mendakwa membawa keputusan PRU 13 ke mahkamah untuk membatalkan keputusan atas sebab penipuan besar berlaku di sebalik penggunaan dakwat kekal , juga baru tiga bulan bergelar YB mewakili PKR di Dewan Rakyat Negeri Sabah , disebalik semua ini dan perkara sebenar hanya pada yang terlibat terutama YB Ukoh @ Jeremy M yang boleh menjawab , jikalau perkara ini demi kebaikan rakyat yang diwakilinya sudah tentu agenda tranformasi ini akan membawa kabar baik kepada semua masyarakat Kampung di Kadamaian.

Mengimbas pada sejarah dan merujuk kepada fakta politik di Sabah isu melompat parti di negeri ini dan memetik insiden ahli politik Sabah yang melompat parti pada sekitar 1994 terutama kalangan KDM menerima hukuman daripada masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) itu sendiri pada pilihan raya negeri 1999, adakah suasana ini masih menjadi ukuran pada PRU akan datang ?.

Menurut desas-desus penyertaan YB Ukoh dijangka akan membuat mengumumkan dalam masa terdekat sudah tentu keputusan ini realiti atau fantasi dalam wancana politik di Negara kita.

Sunday, August 18, 2013

'Baju Melayu Berbutang Lima, Ada Juga Berbutang Suasa, Orang Melayu Jangan Lupa, Hilang Kuasa Hilang Semua'-
Dr Rais Yatim AMT UMNO mengingatkan perwakilan bahawa musuh utama parti bukanlah keinginan seseorang untuk bertanding atau mencabar penyandang tetapi musuh utama UMNO adalah politik wang. Begitu lama UMNO bergelumang dengan skandal politik wang, sudah berapa lama ia berlaku? dan sudah berapa ramai pemimpin yang didapati terlibat yang kemudiannya diambil tindakan oleh lembaga displin parti? Namun nampak gayanya ia tidak memberi 'ancaman' kepada pemimpin yang menggunakan kekuatan poket untuk dipilih perwakilan.

Di Kota belud, tidak ada siapa yang dapat menafikan bahawa gejala politik wang juga berlaku dalam pemilihan parti itu. Sehingga akhirnya para perwakilan menjadikan pemilihan Bahagian sebagai pesta mengumpul 'angpau'. Setiap kali pemilihan, wang akan berjalan dan ia sangat mempengaruhi pemilihan pemimpin di Kota Belud.

Fenomena kelabu asap ini jika tidak dibendung lebih awal akan menimbulkan impak memanjang yang tragis dan memilukan. UMNO KB bukan sahaja akan kehilangan sinar dan bakat pemimpin muda atau pelapis, malah ia akan turut mewujudkan situasi tumpul di kalangan orang muda. Akibatnya generasi baru akan kurang berminat menyertai parti itu diperingkat cawangan hatta akan memandang sinis kepada kepimpinan yang naik atas faktor "poket" dan bukannya kelayakan yang sebenar menjadi pemimpin. Ulasan Tun Mahathir sangat relevan untuk kita renungi:

"Para pemimpin UMNO mesti komited membersihkan imej parti daripada tuduhan penyelewengan dan amalan 'cantas' sekiranya ingin menarik sokongan golongan muda serta profesional.

Tun M berkata, segelintir individu menyertai UMNO semata-mata untuk kepentingan peribadi , amalan 'cantas' juga sering berlaku apabila pihak yang tidak dicalonkan untuk jawatan yang diingini berusaha menjatuhkan lawan mereka.

"Pada pandangan saya, bukan UMNO yang bermasalah tetapi mereka yang menguruskannya,"

Para perwakilan digesa mengubah paradgima politik dengan tidak membenarkan langsung politik bercirikan wang mengambil tempat dalam pemilihan kali ini. Pengorbanan ini adalah sangat dituntut untuk memastikan tidak ada lagi pemimpin recycle yang berjaya menduduki singahsana atas faktor wang ringgit. Budaya mendapatkan undi dengan cara menabur wang ringgit wajar dihentikan. Bertarunglah dengan umpama panglima berada di padang yang rata berbekalkan ilmu di dada. Selamat bersidang!