Dalam menganalisis percaturan isu politik yang menarik, seseorang penulis harus sentiasa mengingatkan dirinya bahawa Politik adalah muslihat yang terpendam. Tindakan politikus yang diambil tentu lebih awal memikirkan strategi yaqng menguntungkannya.
Walaupun dikatakan para penyokong Datuk Musbah Jamli dalam UMNO KB sedikit merasa kecewa dengan tindakan ADUN TEMPASUK itu yang tidak bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian KB, walaupun rata-rata meramalkan, peratusan untuk datuk Musbah menang adalah sangat besar, Namun keputusan untuk bertanding hanya Timbalan ketua UMNO KB itu mengundang pelbagai spekulasi liar dan jinak yang boleh dikongsikan bersama.
Sebelum proses pencalonan bermula, dua minggu sebelum itu sudah kedengaran khabar-khabar angin bahawa jawatan utama dalam UMNO KB telahpun 'dibincangkan dan dipersetujui". Antara yang dikatakan terlibat adalah Datuk Salleh dan Datuk Musbah. Ini kata mereka untuk mengelakkan pertarungan dua gajah seperti yang berlaku sebelum ini yang memberi kemenangan sangat tipis kepada Datuk Salleh. Kedua-dua pe mimpin ini dikatakan telah mengatur perjalanan pencalonan dua jawatan utama iaitu Ketua Dan Timbalan. Dilaporkan bahawa keduanya bersetuju supaya jawatan Ketua Bahagian 'dikekalkan' kepada Datuk Salleh dan timbalan akan ditandingi oleh Datuk Musbah.
Akhirnya apabila proses pencalonan berakhir, keadaan itu benar-benar berlaku seperti yang diceritakan dikedai-kedai kopi. Datuk Musbah Jamli diisytiharkan menang tanpa tanding apabila Awadnir bertindak tidak mempertahankan jawatan berkenaan sebaliknya mencabar Datuk Salleh selaku Ketua bahagian. Di peringkat ini tindakan Datuk Musbah Dan Awad sangat manis dianalisis. Apakah kedua pemimpin Bahagian ini sudah merencanakan lebih awal senario pemilihan kali ini?? atau mungkin Datuk Musbah merasakan, detik hitam perebutan ketua bahagian antara beliau dan datuk Salleh akan berulang jika beliau bertanding ketua bahagian? Selain itu, apakah benar juga bahawa datuk Salleh meminta tolak ansur politik kepada Datuk Musbah supaya beliau kekal dan tidak dicabar?
Apakah untungnya, Datuk Musbah dengan tidak memncabar Datuk Salleh? Tentunya Datuk Musbah mahukan situasi selamat dan itu telah beliau perolehi. Datuk Musbah mengambil jalan paling selamat dengan tidak mencabar Datuk Salleh, dan bertolak ansur dengan sdr Awad sehinga Awad pula tidak mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan. Awad sesungguhnya tahu bahawa mencabar Datuk Salleh bukan satu tugas yang mudah. Namun mengapa Awad bertindak sebegitu? apakah kekalahan Datuk Musbah lampau ditangan Datuk Salleh tidak menjadi pengajaran berguna kepada Awad? Tentu ada kemungkinan muslihat politik yang sengaja dipendamkan oleh Awad dan Datuk Musbah.
Ada yang berpendapat bahawa tindakan Datuk Musbah adalah untuk kepentingan parti. Bagaimana pula dengan tindakan Datuk Salleh yang tidak berundur? Apakah juga dibuat atas perhitungan parti? Bagaimana pula tindakan Awad yang bertanding Ketua Bahagian, apakah juga itu bukan dibuat atas kepentingan parti? Sesiapa pun boleh mendakwa bahawa pencalonan mereka adalah untuk kepentingan parti, walaupun ramai yang tahu bahawa kepentingan parti menjadi kepentingan nombor dua.
Siapakah team Datuk MUSBAH? Datuk Salleh atau Awad?
Datuk Salleh dilihat umpama sultan silam yang bertahkta di singahsananya.Beliau ada banyak kelebihan. Namun perisis dalam filem purbakala, kadang-kadang panglima perang bersengkongkol dengan pemimpin luar untuk merampas kuasa. Siapakah pemimpin luar dari UMNO KB yang terlibat dalam percaturan kepimpinan parti itu di daerah ini???Walaupun ada beberapa nama yang disenaraikan dalam benak saya, namun seakan tidak serasai untuk saya ulas satu persatu.

0 ulasan :
Post a Comment