Presiden gagah jadi nahkoda
Kemudi bahtera cukup berhemat
Jangan semangat mudah tergoda
Insya Allah kita selamat
Sajak dicipta bersimpul ayat
Ilham datang di waktu pagi
BN berjuang membela rakyat
Bukan BN siapa lagi?
Itulah antara bait pantun Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said dalam membahaskan ucapan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung parti itu di PWCT beberapa hari lepas. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri yang juga merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah itu, menyampaikan ucapan yang penuh dengan puji-pujian terhadap Presiden UMNO, seolah-olah Datuk Salleh ingin membuktikan sesuatu. Namun tuntutan pembuktian itu hanya beliau yang tahu meskipun ada pihak yang secara sinis memberikan sebab, kononnya sebagai menebus kesilapan Datuk Salleh selaku ketua UMNO Kota Belud pada tahun 1993 yang tidak mencalonkan Najib sebagai Naib Presiden UMNO. Apakah Najib masih mengingatinya? Dalam ilmu perburuan, biasanya Kancil yang melupakan jerat tetapi Jerat tidak pernah alpa dengan kehadiran Kancil.
Tidak cukup dengan perkataan Fixed Deposit, Datuk Salleh dengan bangganya melabelkan Sabah sebagai "First Party Insurance". Perumpamaan itu dikiaskan dengan pembelian kereta. Kononnya insurans pertama meskipun mahal tetapi berbaloi jika berlaku kecelakaan. Apakah Datuk Salleh sudah boleh menghidu bahawa status politiknya pada PRU akan datang berada pada ambang kecelakaan? Justeru memberikan perumpamaan sedemikian?
Ucapan Salleh yang mengandungi pujian itu tidak ubah kata mereka sebagai orang buta yang membayangkan susuk badan seekor gajah. Salleh memberikan pujian melambung tinggi dengan satu tujuan , supaya beliau tersenarai sebagai wakil rakyat pada PRU 13 akan datang. Budaya mengampu sememangnya cukup sinonim buat politik Datuk Salleh. Siapa yang tidak kenal beliau, sejak mendapat kembali keyakinan politik Musa Aman, Datuk Salleh begitu lantang dan menjadi 'pembela' nombor satu Musa Aman di Sabah. LDP dikecam,rakan dalam USBO ditinggalkan, Naib Presiden UMNO Sabah, Datuk Shafie Apdal, dilupakan. Kemana-mana Musa Aman, sama ada perlu atau tidak kehadiran Datuk Salleh, muka tembok beliau kenampakan.
Tidak menghairankan jika pada perhimpunan agung UMNO ini, Datuk Salleh menjadi "hero malaya" dalam politik Sabah masa kini. Najib bukan sahaja dijulang kononnya Najib umpama Malaikat yang sempurna tidak ada cacat celanya dalam semua bidang. Apakah Salleh lupa bahawa najib boleh persis "malaikat Maut' Mencabut nyawa politik Salleh pada PRU akan datang.
"Kami berterima kasih atas peruntukan diberikan untuk negeri Sabah. Permintaan kami kalau boleh pelaksanaan projek dikuatkan, salurkan peruntukan di mana boleh. Kita mahu rasakan nikmatnya di bawah, kita mahu nikmat ini dirasai setiap anak Sabah,"
Ucapan Datuk Salleh ini seolah-olah melambangkan beliau adalah ketua menteri Sabah yang mengurustadbir Sabah. Musa Aman diletak entah ke mana.
Najib selaku Perdana Menteri,bukanlah pemimpin yang buta mata hatinya, Najib tahu bahawa Datuk salleh adalah pemimpin politik yang kuat mengampu dan 'gagal' membangunkan kawasan yang pernah diwakilinya. Bukankah ketika Najib memanggil MP Kota Belud , Datuk Rahman Dahlan dan bertanya apa masalah utama di Kota Belud? maka jawab DARD, masalahnya adalah 'AIR". Apakah Datuk Salleh tidak sedar bahawa selama menjadi wakil rakyat di Kota Belud, beliau telah gagal menyediakan keperluan asas di pekan di mana nadi politiknya berdenyut saban hari.
Perwakilan Kota belud bukan sahaja meluat dengan ucapan Datuk Salleh bahkan mereka juga sedar siapa "bos' mereka sebenarnya. Cukup-cukuplah Datuk! Janganlah menjadi "hero Malaya" dalam politik Sabah!.
52 ulasan :
kenapa perlu jadi 'hero Malaya', kenapa bukan 'hero Sabahan'? harap pemimpin2 kita tidak mudah dipengaruhi dan dimanipulasi oleh mana2 pihak dari luar. perjuangkan kepentingan rakyat Sabah.
kita tunggu dan lihat samada Salleh akan dicalonkan sebagai winnable candidate pada PRU akan datang atau sebaliknya.
Harap BN benar2 menjadi pembela Sabah dan rakyat Sabah. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi.
rakyat sendiri tahu menilai seorang pemimpin. apa2 pun harap2 yang terbaik untuk KB.
Pemimpin yang gagal adakah layak dicalonkan lagi?
Nobody.
Salleh ada kemungkinan akan dicalon semula.
pada masa inilah semua akan berebut untuk menonjolkan diri.
Jangan jadi hero tapi jadi lah seorang pemimpin yang berwibawa.
I would prefer BN to practice,"less talk, more action" when it comes to helping the rakyat.
Be a hero to all races and not only for the malays.
Currently BN doesn't look good in the public eyes, therefore BN will need to buck up to get the support they once used to have. Good Luck!
hope the people are matured and capable of making the necessary judgment
harap adanya kesefahaman dan perpaduan antara pemimpin kita dapat dijadikan contoh kepada rakyat di negeri ini
kerana ianya tunggak kejayaan dalam sesebuah pemerintahan...
semoga, perbelahan di antara parti-parti BN di Sabah dapat dileraikan dan
semua bersatu-padu untuk membangunkan negeri ini bersama-sama
dan rakyat perlu berfikiran positif supaya ini dapat menjadi kenyataan suatu hari nanti
Dekat2 PRU semua la sibuk mengeluarkan suara. Kalau pertandingan nyanyian oo..
Setuju dengan Smookiekins. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi! hehe
S/ada Salleh akan dicalonkan nanti atau sebaliknya, kita tunggu ja la.
Tapi saya rasa paling penting ialah persoalan siapa yang akan rakyat undi nanti. hehehe
Apapun, kita nantikan saja bila tiba masanya. Semuanya akan terjawab juga tu. hehe
Jangan biarkan maruah tergadai.
We all the " heroes ".
Politics is damn boring.
Hero? mcm mana pula boleh jadi hero hanya dengan memuji pemimpin?
memang dia hero kerana calling spade, a spade....
macam2 cara digunakan untuk memastikan diri dicalonkan pada PRU akan datang.
dan yang pasti BN akan meletakkan winnable candidate pada PRU akan datang..ini bermakna mana2 ahli dan wakil rakyat BN yang penuh dengan kontroversi dan tidak disukai oleh rakyat pasti akan digugurkan..
ini kerana PRU 13 adalah penentu sama ada BN akan kekal berkuasa atau sebaliknya..jadi, persoalannya adakah salleh said ini adalah winnable candidate? bagaimana dengan rekod beliau sebelum ini semasa menjadi wakil rakyat di KB? saya pasti PM dan KM sabah akan meneliti semua perkara berkaitan sebelum membuat keputusan untuk memilih siapa menjadi calon BN pada PRU13.
kita tunggu dan lihat jika salleh said keruak akan dicalonkan atau disingkirkan..
yang penting setiap pemimpin perlu sentiasa peka terhadap permasalahan dan keperluan rakyat.
mungkin juga Salleh akan dicalonkan pada pilihanraya akan datang jika beliau winnable candidate.
semua pemimpin harus fokus dan berusaha melaksanakan pembangunan.
Memuji biarlah ikhlas. Pujian yang terlalu melambung pun hanya akan mengundang pandangan negatif.
Hope that the people will make the best decision during the next GE.
http://sabah-go-green.blogspot.com/
Those who contributed to the people will be remembered.
tulisan ini cukup untuk membantu Najib dalam membuat keputusan untuk masa depan KB..
Hero Sabahan lagi sedap. Mungkin Salleh pasti bahawa pada PRU13 nanti akan memberikan berita yang gembira kepada Kota Belud.
Teruskan memberikan sumbangan yang berguna kepada penduduk jika ingin mendapat sokongan dari penduduk.
Kenapa perlu menilai mereka...gelaran itu tak dapat membukitkan apa-apa aje..
Kita kena membuat pilihan yang baik jika memerlukan membuat pilihan.
BN should improve their performance to strike more for the people.
Only those who really work for the people, indeed he is the hero we needed.
Cakap tiada guna, buktikan melalui tindakan dan reaksi.
Wakil rakyat yang berkeupayaan dan berjaya memperjuangkan lebih banyak untuk rakyat, pasti rakyat akan memberi peluang.
Kesemua ini akan terjawab di PRU akan datang. Pengagihan kerusi harus dibuat dengan berhati-hati, sebab golongan ini yang menentukan siapa yang menang dan kalah.
We don't need a hero but we need someone that can speak and strike more for the people.
BN akan dicabar giat oleh parti pembangkang dan juga rakyat.
Go down and understand what the people need. We been suffering under poverty, unemploy, low economy grow etc.
Tidak salah memuji, tetapi pujian yang terlampau mendatangkan kesan lebih negatif.
Hope can see more new blood comign in. Only the young generation contribute to more development and changes.
Post a Comment