Begitulah jika SKIM yang dirangka oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dibuat secara tergesa-gesa dan bukannya atas keperluan kakitangan awam yang bersandarkan kepada kajian secara mendalam.Sebaliknya SBPA yang cuba diuperkenalkan oleh kerajaan paling awal Januari 2012 dilihat dibuat seolah-olah sebagai 'gula-gula' kepada Kakitangan Awam menjelang PRU 13.
Sebelumnya ini pelaksanaan SBPA ini bukan sahaja dipertikaikan oleh pihak pembangkang tetapi juga Presiden CUEPACS sendiri yang menganggap SBPA itu sebagai skim syok sendiri. kerana dalam satu kenyataan Datuk Omar Osaman iaitu Presiden CEUPACS mendakwa ,kesatuan sekerja itu tidak langsung dipelawa ketika merangka SKIM berkenaan. Justeru itu ia bukan sahaja mengelirukan kakitangan awam tetapi juga menimbulkan prejudis apabila terdapat 5 aspek yang di dakwa oleh CEUPACS sebagai tidak jelas dan mengelirukan.
Pertemuan dengan PM datuk seri Najib Razak telah membuat keputusan bahawa skim SBPA itu ditangguhkan sementara waktu sehingga kajian dan penerangan oleh JPA selesai dan CEUPACS berpuas hati.
Tangga Gaji Baru SBPA guru-guru
PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.
12 ulasan :
Skim ini perlu dikaji secara teliti sebelum ia dilaksanakan, semua pihak perlu dibawa berbincang mengenai pelaksanaan skim ini.
Harap Skim ini akan dipertimbangkan semula untuk memastikan samada ia sesuai dilaksanakan ataupun tidak.
Adakah skim ini betul-betul akan memanfaat akan pekerja awam? Pastikan ia berguna jika ia dilaksanakn.
Skim ni harus jelas dan terjamin kepentingan para penjawat awam. sekiranya mereka tidak terjamin maka bantahan2 akan berbangkit.
sebarang pekara yang ingin dilaksanakan perlu dipastikan ianya difahami dan memberikan manfaat kepada semua.
harap selepas ianya diteliti nanti, perlaksanaan yang akan dibuat akan menguntungkan semua pihak.
memang wajar ia ditangguh memandangkan ramai penjawat awam yang kurang jelas tentang skim ini selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran tersebut.
Penjawat awam sibuk dengan skim itu ini, bonus dll tapi bagi yang bekerja dalam sektor swasta??
Kaji baik2 skim ini. Jangan sampai mengundang spekulasi negatif pula.
jika SBPA itu diperkenalkan semata2 untuk 'gula2' PRU13, tidak ada pihak yang akan membantah skim baru ini.. untuk apa ianya dijadikan gula2 PRU sedangkan banyak pihak yang membantah.. jadi jelaslah disini bahawa skim ini diperkenalkan bukan untuk menghadapi PRU..
kesediaan Najib mengkaji semula skim ini menunjukkan kerajaan pimpinan beliau sentiasa mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum memuktamadkan sebarang keputusan..
Skim yang baik. Harap bukan penjawat awam saja yang diberikan tumpuan namun swasta juga perlu diambil kira.
Post a Comment