Monday, December 5, 2011


keputusan YDP PERKASA SABAH, sdr Musli Oli meninggalkan UMNO dan menyertai PKR dan menyerahkan borang keahlian PKR semasa sesi ceramah umum ketua Pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim di Kota Belud pada malam 3.Dis.2011 yang lepas telah mencetuskan satu motivasi baru kepada pimpinan Pakatan Rakyat di Kota Belud. Malahan beberapa orang pejuang PAS dan PKR melahirkan harapan agar kehadiran "orang Kuat USBO' itu akan memberikan satu kelebihan khusus kepada PR di daerah ini.

Kehadiran Musli Oli dalam ceramah Umum PKR pada malam itu pada awalnya hanya dijangka sebagai pemerhati politik sahaja kerana sebagai penulis politik nasional, Musli Oli seharusnya lebih 'neutral' berada pada setiap majlis atau ceramah parti politik sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang. namun bila Musli Oli dijemput memberi ucapan dan kemudiannya mengumumkan hasrat keluar dari UMNO dan menyertai PKR, ramai yang terkejut, walaupun ada juga yang mula menjangkakannya.

Jika ada yang mengikuti perkembangan blog dan dunia FCB di Kota Belud, nyata sebenarnya Sdr Musli Oli yang juga AMT USBO di bawah pimpinan Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin telah lama meninggalkan roh perjuangan UMNO. Pada dua tahun lepas, Musli Oli secara terbuka dalam blog, malah turut diketahui oleh MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, mengumumkan akan bertanding pada PRU 13 di Parlimen Kota Belud. Hanya beliau tidak mengumumkan platform mana akan beliau gunakan sebagai tiket bertanding.Pada waktu itu ramai AJK bahagian menggesa pucuk pimpinan UMNO Bahagian Kota Belud ,mengambil tindakan keatas Musli Oli kerana membuat pengumuman berkenaan yang melambangkan mendahului keputusan pucuk pimpinan parti. Namun semua itu reda, kerana Musli Oli masih dilihat 'bersama' UMNO Kota belud, apabila beberapa kali turut bertanding sebagai wakil 7 pada perhimpunan agung UMNO di Kuala Lumpur tetapi 'gagal' mendapat sokongan dari perwakilan UMNO Kota Belud.

Hasrat Musli Oli untuk bertanding pada PRU 13 timbul lagi apabila beliau turut menyatakannya pada laman sosial FCB nya pada awal tahun ini. malahan menurut beliau hasrat itu mendapat sokongan dari Datuk kalaku Untol yang ketika itu telahpun menyertai PKR. Ramai pemerhati politik tempatan di Kota belud,telah mula menaruh syak bahawa lambat laun Musli Oli akan menyertai PKR. Kemudian hasrat Musli itu bertambah jelas apabila dalam laman FCB nya menyatakan bahawa seorang pemimpin politik Sabah telah memberikan kata dua kepada beliau, sama ada mahu menjadi calon dan menyertai PKR atau menyokong kepimpinan Mus Aman. Walaupun nama pemimpin itu tidak disebut oleh Musli Oli, namun ramai yang meramalkannya bahawa pemimpin itu adalah Datuk Salleh , Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang juga speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Akhirnya hasrat Musli Oli menyertai PKR tertunai apabila pada ceramah UMum Datuk seri Anwar Ibrahim di Kota belud pada malam itu digunakan oleh Musli Oli untuk mengumumkan hasratnya keluar dari UMNO dan menyerahkan borang keahliannya kepada ketua UMUM Parti Keadilan itu. Sambil menyatakan kekecewaannya kepada UMNO, Musli Oli juga mengungkapkan:


" Prinsip perjuangan asal saya tidak berubah tetapi bahtera yang saya ikuti dahulu tidak sampai kepada matlamat asal perjuangan, seperti mana kehendak majoriti rakyat. maka saya berhijrah kerana perjuangan dan prinsip untuk kepentingan semua pihak terutamanya rakyat sekitar daerah Kota belud khususnya dan sabah amnya".

Maka berakhirlah sudah riwayat seorang penulis politik nasional sebagai ahli UMNO Kota belud. Kita tidak tahu apakah reaksi Datuk salleh dalam hal ini. Dan kita tunggu, apakah platform KEADILAN akan memberikan ruang yang lebih luas kepada perjuangan Musli Oli? Atau apakah selepas ini akan terbit buku mengenai perjuangan PKR DI SABAH? Bersama kita tunggu!


0 ulasan :