Ramai yang mempercayai bahawa Tsunami politik 2008 yang berlaku di Tanah Besar Semenanjung Malaysia tidak pernah berlaku di Sabah.Media alternatif atau media ketiga seperti blog,fcb dan twitter yang menjadi pemangkin kepada tercetusnya tsunami politik 2008 itu masih berada pada tahap baru berkembang di Sabah pada waktu tersebut, Justeru ledakan politik pembaharuan yang menyaksikan BN hampir-hampiur kehilangan kuasa tidak berlaku di Sabah dan Sarawak. Sebab itu kedua negeri di kepulauan Borneo ini masih gah dengan "fixed deposit" buat BN dan sekutunya.
Setelah 4 tahun berlalu, Sabah dan Sarawak mula 'menerima' kehadiran media alternatif ini, bersama bahang Tsunami politik 2008 yang masih panas dan membara di semenanjung.Ertinya Tsunami politik di kepulauan Borneo ini mungkin akan tercetus pada PRU 13 iaitu 2012.Itupun setelah menerima media alternatif ini sebagai ruang fikir politik baru di kedua-dua buah negeri yang menyertai Gagasan Malaysia pada tahun 1963 di mana termaktubnya perjanjian 20 perkara yang dikatakan tidak pernah ditunaikan oleh Kuala Lumpur.
Di Sabah di tahun mendatang ini, langit semakin terbuka. Di mana-mana, generasi yang berumur atau yang baru 'menetas' usianya sudah mengenali dunia internet berupa Blog,Fcb dan Twitter.Begitu banyak timbunan maklumat dihujung jari yang diakses saban waktu terutama melibatkan soal politik dan kuasa. Justeru itu Sabah mula berubah paradigma politiknya,tidak lagi seperti tahun-tahun kebelakangan dimana maklumat hanya didengar dan ditonton dalam media arus perdana.
Ramalan pemerhati politik di Sabah, BN dan UMNO akan menyaksikan beberapa kawasan terlepasw dari genggaman kuasa mereka.Beberapa trend pengundi di Sabah mula mencetuskan kegusaran di kalangan pemimpin di peringkat negeri. Golongan berumur sekitar 50-80 tahun ini mewakili kek politik sekitar 50 %. Mereka ini terdiri daripada golongan yang mewarisi idealisme perjuangan USNO. Setelah USNO di bubarkan,maka mereka menyertai UMNO pada tahun 1991. Tetapi ini bukan bererti UMNO akan memperolehi undi mereka pada PRU akan datang, kerana ura-ura penyertaan USNO yang dipelopori oleh Datu Badaruddin Tun Mustapha pada PRU 13 ini, memungkinkan golongan ini memberi sokongan semula kepada USNO, setelah UMNO dilihat tidak banyak mendatangkan faedah kepada peribumi di Sabah. Kes rampasan tanah adat,sikap pemimpin yang semakin kaya dan harga barang yang semakin tinggi, menyebabkan golongan ini menuntut perubahan setidak-tidaknya mahukan USNO kembali menerajui Sabah.
Golongan kedua ialah golongan muda yang baru mengenal dunia politik tetapi terdedah kepada maklumat dalam media alternatif ini. Mereka di Sabah terbahagi kepada beberapa sub golongan yang membawa gelombang perubahan. Sub golongan pertama ialah mereka yang memang mahukan perubahan, terlibat secara langsung dalam kempen-kempen politik yang beraliran pembangkang. Jumlah mereka tidak ramai tetapi boleh mempengaruhi rakan yang lain.Golongan inilah yang membawa slogan "INI KALKI LAH". Sub Golongan kedua ialah mereka yang terdedah kepada maklumat media blog dan fcb tetapi berada pada kedudukan atas pagar. Mereka ini juga lebih ramai dari yang pertama tadi. Golongan ini mewakili sekitar 40% kek politik di Sabah. Mereka kurang berminat dengan politik tetapi mengambil tahu perkembangan terbaru melibatkan keadaan politik dan ekonomi negara. Golongan ini sangat 'merbahaya' kepada UMNO dan BN di Sabah kerana pada bilka-bila masa sokongan golongan ini boleh tergelincir kepada pembangkang, lebih-lebih lagi bila naluri dan keperluan mereka tidak dipenuhi.
Di Sabah isu penagngguran masih menjadi isu besar. Biarpun Datuk Musa Aman dalam ucapan bejet 2012 yang diumumkannya memperuntukkan lebih 4 billion ringgit ,namun ia tidak menjadi asas kuat kepada penarikan sokongan golongan ini, kerana apa yang berlaku angka $ billion itu hanya sekadar menghiasi ekonomi peringkat atasan, di peringkat akar umbi ia tidak mendatang banyak kesan. Pengangguran masih berlaku, kekurangan pekerjaan dan kenaikan harga barang masih menghempet kehidupan rakyat. Dan golongan ini mahu kerajaan lebih bertanggungjawab dalam soal itu dan bukan bermain dengan nombor dan angka semata-mata.
Rata-rata golongan ini mahu agar kepimpinan di peringkat Pusat harus berubah! manakala di peringkat negeri masih mahukan kesinambungan dari kepimpinan terdahulu.Ada yang berpendapat bahawa peringkat Pusat perlu diubah supaya masalah yang masih bertaburan boleh diselesaikan. Kes-kes seperti perjanjian 20 perkara dan peruntukan kerajaan persekutuan kepada Sabah menjadi asas kepada keinginan itu. Golongan ini bagi UMNO dan BN di Sabah adalah penanda aras kepada penerimaan kepimpinan mereka. Slogan 'INI KALI LAH' yang mula berkumandang di kedai-kedai kopi dan serata pelusuk negeri Sabah membawa makna yang berkait dengan Tsunami politik akan berlaku. Slogan INI KALI LAH ini membawa pengertian bahawa PRU 13 inilah yang akan membawa perubahan dalam soal penggantian kepimpinan negara.
Justeru merebaknya slogan INI KALI LAH ini seharusnya menjadikan Najib semakin gusar,risau dan menggelabah. Kerana jika semangat dan roh slogan INI KALI LAH ini benar-benar diterjemahkan pada PRU 13, maka pemerhati politik akan melihat Najib sebagai Perdana Menteri UMNO yang terakhir.
34 ulasan :
Najib must make the best decision and do the right thing if he wants to gain the people's support.
dunia politik masa kinu tidak lagi seperti dahulu, media alternatif seperti blog, facebook dan sebagainya lebih diminati kerana ia lebih bebas dan muda diperolehi.
oleh itu, para pemimpin juga akan mengunakan media alternatif ini untuk mendekati rakyat.
terima kasihlah kepada umno, kerana kami atas bukit dikota belud ini banyak peruntukan yang ditaburkan oleh musbah dan rahman kerana kami adalah orang istimewa cuba kamu tingok hampir 600 ribu peruntukan adun musbah dihantarnya tempat kami dan begitu juga rahman yang bikin kesian orang iranun dgn bajau kalau di n.6 tempasuk sikit betul pengundinya dibantu sebab siang harapan musbah adalah orang dusun bah, sekarang inilah masa kami kasi gila-gila itu bajau dengan irranun oleh itu selagi musbah dan rahman wakil rakyat di kotaxx belud ini hidup betul bah kami ni, kereta musbah pun sudah dia serah sama si siang sebab itulah kami buat perjumpaan untuk minta musbah dicalunkan semula.......kalau musbah dicalunkan semula pada pru ini bay-baylah kamu orang iranun dan bajau makan-makanlah kami ni balik............
bah. mangan no,mangan no...Ini kali lah!
Yang pasti Najib dan batalionnya kena usaha lebih PRU13 ini jika mahu terus kekal. Senario politik dulu dan sekarang sudah jauh berbeza.
Kemunculan media2 alternatif sememangnya memberikan lagi saingan kuat. Info2 yang diberi ada yang benar, dan ada juga yang tidak. Para pembaca kena bijak menilai info2 yang diterima. Be rational, not emotional.
Memang begitu adat dalam politik. Hj Musbah wakil rakyat mesti kasi dulu projek kpd konco konco dia. Mahu hidup cari makan.
Jika tiada calon dari iranun maka, pandai pandailah orang iranun mencari calon untuk di sokong.
Undi dalam tangan. tiada siapa yang tahu.
Jika sdr Tadzul dapat pencalonan, maka ada harapan juga orang iranun.
Sedikit sebanyak. tanah warisan iranun tidak jadi dirampas.
Makin popular sudah ni slogan 'ini kali lah' oo... hehehe
Najib perlu fokus dan buat keputusan yang terbaik kalau mahukan sokongan rakyat. Kalau tak alamatnya tiadalah harapan Najib.
Janji2 yang ditabur seharusnya ditunaikan bagi mengelakkan rakyat makin hilang kepercayaan.
Apapun semuanya terpulang pada rakyat untuk membuat penilaian.
Tapi 'ini kali lah' saya tak sabar mahu mengundi:P haha
sebab itu beberapa parti politik di Sabah sudah mula aktif mendekati golongan muda.. masing2 mahu memikat golongan ini untuk menyokong mereka..
apa yang saya lihat, parti pemerintah lebih banyak berusaha dalam memenuhi keperluan golongan muda berbanding dengan pembangkang yang asyik menggunakan golongan muda untuk turun ke jalan raya..
Jika Datuk Najib inginkan sokongan dari penduduk Sabah seharusnya beliau memberikan yang terbaik untuk Sabah.
Selagi Najib dapat memberikan yang terbaik untuk Sabah selagi itulah beliau akan mendapat sokongan dari mereka.
1 Malaysia sudah semestinya dapat memikat para pengundi di Negara kita ini. Maka tidak mustahil Datuk Najib akan terus disokong oleh rakyat.
pendekatan untuk meraih sokongan rakyat pasti akan berubah mengikut peredaran zaman. jadi, pemimpin dan parti2 politik perlu sensitif dengan sebarang perubahan.
Golongan atas pagar rasanya memang ramai. Disebabkan mereka tidak tahu mana yang lebih baik. Parti kerajaan dan pembangkang masih2 punya kelebihan dan kelemahan. Tapi yang pasti politik Sabah akan menjadi lebih menarik pada PRU13. Para pemimpin harus menunjukkan prestasi kerja yang bagus dan mantap supaya golongan atas pagar ni dapat menjalankan tanggungjawab pada negeri Sabah pada PRU13. Segala janji harus ditunaikan dan segala bantuan harus diberi. Usaha membangunkan Sabah dan rakyat harus berterusan. Sentimen negatif seperti isu agama dan kaum, harap2 Sabah tidak membudayakan isu2 tersebut di Sabah.
tidak perlu gusar jika sudah melakukan yang terbaik buat rakyat Sabah. 'ini kali lah' hanya sekadar slogan.
Media2 alternatif mempunyai lebih banyak maklumat mengenai kesan2 politik dan info mengenai parti2 yang ada di Sabah. Segala maklumat hanya di hujung jari. Jadi, semua pemimpin perlu bijaksana dalam hal ni.
Parti komponen BN harus lebih berusaha untuk mendekati rakyat, turun padang dan memahami keadaan rakyat.
Kerajaan harus menunaikan janji yan gtelah dibuat agar rakyat berkeyakinan dengan kerajaan.
May be media is a good idea to get closer to the people. Anyway, still visiting is the best.
Rakyat juga harus menilai informasi dalam media sama ada betul atau tidak.
Lawatan mendekati rakyat harus dibuat selalu dan bukannya semasa PRU mendekati.
politik ni sukar diramal. semua parti dilihat sekarang ini yakin mereka akan mendapat sokongan rakyat.
terserah kepada setiap individu untuk memilih. jika dilihat di Sabah ni BN mempunyai kelebihan.
Media play an important role to advertise and to harmful others images in fast speed.
Hope the government will prioritise the people of Sabah.
Hope Najib will place right candidate in Sabah.
Kepentingan dan hak dan maslaah di Sabah harus ditanggani dengan baik agar rakyat berkeyakinan dengan BN.
Persaingan amat giat buat BN kali ini, parti lama dan baru masing-masing bersaing dengan BN. Kami menantikan kedudukan calon di Sabah.
Post a Comment